4.4 Pembantu Makmal 4.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal a. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia. b. Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada mata pelajaran sains. c. Lulus Bahasa Melayu. 4.4.2 Keperluan Latihan Pembantu Makmal a. Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran). b. Kemahiran menyediakan larutan piawai. c. Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik. d. Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan mikroorganisma. e. Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah teroksida. f. Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya. g. Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains yang sistematik. h. Kemahiran mengendalikan komputer. i. Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem paip air. j. Kemahiran menguruskan stok. k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan. l. Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur. m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains. 4.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal 4.4.3.1 Tugas Harian a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir. b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih. c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat. d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan. e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan. f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali. g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains. h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan. i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali. j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali. k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali. m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari : i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmaj sains iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua. o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya. p. Mencuci peralatan sains yang kotor. q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal. r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 4.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok. b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali. c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu. d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains. e. Menghasilkan air suling. f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains. g. Mengecas dan discas akumulator. h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya. i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem. j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan. k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh. l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu. m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya. n. Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima. o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan. p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains. q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur. r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah. s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan. t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan. 4.4.3.3 Tugas-tugas Lain a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan). b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia. c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal. d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas. e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains. f. Membantu mengurus buku stok / inventori. g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok. h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan. i. Memasang klip buaya pada dawai. j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya. k. Menajamkan alat-alat pemotong. l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali. m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali. o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru. p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan. q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan. 4.4.4 Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah (diluluskan mulai tahun 2009) Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Formula pengiraan kelayakan bagi : a. Pembantu Makmal Gred C17 b. Pembantu Makmal Gred C22 Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kelas Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud perjawatan C22 di sekolah harian biasa. (Rujuk Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009. Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut : c. Pembantu Makmal Gred C26 Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal gred C26 4.5 Cadangan Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja di makmal sains sebelum penempatan dilakukan. Lampiran 4.1 Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17) 1. Merancang dan mengawal operasi makmal. 2. Menyediakan dan mengendalikan bahan. 3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan. 4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen. 5. Menguruskan pentadbiran makmal. Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17) 1. Merancang dan Mengawal Operasi Makmal (a) Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan. (b) Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal. (c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan. (d) Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan. (e) Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal. (f) Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi peraturan- peraturan ketika berada di makmal. (g) Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal. 2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan (a) Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal. (b) Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah) (c) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. 3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan (a) Mengklasifikasikan peralatan makmal. (b) Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba) (c) Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna. (d) Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali). (e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. (f) Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta pembesar, mikroskop) (g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains. 4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen (a) Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan. (b) Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi. (c) Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan. (d) Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas menggunakan air suling) (e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula. (f) Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. 5. Menguruskan Pentadbiran Makmal (a) Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal. (b) Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor mengikut prosedur. (c) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal. (d) Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki. (e) Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan. Lampiran 4.2 Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22) 1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal. 2. Menyediakan dan mengendalikan bahan. 3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan. 4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen. 5. Menguruskan pentadbiran makmal. 6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains. Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22) 1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal (a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan. (b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal. (c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan. (d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan. (e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal. (f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal). 2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan (a) Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul. (b) Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah) (c) Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali). (d) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. 3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan (a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul. (b) Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba) (c) Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna. (d) Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali). (e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. (f) Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati. (g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains. 4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen (a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya. (b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan. (c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan. (d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan. (e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula. 5. Menguruskan Pentadbiran Makmal (a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal. (b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal. (c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul. (d) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal. (e) Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki. (f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir. 6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains (a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya. (b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal. (c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur. (d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan. (e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir. (f) Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi. (g) Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi. Lampiran 4.3 Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26) 1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal. 2. Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan. 3. Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan peralatan. 4. Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen. 5. Menguruskan pentadbiran makmal. 6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains. Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22) 1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal (a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan. (b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal. (c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan. (d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan. (e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal. (f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal). 2. Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan (a) Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul. (b) Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah) (c) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan urusan memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali). (d) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. 3. Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan (a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul. (b) Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba) (c) Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna. (d) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali). (e) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati. (f) Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati. (g) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains. 4. Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen (a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya. (b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan. (c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan. (d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan. (e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula. 5. Menguruskan Pentadbiran Makmal (a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal. (b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal. (c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul. (d) Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal. (e) Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki. (f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir. 6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains (a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya. (b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal. (c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur. (d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan. (e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir. (f) Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi. (g) Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi. Bibliografi 1. Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur 2. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 bertarikh 14 Mei 2009 3. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6 Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008 |
Monday, June 27, 2011
SENARAI TUGAS KAKITANGAN MAKMAL
Friday, June 10, 2011
KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN MAKMAL BAGI PEMBANTU MAKMAL SIRI 1/2011 JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG
2.30 - 4.30petang -Pendaftaran peserta kursus.
8.00 - 10.00pagi -Pengendalian Makmal :Fizik
2.30 - 4.30petang -Membentuk Salur Kaca
KSKM Pahang)
8.30 - 10.30malam -Bina Insan:Bekerja Sebagai Suatu Ibadah
Pendidikan Islam JPNP)
8.00 - 10.00pagi -Pengendalian Makmal : Biologi
10.30 - 11.30pagi -Perasmian Penutup Oleh Ketua Sektor Khidmat
Pengurusan Pembangunan.
11.30 - 12.00pagi -Taklimat Ringkas Kesatuan Sekerja Kakitangan
Makmal
Pahang)
2.30petang -Perjalanan balik peserta kursus
Secara keseluruhannya,semua peserta kursus berpuas hati dengan penganjuran kursus yang sedemikan kerana kursus ini banyak memberi input-input baru kepada Pembantu Makmal terutama kakitangan yang baru berkhidmat untuk mengendalikan makmal-makmal sains apabila kembali semula ke sekolah masing-masing.
Thursday, June 9, 2011
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KSKM CAWANGAN PAHANG 2011-2013
Majlis pada pagi tersebut telah dipengerusikan oleh Pn.Maslina binti Amriem.Bagi memberkati majlis,doa dibaca oleh En.Ahalluddin bin Mohd Arshad.
Majlis mempersilakan Pengerusi KSKM Cawangan Pahang Tn Hj Mohd Yusof bin Kadir menyampaikan ucapan beliau.Antara lain,beliau mengalu-alukan kehadiran rombongan dari KSKM Pusat dan berterima kasih atas kesudian rombongan tersebut menghadiri mesyuarat itu.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK KSKM Pahang yang telah bersama-sama beliau sepanjang penglibatan beliau menjadi pengerusi KSKM cawangan Pahang.Beliau juga menyeru kepada ahli-ahli KSKM agar dapat menyampaikan mesej menjadi ahli KSKM kepada pembantu makmal yang masih belum menganggotai kesatuan.Akhir ucapan,beliau memohon kemaafan kepada seluruh ahli kerana beliau akan menamatkan perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam Malaysia pada 26hb.Mei.2011.
Majlis seterusnya mempersilakan En.Hamran bin Haji Ahmad Presiden KSKM Pusat memberikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang kali ke 8 .Di dalam ucaptama tersebut, beliau menjelaskan arahtuju perjuangan KSKM yang bernaung di bawah CUEPACS. Intipati ucapan beliau antara lain menekakan perkara-perkara yang telah diperjuangkan,sedang diperjuangkan dan akan terus diperjuangkan oleh KSKM. Beliau juga menyeru kepada setiap pembantu makmal agar bersama-sama menjadi ahli KSKM kerana apabila ahli ramai,KSKM akan bertambah kuat dan kukuh.
Perjuangan KSKM telah membuahkan hasil dengan persetujuan kerajaan menaik pangkatkan pembantu makmal C17 kepada C22.Pahang juga terlibat dalam proses kenaikan pangkat tersebut.Tahniah kepada ahli-ahli yang terlibat.Kepada pembantu makmal yang masih tidak menjadi ahli KSKM,namun mendapat kenaikan pangkat juga,fikir-fikirkanlah.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pengerusi KSKM Cawangan Pahang kerana telah mengendalikan kesatuan dengan baik dan beliau mengucapkan 'Selamat Bersara' kepada Tn Hj Mohd Yusof.Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang kali ke-8.
KSKM Cawangan Pahang menyediakan sedikit cenderahati kepada Presiden bagi menghargai ucapan dan perasmian mesyuarat kali ini.Pengerusi Cawangan Pahang,Tn.Hj Mohd Yusof bin Kadir menyampaikan cenderahati tersebut kepada Presiden KSKM Pusat.
Mesyuarat KSKM Cawangan Pahang dimulakan mengikut agenda yang disediakan seperti berikut:
1.Ucapan pengerusi mesyuarat.
2.Melantik pencatat minit.
3.Melantik 5 orang pengira undi sulit.
4.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Dwi tahunan kali ke7.
5.Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2009-2011.
6.Membentang dan menerima laporan kewangan sesi2009-2011.
7.Meluluskan anggaran penerimaan dan perbelanjaan sessi 2011-2013.
8.Membahaskan usul.
9.Mengumumkan keputusan pemilihan pegawai-pegawai cawangan sesi 2011-2013.
10.Mengumumkan nama wakil ke persidangan.
11.Melantik 2 orang juruaudit dalaman.
12.Melantik pengerusi-pengerusi daerah.
13.Penangguhan.
Berikut disenaraikan Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang sesi 2011-2013:
Pengerusi Cawangan - Khairul A'zli bin Hj Ahmad
Setiausaha Cawangan - Mohd Lotfan bin Abdul Aziz
Bendahari Cawangan - Rogayah binti Othman
Ahli Jawatankuasa - Ahmad bin Rahim
Norhana binti Haron
Maslina binti Amriem
Siti Hafizah binti Abdul Karim
Mesyuarat Agung kali ini ada menyediakan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang 'Bertuah'.Sekurang-kurangnya,adalah ole-ole yang di bawa pulang untuk keluarga.Tahniah diucapkan kepada ahli yang bertuah tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK kerana menyediakan 'hamper' yang besar-besar. "Terima kasih daun keladi,dua tahun lagi buat le lagi".
Monday, May 16, 2011
KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG
PENGGANTI PTK DIJANGKA LEBIH BAIK : CUEPACS
Bernama
10/5/2011
PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dijangka lebih baik, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Cadangan Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam di sini pada Selasa, beliau berkata terdapat perubahan yang akan dilaksanakan dalam sistem baru itu seperti yang diharapkan oleh kesatuan dan nama sistem itu juga akan berubah.
Bagaimanapun, katanya, hasil mesyuarat pada Selasa perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah sebelum pengumuman rasmi dibuat.
"Kita berpuas hati kerana mesyuarat hari ini berjalan dengan baik. Cadangan Cuepacs dan cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat digabungkan dan berjaya mencapai satu kata sepakat yang baik.
"Jika perkara ini dapat persetujuan daripada pihak atasan, daripada apa yang dibincangkan hari ini, ia merupakan satu sistem yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan PTK berkuat kuasa Julai ini.
Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.
-- BERNAMA
Wednesday, May 4, 2011
KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG
PERBINCANGAN ALTERNATIF PTK DI ANTARA JPA DAN CUEPACS








KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG
SISTEM GANTI PTK BERMULA 1 JULAI
Utusan Malaysia
1/5/2011
KUALA LUMPUR 30 April – Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa Julai ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sistem itu akan menilai tahap kompetensi golongan itu berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka dalam pekerjaan.
“Pada 2 Mei ini, Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan CUEPACS akan membuat persidangan bagi membentangkan beberapa cadangan terhadap penambahbaikan sistem penilaian baru itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.
Menurut Omar, sistem penilaian baru itu akan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini.
SISTEM GANTI PTK BERMULA 1 JULAI
1/5/2011
KUALA LUMPUR 30 April – Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa Julai ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sistem itu akan menilai tahap kompetensi golongan itu berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka dalam pekerjaan.
“Pada 2 Mei ini, Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan CUEPACS akan membuat persidangan bagi membentangkan beberapa cadangan terhadap penambahbaikan sistem penilaian baru itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.
Menurut Omar, sistem penilaian baru itu akan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini.















