Sunday, April 8, 2012

JAWAPAN BERKAITAN 'PERTUKARAN'

Waalaikumussalam...Puan Rosmawangi Wangi...Untuk makluman Puan,Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad baru2 ini telah menghadiri mesyuarat "Majlis Bersama Jabatan" yg dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang di JPNPahang.Alhamdulillah,kesan dari mesyuarat tersebut,banyak permasalahan PM di negeri Pahang dapat di luahkan kpd JPNP.
Pada 4/4/2012(Rabu), AJK KSKM Pahang telah berkunjung ke JPNP dgn kesemua barisan AJK KSKM Pahang sesi 2011-2012 hadir.Pada kunjungan tersebut,KSKM telah mengangkat 15 isu yang menjadi permasalahan kpd semua PM di Pahang.Alhamdulillah,permasalahan KSKM telah didengar dan diambil perhatian serius oleh JPNP.Inilah pentingnya berkesatuan kerana permasalahan kita dapat disalurkan terus kpd JPNP dan ini merupakan 1 perjuangan KSKM Pahang untuk sekurang2nya dapat meringankan masalah PM jika tidak dapat menyelesaikannya secara total.
Berbalik kpd persoalan Puan,proses pertukaran kakitangan Jabatan Pelajaran boleh dipohon oleh kakitangan sebanyak 4 kali dalam sethn.Kementerian telah menetapkan proses pertukaran ini hendaklah dilakukan pada bulan Jan,April,Julai dan Oktober setiap tahun.Puan diminta untuk memohon melalui e-Tukar Bukan Guru di lamn portal Kementerian Pelajaran Malaysia.Puan dilarang sama sekali memohon secara manual kerana pihak JPN tidak akan melayan permohonan Puan.Untuk memudahkan Puan lebih memahami proses ini,Puan blh merujuk kpd bahagian pentadbiran di sekolah Puan.Bulan April(sekarang)telah dibuka permohonan pertukaran,jadi Puan bolehlah bertindak dari sekarang kerana proses ini akan ditutup setiap hujung bulan.(tempoh 1 bulan shj)
Bagi memudahkan Puan berjaya dalam permohonan tersebut,permohonan pertukaran tersebut hendaklah disokong oleh Pengetua di sekolah Puan.Pengetua akan melulus/tidak meluluskan permohonan Puan dalam tempoh 2 minggu bulan yang berikutnya.Sila pastikan pihak pentadbir menguruskan permohonan Puan selepas tamat tempoh bulan April ini.
Permohonan yang biasanya akan diberi perhatian dan diluluskan adalah pertukaran suka sama suka dan pertukaran ke sekolah yang pasti ada kekosongan.Oleh yang demikian,Puan diminta pastikan sebenar2nya penempatan yang baru itu mempunyai kekosongan.
Puan juga boleh menghubungi JPN Pahang untuk lebih kepastian dan Puan boleh menghubungi secara terus kpd En.Herry di sektor khidmat Pengurusan dan Pembangunan di bahagian perjawatan dan pencen...
~!ADMIN KSKMPahang~ berharap agar Puan berpuashati dgn apa yang telah dijawab diruangan ini dan KSKM Pahang mendoakan agar permohonan Puan akan berjaya pada kali ini.Besar harapan KSKM Pahang agar Puan akan terus memberi sokongan dan perhatian kepada KSKM Pahang dan seterusnya mengajak teman2 PM yg masih belum menjadi ahli KSKM untuk sama2 menyertai KSKM.
Wassalam... ~ADMINKSKMPahang~

JAWAPAN BERKAITAN 'TANGGUNG KERJA'

Salam...merujuk permasalahan yang Puan utarakan kepada KSKM Pahang berkaitan proses tanggungkerja di makmal yang Puan lakukan dan mendapat kelulusan dari Pentadbir di sekolah Puan tetapi di tolak permohonan tuntutan tanggungkerja di peringkat JPN telah diangkat oleh Pengerusi KSKM Pahang semasa Program KSKM bersama JPNP baru2 ini.Sukacita dimaklumkan bahawa permasalah tersebut telah mendapat perhatian yg serius dr pihak JPNP.
Sedikit persoalan...adakah Puan telah memenuhi semua syarat2 tanggungkerja tersebut sebagai contoh...28hari bekerja berterusan tanpa ada mengambil cuti@MC atau menanggung kerja dari pegawai yang lebih rendah gred jawatan@setaraf serta beberapa syarat yang lain...Jika Puan yakin berkaitan syarat2 tersebut telah dipenuhi di dalam tuntutan tersebut,Puan sebenarnya layak untuk menuntut elaun tanggungkerja.
Besarlah harapan ~ADMINKSKM Pahang~memohon agar Puan terus berhubung melalui telefon ke JPNP ke Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dan bercakap dengan En.Herry.Permasalahan Puan ini telah di dalam pengetahuan pegawai tersebut.
Mohon kerjasama dari Puan untuk bersama2 menjadi ahli KSKM keranaJPNP telah memberikan kapisiti KSKM Pahang untuk bersama2 di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang sendiri.Di sinilah medium yang sangat penting untuk KSKM membangkitkan apa juga permasalahan yang ada samada dari segi makmal,penempatan PM,pertukaran dan lain-lain hal yang berkaitan.Keutamaan permasalahan akan lebih diutamakan kepada PM yang menjadi ahli KSKM.
Sekali lagi ~ADMIN~mengajak Puan serta semua PM di daerah Cameron Highlads untuk bersama2 menjadi ahli KSKM dan menggerakkan KSKM di peringkat daerah CH.
Akhirnya,semoga apa yang Pengerusi KSKM Pahang bawakan permasalahan Puan ini akan mendapat tindakan susulan dari pihak Puan.Sekian terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Monday, April 2, 2012

PEKELILING KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM)

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2012 bertarikh 30.3.2012

Anda boleh downlode disini :

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1498%3Aservice-circular-no-12012&catid=169%3A2012-circulars&lang=ms

Tuesday, March 20, 2012

SEPETANG BERSAMA PENGERUSI DAERAH RAUB DAN PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG

Satu inisiatif yang baik telah dilakukan oleh Pengerusi daerah Raub dimana satu program bagi membincangkan segala aktiviti sepanjang tahun di daerah Raub telah diadakan bertempat di SM Sains Tengku Abdullah,Raub.
Dalam program santai tersebut,daerah Raub telah menjemput Pengerusi KSKM Negeri Pahang iaitu En.Khairul A'zli Hj Ahmad untuk menerangkan perancangan dan hala tuju KSKM Negeri kepada setiap Pembantu Makmal yang hadir.Alhamdulillah,kehadiran PM seluruh daerah Raub hampir mencapai 100%hadir.Ini merupakan satu titik permulaan yang baik bagi daerah Raub bagi menjana aktiviti sepanjang tahun 2012 ini.Mudah-mudahan,segala perancangan yang diatur oleh daerah ini akan dapat dilaksanakan dan akan beroleh kejayaan yang gemilang...Insyallah...


Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad

Monday, February 27, 2012

MESYUARAT AJK KSKM CAWANGAN NEGERI PAHANG KALI KE-3 BERSAMA WAKIL-WAKIL KSKM DAERAH NEGERI PAHANG


Tarikh    : 18 Febuari 2012(Sabtu)
Masa     :  10.00 pagi
Tempat  :  Bilik Mesyuarat SMK Temerloh

Alhamdulillah,satu mesyuarat AJK KSKM Caw Pahang kali ke-3 telah diadakan di SMK Temerloh pada 18hb Feb 2012 .Mesyuarat kali ini lebih meriah dan lebih bermakna lagi kerana semua Wakil KSKM Daerah di dalam negeri Pahang telah diundang bersama untuk berkongsi2 maklumat,idea dan perancangan yang lebih jitu demi meningkatkan keberkesanan KSKM Cawangan Pahang kepada setiap ahli2 KSKM.
Semua daerah diwakili oleh wakil masing-masing dan daerah yang tidak menghantar wakil adalah daerah Maran dan Pekan manakala  Temerloh diwakili oleh AJK KSKM Cawangan Pahang dan daerah Kuala Lipis menghantar wakil iaitu Timbalan Wakil KSKM daerah.Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir kerana komitmen yang baik untuk KSKM Negeri.
Antara perkara yang dibincangkan bersama:
i.Megadakan proses penerangan kepada setiap Pembantu Makmal(PM)di daerah masing2 tentang peri pentingnya untuk menjadi ahli KSKM.
ii.Setiap Wakil KSKM daerah yang telah dilantik dimestikan menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah agar segala perancangan dan aktiviti KSKM peringkat negeri dapat dilaksanakan di dalam kumpulan yang lebih kecil.
iii.Wakil KSKM daerah seharusnya mempunyai perhubungan yang baik dengan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) untuk mendapatkan ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti diperingkat daerah.
iv.KSKM Negeri sedang dan akan mengadakan perjumpaan ramah mesra bersama Pengarah Pelajaran Negeri Pahang untuk memperkenalkan KSKM diperingkat JPNPahang.

Pengerusi KSKM Cawangan Pahang sedang memberi ucapan alu-aluan kepada semua hadirin


         Barisan Kepimpinan KSKM Cawangan Pahang serta Barisan Kepimpinan Peringkat Daerah
                 Wakil KSKM Daerah Raub(berdiri dari kanan dan berbaju merah), En.Hermi bin Zakaria
                                           Wakil KSKM Daerah Jerantut, En.Hamizi bin Ahmad
                                      Wakil KSKM Daerah Kuantan,Pn.Rosidah bte Adam Ahmad
               Wakil KSKM Daerah Bera merangkap AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Norhana binti Harun
                                      Wakil KSKM Daerah Rompin, En.Kamaruzaman bin Ab Manaf
                            Timbalan.Wakil KSKM Daerah Kuala Lipis, En.Hadri bin Abd Samad
                              Setiausaha KSKM Cawangan Pahang,En.Mohd Lotfan bin Abdul Aziz
                                       Bendahari KSKM Caw Pahang, Pn Rogayah binti Othman
                                         AJK KSKM Caw Pahang,Pn Maslina bte Amriem
AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Norfaizura bte Ismail
                                      AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Siti Hafizah bte Abd Karim
                                          AJK KSKM Caw Pahang, En.Ahmad bin Rahim
                             
                                   Pemeriksa Kira-Kira sesi 2011-2013,En.Muhd Nazri bin Ibrahim
                               Mesyuarat ditangguhkan oleh Pengerusi majlis pada jam 1.15tengahari.

Semoga apa yang dibincangkan bersama semua Wakil KSKM Daerah akan dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2012-2013 nanti...Insyallah!

Wednesday, December 28, 2011

KEPUTUSAN UNDI PEMILIHAN PEGAWAI KANAN KSKM PUSAT SESI 2011-2013

Keputusan Pertandingan Jawatan Pegawai Kanan KSKM sempena Persidangan

Perwakilan Kali ke-11 2011 di Hotel Carlton Holiday Hotel, Shah Alam.


a) Presiden: Hamran Ahmad (1,025) dan Anita Nor (90), undi rosak 5

b) Timb Presiden: Fahmi Khamis (581), Anita Nor (290), Zaki Hussain Che Kadir (234), Chan Baba (76), Undi rosak 5

c) Setiausaha: Ashaari Maarof (1032), Azahani Salleh (79) undi rosak 3

d) Penolong SU: Zainal Abu Hasan (785), Anita Nor (340), undi rosak 3

e) Bendahari: Wan Nasir Wan Khalid (899), Sueb Tulus (221), undi rosak 7

PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM PUSAT KALI KE 11 @ HOTEL CARLTON HOLIDAYS, SHAH ALAM 16 - 18 DISEMBER 2011





Gambar Ehsan : Hasrin Zakaria


SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"

Utusan Malaysia
18/12/2011

SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.
"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.
"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.
Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.
"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.
"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.
Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.
"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.