Thursday, April 26, 2012

TAWARAN PEMANGKUAN C22

Makluman dr Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Sumber Manusia, tawaran pemangkuan C22 akan diedarkan kpd semua JPN negeri pada awal Mei 2012 dan pihak sekolah dijangka akan menerima surat ini pd minggu berikutnya. Terdapat 24-26 kekosongan di seluruh Semenanjung.
-Sumber dipetik dari Buletin Makmal Sains...
~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, April 24, 2012

JAWAPAN BERKAITAN 'YURAN KEAHLIAN'

  • Mohon penjelasan dari Puan berkaitan .... Mcmana dgn yuran...masih sama ker
    ~ADMIN~akan menjawab persoalan Puan tersebut dalam konteks yuran terkini.Untuk makluman Puan,yuran untuk menjadi ahli KSKM adalah sebanyak RM5 setiap bulan akan dipotong dari gaji Puan melalui perkhidmatan Biro Potongan Angkasa yang akan Puan tandatangan termasuk dengan pengesahan dari ketua jabatan Puan iaitu Pengetua di sekolah Puan.Untuk permohonan menjadi ahli baru ini,Puan diminta untuk mengisi borang keahlian dan perlu menyertakan wang pos atau Kiriman wang sebanyak RM16.Pecahan kepada RM16 tersebut adalah seperti berikut: i.RM1.00 adalah untuk keahlian.RM15 adalah untuk caruman keahlian selama 3 bulan
  • Kskm Negeri Pahang 
    Sambungan...RM15.00 tersebut adalah caruman untuk 3 bulan terawal sebagai ahli kerana kita sedia maklum bahawa pemotongan melalui BPA ini akan memakan masa selama 3 bulan untuk diproses untuk pemotongan tersebut.KSKM beranggapan bahawa,apabila Puan telah diterima menjadi ahli KSKM,maka yuran bulanan tersebut telah dijelaskan tanpa menunggu pemotongan gaji Puan.
    Diharap Puan berpuashati dengan jawapan dari ~ADMIN~ n TQ!
    ~ADMINKSKMPahang~

Monday, April 23, 2012

JAWAPAN BERKAITAN 'TUKAR LANTIK PAP' KEPADA PEMBANTU MAKMAL(2)

Waalaikumussalam...Tahniah kerana Tuan antara 350 insan terpilih yang berjaya didalam proses"TUKAR LANTIK PAP"diantara 2800 PAP yang lain.KSKMPahang amat berbangga kerana ramai PAP negeri Pahang yang terpilih untuk ditemuduga.
Inilah salah satu antara perjuangan yang 
terhasil berkat usaha yang gigih dari barisan KSKM.Kertaskerja yang diangkat sekian lama oleh KSKM ke peringkat KPM telah diterima pakai oleh KPM seterusnya mengangkat ke peringkat JPA.Kelulusan diperingkat JPA pula telah diangkat terus ke peringkat SPP.Kelulusan diperingkat SPP yang membolehkan Tuan dipanggil menduduki temuduga pada 25hb ini.Tahniah sekali lagi.
Untuk makluman Tuan,apa yang mendukacitakan KSKM itu sendiri adalah perjuangan dari PAP yang menjadi ahli KSKM itu sendiri yang tidak mendapat manafaat dari hasil perjuangan KSKM.Inilah realiti yang terpaksa ditelan oleh seluruh kepimpinan KSKM dalam menanggani persoalan ini.Sekian lama KSKM telah perjuangkan banyak isu untuk kesenangan ahli2 KSKM namun apa yang terhasil apabila diperingkat atasan,PAP yang BUKAN AHLI yang mendapat manafaatnya.Statment ini bukannya ~ADMIN~tidak mempercayai rezeki,Qada' dan Qadar dari ALLAH..Nauzubillahhiminzallik
tetapi inilah harga sebuah perjuangan yang perlu dibayar oleh seluruh ahli KSKM...
~ADMIN~ suka melebelkan kumpulan yang menangguk di air yang keroh ini sebagai kumpulan 'PARASIT" dimana penat lelah dari hasil usaha orang lain maka yang mendapat benefit atau keuntungan adalah kumpulan ini.Maafkan ~ADMIN~jika kenyataan ini diluar batasan seorang insan bernama manusia. 
PAP yang tidak menjadi ahli KSKM jika tidak mengeluarkan perkataan perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain,bagi ~ADMIN~ tidak menjadi permasalahan yang besar TETAPI terdapat PM@PAP yang tidak menjadi ahli tetapi mereka2 inilah yang banyak menabur fitnah dan kata2 nista terhadap KSKM...Apa KSKM buat? Apa hasil kita bayar RM5 sebulan untuk KSKM? Kemana duit kita yang dipotong setiap bulan untuk KSKM?Ini antara rungutan yang biasa ~ADMIN~ dengar dari ahli malah BUKAN AHLI juga.Apa hak BUKAN AHLI mempersoalkan persoalan2 ini?...
Jika ~ADMIN~ ingin kupaskan,terlalu panjang dan mungkin ada sesetengah pihak yang terasa akan kenyataan2 yang ~ADMIN~ tuliskan ini..
~ADMIN~ mohon kebenaran Tuan untuk ~ADMIN~ siarkan jawapan soalan Tuan di wall KSKM Pahang namun identiti Tuan tetap akan dirahsiakan...Akhir sekali,KSKM Pahang benar2 berharap agar Tuan akan berjaya di dalam temuduga tersebut dan ~ADMIN~ memohon kepada Tuan...Jika Tuan masih belum menjadi ahli KSKM,segeralah menjadi ahli kerana melalui KSKMlah segala permasalahan dan apa juga yangkita tercicir di dalamn perjawatan,akan KSKM angkatkan diperingkat negeri mahupun ke peringkat KPM...
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

JAWAPAN BERKAITAN 'TUKAR LANTIK PAP' KEPADA PEMBANTU MAKMAL

    • Salam Puan...sila lihat status yang baru shj ~ADMIN~ up-dated pada wall KSKMPahang nie berkaitan dengan Status Setiausaha Agong KSKM Pusat En.Ashaari Maarof.Usaha yang murni dijalankan oleh KSKM selama ini untuk mengangkat kerjaya PM dipersada jawatan2 penting di JPA telah hampir berjaya.PAP(makmal) telah diusahakan agar tidak ditarik keluar dari makmal telah berjaya.Kini taraf PAP makmal telah cuba diangkat menjadi PM pula namun apa yang mendukacitakan oleh seluruh kepimpinan KSKM seluruh negara adalah usaha murni ini telah diambil kesempatan oleh PAP yang tidak menjadi ahli kesatuan malah ada segelintir PAP makmal ini yang memperlekehkan keahlian sahabat2 yang telah menjadi ahli.Apa KSKM buat? Apa yang KSKM perjuangkan? KSKM hanya membazirkan duit ahli2 tanpa ada hasil...Nah!inilah persoalan dan tohmahan2 yang sering KSKM terima.Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan dunia sejak dahulu lagi...Gajah didepan mata tak nampak...kuman diseberang lautan juga yang kelihatan...Untuk makluman Puan,ramai diantara 350 PAP yang mendapat temuduga 'Tukar Lantik PAP'adalah terdiri dari PAP yang tidak menjadi ahli KSKM...Memang benar,rezeki,qada' dan Qadar adalah ketentuan Illahi namun jika orang yang sanggup mengeluarkan wang ringgit,masa dan tenaga untuk berkongsi susah senang bersama KSKM namun apabila perjuangan yang selama ini telah berhasil...mereka2 yang tidak menjadi ahli pula yang mendapat manafaatnya.Adakah ini ADIL???
      ~ADMIN~ tetap mengklasifikasikan kumpulan ini sebagai 'PARASIT'.Kumpulan ini hanya pandai menumpang atas kesusahan dan penat usaha orang lain...~ADMIN~ percaya dan Insyallah ~ADMIN~doakan agar kumpulan 'PARASIT' ini akan sedar dan kembali bermuhasabah diri dimana adakah jika kumpulan ini diterima menyandang jawatan PM maka mereka masih ingin kekal berada di zon selesa???Atau mereka kembali untuk berjuang bersama-sama KSKM untuk masa depan perjawatan PM yang lebih kondusif
  • 2 jam yang lalu
    Kskm Negeri Pahang
    • Berbalik kepada persoalan Puan tadi,Puan diminta untuk terus menghubungi S/U KSKM pahang En.Lotfan dr SMK Kerdau @ melalui no tel 0199829075 untuk memohon borang keahlian KSKM Pahang atau Puan diminta untuk memberi nama dan alamat sekolah Puan dengan lengkap untuk ~ADMIN~ poskan borang permohonan tersebut kepada Puan...Terima kasih Puan kerana terbuka hati Puan untuk meneruskan kesinambungan perjuangan KSKM Pahang khasnya dan KSKM Pusat umumnya...Tahniah kepada Puan kerana terpilih di dalam temuduuga tersebut dan Puan antara PAP yang sangat beruntung diantara PAP seluruh Malaysia seramai 2800 orang.Mudah2an Puan akan berjaya di dalam temuduga tersebut dan ~ADMIN~ ucapkan selamat menjadi ahli KSKM..TQ!!!
      ~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, April 17, 2012

TEMUDUGA OPSYEN TUKAR LANTIK PAP KEPADA PEMBANTU MAKMAL C17 OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (SPP).





Sesi temuduga Opsyen Tukar Lantik PAP ke Pembantu Makmal C17 (bertugas dimakmal) yang mohon secara online melalui Sekolah akan diadakan mulai minggu hadapan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), kepada yang telah mendapat surat pangilan temuduga, permohonan sebanyak 2,100 lebih, tapisan akhir hanya 900 yg layak. Ini adalah salah satu usaha KSKM Pusat beberapa tahun lepas untuk membantu PAP yang telah lama bertugas di Makmal Sains.

Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Majlis Tertinggi KSKM Pusat mengucapkan Tahniah buat semua yang layak dipanggil temuduga, semoga berjaya.

PERBINCANGAN KSKM PAHANG BERSAMA GIAT MARA MALAYSIA

Dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh ahli ke atas Ahli JawatanKuasa KSKM Pahang sesi 2011-2013,Pengerusi KSKM Cawangan Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad telah mengambil satu pendekatan yang tersendiri dimana satu perbincangan untuk merangka satu kerjasama yang erat diantara KSKM Pahang dengan Giat Mara Malaysia kearah meningkatkan kemahiran seorang Pembantu Makmal.

Pandangan dan permasalahan Pembantu Makmal khususnya suara-suara dari akar umbi KSKM Pahang telah diambil cakna oleh Pengerusi KSKM  Pahang. Kekangan dari segi kewangan di peringkat Jabatan Pelajaran Pahang untuk mengadakan kursus-kursus kepada semua Pembantu Makmal di negeri ini  telah menyebabkan ramainya Pembantu Makmal yang tercicir dari segi nama terutama ahli KSKM itu sendiri bagi menempatkan diri mereka di dalam kursus yang terhad tersebut. Panggilan kursus kepada Pembantu Makmal telah diambil nama peserta secara rawak di peringkat JPNPahang tanpa merujuk kepada KSKM Pahang samada Pembantu Makmal yang TIDAK menjadi ahli dan AHLI KSKM itu sendiri turut terlibat.Inilah senario yang terpaksa dihadapi oleh AJK KSKM Pahang sesi ini.Luahan rasa ahli KSKM yang membuat potongan yuran bulanan pada setiap bulan juga menjadi satu perkara yang perlu diambil peduli apabila AJK KSKM Pahang menerima amanah jawatan dari ahli-ahli KSKM Pahang.

Terpanggil dengan keluhan dari ahli-ahli KSKM  segenap pelusuk di Negeri Pahang,maka Pengerusi KSKM Pahang bersama bantuan dari Exco Latihan dan Sumber Manusia,Puan Hafizah binti Abd Karim telah bersama-sama berjumpa dan bertemu dengan En.Jabar Azman bin Hj Jaafar (Ketua Jabatan Pembangunan Kurikulum Giat Mara Malaysia)bagi mencari jalan keluar menanggani keresahan ahli-ahli KSKM Pahang,
Perbincangan dari hati ke hati antara KSKM Pahang bersama Giat Mara Malaysia telah berjaya menghasilkan satu resolusi dalam menangani masalah kekurangan kursus bagi Pembantu Makmal.Program kursus juga telah diperbincangankan secara terperinci berkaitan dengan modul yang akan dipersembahkan kepada semua peserta-peserta kursus.Objektif diakhir kursus mensasarkan setiap Pembantu Makmal akan memperolehi KEMAHIRAN untuk dgunakan ketika berada di makmal.
Alhamdulillah,penhujung perbincangan tersebut menunjukkan keputusan yang sangat positif dan bolehlah dianggap pertemuan tersebut sangat-sangat berjaya.
Besar harapan ~ADMINKSKMPahang~ agar perancangan dan usaha ini akan mendapat perhatian yang positif dari Jabatan Pelajaran Pahang dan seterusnya akan memberikan sokongan yang baik kepada KSKM Pahang.~ADMIN~ juga sangat berharap agar sokongan dari setiap ahli Kesatuan juga,dapat menjayakan program yang telah dirancang oleh KSKM Pahang.
Akhir kalam dari ~ADMIN~ marilah kita bersama-sama mendoakan agar apa yang dirancang ini akan terlaksana akhirnya...Wallahualam!!!

Thursday, April 12, 2012

KUNJUNGAN MESRA KSKM NEGERI PAHANG KE JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

Tarikh  : 04 April 2012
Masa   : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan JPNP

Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang telah mengadakan kunjungan ramah mesra bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.KSKM telah diberikan berpeluang untuk mengemukan pelbagai masalah yang dialami oleh Pembantu Makmal negeri Pahang.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan perjalanan dan sistem pentadbiran di JPN oleh En.Fikri dari Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan(2P).
KSKM pula diwakili oleh pengerusi KSKM Pahang En.Khairul A'zli Hj Ahmad telah memberikan taklimat berkaitan KSKM dan fungsinya dalam membela nasib Pembantu Makmal di negeri Pahang.
JPN Pahang telah sudi mendengar permasalahan yang dibentangkan oleh Setiausaha KSKM,En.Lotfan Abd Aziz.Terdapat 15 isu yang diketengahkan oleh KSKM Pahang untuk mendapatkan penyelesaian diperingkat JPN.
Antara isu-isu tersebut adalah:
1.Pemindahan PAP dari makmal ke bahagian-bahagian lain di sekolah.
2.Memohon JPN mengadakan kursus kpd Pembantu Makmal.
3.Memohon cuti tanpa rekod dan TNT semasa Mesyuarat Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang.
4.Memohon menaik taraf makmal yang telah berusia 20 tahun dan keatas.
5.Memohon pemeriksaan kesihatan secara berkala kepada semua Pembantu Makmal.
6.Memohon JPNP membekalkan 'Lab Coat' dan kasut kepada Pembantu Makmal.
7.Masalah kebuk wasap di sekolah.
8.Memohon keutamaan kepada ahli-ahli KSKM untuk menyertai kursus anjuran JPN.
9.Memohon kerjasama JPN melibatkan KSKM dalam menentukan bentuk dan kursus.
10.Memohon kerjasama JPN dalam proses pelupusan bahan kimia&radioaktif secara bersepadu.
11.Memohon PPD untuk bekerjasama dengan Pengerusi KSKM Daerah.
12.Penganjuran kursus Pengendalian dan membaikpulih mikroskop.
13.Memohon JPN memaklumkan kepada pentadbir sekolah agar Penilai Pertama PTK Pembantu Makmal dinilai oleh Pembantu Makmal C22/C26 atau oleh Ketua Bidang.
14.Memohon JPN membenarkan Pembantu Makmal perempuan memakai seluar panjang.
15.Memohon kursus pelupusan,kehilangan dan hapus kira bahan di makmal.
Isu-isu yang dibangkitkan oleh KSKM telah mendapat respon yang baik dari JPNP dan tindakan akan diambil...InsyAllah!!!
Turut dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan waktu bekerja Pembantu Makmal.
Pengerusi KSKM Pahang menerangkan bahawa isu ini telah diperbincangkan di dalam Mesyuarat 'Majlis Bersama Jabatan' namun JPNP bersedia untuk berkongsi pendapat bersama-sama AJK KSKM.
Mesyuarat telah menetapkan bahawa dukacita dimaklumkan setiap Pembantu Makmal diWAJIBkan mengambil masa rehat selama 1jam kerana ini merupakan arahan yang dikeluarkan melalui Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia malah jika diteliti  melalui AKTA BURUH sekalipun,terma dan syarat mengambil 1 jam rehat ini telah termaktub.
~ADMIN~ beranggapan bahawa isu ini tidak akan diangkat ke pengetahuan JPNP untuk masa yang akan datang.

Panorama yang dapat dikongsi bersama sepanjang Majlis Kunjungan Mesra KSKM Pahang ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

                                        Tersergam Bangunan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
                                         Barisan Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang

Pengerusi KSKM Caw Pahang :En.Khairul A'zli Hj Ahmad
                                    Gambar dari kiri : En.Herry, En.Fikri, En.Jamil dan En.Chang
                                               Khusyuk mendengar taklimat daripada En.Jamil
                               En.Jamil begitu bersemangat dalam memberi taklimat pada hari tersebut
En.Herry dari Bahagian Perjawatan dan Pencen menjawab persoalan yang diajukan

                                         ..
Akhir kalam dari ~ADMINKSKMPahang~ Mohon semua ahli-ahli KSKM negeri Pahang agar memberikan sepenuh sokongan terhadap AJK KSKM Pahang sesi 2011-2013 ini untuk terus memimpin dan menyumbangkan tenaga bagi memperjuangkan kepentingan dan manafaat bersama untuk ahli-ahli KSKM.
~ADMIN~ juga menyeru agar semua ahli-ahli KSKM Pahang,memberi respon dan permasalahan yang perlu Pengerusi KSKM Pahang bawa semasa Mesyuarat 'Majlis Bersama Jabatan' bersama Pengarah Pelajaran Pahang samada di 'Facebook' mahupun telefon/sms ke no : 019-9161514 (En.Khairul A'zli Hj Ahmad).
Sekian...Wallahualam dan Wassalam!!!!
~ADMINKSKMPahang~

Sunday, April 8, 2012

MESYUARAT KSKM BERSAMA CUEPACS PAHANG

Tarikh   : 30 Mac 2912 (Jumaat)
Masa    :  5.00 petang
Tempat : Pejabat NUTP Pahang, Kuantan.

Satu mesyuarat AJK Cuepacs Pahang telah diadakan di Kuantan  dimana semua kesatuan sekerja yang bernaung di bawah CUEPACS Pahang telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Tujuan mesyuarat  itu adalah untuk membincangkan Sambutan Hari Pekerja Cuepacs peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Pahang pada 1 Mei 2012.
Kepada seluruh ahli KSKM Negeri Pahang dan semua ahli KSKM Malaysia dijemput ke Majlis tersebut dengan segala hormatnya.
KSKM Cawangan Pahang telah diwakili oleh En.Khairul A'zli Hj Ahmad (Pengerusi KSKM Pahang) dan En.Lotfan Abd Aziz (Setiausaha KSKM Pahang).
Sekitar perjalanan mesyuarat tersebut yang ditangguhkan hampir ke jam 7.15 petang.




MESYUARAT 'MAJLIS BERSAMA JABATAN'

Tarikh   : 30 Mac 2012 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan JPN Pahang

Satu mesyuarat MBJ-Majlis Bersama Jabatan telah diadakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang, Kuantan.Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang dan disertai oleh semua PPD negeri Pahang,Kesatuan-kesatuan sekerja di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia,CUEPACS termauk juga Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM) Negrei Pahang.
KSKM telah diwakili oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang, En.Khairul A'zli Hj Ahmad dan setiausaha KSKM Pahnag, En.Lotfan Abd Aziz.
Dalam Majlis tersebut,Pengerusi KSKM telah membawa 5 isu untuk mendapat perhatian dan penjelasan dari pihak JPN.Pahang.
Semoga semua ahli2 Kesatuan akan memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada KSKM Negeri Pahang seterusnya akan memberikan permasalahan yang berlaku di sekolah masing2 untuk Pengerusi KSKM Pahang angkatkan didalam mesyuarat MBJ yang akan datang.
Antara Isu yang dibawa  oleh En.Khairul A'zli Hj Ahmad adalah :
1.Isu Lab Coat dan elaun kasut.
2.Isu Waktu Kerja Pembantu Makmal.
3.Isu Kursus-kursus kepada semua Pembantu Makmal.
4.Isu pemindahan PAP dari makmal ke bahagian-bahagian lain di sekolah.
5.Isu pekerja kontrak pembersihan diminta untuk membersihkan makmal.
Semoga perjuangan yang dibawa oleh KSKM Negeri Pahang untuk membawa terus permasalahan Pembantu Makmal ke peringkat atasan akan membuahkan hasil yang positif.Diharap agar semua PM di dalam Negeri Pahang akan dapat bersama-sama menjadi ahli KSKM untuk manafaat kita bersama dan memartabatkan profesion Pembantu Makmal ke taraf yang tertinggi.Wallahuallam....
~ADMINKSKMPahang~

JAWAPAN BERKAITAN "MENJADI AHLI KSKM"

  • Assalamualaikum...Puan Zie U-g,Tahniah KSKM Pahang ucapkan kepada Puan kerana Puan telah mempunyai satu kesedaran tentang pentingnya seluruh PM di Kementerian Pelajaran Malaysia ini bergabung tenaga,usaha dan pengorbanan agar segala permasalahan dan kekurangan kepada PM ini dapat di kemukakan kepada pihak di atas melalui saluran yang betul dan munasabah.~ADMIN~ fokuskan kepada PM yang berkhidmat di dalam negeri Pahang sahaja kerana bantuan dari segala segi yang berkaitan dengan perjawatan PM akan ~ADMIN~ bawa terus ke Jabatan Pelajaran Pahang...Insyallah,setakat ini,KSKM Pahang telah berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan PM di Pahang ini melalui saluran yang diberi oleh Jabatan Pelajaran Pahang kepada Pengerusi KSKM Pahang En.Khairul A'zli Hj Ahmad.Apa yang dinyatakan oleh Pengerusi KSKM Pahang kepada ~ADMIN~ adalah,KSKM Pahang akan membuat tapisan yang rapi terhadap permasalahan yang utarakan oleh PM untuk dibawa ke pengetahuan Pengarah Pelajaran Pahang dimana HANYA PERMASALAHAN AHLI2 KSKM SAHAJA yg dipilih dari semua PM yang ada.Ini merupakan komitmen Pengerusi KSKM Pahang terhadap pengorbanan oleh ahli2 KSKM.Bagi PM yang masih selesa diluar dari Kesatuan,~ADMIN~ menjemput dengan segala hormatnya agar bersama2 kita merapatkan kesatuan kerana apabila kuat kesatuan kita maka kuatlah suara kita,bak kata pepatah Melayu"Bulat air kerana pemetong,bulat kata kerana muafakat".
    Berbalik kepada persoalan Puan tadi,~ADMIN~ ingin menyatakan bahawa untuk menjadi ahli KSKM,Puan mestilah mengisi borang keahlian yang disediakan oleh KSKM.Bagi PM yang berada di dalam negeri Pahang,borang keahlian boleh diperolehi dari setiausaha KSKM Caw Pahang En.Lotfan Abd Aziz beralamat di SMK Kerdau,Temerloh atau boleh dihubungi melalui telefon bimbit :019-9829075. Puan juga boleh menghubung melaui telefoni@mesej Pengerusi KSKM Negeri Pahang En.Khairul A'zli Hj Ahmad di no 019-9161514.Puan juga boleh menghantar nama dan alamat lengkap untuk proses penghantaran borang keahlian melalui khidmat pos.
  • Kskm Negeri Pahang Puan Zie U-g...menjawab persoalan yuran dikenakan untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM1 shj.Namun yuran bulanan bagi stiap ahli yang diterima menjadi ahli adalah sebanyak RM5 shj.Bagi proses permulaan Puan untuk memohon menjadi ahli KSKM adalah Puan diminta menyediakan Kiriman Pos@Wang Pos sebanyak RM16.Ini termasuklah RM1 yuran ahli,RM5 x 3bulan yuran bulanan ahli.
    RM5 x 3 bulan ini perlu dijelaskan kerana sistem Biro Potongan Angkasa akan mengambil masa lebih kurang 3 bulan bagi pemotongan gaji puan untuk tujuan yuran bulanan tersebut.Sekiranya permohonan Puan diterima oleh KSKM Pusat maka Puan akan terus menjadi ahli KSKM tanpa perlu menunggu selama 3 bulan akan datang untuk proses pembayaran yuran bulanan.
    Menjawab persoalan cara pembayaran yuran...sepertimana yang disebut tadi,Puan mesti menghantar sekali bersama borang BPA(Biro Potongan Angkasa) yang lengkap beserta tandatangan Pengetua dan mesti dikepilkan berama borang permohonan keahlian ke Setiausaha KSKM Pahang untuk tindakan selanjutnya dan permohonan Puan akan terus dipanjangkan ke KSKMPusat bagi proses kelulusan.
    Semoga Puan berpuashati dengan apa yang ~ADMIN~ catatkan disini dan ~ADMIN~amat berbangga dan sangat2 berterima kasih kpd Puan kerana sudi untuk menjadi ahli KSKM.Semoga Puan akan terus memberi sokongan dan perhatian yang padu kepada KSKM Pahang khususnya dan KSKM Puasat amnya.Besarlah harapan KSKM Pahang agar Puan dapat mengajak dan menjemput rakan2 PM yang lain untuk sama2 menjadi ahli KSKM..Insyallah!!!

SANBUNGAN JAWAPAN BERKAITAN "PAP DALAM KSKM"

Untuk makluman Puan,dalam Persidangan Dwi Tahunan KSKM Peringkat Pusat di Shah Alam baru2 ini,Usul untuk menggantikan nama kesatuan telah di sokong sebulat suara oleh perwakilan. Nama KSKM akan menjadi sejarah perjuangan PM dan PAP Makmal yang tersendiri dan nama baru akan menyusul adalah Kesatuan Pembantu Makmal Kementerian Pelajaran Malaysia(KPMKPM).Ini bermakna,selepas ini hanya nasib PM sahaja akan diperjuangkan...Wallahualam.

JAWAPAN BERKAITAN 'KEAHLIAN PAP DALAM KSKM


Terima kasih kerana bertanya. Permasalahan PAP N1 yang ditempatkan dimakmal merupakan menjadi satu isu yang besar kepada JPN Pahang untuk waktu ini.Banyak PAP di makmal(mugkin sudah lebih 10tahun di makmal) telah ditarik ke bahagian2 lain di sekolah.KSKM Pusat telah memperjuangkan nasib PAPN1 ini dimana KSKM Pusat telah mengangkat pemasalahan ini sehingga ke Kementerian Pelajaran di Putra Jaya.Begitu juga dengan KSKM Pahang,barisan AJK KSKM Pahang 2011-2013 juga telah memainkan peranan dgn mengangkat pemasalahan ini ke pengetahuan JPN Pahang.Apa yang diperjuangkan KSKM Pahang adalah,TIADA PEKELILING TERBARU yg mengatakan PAP N1 di makmal perlu keluar dari makmal dan ditempatkan di kawasan yang selain makmal.~ADMIN sedang mengedarkan pekeliling tahun 2010 yang masih berkuatkuasa dengan tandatangan Mantan Pengarah Pelajaran Pahang kepada semua sekolah di negeri Pahang berkaitan larangan menarik PAP N1 dari makmal.Puan boleh menghubungi S?U KSKM Pahang En.Lotfan 0199829075 bagi mendapatkan salinan pekeliling tersebut agar dapat beliau mengirim terus kpd Puan.
Bagi menjawab persoalan Puan,misi Kementerian kpd semua makmal di Malaysia ini adalah pada 2014 nanti,semua makmal akan diisikan dengan semua pegawai yang berpangkat PM sahaja.Tiada lagi PAP yang akan ditempatkan di makmal sains semua sekolah di Malaysia.Namun begitu,Puan jangan sekali2 meminta PAP yang berada di makmal SEKARANG untuk berpindah ke bahagian lain di sekolah kerana proses kearah 2014 ini masih panjang tempohnya.Tempat PAP nanti akan di tampung oleh PM lantikan baru yang akan dibuat secara berperingkat-peringkat.~ADMIN~ mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAP N1 di sekolah Puan yang berminat untuk menyertai KSKM namun jika diteliti kepada norma2 perjawatan PM di Malaysia ini untuk masa hadapan,peluang PAP N1 ini untuk terus berkhidmat di makmal adalah tipis.Oleh yang demikian ~ADMIN~ mencadangkan agar PAP N! ini menyertai kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pusat(KKPPPKPM) kerana segala permasalahan PAP,PRA<Pemandu,Tukang Masak dan Jaga akan diperjuangkan oleh kesatuan ini.
Untuk makluman Puan,dalam Persidangan Dwi Tahunan KSKM Peringkat Pusat di Shah Alam baru2 ini,Usul untuk menggantikan nama kesatuan telah di sokong sebulat suara oleh perwakilan. Nama KSKM akan menjadi sejarah perjuangan PM dan PAP Makmal yang tersendiri dan nama baru akan menyusul adalah Kesatuan Pembantu Makmal Kementerian Pelajaran Malaysia(KPMKPM).Ini bermakna,selepas ini hanya nasib PM sahaja akan diperjuangkan...Wallahualam.Untuk makluman Puan,dalam Persidangan Dwi Tahunan KSKM Peringkat Pusat di Shah Alam baru2 ini,Usul untuk menggantikan nama kesatuan telah di sokong sebulat suara oleh perwakilan. Nama KSKM akan menjadi sejarah perjuangan PM dan PAP Makmal yang tersendiri dan nama baru akan menyusul adalah Kesatuan Pembantu Makmal Kementerian Pelajaran Malaysia(KPMKPM).Ini bermakna,selepas ini hanya nasib PM sahaja akan diperjuangkan...Wallahualam.Untuk makluman Puan,dalam Persidangan Dwi Tahunan KSKM Peringkat Pusat di Shah Alam baru2 ini,Usul untuk menggantikan nama kesatuan telah di sokong sebulat suara oleh perwakilan. Nama KSKM akan menjadi sejarah perjuangan PM dan PAP Makmal yang tersendiri dan nama baru akan menyusul adalah Kesatuan Pembantu Makmal Kementerian Pelajaran Malaysia(KPMKPM).Ini bermakna,selepas ini hanya nasib PM sahaja akan diperjuangkan...Wallahualam.

TAKLIMAT KSKM PAHANG DI KURSUS KESELAMATAN MAKMAL SIRI1/2012

Tarikh   29 Mac 2012 (Khamis)
Masa   : 10.00 malam
Tempat : PLG Sri Tualang Temerloh  Pahang

Satu taklimat berkaitan KSKM telah disampaikan oleh Pegerusi KSKM Cawangan Pahang En.Khairul A'zli Hj Ahmad semasa slot KSKM di dalam program Kursus Keselamatan Makmal siri 1/2012 yang diadakan di Pusat Latihan Guru Sri Tualang, Temerloh.
Seramai 50 orang peserta kursus terdiri daripada Pembantu Makmal seluruh negeri Pahang telah menghadiri kursus yang bermula dari 28-30 Mac.Tahniah KSKM Pahang ucapkan kepada semua peserta-peserta kursus yang terlibat dan semoga segala ilmu yang dipelajari semasa kursus tersebut dapat di praktikkan di sekolah masing-masing.
Antara panorama yang sempat dikutip oleh ~ADMINKSKMPahang~sepanjang slot KSKM Pahang bersama pesrta kursus.





...

JAWAPAN BERKAITAN 'WAKTU KERJA'

Assalamualaikum...Menjawab isu yang Puan kemukakan...Masalah ini telah diangkat ke peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia melaui KSKM Pusat.
Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad juga telah membawa cadangan pelarasan waktu kerja seluruh PM di negeri Pahang ini ketika Mesyuarat "Majlis Bersama Jabatan" dan ketika Kunjungan Mesra KSKM Pahang ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang baru-baru ini.
Puan.Jawapan yang diterima adalah:
Jadual PM tertakluk kpd pekeliling yg dikeluarkan dimana setiap PM perlu bekerja selama 9jam termasuk 1 jam rehat.Jadual ini juga tertakluk kepada AKTA BURUH yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.Jadual waktu anjal juga tertakluk kpd budibicara pihak pentadbir di sekolah masing2.Sbg cth:
                          7pg-4ptg...           7.30pg-4.30ptg...                  8pg-5ptg.
Setiap PM wajib mengambil waktu rehat selama 1 jam.
Alasan PM perlu dimakmal pada waktu rehat tidak dapat dijadikan alasan kukuh utk PM tidak mengambil rehat 1 jam.Walaubagaimanapun,Puan masih boleh berbincang dgn pihak pentadbir di sekolah Puan.
Jika terdapat PM yg mendapat pelepasan awal dr pihak Pentadbir di sekolahnya,ini merupakan atas BUDIBICARA pentadbir di sekolah tersebut.Sekian TQ!!!
Sesi Perbualan Tamat

JAWAPAN BERKAITAN 'PERTUKARAN'

Waalaikumussalam...Puan Rosmawangi Wangi...Untuk makluman Puan,Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad baru2 ini telah menghadiri mesyuarat "Majlis Bersama Jabatan" yg dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang di JPNPahang.Alhamdulillah,kesan dari mesyuarat tersebut,banyak permasalahan PM di negeri Pahang dapat di luahkan kpd JPNP.
Pada 4/4/2012(Rabu), AJK KSKM Pahang telah berkunjung ke JPNP dgn kesemua barisan AJK KSKM Pahang sesi 2011-2012 hadir.Pada kunjungan tersebut,KSKM telah mengangkat 15 isu yang menjadi permasalahan kpd semua PM di Pahang.Alhamdulillah,permasalahan KSKM telah didengar dan diambil perhatian serius oleh JPNP.Inilah pentingnya berkesatuan kerana permasalahan kita dapat disalurkan terus kpd JPNP dan ini merupakan 1 perjuangan KSKM Pahang untuk sekurang2nya dapat meringankan masalah PM jika tidak dapat menyelesaikannya secara total.
Berbalik kpd persoalan Puan,proses pertukaran kakitangan Jabatan Pelajaran boleh dipohon oleh kakitangan sebanyak 4 kali dalam sethn.Kementerian telah menetapkan proses pertukaran ini hendaklah dilakukan pada bulan Jan,April,Julai dan Oktober setiap tahun.Puan diminta untuk memohon melalui e-Tukar Bukan Guru di lamn portal Kementerian Pelajaran Malaysia.Puan dilarang sama sekali memohon secara manual kerana pihak JPN tidak akan melayan permohonan Puan.Untuk memudahkan Puan lebih memahami proses ini,Puan blh merujuk kpd bahagian pentadbiran di sekolah Puan.Bulan April(sekarang)telah dibuka permohonan pertukaran,jadi Puan bolehlah bertindak dari sekarang kerana proses ini akan ditutup setiap hujung bulan.(tempoh 1 bulan shj)
Bagi memudahkan Puan berjaya dalam permohonan tersebut,permohonan pertukaran tersebut hendaklah disokong oleh Pengetua di sekolah Puan.Pengetua akan melulus/tidak meluluskan permohonan Puan dalam tempoh 2 minggu bulan yang berikutnya.Sila pastikan pihak pentadbir menguruskan permohonan Puan selepas tamat tempoh bulan April ini.
Permohonan yang biasanya akan diberi perhatian dan diluluskan adalah pertukaran suka sama suka dan pertukaran ke sekolah yang pasti ada kekosongan.Oleh yang demikian,Puan diminta pastikan sebenar2nya penempatan yang baru itu mempunyai kekosongan.
Puan juga boleh menghubungi JPN Pahang untuk lebih kepastian dan Puan boleh menghubungi secara terus kpd En.Herry di sektor khidmat Pengurusan dan Pembangunan di bahagian perjawatan dan pencen...
~!ADMIN KSKMPahang~ berharap agar Puan berpuashati dgn apa yang telah dijawab diruangan ini dan KSKM Pahang mendoakan agar permohonan Puan akan berjaya pada kali ini.Besar harapan KSKM Pahang agar Puan akan terus memberi sokongan dan perhatian kepada KSKM Pahang dan seterusnya mengajak teman2 PM yg masih belum menjadi ahli KSKM untuk sama2 menyertai KSKM.
Wassalam... ~ADMINKSKMPahang~

JAWAPAN BERKAITAN 'TANGGUNG KERJA'

Salam...merujuk permasalahan yang Puan utarakan kepada KSKM Pahang berkaitan proses tanggungkerja di makmal yang Puan lakukan dan mendapat kelulusan dari Pentadbir di sekolah Puan tetapi di tolak permohonan tuntutan tanggungkerja di peringkat JPN telah diangkat oleh Pengerusi KSKM Pahang semasa Program KSKM bersama JPNP baru2 ini.Sukacita dimaklumkan bahawa permasalah tersebut telah mendapat perhatian yg serius dr pihak JPNP.
Sedikit persoalan...adakah Puan telah memenuhi semua syarat2 tanggungkerja tersebut sebagai contoh...28hari bekerja berterusan tanpa ada mengambil cuti@MC atau menanggung kerja dari pegawai yang lebih rendah gred jawatan@setaraf serta beberapa syarat yang lain...Jika Puan yakin berkaitan syarat2 tersebut telah dipenuhi di dalam tuntutan tersebut,Puan sebenarnya layak untuk menuntut elaun tanggungkerja.
Besarlah harapan ~ADMINKSKM Pahang~memohon agar Puan terus berhubung melalui telefon ke JPNP ke Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dan bercakap dengan En.Herry.Permasalahan Puan ini telah di dalam pengetahuan pegawai tersebut.
Mohon kerjasama dari Puan untuk bersama2 menjadi ahli KSKM keranaJPNP telah memberikan kapisiti KSKM Pahang untuk bersama2 di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang sendiri.Di sinilah medium yang sangat penting untuk KSKM membangkitkan apa juga permasalahan yang ada samada dari segi makmal,penempatan PM,pertukaran dan lain-lain hal yang berkaitan.Keutamaan permasalahan akan lebih diutamakan kepada PM yang menjadi ahli KSKM.
Sekali lagi ~ADMIN~mengajak Puan serta semua PM di daerah Cameron Highlads untuk bersama2 menjadi ahli KSKM dan menggerakkan KSKM di peringkat daerah CH.
Akhirnya,semoga apa yang Pengerusi KSKM Pahang bawakan permasalahan Puan ini akan mendapat tindakan susulan dari pihak Puan.Sekian terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Monday, April 2, 2012

PEKELILING KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2012 bertarikh 30.3.2012

Anda boleh downlode disini :

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1498%3Aservice-circular-no-12012&catid=169%3A2012-circulars&lang=ms