Tuesday, July 24, 2012

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ANJURAN KSKM DAERAH RAUB DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI RAUB DI HOSPITAL DAERAH RAUB


Bertempat di Hospital Daerah Raub,semua AHLI-AHLI KSKM di daerah Raub telah berpeluang mengikuti satu program anjuran AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub iaitu 'Kursus Pertolongan Cemas'.Kursus ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari Kolej Komuniti Raub dan ianya terpaksa diadakan di Hospital Raub kerana Kolej komuniti tidak dapat menyediakan semua peralatan yang perlu didedahkan kepada para peserta kursus agar semua peserta kursus akan mendapat input,situasi dan kaedah yang sebenar ketika suasana kecemasan benar-benar berlaku.Kredit perlu diberi kepada Kolej Komuniti kerana dapat menyediakan segala yang terbaik untuk peserta kursus.Kursus yang berlangsung selama 1 hari itu dikendalikan oleh semua tenaga pengajar yang terlatih terdiri daripada Doktor,Pembantu Perubatan(MA) dan Ketua Jururawat dari Hospital Raub.Peserta kursus didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana untuk melakukan pertolongan cemas.Kaedah yang betul dan selamat amat penting ketika berlaku kecemasan terutama situasi di makmal sains.Para peserta juga bebas untuk bersoal-jawab bersama tenaga pengajar dan suasana tersebut dapat dilihat ketika hampir semua sesi yang diajar,mendapat respon yang baik dari peserta kursus.
~ADMIN~ mendapat maklum-balas dari para peserta bahawa kursus yang dianjurkan pada kali ini amat berbeza dan berlainan dengan kursus-kursus yang pernah dihadiri sebelumnya.Peserta juga berpendapat agar kursus yang sedemikian ini akan dianjurkan khusus kepada semua AHLI-AHLI KSKM kerana tugas Pembantu Makmal sentiasa terdedah dengan keadaan yang memerlukan 'skill' pertolongan cemas.
~ADMINKSKMPahang~mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada Wakil KSKM Daerah Raub iaitu En.Hermi bin Zakaria dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah Raub kerana telah berjaya menganjurkan kursus yang sangat baik dan berkesan sertamemberikan input-input yang baik kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM Daerah Raub.Semoga usaha ini akan dapat menjadi satu aktiviti yang baik kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM.Usaha murni ini juga mudah-mudahan akan menjadi contoh yang terbaik kepada Wakil-Wakil KSKM Daerah yang lain serta barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Daerah di Negeri Pahang yang lain yang masih belum menganjurkan sebarang aktiviti kepada AHLI-AHLI di daerah masing-masing.
Tajuk    : Kursus Pertolongan Cemas.
Tarikh   : 16 Julai 2012.
Masa    : 8.00 pagi - 5.00 petang.
Tempat : Hospital Daerah Raub.
Anjuran : KSKM Peringkat Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub.
Antara panorama yang dapat dikutip sepanjang kursus tersebut berlangsung.~ADMIN~ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Wakil KSKM Daerah Raub,En.Hermi Zakaria kerana sudi berkongsi hasil lensa pada hari tersebut.
Pertolongan Cemas'CPR'
 Peserta Kursus menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerangan yang diber

 Sebahagian peserta kursus yang berpeluang menimba ilmu pertolongan cemas

 Wakil KSKM Daerah Raub mencuba sendiri kaedah yang dipelajari
 Peserta kursus.En.Azahari dari SMK LKTP Tersang




Cenderahati kepada Tenaga Pengajar disampaikan oleh Timbalan Wakil KSKM Daerah Raub


Thursday, July 19, 2012

MESYUARAT PEMBANTU MAKMAL DAN PELANTIKAN AJK PELAKSANA KSKM DAERAH JERANTUT 2012





Tarikh    : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa     : 2.30 - 5.00 petang
Tempat  : Dewan Seminar PPD Jerantut
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan keizinan dan restuNya maka KSKM Daerah Jerantut telah berjaya mengumpulkan seluruh Pembantu Makmal di daerah itu untuk melaksanakan satu program'Mesyuarat Pembantu Makmal dan Perlantikan AJK Pelaksana Peringkat Daerah Jerantut'.

Agenda:
1.0. Ucapan dari Pengerusi KSKM Negeri Pahang En.Khairul A'zli Ahmad
2.0  Mesyuarat Jawatankuasa Kesatuan Pembantu Makmal Daerah Jerantut.
       2.1   Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
       2.2   Melantik Pencatat Minit.
       2.3   Perlantikan Jawatankuasa Perlaksana.
3.0. Taklimat KSKM oleh Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari KSKM Negeri Pahang.
4.0. Hal-hal lain.
5.0. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perlaksana.
Dalam ucapan Pengerusi KSKM Negeri,beliau sangat-sangat berharap agar semua Pembantu Makmal di daerah Jerantut ini akan bersama-sama menyertai dan menjadi ahli Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM)kerana suara Pembantu Makmal di Negeri Pahang ini boleh dibawa sehingga ke Jabatan Pelajaran Pahang melalui Mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan'yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang.Inilah medium yang sepatutnya digunakan oleh seluruh Pembantu Makmal bagi menanggani sebarang permasalahan yang berlaku di tempat kerja.Jika KSKM mempunyai ahli yang ramai,maka suara dan pandangan dari KSKM akan diambil kira di peringkat negeri.
Disamping itu juga,Pengerusi KSKM Negeri berharap agar AJK Pelaksana diperingkat daerah ini akan lebih aktif bagi memberikan ruang dan peluang kepada HANYA AHLI-AHLI KSKM sahaja untuk mendapatkan sebarang kursus yang berkaitan dengan bidang tugas Pembantu Makmal.
Diakhir ucapan,beliau berharap agar semua Pembantu Makmal di daerah Jerantut bersatu,bekerjasama dan saling bantu membantu supaya hasrat murni mesyuarat pada hari ini akan menguatkan lagi KSKM diperingkat daerah seterusnya diperingkat Negeri Pahang.
~ADMIN~ingin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada En.Ahmad Khatimi Bahauddin kerana hasil usaha beliau bekerjasama dengan PPD Jerantut maka program pada hari ini terlaksana dengan jayanya.Tahniah juga kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah yang telah dilantik.~ADMIN~sangat berharap agar amanah yang telah diberikan ini dapat dipikul dengan baik dan ikhlas.
~ADMIN~melalui lanser Pengerusi KSKM Negeri Pahang ingin berkongsi panorama sepanjang program tersebut berlangsung.





Pengerusi PerlaksanaAJK Pembantu Makmal Daerah Jerantut
Ahli Jawatankuasa Pelaksana daerah Jerantut
Timbalan Pengerusi 

Tuesday, July 17, 2012

KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUANTAN 2012


Tarikh    : 16 Julai 2012
Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat   : Dewan Seminar PPD Kuantan
Anjuran   : Unit Latihan PPD Kuantan dan KSKM Daerah Kuantan

Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izinnya,satu perancangan yang baik dari KSKM Daerah Kuantan dibawah Wakil KSKM Daerah,Puan.Rashidah Adam Ahmad dan dibantu setiausaha penyelaras kursus Puan.Samseema Harun telah berjaya menganjurkan satu kursus bagi semua Pembantu Makmal daerah  Kuantan dengan kerjasama Unit Latihan PPD Kuantan.
Program ini telah menempatkan seramai 132 orang pesaerat terdiri daripada Pembantu Makmal dari seluruh daerah Kuantan.

Kursus yang telah berlangsung selama sehari ini diisi dengan 3 slot iaitu pada slot yang pertama,Ceramah 1 bertajuk 'Pengurusan Perkhidmatan Pembantu Makmal' yang disampaikan oleh En.Ahmad Fikri bin Ahmad,Penolong Pengarah,Unit Perjawatan dan Perkhidmatan Jabatan Pelajaran Pahang.






Pada slot yang kedua,Ceramah 2 yang bertajuk 'Motivasi:Ujian Tajma' yang dikendalikan oleh En.Mohd Asri bin Mohd Yusof,Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Kuantan.
Kursus berhenti rehat pada jam 12,30 dan disambung kemnali pada jam 2.15 petang.
Slot ketiga adalah 'Sesi Dialog dan Penutupan Bersama Setiausaha Agong KSKM Pusat,En.Ashaari bin Maarof'.

Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang juga turut hadir di dalam slot ketiga tersebut.iaitu En.Khairul A'zli Ahmad,(Pengerusi KSKM Pahang),En.Lotfan Abd Aziz(Setiausaha KSKM Pahang) dan Puan.Rogayah Othman(Bendahari KSKM Pahang).
Semoga program yang sedemikian ini akan menjadi satu aktiviti yang sangat berguna kepada setiap Pembantu Makmal di Daerah Kuantan dan ~ADMIN~ berharap Wakil-wakil KSKM setiap daerah di Negeri Pahang akan mengorak langkah yang lebih proaktif bagi membuat sebarang aktiviti yang baik sebagai input yang berguna kepada setiap AHLI-AHLI KSKM.~ADMIN~yang mewakili Pengerusi KSKM Negeri Pahang juga sangat-sangat berharap agar program yang melibatkan KSKM diperingkat daerah akan menumpukan hanya kepada AHLI-AHLI KSKM sahaja.
TAHNIAH sekali lagi dari~ADMIN~yang mewakili AJK KSKM Negeri Pahang kepada Wakil KSKM Daerah Kuantan,Puan.Rashidah Adam Ahmad dan barisan AJK Bertindak peringkat daerah kerana berjaya menganjurkan kursus ini.
Sebahagian panorama yang dapat dikutip oleh Pengerusi KSKM Negeri sepanjang kursus yang dapat ~ADMIN~muatkan di dalam Laman Blog ini untuk tatapan dan memori para peserta yang terlibat.







Sunday, July 15, 2012

MESYUARAT KAKITANGAN MAKMAL DAERAH JERANTUT BERSAMA AJK TERTINGGI KSKM CAWANGAN PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Program   : Mesyuarat Kakitangan Makmal Daerah Jerantut bersama AJK Tertinggi KSKM                            Pahang.
Tarikh      : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa       : 2.00 - 5.00 petang
Tempat    : Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut
Anjuran   : KSKM Daerah Jerantut dan PPD Jerantut

~ADMINKSKMPahang~mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh Kakitangan Makmal daerah Jerantut kerana telah diberi kesempatan melalui jalinan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut untuk menghadiri satu program Mesyuarat Kakitangan Makmal Daerah yang berobjektif untuk mengerakkan aktiviti KSKM diperingkat daerah terutama kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM disamping menggalakkan Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli KSKM supaya menyertai KSKM.
~ADMIN~juga ingin mengucapkan Tahniah bagi pihak AJK KSKM Negeri Pahang terutama Pengerusi KSKM Negeri,En.Khairul A'zli Ahmad kepada Wakil KSKM Daerah Jerantut ,En.Ahmad Khatimi bin Bahaudin kerana hasil inisiatif beliau maka program ini dapat dijalankan pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Semoga program yang dirancang akan menjadikan seluruh AHLI-AHLI KSKM Daerah Jerantut lebih bersemangat dan dapat menggerakkan lagi aktiviti KSKM diperingkat daerah.
Program ini juga diharap akan menjadi satu program tahunan disamping kursus-kursus yang akan hanya melibatkan AHLI-AHLI KSKM dirancang diperingkat daerah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah.
~ADMIN~menharapkan agar program ini akan mencetuskan idea dan membuka minda Wakil-Wakil KSKM daerah lain di dalam Negeri Pahang yang masih belum mengatur dan merancang program di peringkat daerah untuk turut sama bergerak aktif bagi menjayakan program kepada AHLI-AHLI KSKM di daerah masing-masing.

~ADMIN~difahamkan bahawa AJK KSKM Negeri akan turut mempromosikan tempahan baju koprat bagi Fasa ke-2 di mesyuarat itu nanti.Contoh ukuran baju sebenar dan jenis kain akan dibawa bersama.Oleh yang demikian,seluruh AHLI-AHLI KSKM daerah Jerantut diharap akan menempah baju tersebut untuk tujuan penyeragaman baju AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.Tempahan boleh dibuat kepada Wakil KSKM daerah Jerantut ketika sesi mesyuarat itu nanti disamping diingatkan bahawa semua tempahan baju koprat perlulah menyertakan wang tempahan mengikut kadar harga yang telah ditetapkan sepenuhnya selepas tempahan dibuat.Harga 1 helai Kemeja Koprat(F1) adalah:
Ahli KSKM  sebanyak RM 60.00 dan bagi BUKAN AHLI KSKM sebanyak RM 70.00.
Akhir kalam dari~ADMINKSKMPahang`semoga segala perancangan yang diatur oleh Wakil KSKM daerah Jerantut,En.Ahmad Khatimi Bahaudin akan menghasilkan satu kesan yang positif kepada semua kakitangan makmal daerah dan semoga program ini akan berjaya dan mendapat keberkatan dariNya.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Friday, July 13, 2012

KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAERAH KUANTAN 2012

Assalamualaikum wbt...

Tajuk    : KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAERAH KUANTAN 2012
Anjuran : KSKM DAERAH KUANTAN DAN PPD KUANTAN
Tarikh   : 16 Julai 2012 (Isnin)
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
Tahniah dari~ADMIN~ yang mewakili AJK KSKM Negeri Pahang kepada Wakil KSKM Daerah Kuantan,Puan Rasidah bte Adam Ahmad (SMK Tanah Putih) beserta AJK daerah Kuantan kerana akan menganjurkan program kursus kepada semua Pembantu Makmal daerah Kuantan pada tarikh seperti dinyatakan di atas.
~ADMIN~ difahamkan bahawa sepanjang kursus tersebut berlangsung,sebanyak 3 slot  akan diadakan.Pada slot yang pertama,semua peserta kursus akan dikendalikan oleh penceramah dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang(JPNP)bahagian Perkhidmatan.Slot yang kedua,penceramah dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan akan mengendalikan kursus motivasi.Pada sebelah petang pula,slot ketiga akan dikendalikan oleh KSKM .Peserta kursus akan dapat mendengar taklimat dan maklumat daripada Setiausaha Agong KSKM Pusat dan Barisan AJK Tertinggi KSKM Negeri Pahang.Peserta juga dapat mengemukan segala persoalan dan permasalahan yang timbul dari ketidakadaan maklumat tentang KSKM.Slot ini juga mensasarkan jumlah Pembantu Makmal yang akan menjadi ahli KSKM diperingkat daerah Kuantan.
Mudah-mudahan segala perancangan dan usaha murni ini akan membuahkan hasil yang positif kepada seluruh Pembantu Makmal yang terlibat.Bagi Pembantu Makmal yang masih selesa berada di luar KSKM,dan turut dipanggil mengikuti kursus tersebut,~ADMIN~memohon agar dapat bersama-sama menjadi ahli KSKM untuk kita berjuang untuk meningkatkan profesion Pembantu Makmal.


~ADMIN~difahamkan bahawa AJK KSKM Negeri akan turut mempromosikan tempahan baju koprat bagi Fasa ke-2 di mesyuarat itu nanti.Contoh ukuran baju sebenar dan jenis kain akan dibawa bersama.Oleh yang demikian,seluruh AHLI-AHLI KSKM daerah Jerantut diharap akan menempah baju tersebut untuk tujuan penyeragaman baju AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.Tempahan boleh dibuat kepada Wakil KSKM daerah Jerantut ketika sesi mesyuarat itu nanti disamping diingatkan bahawa semua tempahan baju koprat perlulah menyertakan wang tempahan mengikut kadar harga yang telah ditetapkan sepenuhnya selepas tempahan dibuat.Harga 1 helai Kemeja Koprat(F1) adalah:
Ahli KSKM  sebanyak RM 60.00 dan bagi BUKAN AHLI KSKM sebanyak RM 70.00.



Aktiviti ini juga diharap agar menjadi motivasi dan dorongan kepada Wakil-wakil KSKM Daerah lain yang masih belum mengadakan sebarang aktiviti kepada ahli-ahli diperingkat daerah.
Akhir kalam,semoga perancangan ini akan mendapat kejayaan yang gemilang serta mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Selamat Berkursus... ~ADMINKSKMPahang~



Tuesday, July 10, 2012

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ANJURAN KSKM DAERAH RAUB DENGAN KERJASAMA


Gambar Profil
Satu kursus berkaitan pertolongan cemas terutama ketika berada di makmal telah dirancang dan mendapat kelulusan dari Pejabat Pelajaran Daerah Raub.KSKM Daerah Raub dibawah kendalian En.Hermi bin Zakaria beserta AJK peringkat daerah telah berusaha menganjurkan satu kursus yang khusus kepada setiap ahli-ahli KSKM di daerah Raub.Semoga usaha dan perancangan ini akan mendapat kejayaan dengan keizinan Allah SWT.
Tajuk   : 'KURSUS PERTOLONGAN CEMAS'
Anjuran: KSKM Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub di Hospital Daerah Raub.
Tarikh   : 16 Julai 2012 (Isnin).
Masa    : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Tempat : Hospital Daerah Raub.
~ADMIN~ difahamkan bahawa setiap peserta(HANYA AHLI-AHLI KSKM SAHAJA)akan mendaftar di Kolej Komuniti Raub pada jam 8.00 pagi.Semua peserta yang terlibat akan bergerak ke Hospital Daerah Raub untuk mengikuti kursus di Dewan Hospital Raub.Setiap peserta akan didedahkan dengan kaedah-kaedah yang betul ketika memberikan pertolongan cemas,Kursus tersebut dikendalikan oleh seorang doktor dan beberapa orang jururawat.
Semoga kursus ini akan berjaya dan akan dapat memberi panduan serta ilmu kepada Ahli-Ahli KSKM ketika berlaku kecemasan terutama ketika di makmal.
~ADMIN~ingin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS bagi pihak Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad serta AJK KSKM Negeri kepada barisan AJK KSKM Peringkat daerah Raub kerana telah memulakan langkah menganjurkan aktiviti KSKM diperingkat daerah serta kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM daerah yang telah banyak memberi sokongan dan perhatian kepada KSKM Negeri Pahang.Semoga aktiviti yang sedemikian ini akan dapat memberikan inspirasi dan idea kepada wakil-wakil KSKM daerah yang lain yang masih belum memulakan sebarang aktiviti KSKM diperingkat daerah.
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, July 4, 2012

MESYUARAT"MAJLIS BERSAMA JABATAN" (MBJ)


Tarikh   : 27 Jun 2012
Masa    : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
              Jabatan Pelajaran Pahang
              Bandar Indera Mahkota
              25604 Kuantan
Pengerusi Mesyuarat : En.Rosdi bin Ismail
                                  Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang

AGENDA :
i.Perutusan Pengerusi
ii.Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu
iii.Perkara-perkara Berbangkit
iv.Perkara-perkara Baru
v.Hal-hal Lain
vi.Penutup
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal telah diwakili oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli bin Ahmad.
Antara isu yang dibawa ke mesyuarat tersebut adalah:
Perkara 4.3:

4.3.1 Peruntukan bagi kot makmal dan elaun kasut 
Mesyuarat dimaklumkan di negeri-negeri seperti Johor,Selangor,Melaka dan Kelantan layak mendapat sepasang 'Lab Coat' dan elaun kasut sebanyak RM150.00.Kesatuan mohon penjelasan sama ada terdapat peruntukan berkenaan di JPN Pahang.

Jawapan : Mesyuarat dijelaskan bahawa Jabatan akan membekalkan kot makmal dan kasut kepada Pembantu Makmal sekiranya ada lebihan dan peruntukan pakaian sedia ada.

4.3.2 Pembantu Am Pejabat  
Kesatuan memaklumkan bahawa Pembantu Am Pejabat yang telah lama berkhidmat di makmal-makmal sains telah ditarik ke pejabat.Ini menyukarkan pembantu makmal melaksanakan bidang tugas.

Jawapan ; Pengerusi menjelaskan bahawa makmal mesti diuruskan oleh Pembantu Makmal kerana Pembantu Am Pejabat telah dijumudkan dan ditempatkan di pejabat.Tempat ini akan digantikan dengan C17.

4.3.3 Pelupusan Bahan Kimia
Kesatuan memaklumkan bahawa terdapat bahan kimia yang sudah usang dan tidak dapat dilupuskan begitu sahaja.Proses pelupusan adalah sukar kerana ia melibatkan Jabatan kimia dan Jabatan Alam Sekitar.Kesatuan cadangkan Jabatan Pelajaran membuat pelupusan secara berpusat diperingkat Daerah kerana ia lebih menjimatkan.

Jawapan : Pengerusi menjelaskan bahawa pada tahun lepas telah dilantik satu syarikat untuk membuat pelupusan secara berpusat.Bagi tahun ini perlantikan lain akan dibuat.

4.3.4 Pembersihan Makmal
Kesatuan memaklumkan bahawa pembersihan makmal sebelum ini dibuat oleh Pembantu Am Pejabat.Ketiadaan Pembantu Am Pejabat telah menambahkan tugas sedia ada Pembantu Makmal.Kesatuan ingin mencadangkan supaya tugas membersihkan makmal diserahkan kepada kontraktor pembersihan.

Jawapan : Pengerusi menjelaskan perjanjian kontrak pembersihan dengan jelas menerangkan kawasan pembersihan diluar bangunan,Oleh itu pembersihan di dalam makmal masih di bawah tanggungjawab Pembantu Makmal.

4.3.5 Tempoh Masa Bekerja
Kesatuan memaklumkan bahawa tempoh bekerja Pembantu Makmal terbahagi kepada 3 katagori iaitu dari 7 pagi ke 4 petang, 7.30 pagi ke 4.30 petang dan 8 pagi ke 5 petangiaitu 8 jam bekerja.Terdapat cadangan dari ahli untuk diberi kelonggaran waktu rehat pada jam 1 petang sehingga 2 petang tidak dapat dimanafaatkan oleh Pembantu Makmal kerana ia merupakan waktu puncak pembelajaran di makmal.

Jawapan : Pengerusi memaklumkan bahawa waktu bekerja mesti 8 jam sehari dan mesti ada waktu rehat.Bekerja secara terus menerus tanpa waktu rehat adalah tidak praktikal.

Inilah isu-isu yang telah dibawa oleh Pengerusi KSKM Pahang untuk diperjuangkan di peringkat Negeri. Suara yang dibawa ini merupakan suara seluruh ahli-ahli KSKM untuk diperjuangkan.Nikmat dan hasil dari perjuangan ini akan dinikmati oleh semua Pembantu Makmal sama ada AHLI mahupun yang bukan menjadi Ahli KSKM.Kita diberikan satu platfom untuk menyuarakan permasalahan semua Pembantu Makmal.Setiap perjuangan memerlukan sokongan dan penglibatan semua Pembantu Makmal untuk menjadi ahli.Di sini ~ADMIN~menyeru seluruh Pembantu Makmal di negeri Pahang ini yang masih selesa berada diluar Kesatuan,marilah kita bersama-sama mendaftar sebagai ahli.Marilah kita bersama-sama berkorban usaha,tenaga,idea dan sebagainya untuk kita bersama-sama menikmati hasil dari usaha tersebut.Janganlah kita tergolong di dalam kelompok Pembantu Makmal yang hanya hidup menumpang keringat dan usaha dari orang lain untuk mendapat kenikmatan diri sendiri.Janganlah kita lupa bahawa hasil pengorbanan dari ahli-ahli KSKM untuk mendapatkan sesuatu bagi manafaat seluruh Pembantu Makmal dianggap sebagai nikmat bersama kerana hasil yang tercapai melalui perjuangan orang lain dapatlah dianggap sebagai nikmat yang tiada berkatnya.Mar



Monday, July 2, 2012

KURSUS ICT ANJURAN KSKM TEMERLOH

Tarikh   : 26,27 dan 28 Jun 2012
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Kolej Komuniti Temerloh
Kursus ICT anjuran KSKM peringkat daerah Temerloh telah berlangsung dengan jayanya.Inisiatif dan usaha ini diilhamkan oleh Wakil KSKM Daerah Temerloh dibawah En.Ahalluddi bin Mohd Arshad(SMK Kerdau,Temerloh) dengan mendapat kerjasama dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh serta Kolej Komuniti Temerloh.Seramai 42 orang peserta kursus yang terlibat sepanjang 3 hari berkursus dimana setiap hari atau sesi kursus akan menampung seramai 14 orang peserta.Peserta-peserta yang terlibat terdiri daripada semua AHLI-AHLI KSKM sahaja samada Pembantu Makmal mahupun Pembantu Am Pejabat(Makmal).
Ini merupakan satu usaha murni KSKM Peringkat Negeri dan KSKM Daerah Temerloh dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada semua AHLI-AHLI KSKM yang telah banyak memberi sokongan dan menyumbang bakti,tenaga dan kewangan dalam agenda meneruskan usaha-usaha membela nasib semua ahli KSKM.Semoga usaha murni dalam memartabatkan ilmu kepada AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang ini akan mendapat sokongan yang padu dari semua peringkat dan akan menjadi contoh kepada semua wakil-wakil KSKM daerah-daerah yang lain untuk menggerakkan aktiviti kepada semua AHLI-AHLI diperingkat daerah masing-masing.
Akhirnya,~ADMINKSKMPahang~ingin merakamkan TAHNIAH dan SYABAS kepada daerah Temerloh dan kredit diberikan kepada Wakil KSKM Daerah Temerloh,En.Ahalluddin Mohd Arshad serta seluruh peserta-peserta kursus(AHLI-AHLI KSKM) yang terlibat di dalam kursus tersebut.
Gambar-gambar menarik sekitar program kursus ICT tersebut.
Gambar:  Ehsan dari Pn.Nor Haniah(Temerloh).

 

                                                                                                           


Foto

Foto

Foto

Foto: Kursus Asas Internet Dan Email