Friday, May 31, 2013

KURSUS ICT KSKM DAERAH RAUB

                   
Assalamualaikum wbt...
TAHNIAH  dan SYABAS kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Raub sesi 2013-2015 yang baru dilantik kerana telah mengorak langkah awal dengan mengadakan satu kursus kepada semua ahli-ahli KSKM daerah iaitu 'KURSUS ICT' dengan kerjasama Kolej Komuniti Cawangan Raub seperti ketetapan di bawah:
Tarikh    : 30 Mei 2013 (Khamis)
Masa     : 8.00 pagi - 5 petang
Tempat  : Kolej Komuniti Raub
Anjuran : KSKM Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub


Sebahagian Peserta Kursus ICT
 Seramai 30 orang peserta kursus yang terdiri daripada AHLI-AHLI KSKM daerah telah hadir.
Sepanjang kursus tersebut berlangsung,3 tenaga pengajar(pakar komputer) dari SKMM telah berkongsi ilmu bersama-sama peserta.Kursus tersebut dibahagikan kepada dua slot iaitu pada sebelah pagi,peserta didedahkan dengan Microsoft Word.Walaupun sebahagian besar daripada peserta kursus telah memahami asas ilmu tersebut namun terdapat ilmu-ilmu baru berkaitan Microsoft Word yang selama ini tidak diketahui oleh peserta.

Peserta kursus lelaki menumpukan sepenuh perhatian
 Pada slot disebelah petang pula, kursus dijadualkan akan mempelajari ilmu Microsoft Excel namun perancangan tersebut terpaksa ditunda disebabkan kursus bagi Microsoft Word masih lagi tertangguh.
Insyallah, AJK KSKM Daerah Raub dijangka akan merancang bagi melaksanakan kursus berkaitan Microsoft Excel pada masa yang akan datang.


Semua Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang  telah bersama-sama menghadiri kursus tersebut disebabkan satu Mesyuarat Khas AJK KSKM Cawangan Pahang telah berlangsung di bilik mesyuarat Kolej Komuniti Raub.


Tumpuan dan minat yang ditunjukkan oleh sebahagian peserta kursus


Kursus tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar yang telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada semua peserta kursus.Majlis penyampaian cenderahati tersebut telah dilaksanakan oleh Timbalan Wakil KSKM Daerah Raub;Puan Halimah Osman dan diiringi oleh Wakil KSKM Daerah Raub;En.Hermi Zakaria.

Majlis penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar

Semoga usaha murni AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub ini akan memberi manafaat dan ilmu pengetahuan kepada semua AHLI-AHLI KSKM Daerah seterusnya akan dapat diaplikasi ilmu tersebut di dalam urusan seharian.
Selamat Maju Jaya kepada KSKM Daerah Raub...
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, May 29, 2013

KURSUS PENGURUSAN ASAS MAKMAL SAINS(PENYELENGGARAAN ALAT RADAS DAN INSTRUMENT)


                                          
KSKM DAERAH KUANTAN












Sekolah Menengah Sungai Isap Murni,Kuantan
Assalamualaikum wbt...
Tahniah dan Syabas kepada barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Kuantan kerana telah berjaya menganjurkan satu program berbentuk kursus kepada semua ahli-ahli KSKM daerah Kuantan.

Bengkel Pengendalian Alat Radas (FIZIK)
Tajuk   :Kursus Pengurusan Asas Makmal Sains
            (Penyelenggaraan Alat Radas dan
             Instrument).
Tarikh : 27 Mei 2013
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Sungai Isap Murni,Kuantan
Anjuran: KSKM Daerah Kuantan dan Unit Latihan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan        
Peserta Bengkel Pengendalian Alat Radas (KIMIA)
 
Peserta : 70 peserta


Sesi kursus tersebut telah di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu seramai 35 orang bagi setiap kumpulan.
Kumpulan tersebut diberikan 2 slot iaitu slot Bengkel Pengendalian Alat Radas (Fizik) dikendalikan oleh Tuan Syed Mohd Shuhaimie bin Syed Husain (SBPI Kuantan) dan slot Bengkel Pengendalian Alat Radas (Kimia) dikendalikan oleh Pn.Norsiati bte Razali@Mohd Ghazali(SBPI Kuantan) dan Pn.Najjah bte Abu Bakar(SEMSAS).Setiap kumpulan akan didedahkan dengan cara-cara pengendalian alat dan radas dengan kaedah yang sebenar secara bergilir.


Di dalam slot ke 4 pula iaitu disebelah petang,KSKM Negeri Pahang mengambil tempat bagi sesi penerangan berkaitan aktiviti dan perjalanan KSKM Negeri.
Setiausaha KSKM Negeri Pahang;En.Mohd Lotfan Abdul Aziz memulakan ucapan menerangkan berkaitan program 'Annual Dinner' dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2013-2015 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Jun 2013 di daerah Temerloh.
Giliran Pengerusi KSKM Negeri Pahang memberikan penerangan kepada semua ahli (peserta) yang hadir berkaitan kebaikan dan keuntungannya seorang Pembantu Makmal menjadi ahli KSKM.Beliau juga berkongsi isu yang di bawa ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan(MBJ) di Jabatan Pelajaran Pahang di mana mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.
Antara isu yang dibawa adalah:
i.Isu Pelupusan bahan kimia disekolah-sekolah.(Telah dan sedang diambil tindakan).
ii.Isu tuntutan Pakaian Keselamatan(Lab Coat).(Telah mendapat kelulusan)
iii.Isu Pembersihan Makmal oleh kontraktor pembersihan.(Makluman)
iv.Isu Larangan Pemakaian Baju Korporat.(Keputusan:Penjawat awam tidak dibenarkan memakai baju korporat ketika bertugas kecuali program di lapangan).
Pengerusi KSKM Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad
v.Laporan Penilaian Prestasi Tahunan(LNPT) dimana Pegawai Penilai Pertama(PPP) terdapat Pembantu Tadbir Kanan(C22 atau C26)yang menilai Pembantu Makmal.(Makluman)
vi.Isu PAP(makmal) ramai yang ditarik keluar dari makmal dan ini menimbulkan masalah kekurangan Pembantu Makmal.Menjelang 2014,norma perjawatan PM adalah 1 makmal : 1 PM.(Respon JPN adalah ketika ini jika kaedah 2 makmal : 1 pm-masih boleh diterimapakai).
vii.Isu masalah Pembantu Makmal yang duduk bersama bahan-bahan kimia di dalam bilik persediaan.(Makluman kepada PPD).

Di akhiran majlis,Pengerusi KSKM Negeri Pahang telah menyampaikan sijil kehadiran kursus kepada semua peserta yang terlibat.
Pihak KSKM Negeri Pahang merakamkan ucapan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas kepada Wakil KSKM Daerah Kuantan;Pn.Rosidah bte Adam Ahmad serta barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Kuantan kerana telah berjaya menganjurkan program dengan sempurna.

Majlis penyampaian sijil kepada semua peserta kursus
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, May 22, 2013

BORANG KEHADIRAN KE 'ANNUAL DINNER' KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...


KSKM Negeri Pahang akan menganjurkan Jamuan 'Annual Dinner' kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang yang berminat untuk menghadirinya.Jamuan tersebut dijadualkan akan diadakan pada 18 Jun 2013 pada jam 8.00 malam bertempat di Hotel Sri Malaysia,Temerloh.
Jamuan ini bertujuan untuk meraikan semua ahli KSKM Negeri yang telah banyak memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada KSKM Negeri.KSKM Negeri berharap agar semua ahli dapat bersama-sama di dalam majlis yang bakal dianjurkan itu.Penghargaan yang tertinggi kepada diri kita sendiri kerana selama ini kita jarang sekali menghargai diri sendiri.Penghargaan yang kita beri kebanyakkannya adalah kepada keluarga,sanak saudara,majikan dan lain-lain maka AJK KSKM Negeri Pahang menjemput semua ahli KSKM Negeri agar bersama-sama menghargai diri kita selaku orang yang berhak untuk dihargai.
Jamuan tersebut dijangka turut akan menjemput beberapa tokoh KSKM Negeri Pahang yang telah bersara dimana tokoh-tokoh ini merupakan pejuang-pejuang yang membawa kita berada dikedudukan kini.Kita merupakan kesinambungan perjuangan hasil dari pejuang-pejuang yang telah berundur.diri maka KSKM Negeri merasakan bahawa tokoh-tokoh ini harus diraikan bersama dengan peninggalan perjuangan mereka selama ini.
Setiap ahli yang ingin menghadiri jamuan tersebut dikenakan sedikit bayaran iaitu sebanyak RM 46.00 (menu ada dikepilkan bersama borang kehadiran) manakala bagi peserta(ahli) yang berada di kawasan luar dari bandar Temerloh,KSKM Negeri ada menyediakan kemudahan tempat penginapan di Pusat Latihan Guru Sri Tualang dengan bayaran serendah RM10.00 seorang.Ini merupakan altenatif KSKM Negeri bagi meringankan beban ahli kerana pada 19 Jun 2013(keesokkan harinya) KSKM Negeri akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2013-2015 di Dewan SMK Sri Tualang,Temerloh.
Bagi memudahkan pergerakkan ahli yang ingin menghadiri jamuan tersebut,KSKM Negeri akan berusaha untuk mendapatkan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPNP sepertimana Konvensyen Profesionalisme Pembantu Makmal(Mesyuarat Agung) yang bakal diadakan keesokkan harinya.
Pihak ~ADMIN~ dimaklumkan bahawa ahli yang mempunyai bakat di dalam bidang nyanyian adalah dijemput untuk berkongsi bakat di dalam segmen 'entertament part' nanti.
Sehubungan dengan itu,besarlah harapan ~ADMIN~ agar semua ahli KSKM Negeri Pahang akan dapat mengertai program yang dianjurkan oleh KSKM Negeri ini.
~ADMIN~ingin merakam terima kasih dan kredit kepada Isma Nizam yang telah meng'up-load' borang kehadiran bagi jamuan tersebut.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

NOTIS AWAL MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN DAN BORANG PENCALONAN AJK CAWANGAN DAN IBU PEJABAT KSKM

Assalamualaikum wbt...



KSKM Negeri Pahang melalui Setiausaha KSKM Negeri telah dan sedang mengedarkan Notis Awal Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang kepada semua ahli yang berhak bagi memaklumkan bahawa KSKM Negeri akan mengadakan mesyuarat tersebut bagi sesi 2013-2015 sebagaimana ketetapan kepada Peraturan 30(3) Kesatuan Sekerja.
Bersama-sama notis tersebut,ada dilampirkan Borang Pencalonan Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang  dan Ibu Pejabat bagi sesi 2013-2015.Ini bermakna,mana-mana ahli yang berhak digalakkan untuk mencalonankan sesiapa sahaja yang dianggap layak(hanya ahli) untuk menjadi pimpinan KSKM Cawangan Pahang dan Ibu Pejabat.bagi sesi 2013 hingga 2015.
~ADMIN~memohon kerjasama dari semua pihak agar dapat memaklumkan kepada Setiausaha KSKM Negeri;En.Mohd Lotfan bin Abdul Aziz melalui talian: 019-9829075 jika terdapat mana-mana ahli yang masih tidak menerima borang tersebut.
Semua ahli digalakkan juga untuk menghantarkan usul yang dianggap perlu untuk diperbahaskan di dalam mesyuarat itu nanti.
~ADMIN~menyeru dan mengalu-alukan penyertaan semua ahli negeri Pahang yang ingin menawarkan tenaga,idea dan usaha untuk menaikkan lagi KSKM Negeri Pahang. Ini bertujuan.agar demokrasi di dalam KSKM ini akan terus segar dan diharmonikan.
Surat panggilan ke mesyuarat agung itu nanti akan dikeluarkan kepada semua ahli.
~ADMIN~berharap agar semua ahli-ahli KSKM Negeri Pahang akan dapat hadir ke mesyuarat itu dan dapat mengemukan pandangan dan idea-idea segar untuk dilaksanakan oleh barisan kepimpinan KSKM Negeri Pahang yang baru.
~ADMIN~mengucapkan terima kasih dan kredit kepada En.Isma Nizam kena telah meng'up-load' borang tersebut di dalam FBnya.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, May 15, 2013

MESYUARAT'MAJLIS BERSAMA JABATAN' BIL 1 2013


                 



Assalamualaikum wbt...
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang telah berlangsung sepertimana ketetapan di bawah:
Tarikh      : 13 Mei 2013 (Isnin)
Masa       : 11.00 Pagi
Tempat    : Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang
                  Bandar Indera Mahkota Kuantan
~ADMIN~ hanya akan meng'up-date' perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad semasa mesyuarat tersebut diadakan.
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan kali ini telah di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang;E.Rosdi bin Ismail.
Antara isu yang diutarakan:
1.PAKAIAN KESELAMATAN
KSKM mengangkut kembali ini pakaian keselamatan bagi semua Pembantu Makmal iaitu'Lab Coat' dan kasut keselamatan.Pengerusi menegaskan bahawa peruntukan ini BUKANNYA untuk Pakaian Uniform tetapi Pakaian Keselamatan.
JAWAPAN UNIT PENTADBIRAN AM:
Pembekalan akan dilakukan jika terdapat lebihan peruntukan dari bekalan pakaian seragam 2012.
Pengerusi meminta agar bajet pakaian Pembantu Makmal dimasukkan dalam ABM 2013.
Unit Pentadbiran Am akan menurunkan waran peruntukan pembekalan pakaian Pembantu Makmal setelah jumlah Pembantu Makmal diperolehi daripada Unit Perjawatan.Anggaran kos RM100 sehelai.

2.PELUPUSAN BAHAN KIMIA DI MAKMAL SEKOLAH
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memaklumkan bahawa isu pelupusan tersebut telah dibincangkan di dalam mesyuarat bersama Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset(BPPA)KPM. BPPA akan melantik sebuah kontraktor secara berpusat bagi menguruskan pelupusan bahan kimia makmal sekolah bagi seluruh negara,Pihak BPPA dalam proses membincangkan garis panduan berkenaan tatacara pelupusan bahan kimia untuk edaran semua pihak berkaitan.Keputusan mengenai perkara tersebut masih dalam tindakan BPPA.
JAWAPAN UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET.
Unit telah memaklumkan bahawa Syarikat Kualiti Alam telah dipertanggungjawabkan menguruskan proses pelupusan bahan kimia.Jabatan telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan pelupusan bahan kimia tahun 2013.Semua PPD telah dimaklumkan dalam mesyuarat JKPAK bil 2 tahun 2013 pada 22/4/2013 supaya mengemukakan permohonan pelupusan bahan kimia yang telah tamat tempoh.Permohonan pelupusan bahan kimia hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang KEW.PS 19 mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 tahun 2009.

3.LARANGAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT
KSKM  merujuk kepada surat arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Pelajaran :Rujukan:JPNP.SKPP.03.100-1/1(13) bertarikh 24 September 2012.
'LARANGAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT SEMASA BERTUGAS'
Merujuk perkara 2 ayat mulai ketiga terakhir"imej profesion perguruan".
Persoalan yang ditimbulkan oleh Pengerusi adalah,adakah imej profesion perguruan tersebut termasuk semua staf sokongan yang berada di sekolah?
JAWAPAN UNIT PENTADBIRAN AM
Merujuk kepada pekeliling am berkaitan tatacara berpakaian  semasa bertugas,larangan tersebut tertakluk kepada semua penjawat awam di Malaysia.
ULASAN~ADMIN~
Isu ini bergantung kepada budibicara pihak pentadbir di sekolah masing-masing.Jika masih ada pentadbir yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap larangan ini maka Tuan/Puan bolehlah memakainya semasa bertugas namun jika pihak pentadbit melarang semua staf di sekolah memakai pakaian korporat maka semua Pembantu Makmal seharusnya akur terhadap arahan tersebut dan pihak KSKM tidak akan memperjuangkan lagi isu ini diperingkat negeri Pahang.

4.TUGAS PEMBERSIHAN MAKMAL
Pengerusi KSKM Pahang membangkitkan isu diatas dengan merujuk Skop Perkhidmatan (Syarikat Pembersihan) pada perkara (L) Skop Perkhidmatan adalah seperti berikut:
Pada perenggan (L) ii.Bangunan Jabatan/Sekolah/Institusi/Asrama:
Kawasan:   Makmal
Perkhidmatan : i.  Disapu,dimop dan dibersihkan
                       ii. Permaidani dibersihkan dengan mesin penyedut hampagas
                       iii.Memungut sampah dan dimasukkkan didalam karung plastik,dibuang
                       iv. Membekalkan karung plastik pada tong sampah.
Kekerapan    : 2 kali sehari.
Pengerusi juga membawa fakta rujukan buku Penghuraian Tugas Pembantu Makmal yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia.
~ADMIN~ingin merakamkan terima kasih dan kredit untuk Putralan Avanzarian(Perak) kerana berkongsi info buku tersebut.
Rujuk: 1.Skop Fungsi dan Bidang Tugas
1.1 Pembantu Makmal Gred C17/C22(KUP)
      1.1.1 (f). Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/radas seperti membersih         tingkap/sawang/lampu/lantai yang dilaksanakan oleh Syarikat Pembersihan.
JAWAPAN; TINDAKAN JPN PAHANG.

5.SUSUNAN PEGAWAI PENILAI SMK DAN SRK NEGERI PAHANG
Pengerusi membangkitkan melalui rujukan surat yang dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.
Rujuk: PPDT(S).500-3/4/4/(06)
Perkara: Susunan Pegawai Penilai di SM dan SRK di Negeri Pahang,Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2012.
Merujuk surat tersebut: Jawatan Pembantu Makmal C17 dan C22(KUP)
Pegawai Penilai Pertama(PPP) - GPK Pentadbiran atau GPK HEM
Pegawai Penilai Kedua (PPK) - Pengetua
Ulasan Pegerusi ; Banyak aduan daripada Pembantu Makmal yang mengatakan bahawa PPP masih di nilai oleh Ketua Pembantu Tadbir di sekolah-sekolah.
JAWAPAN : TINDAKAN JPN DAN SEMUA PPD NEGERI PAHANG.

6.NORMA PERJAWATAN PEMBANTU MAKMAL
Pengerusi membangkitkan norma perjawatan jawatan Pembantu makmal 2014 adalah 1 Makmal 1 Pembantu Makmal.Kesan daripada proses tersebut,ramai PAP(makmal) yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun telah di tarik keluar dari makmal samada di tempatkan di bahagian-bahagian lain di sekolah tersebut atau bertukar sekolah.Ini mengakibatkan kekurangan Pembantu Makmal di sekolah-sekolah disebabkan PAP yang ditarik keluar tidak diisikan kekosongan tersebut dengan jawatan Pembantu Makmal.
Pengerusi membawa contoh di SMK Karak dan SMK Sri Lipis.
JAWAPAN: Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan megatakan bahawa proses penarikan PAP di sekolah-sekolah telah dan sedang berlaku.Mengakui masalah kekosongan yang tidak dapat diisi oleh Pembantu Makmal,beliau menyarankan supaya Pembantu Makmal dapat bersabar berkaitan perkara tersebut kerana pihak JPN sedang mengisi kekosongan tersebut dengan kadar segera.Beliau juga menegaskan bahawa jika 1 Pembantu Makmal masih menjaga  2 makmal pada ketika ini,ia merupakan perkara yang harus diterima dalam jangka waktu pengisian Pembantu Makmal yang baru.

7.MASALAH PEMBANTU MAKMAL DI SMK CHUNG HWA KUALA LIPIS.
Pengerusi membawa isu Pembantu Makmal di sekolah tersebut yang duduk bersama bahan-bahan kimia di dalam bilik persediaan.Masalah ini telah belarutan dengan kadar waktu yang lama.Natijah dari perkara ini,Pembantu Makmal sering mengalami serangan penyakit seperti demam,batuk,pening kepala dan sebagainya.
Sistem pendawaian elektrik juga dialami oleh sesetengah sekolah yang mengakibatkan semua perkakas elektrik di sekolah tersebut tidak dapat berfungsi.
JAWAPAN : TINDAKAN JPN DAN PPD LIPIS.

Pengerusi juga memohon tindakan dari Pengerusi CUEPACS Pahang agar permasalahan Pembantu Makmal di Negeri Pahang dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Sekian,semoga apa yang diperjuangkan dan dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan ini akan mendapat sokongan dan dokongan dari semua AHLI-AHLI KSKM Negeri dan Pembantu Makmal.~ADMIN~ juga menyeru dan menjemput dengan segala hormatnya semua Pembantu Makmal di Negeri Pahang yang masih belum menyertai KSKM agar dapat bersama-sama menjadi ahli KSKM kerana perjuangan yang di bawa oleh KSKM adalah untuk kepentingan kita bersama.
Terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~





Saturday, May 11, 2013

MESYUARAT AJK KSKM PAHANG KALI KE-7 SESI 2011-2013


Assalamualaikum wbt...
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Pahang sekali lagi telah mengadakan Mesyuarat AJK KSKM Pahang kali ke-7 sesi 2011-2013.
Tarikh   : 29 April 2013
Masa    : 2.00 petang
Tempat : Makmal Sains SMK Kerdau,Temerloh

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
1.Ucapan Pengerusi
2.Mengesahkan minit mesyuarat kali ke-6 sesi 2011-2013
3.Perkara berbangkit
4.Laporan Setiausaha
5.Laporan Bendahari
6.Hal-hal lain
7.Penangguhan
~ADMIN~ingin berkongsi perkara penting yang diperbincangkan sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.Antara perkara yang dapat dikongsikan bersama pelayar-pelayar Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini adalah:

Mesyuarat telah bersetuju untuk mengeluarkan bajet bagi daerah Kuantan sebanyak RM800 untuk penganjuran kursus Pengendalian Mikroskop yang dijangka akan berlangsung padaakhir bulan Mei ini.
Mesyuarat juga membincangkan tentang "Program Annual Dinner" yang dijangka akan diadakan pada 18 Jun 2013.Ahli yang ingin turut serta di dalam program tersebut dikehendaki mengisi borang persetujuan dengan dikenakan sedikit bayaran iaitu sebanyak RM40 dan jika terdapat ahli yang ingin bermalam,KSKM Negeri telah menyediakan tempat penginapan dengan bayaran RM10.Tempat program tersebut akan diadakan adalah di Hotel Sri Malaysia,Temerloh dan tempat penginapan pula adalah di Pusat Latihan Guru,Sri Tualang,Temerloh.Borang persetujuan ahli untuk menghadiri program tersebut sedang diedarkan kesemua sekolah yang mempunyai ahli KSKM.Mohon kerjasama ahli yang ingin terlibat agar dapat memberikan jawapan persetujuan dengan kadar segera.Segala pertanyaan dan kemusykilan,Ahli boleh menghubungi Pengerusi KSKM Negeri;En.Khairul A'zli Hj Ahmad di talian 019-9161514(Clm) @
017-939495.Ahli juga boleh juga menghubungi Ketua Unit Latihan KSKM Negeri Pahang;Puan.Siti Hafizah binti Abdul Karim ditalian 012-9847374.

Mesyuarat terut membincangkan persediaan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Negeri Pahang sesi 2013-2015 dimana di dalam mesyuarat itu nanti,semua jawatan AJK KSKM Negeri Pahang akan dipertandingkan.Borang pencalonan telah mula diedarkan oleh setiausaha KSKM Negeri kepada semua ahli-ahli KSKM yang berdaftar.Di sini juga~ADMIN~mengambil kesempatan dan menyeru kepada semua ahli-ahli KSKM Negeri Pahang yang berketokohan sebagai pemimpin agar dapat menawarkan diri untuk mengisi jawatan-jawatan penting melalui borang pencalonan yang sedang diedarkan.

Mesyuarat juga membincangkan satu "Kursus Jati Diri" anjuran KSKM Negeri Pahang dengan usahasama Pejabat Belia dan Sukan daerah Temerloh.Kursus ini akan menampung penyertaan seramai 80 peserta.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 6.oo petang.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

~ADMIN~ JAWAPAN KEPADA PERSOALAN DI FACEBOOK


  • Tambah kapsyen

    Assalamualaikum
    Maaf, saya hendak bertanya beberapa soalan.
    1. Berkenaan kursus-kursus..yang saya tahu kita bergerak mengikut daerah. Ada tak pantauan dari pihak KSKM negeri untuk memastikan KSKM daerah aktif?
    2. Pengerusi setiap daerah dapat tak nama-nama pembantu makmal yang baru?
    3. Contohnya...tahun lepas,di daerah bentong ada satu kursus pertolongan cemas yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Bentong..yang terlibat, kebanyakannya adalah ahli lama. bukan pertikaikan orang lama yang dijemput, masalahnya kami langsung tidak diberitahu atau paling tidak tanyalah nak terlibat atau tidak. kalau masalahnya kewangan, minta duit. pandailah pm nak buat keputusan nak ikut atau tidak. paling tidak kita di tanya dahulu.
    4. sebagai pm yang berada di daerah bentong, terasa agak sangat kecewa bila tak ada apa2 perkembangan pun. dah daftar sebagai ahli, pun tak rasa apa2 keistimewaan.
    5. sabagai pm baru... jangan lunturkan semangat kami2, pm baru ni.
    6. Nak bergerak ke depan, nak tambah banyak ilmu..tapi ruang dan peluang terhad.
    7. Bila bersembang dengan teman2 pm baru yang kenal sewaktu induksi dulu...rasanya banyak sangat idea2 baru dalam kepala... kalau boleh tak nak semuanya beku.
    8. Nak sangat tengok KSKM negeri Pahang ni aktif.
    HIDUP KSKM PAHANG!!!!!
  • Khamis
  • Kskm Negeri Pahang
    Waalaikumussalam wbt...
    Terima kasih kepada Puan Azlina Wan kerana mengemukakan banyak persoalan yang perlu ~ADMIN~perjelaskan kepada Puan agar tiada kekeliruan dan kekecewaan di pihak Puan selaku AHLI KSKM yang berdaftar...terima kasih dan TAHNIH!! Kepada Puan kerana telah menganggotai KSKM.Semoga lebih ramai lagi PM yang masih selesa dan belum mendaftar sebagai ahli akan menjejaki langkah sepertimana yang Puan hanyunkan...
    Terlebih dahulu ~ADMIN~ ingin merakamkan kemaafan kepada Puan kerana kelewatan menjawab segala persolan Puan disebabkan ~ADMIN~tidak berpeluang untuk melayari FB ini...
    Berbalik kepada persoalan Puan;
    1.Untuk makluman Puan,KSKM Negeri ada menganjurkan kursus diperingkat negeri Pahang dan kebiasaannya kursus tersebut akan dianjurkan bersama JPN Pahang..Kebiasaannya,kursus anjuran KSKM Negeri akan melibatkan jumlah peserta kursus yang terhad dan tidak dapat menampung penglibatan semua ahli-ahli KSKM.Terdapat juga PM yang tidak ahli yang dipanggil mengikuti kursus akibat terlepas pandang diperingkat negeri dan ada juga yang dihantar oleh pihak pentadbir sebagai ganti kepada ahli yang tidak dapat menghadiri kursus ataupun ahli yang telah berpindah namun jumlahnya tidaklah keterlaluan.Bagi kursus diperingkat daerah pula,Pihak KSKM Negeri sememangnya memantau segala aktiviti KSKM Daerah dan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh KSKM Daerah akan mendapat peruntukkan yang dikeluarkan kepada daerah yang terlibat.Setiap aktiviti daerah perlu menghantar laporan kepada KSKM Peringkat Negeri untuk dilaporkan kepada KSKM Pusat.
    2.KSKM Negeri sentiasa meng'up-date'nama-nama ahli baru KSKM Negeri di dalam Laman Blog KSKM Negeri melalui pautan di bawah:
    http://kskmpahang.blogspot.com/2013/04/senarai-ahli-kskm-negeri-pahang-dan-no.html
    Untuk makluman Puan,Tugas Wakil KSKM Daerah adalah mendapatkan senarai ahli-ahli baru di daerah masing-masing bagi tujuan kemas-kini daripada Setiausaha KSKM Negeri Pahang.
    Secara teknikalnya,tidak timbul lagi ahli-ahli baru yang tercicir nama diperingkat daerah.
    3.Program kursus Pertolongan Cemas yang dianjurkan KSKM daerah Bentong dengan kerjasama Kolej Komuniti Bentong pada tahun lepas adalah di dalam makluman KSKM Negeri namun senarai peserta kursus tersebut adalah di dalam pengetahuan penganjur diperingkat daerah.~ADMIN~ingin merakamkan kemaafan bagi pihak KSKM daerah Bentong yang berkemungkinan terdapat ahli-ahli yang tercicir nama diperingkat tersebut.Ini merupakan kelemahan KSKM...Insyallah,jika program@kursus yang dirancang pada cuti persekolahan nanti berjalan sebagaimana yang dirancang,KSKM Negeri akan memperingatkan Wakil KSKM daerah Bentong agar menjemput semua ahli-ahli KSKM daerah supaya perkara yang telah berlaku tidak akan berulang lagi.
    4.Untuk makluman Puan,~ADMIN~ingin tegaskan kepada Puan bahawa KSKM Negeri Pahang di bawah Pengerusi baru En.Khairul A'zli Hj Ahmad memegang amanah selaku pengerusi Negeri dan dibantu oleh AJK KSKM Negeri lantikan sesi 2011-2013 ini telah berusaha mengaktifkan KSKM Negeri Pahang.Alhamdulillah,setakat ini,banyak program dan akativiti yang dijalankan berbanding dengan KSKM Negeri Pahang yang terdahulu.Puan boleh mengikuti perjalanan sejarah KSKM Negeri Pahang mungkin melalui ahli-ahli yang lama.Sebagai bukti,telah ramai ahli-ahli baru yang berminat dan mendaftar sebagai ahli KSKM samada PM lantikan baru(termasuk Puan) mahupun PM yang telah lama berkhidmat.Ini menunjukkan sedikit sebanyak usaha AJK KSKM Negeri Pahang sesi 2011-2013 ini telah berjaya memecahkan fahaman"Buat apa menjadi ahli KSKM...Bukan dapat apa-apapun".Insyallah,AJK ini akan terus berusaha kearah KSKM Negeri Pahang yang lebih aktif berprogram...Doakan usaha KSKM Negeri ini akan beroleh kejayaan dan mendapat keredhaan Allah..Amin!!!
    5.~ADMIN~memohon kemaafan seandainya Puan terasa akan perasaan tersebut.Puan boleh merujuk kepada ahli-ahli KSKM yang telah lama berjuang bersama KSKM bagaimana mereka dapat bertahan sehingga ke hari ini.~ADMIN~juga pernah mengalami perasaan tersebut sebelum ini tetapi Alhamdulillah semenjak 2011,~ADMIN`merasakan KSKM Negeri Pahang telah semakin segar.Sebagai seorang pejuang,Puan seharusnya mengetepikan perasaan yang luntur tersebut dan bersama-sama mengembeling tenaga dan upaya serta bersama-sama meluahkan idea dan tenaga bagi mencapai tujuan dan matlamat agar semua ahli-ahli KSKM di daerah Bentong akan merasa kepuasan menjadi ahli KSKM.~ADMIN~mengalu-alukan sebarang pandangan dan minda besar terutama kepada semua PM lantikan baru yang kebanyakkannya mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi di peringkat universiti.Marilah bersama-sama Wakil KSKM daerah Bentong untuk melaksanakan sebarang program untuk semua ahli.
    6.~ADMIN~sekali lagi dengan rasa rendah diri,mengajak semua ahli-ahli KSKM daerah Bentong dan seluruh ahli KSKM Negeri Pahang agar bersama-sama untuk meggerakkan aktiviti di daerah masing-masing.Sila semak,apa keperluan dan kursus yang perlu dihadiri oleh PM di daerah masing-masing kerana melalui anjuran kursus diperingkat daerahlah maka semua ahli-ahli KSKM di daerah tersebut mendapat manafaatnya.Ruang dan Peluang sentiasa ada dan memerlukan sedikit usaha terutama semua AJK KSKM Peringkat daerah seharusnya bertindak agresif untuk mendapat sebarang kursus melalui Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.
    7.Bagi mengelakkan idea dari membeku terutama semua PM lantikan baru...Idea yang segar tersebut boleh disalurkan kepada KSKM Negeri melalui medium elektronik seperti FB dan Laman Blog yang tersedia untuk menerima apa juga kritikan,teguran dan pandangan yang membina untuk kita bersama-sama membina satu KSKM peringkat negeri yang bertaraf antarabangsa terutama gerak kerja dan penyusunan program.
    8.Untuk makluman Puan,pada 18.Jun ini,KSKM Negeri akan menganjurkan Insyallah...Annual Dinner kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang tetapi memerlukan ahli mengeluarkan sedikit bajet untuk turut serta iaitu sebanyak RM40 dan RM10 untuk penginapan di Pusat Latihan Guru di Sri Tualang Temerloh(sesiapa yang memerlukan sahaja).Program ini khusus kepada ahli KSKM sahaja bagi meraikan dan menghargai kita selaku PM yang berkhidmat sepanjang hari di dalam makmal.KSKM Negeri mengajak ahli-ahli membebaskan diri seketika dari persekitaran makmal.Program tersebut dijadualkan diadakan di Sri Malaysia Temerloh.
    Pada keesokkan harinya iaitu 19.Jun 2013,satu Mesyuarat Agong Dwi tahunan 2013-2015 akan diadakan di dewan besar SMK Sri Tualang(jika mendapat kelulusan pentadbir sekolah tersebut).Semua ahli KSKM yang berdaftar ijemput hadir ke mesyuarat tersebut.Pada mesyuarat itu nanti AJK KSKM Negeri Pahang yang baru akan dilantik bagi menerajui kepimpinan KSKM Negeri Pahang bagi sesi 2013-2015.Borang pencalonan telah diedarkan oleh S/U KSKM Negeri kesekolah masing-masing.Sayugia~ADMIN~mempelawa terutama ahli-ahli KSKM yang terdiri daripada PM lantikan baru agar dapat menampilkan diri bagi merebut jawatan-jawatan yang akan dipertanding kelak.Besar harapan ~ADMIN~ agar semua idea-idea segar dari PM lantikan baru dapat diaplikasikan di dalam pentadbiran KSKM Negeri bagi manafaat semua ahli seterusnya dapat mengaktif serta merancakkan lagi perjalanan dan perjuangan KSKM Negeri Pahang...Insyallah!!!
    Sekian,semoga Puan berpuashati dengan segala jawapan yang diberikan serta ~ADMIN~memohon kemaafan seandainya terdapat kekhilafan di dalam jawapan tersebut kerana itu merupakan kelemahan ~ADMIN~.
    Sekian,terima kasih...
    ~ADMINKSKMPahang~