Wednesday, October 23, 2013

MESYUARAT 'MAJLIS BERSAMA JABATAN' DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG


KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad sekali lagi telah menyempurnakan amanah dari setiap ahli KSKM Negeri Pahang dengan membawa SUARA AHLI KSKM Negeri Pahang di dalam Mesyuarat 'Majlis Bersama Jabatan' sepertimana ketetapan di bawah:
Perkara  : Majlis Bersama Jabatan. Bil 3 Tahun 2013
Tarikh     : 21 Oktober 2013 (Isnin)
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Bilik Gerakan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Pengerusi : Y.Bhg. En. Rosdi bin Ismail - Pengarah Pendidikan Pahang

Di Laman Blog ini, ~ADMIN~ akan meng'up-date' isu-isu yang berkaitan tentang apa yang diperjuangkan dan di bawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di dalam mesyuarat tersebut./
Merujuk minit mesyuarat MBJ bil 2 2013 pada 16 Julai 2013.
Para 4.10 : Fungsi dan Bidang Tugas Perkhidmatan Pembersihan.
4.10.2 : Mesyuarat memaklumkan bahawa pemantauan perkhidmatan pembersihan tersebut perlu dilakukan oleh pihak pentadbir dan Pembantu Makmal bagi memastikan pihak kontraktor memberikan perkhidmatan yang sewajarnya.
Tindakan : Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.
Maklum Balas ; Unit Perolehan dan Pengurusan Aset memaklumkan skop pembersihan kawasan adalah termasuk kawasan makmal. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada Jabatan sekiranya kontraktor tidak melaksanakan perkhidmatan dengan sewajarnya. Perbincangan dari semasa ke semasa diantara Pengurusan Sekolah dan Kontraktor perlu diadakan bagi menyelaras perkhidmatan pembersihan kawasan sebagaimana terkandung di dalam kontrak perjanjian yang dibekalkan kepada setiap sekolah. 

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Beliau mengarahkan agar setiap Pengurusan Sekolah melaksanakan perkara tersebut sepertimana peraturan yang telah di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Respon Pengerusi KSKM Pahang ; Ketika ini, hampir keseluruhan pihak Pengurusan Sekolah Menengah di Negeri Pahng belum mengambil tindakan terhadap arahan tersebut.Beliau memohon agar pihak JPNP dapat mengeluarkan surat pekeliling khusus berkaitan para 1.1.1(f) merujuk kepada buku 'Huraian Tugas Pembantu Makmal'

Respon Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah-Sekolah Malaysia (PKPSM) : 
Beliau memaklumkan bahawa PKPSM telah maklum kepada perkara tersebut dan sedang membincangkannya untuk mengadakan jadual khusus kepada pembersihan makmal.

Para 4.11 : Kerjasama antara KSKM dan PPD
4.11.1 : Mesyuarat dimaklumkan bahawa masih terdapat pegawai Unit Sains dan Matematik di PPD yang kurang mesra dengan aktiviti KSKM. Oleh itu, KSKM memohon kerjasama dari setiap PPD melalui Unit Sains dan Matematik dalam penganjuran kursus-kursus kepada Pembantu Makmal oleh KSKM.
Tindakan : KSKM/Semua PPD
Maklum Balas : Kerjasama yang lebih mesra telah ditunjukkan oleh Unit Sains dan Matematik di setiap PPD.
i. PPD Maran - telah bersetuju bekerjasama dalam penganjuran kursus selama 2 hari di PPD Maran. Dijadualkan pada 22 dan 23 Okt 2013 tetapi telah ditunda kepada 11 dan 12 Nov 2013.
ii. PPD Cameron Highlands - telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan KSKM untuk menganjurkan kursus kepada semua pembantu makmal daerah. Dijadualkan pada 28 Okt 2013 namun telah ditunda kepada tarikh yang belum ditetapkan lagi.
Respon langsung daripada Tuan PPD Cameron Highlands - Kursus tersebut akan diadakan pada 
25 Nov 2013.
iii. PPD Rompin - bersetuju unutk mengadakan kursus pada 3 Okt 2013 namun telah ditunda pada tarikh yang belum diputuskan lagi.
iv. PPD Pekan - telah bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama KSKM Negeri Pahang dalam penganjuran kursus kepada semua Pembantu Makmal daerah dan akan menetapkan tarikh yang sesuai.
v. PPD Jerantut - telah bersetuju untuk mengadakan kursus kepada semua Pembantu Makmal daerah Jerantut pada 31 Okt 2013 bertempat di bagunan PPD lama.
Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Mengarahkan agar PPD yang disebut di dalam maklum balas tersebut agar dapat meneruskan usahasama antara KSKM Negeri Pahang dan PPD dalam memberi pengisisan kursus kepada pembantu makmal di daerah masing-masing.
Respon Pengerusi KSKM Negeri Pahang : Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usahasama dan jalinan yang semakin mesra antara KSKM dan Unit Sains dan Matematik di PPD. 

Di dalam mesyuarat bil 3 tahun 2013 ini, KSKM telah mengangkat 4 usul untuk diperbincangkan. Usul-usul tersebut ada ~ADMIN~ kemaskini di dalam Laman Blog KSKM Negeri Pahang yang lalu. Di sini,~ADMIN~ Akan 'copy & paste' usul tersebut dari topik di Laman Blog yang lalu.
1. Kabinet Khas Penyimpanan Mikroskop di Sekolah.|
Kebanyakkan -sekolah di Negeri Pahang tidak mempunyai kabinet penyimpanan mikroskop yang baik. Mikroskop elektrik yang dibekalkan di seklolah-sekolah adalah mahal dari segi kos pembeliannya. Mikroskop pula merupakan peralatan sains yang sensetif terhadap udara persekitaran dan mudah dihinggapi @ dijangkiti oleh kulat @ fungal. Oleh yang demikian,KSKM  mencadangkan agar JPNP dapat membekalkan kabinet khas kepada penyimpanan mikroskop di setiap sekolah yang tiada tempat penyimpanan tersebut. KSKM juga mencadangkan agar kabinet di SMK Abu Bakar, Temerloh boleh dijadikan contoh kabinet yang baik untuk tujuan tersebut.
Pengarah Pendidikan Pahang

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Mesyuarat dimaklumkan bahawa kebanyakkan sekolah yang baru ada dibekalkan dengan rak @ almari penyimpanan mikroskop. Jika terdapat sekolah yang tidak mempunyai almari penyimpanan maka sekolah boleh memohon untuk membelinya. Pengarah juga meminta KSKM menyediakan data lengkap berkaitan sekolah yang tiada almari penyimpanan mikroskop tersebut.
Respon Pengerusi KSKM Negeri Pahang : Pengerusi menerangkan bahawa kebanyakkan sekolah tidak mempunyai almari yang benar-benar dapat memeliharan mikroskop terutama mikroskop elektrik dari dihinggapi oleh kulat @ fungal. Mohon pihak sekolah dapat menjadikan contoh alamri khusus penyimpanan mikroskop dari SMK Abu Bakar,Temerloh.

2. Penjagaan dan Pengendalian Mikroskop.
Penyelenggaraan atau servis mikroskop perlu dilakukan demi menjaga hayat sesebuah mikroskop. Penyelenggaraan sebegini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar di peringkat Jabatan. KSKM mencadangkan agar satu kursus berkaitan Pengendalian Mikroskop dapat diadakan untuk melatih wakil (2 @ 3 orang) pembantu makmal dari setiap daerah untuk dijadikan jurulatih utama (JU) bagi tujuan melatih semua pembantu makmal di daerah masing-masing. Kaedah ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan kos perbelanjaan kursus kerana untuk menghadiri kursus penyelenggaraan mikroskop kosnya adalah sangat tinggi. 

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Pengerusi mesyuarat sangat bersetuju dengan cadangan atau usul yang di bawa oleh KSKM. Beliau juga menyarankan agar bukan sahaja khusus kepada mikroskop malah barang peralatan makmal yang lain juga turut difikirkan untuk dipelajari kaedah penyelenggaraan yang betul.
Pengerusi mesyuarat sangat bersetuju untuk mengadakan Jurulatih Utama (JU) di setiap daerah untuk melatih semua pembantu makmal di daerah masing-masing. Pengerusi mesyuarat juga mengarahkan Unit Latihan di JPNP dapat bekerjasama dengan KSKM dalam penganjuran kursus tersebut.

3. Pengagihan Pakaian Keselamatan (Lab-coat).
KSKM mencadangkan kepada JPNP agar pengagihan lab-coat yang disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah dapat dipanjangkan kepada setiap pembantu makmal yang berada di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan seperti Kolej Matrikulasi, Vokasional dan Teknik serta sekolah-sekolah dibawah SBP. Mohon mendapat kelulusan memandangkan jumlah pembantu makmal di bawah KPM tidaklah ramai. Untuk makluman mesyuarat, daerah Raub turut mengagihkan lab-coat kepada setiap pembantu makmal di SBP. 

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Jika peraturan/pekeliling membenarkan perkara yang dibangkitkan itu dilaksanakan maka pihak PPD boleh melakukan sedemikian. Daerah Raub sahaja yang mengagihkan 'Lab-Coat' kepada setiap Pembantu Makmal di sekolah di bawah KPM.
Respon Penegerusi KSKM Negeri : Isu ini akan mendapat maklum balas daripada Sektor 2P dalam MBJ kali ke-4 nanti. 


4. KSKM mengangkat kembali isu Pembantu Makmal di SM Chung Hwa, Kuala Lipis yang  duduk sekali di dalam stor bahan kimia. Isu ini telah diusulkan di dalam 
mesyuarat MBJ yang lalu namun sehingga kini ianya masih berlarutan.
Situasi ini sangat merbahaya kepada Pembantu Makmal di sekolah tersebut. 
Mohon JPNP dapat menyelesaikan permasalahan ini.

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Pengerusi mesyuarat mengarahkan pihak JPNP agar 
segera menanggani masalah ini kerana isu ini telah diangkat ke mesyuarat MBJ untuk kali 
kedua.
Pengerusi KSKM Negeri Pahang
Respon Pengerusi KSKM Negeri Pahang : Beliau mengharapkan agar masalah ini dapat 
diselesaikan dengan segera kerana walaupun SMJK Chung Hwa ini merupakan sekolah 
bantuan modal namun Pembantu Makmal yang berkhidmat di sekolah tersebut merupakan 
penjawat awam di bawah Kementerian PendidikanMalaysia. Ahli mesyuarat turut ditayangkan 
gambar-gambar yang diambil oleh Pengerusi KSKM Pahang ketika 'Program Turun Padang 
KSKM Negeri Pahang' ke sekolah tersebut.


Hal-hal lain:
1. Pengerusi KSKM Negeri Pahang mewakili semua ahli dan bukan ahli KSKM Negeri 
mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas perlantikan Y.Bhg En.Rosdi bin Ismail sebagai 
Pengarah Pendidikan Pahang yang baru.
2. Pengerusi KSKM juga menyatakan kedukacitaannya berikutan ketiadaan Pembantu 
Makmal lantikan baru yang ditempatkan di dalam Negeri Pahang. Beliau menyatakan bahawa 
seramai 666 orang Pembantu Makmal lantikan baru telah dilantik.
3. Pengerusi juga mengangkat pemasalahan yang dialami oleh Pembantu Makmal dari SMK Chemomoi bahawa mereka diarah untuk menjaga pejabat pada hari jumaat dari jam 12.20 
hingga ke 2.45 petang dengan jadual lengkap petugas pada setiap minggu.

Semoga SUARA KSKM Negeri Pahang yang dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang pada mesyuarat Majlis Bersama Jabatan kali ke 3 ini akan dapat membawa pembaharuan 
yang besar kepada seluruh Pembantu Makmal di negeri Pahang ini. 
Sekali lagi,~ADMIN~ ingin sarankan kepada Pembantu Makmal yang masih belum
menganggotai sebagai ahli KSKM agar bersegeralah bertindak untuk kita sama-sama 
mendapat manafaat yang kita perjuangkan dan dengan penyertaan dari sahabat-sahabat 
sekelian maka SUARA yang kita bawa ke pihak atasan akan menjadi lebih besar dan kuat.
Sekian,terima kasih... ~ADMINKSKMPahang~

Friday, October 18, 2013

USUL KSKM NEGERI PAHANG YANG AKAN DIBANGKITKAN DI DALAM MESYUARAT 'MBJ' BIL 3 TAHUN 2013



KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Paparan di Laman Blog kali ini,~ADMIN~ ingin berkongsi beberapa usul yang akan dibangkitkan di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, bilangan ke 3, Tahun 2013 yang akan berlangsung pada 21 Okt 2013 bersamaan hari Isnin bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat kali ini akan dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pahang yang baru iaitu Y.Bhg Encik Rosdi bin Ismail.
Antara usul yang telah diemailkan kepada Unit Pentadbiran Am, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang adalah sepertimana yang ~ADMIN~ 'copy n paste'kan di bawah:-

To pentadbiranam.jpnp@gmail.com
26 Sep
1. Kabinet Khas Penyimpanan Mikroskop di Sekolah.|
Kebanyakkan sekolah-sekolah di Negeri Pahang tidak mempunyai kabinet penyimpanan mikroskop yang baik. Mikroskop elektrik yang dibekalkan di seklolah-sekolah adalah mahal dari segi kos pembeliannya. Mikroskop pula merupakan peralatan sains yang sensetif terhadap udara persekitaran dan mudah dihinggapi @ dijangkiti oleh kulat @ fungal. Oleh yang demikian,KSKM  mencadangkan agar JPNP dapat membekalkan kabinet khas kepada penyimpanan mikroskop di setiap sekolah yang tiada tempat penyimpanan tersebut. KSKM juga mencadangkan agar kabinet di SMK Abu Bakar, Temerloh boleh dijadikan contoh kabinet yang baik untuk tujuan tersebut.
2. Penjagaan dan Pengendalian Mikroskop.
Penyelenggaraan atau servis mikroskop perlu dilakukan demi menjaga hayat sesebuah mikroskop. Penyelenggaraan sebegini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar di peringkat Jabatan. KSKM mencadangkan agar satu kursus berkaitan Pengendalian Mikroskop dapat diadakan untuk melatih wakil (2 @ 3 orang) pembantu makmal dari setiap daerah untuk dijadikan jurulatih utama (JU) bagi tujuan melatih semua pembantu makmal di daerah masing-masing. Kaedah ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan kos perbelanjaan kursus kerana untuk menghadiri kursus penyelenggaraan mikroskop kosnya adalah sangat tinggi.
3. Pengagihan Pakaian Keselamatan (Lab-coat).
KSKM mencadangkan kepada JPNP agar pengagihan lab-coat yang disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah dapat dipanjangkan kepada setiap pembantu makmal yang berada di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan seperti Kolej Matrikulasi, Vokasional dan Teknik serta sekolah-sekolah dibawah SBP. Mohon mendapat kelulusan memandangkan jumlah pembantu makmal di bawah KPM tidaklah ramai. Untuk makluman mesyuarat, daerah Raub turut mengagihkan lab-coat kepada setiap pembantu makmal di SBP.
4. KSKM mengangkat kembali isu Pembantu Makmal di SM Chung Hwa, Kuala Lipis 
yang  duduk sekali di dalam stor bahan kimia. Isu ini telah diusulkan di dalam mesyuarat 
MBJ yang lalu namun sehingga kini ianya masih berlarutan. Situasi ini sangat merbahaya 
kepada Pembantu Makmal di sekolah tersebut. Mohon JPNP dapat menyelesaikan 
permasalahan ini.

~ADMIN~ difahamkan juga oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad 
bahawa beliau turut akan membawa permasalahan yang dilaporkan oleh ahli-ahli secara terus 
kepada beliau di dalam agenda hal-hal lain. Semoga SUARA kita akan dapat didengari dan
diperkasakan di peringkat Negeri Pahang, Insyallah!!
~ADMIN~ memohon kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang agar berdoa semoga apa yang 
akan dibawa di dalam mesyuarat itu nanti akan mendapat kejayaan dan manafaat kepada kita 
bersama...Amin!!!
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


"PROGRAM TURUN PADANG" KSKM NEGERI PAHANG KE SMJK CHUNG HWA,KUALA LIPIS

KSKM NEGERI PAHNAG
Assalamualaikum wbt...

Bahan Kimia di tempatkan dihadapan bilik makmal
Pada 10 Oktober 2013 baru-baru ini, Pengerusi KSKM Negeri Pahang telah mengambil sedikit masa untuk mengadakan kunjungan ke SMJK Chung Hwa, Kuala Lipis bagi mengisi slot 'Program Turun Padang KSKM Negeri Pahang'. Kunjungan ini merupakan rentetan daripada keluhan daripada Pembantu Makmal yang berkhidmat di sekolah tersebut berikutan ketiadaan bilik stor bagi penyimpanan bahan kimia di makmal sains. Isu ketiadaan bilik stor penyimpanan bahan kimia ini telah di bawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang ke pengetahuan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan pada 13 Mei 2013 yang lalu dan telah diminitkan.
Ketibaan Pengerusi KSKM Negeri; En.Khairul A'zli Hj Ahmad telah disambut oleh Puan Hasulily dan Puan Siti Nor Haizah. Terlebih dahulu, Tuan Pengerusi telah memperkenalkan diri dan memohon keizinan daripada Pengetua sekolah tersebut untuk membuat tinjauan ke makmal sains.
~ADMIN~ tidak berniat untuk membuat ulasan berkenaan keadaan dan situasi di makmal sains sekolah tersebut kerana isunya telah diangkat ke peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
Gambar-gambar yang sempat di'snap' oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang ketika lawatan untuk menceritakan keadaan di makmal sekolah itu.

Bahan Kimia Pekat disimpan di dalam kebuk wasap

Bahan Kimia di simpan di dalam rak di dalam bilik persediaan


Semoga perjuangan KSKM Negeri Pahang untuk membantu Pembantu Makmal di sekolah ini akan mendapat perhatian dan tindakan yang bers=kesan di peringkat JPN Pahang dan sekolah itu sendiri.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Sunday, October 13, 2013

KURSUS "PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA" DI KEM BINA NEGARA KUALA LIPIS

               


       
       KSKM NEGERI PAHANG












Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dan Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnianya maka telah selesai satu lagi program anjuran KSKM Negeri Pahang iaitu Program Transformasi Negara.
Program kerjasama antara KSKM Daerah Temerloh, KSKM Negeri Pahang dengan usahasama Biro Tatanegara Negeri Pahang telah berlangsung di Kem Bina Negara,Kuala Lipis pada 8 - 10 Okt 2013.
Seramai 80 ahli KSKM Negeri Pahang telah dijemput untuk mengikuti program tersebut dan pada tarikh pendaftaran pada 8 Okt 2013, seramai 70 orang telah berjaya hadir ke kursus tersebut. ~ADMIN~ merakamkan Tahniah dan Syabas kepada ahli yang bersemangat waja sehingga sampai ke destinasi kursus samada dengan menaiki kenderaan persendirian ataupun dengan menaiki bas yang disediakan.
Sepanjang tempoh 3 hari di kem Bina Negara tersebut,apa yang dapat ~ADMIN~ rumuskan melalui pemerhatian dan bual langsung Pengerusi KSKM Negeri Pahang yang turut dijemput di Majlis Penutup Program itu adalah hampir keseluruhan peserta menunjukkan respon yang gembira dan seronok walaupun sepanjang siang dan malam hari ke 2, keseluruhan peserta tidak berpeluang melelapkan mata. Banyak perkara baru dan pengalaman yang sangat berharga turut sama diperolehi dalam setiap aktiviti yang diikuti.
Majlis penutup telah dilaksanakan oleh Penolong Pengarah BTN Negeri Pahang; Puan Mastura binti Johar.
KSKM Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan Terima Kasih kepada Biro Tatanegara Negeri Pahang, Urusetia BTN Kem Bina Negara Kuala Lipis, Barisan Jurulatih, KSKM Daerah Temerloh serta semua peserta kursus(AHLI KSKM) kerana telah berjaya menjayakan program KSKM Negeri Pahang kali ini. Insyallah,melalui Unit Latihan dan Sumber Manusia KSKM Negeri Pahang akan terus bekerjasama dengan Biro Tatanegara Negeri Pahang untuk terus menganjurkan kursus yang sebegini untuk manafaat dan kepentingan semua ahli KSKM Negeri Pahang.
Di Laman Blog ini,~ADMIN~mempersembahkan beberapa panorama sepanjang kursus tersebut berlangsung untuk memberi semangat dan inspirasi yang berguna kepada ahli-ahli yang tidak berpeluang mengikutinya kali ini.
Perkongsian panorama; Kredit kepada Puan Mengan Umpang
            
Perkongsian panorama; Kredit kepada Cik Farah Najwa Wawa.
       
Perkongsian panorama bersama Lensa  Pengerusi KSKM Negeri Pahang.
                       

Saturday, October 12, 2013

RESPON: PERSOALAN TENTANG PENGAGIHAN 'LAB-COAT' DI DAERAH KUANTAN

KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Kali ini `ADMIN~ ingin berkongsi persoalan berkaitan tentang pengagihan 'lab-coat' di daerah Kuantan yang masih menjadi tandatanya oleh kebanyakkan ahli-ahli KSKM mahupun yang masih belum menjadi ahli KSKM. Berikut, ~ADMIN~ tampalkan rentetan perbualan di wall facebook TEAM PEMBANTU MAKMAL MALAYSIA untuk perkongsian bersama.
~ADMIN~ ingin merakamkan sekalung Tahniah dan Syabas kepada ahli KSKM Pahang yang bertanya dan mendapat respon dari semua pengunjung wall facebook tersebut kerana persoalan itu dan jawapan yang ~ADMIN~ berikan akan dapat merungkai persoalan yang tiada jawapan yang pasti. Semoga kita akan mendapat maklumat dan info yang tepat hanya dengan medium sebegini...Insyallah!!
Sila ikutinya di sini:
Saya di Kuantan tak pernah dpt lab coat & kasut lab & tak pernah dapat claim utk seragam tu...tp kwn saya dr Penang setiap tahun dapat dan katanya surat tu dr jab.pelajaran negeri...ada sapa2 bleh bg info?
Sekian, semoga mendapat pencerahan kepada semua ahli-ahli KSKM Negeri Pahang.
~ADMINKSKMPahang~