Friday, March 1, 2013

TAHNIAH DAN SYABAS!


KSKM Negeri Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan.Rogayah binti Othman (Bendahari KSKM Negeri Pahang) kerana telah dinaikkan pangkat daripada C22 kepada C26.Perlantikan beliau ke jawatan yang baru ini akan berkuatkuasa pada 01.Mac.2013 bersamaan hari Jumaat(pada hari ini).Beliau akan memulakan perkhidmatan sebagai Pembantu Makmal Kanan C26 di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang,Bandar Pusat Jengka,Pahang.
Inilah antara kejayaan yang diperjuangkan oleh KSKM selama ini.Tanpa perjuangan dan sokongan dari semua AHLI-AHLI KSKM maka profesion kita sebagai Pembantu Makmal ini tidak akan ke mana-mana.
Walaupun post bagi Pembantu Makmal Kanan samada C22 mahupun C26 terlalu kecil skalanya berbanding dengan post bagi jawatan-jawatan yang lain namun dengan suara yang di bawa oleh KSKM selama ini memperjuangkan nasib Pembantu Makmal di Malaysia ini sekurang-kurangnya inilah antara hasilnya yang tidak boleh dinafikan oleh setiap Pembantu Makmal terutama yang masih belum menjadi ahli KSKM.
Jika tiada KSKM yang berjuang untuk kepentingan AHLI mahupun bukan ahli(kebiasaannya akan mengambil kesempatan)maka siapa yang akan membawa suara kita sebagai Pembantu Makmal.
Persoalan yang ingin ~ADMIN~ timbulkan adalah;
i.Siapakah yang akan memperjuangkan dan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada JPA?
ii.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada SPP?
iii.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada KPM?
iv.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada JPN?
v.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada PPD?
Dan persoalan yang terakhirnya ~ADMIN~ tujukan kepada Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli; adakah suara kita yang berseorangan akan dapat menuntut apa yang kita hajati bersama?
Cuba Tuan/Puan merenung sejenak dan berfikir dengan berlapang dada,dimanakah kedudukkan Tuan/Puan sekarang?
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, February 28, 2013

TEMPAHAN BAJU KOPRAT FASA KE-3

Assalamualaikum wbt...
KSKM Negeri Pahang merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang di atas sokongan yang padu kepada pihak urusetia tempahan baju koprat.
Atas sokongan dan dokongan semua AHLI maka KSKM Negeri Pahang telah berjaya menambahkan dana di dalam tabungan KSKM Negeri bagi menjalankan aktiviti yang bermanafaat kepada semua AHLI.
Memandangkan sambutan yang berterusan kepada baju koprat ini,maka pihak urusetia telah bercadang untuk membuka kembali tempahan fasa ke-3 bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.
Sehubungan dengan itu,pihak urusetia telah menetapkan beberapa syarat:
1.Semua tempahan fasa ke-3 ini mestilah melebihi 20 helai tempahan.Pihak urusetia berhak untuk tidak memenuhi permintaan dari AHLI-AHLI sekiranya tempahan kurang daripada 20 helai keseluruhannya.
2.Harga bagi sehelai baju koprat adalah RM60.00 + RM10.00(belanja pos) = RM70.00.Jika terdapat tempahan yang boleh diedarkan atau dipunggut secara terus terus dari pihak urusetia,maka kos baju tersebut hendaklah ditolak dengan perbelanjaan pos.
3.Setiap tempahan diwajibkan untuk membuat pembayaran sepenuhnya selepas tempahan dibuat.Setiap pembayaran hendaklah di'bank-in' ke dalam akaun pihak urusetia.
4.Ukuran saiz sebenar setiap tempahan bolehlah menggunapakai saiz baju koprat dari AHLI-AHLI yang telah menerima tempahan pada fasa pertama dan kedua.
5.Tempahan juga dibuka kepada AHLI-AHLI KSKM dari NEGERI-NEGERI LAIN.
Kepada sesiapa yang berminat membuat tempahan,sila menghubungi pihak urusetia iaitu Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad melalui talian 019-9161514(Clcm) atau 017-9394951(Mxs).
Semoga sedikit usaha dari KSKM Negeri Pahang ini akan dapat memperkasakan lagi aktiviti KSKM Negeri Pahang.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, January 30, 2013

STICKER/PELEKAT KERETA KSKM NEGERI PAHANG MASIH MENERIMA TEMPAHAN DAN DIJUAL



Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ingin menarik perhatian kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri yang ingin membuat tempahan atau membeli secara terus sticker/pelekat kereta KSKM Negeri Pahang,bolehlah menempah melalui semua wakil KSKM di daerah masing-masing.Harga sekeping sticker tersebut adalah RM5.00.
~ADMIN~difahamkan bahawa penjualan sticker fasa pertama telah hampir habis terjual manakala tempahan seterusnya bagi fasa ke 2 akan dibuat jika mendapat sambutan terus daripada semua AHLI-AHLI KSKM yang masih belum mendapatkannya.
~ADMIN~ menyeru kepada AHLI-AHLI yang sukar mendapatkan sticker tersebut dengan cara tempahan melalui wakil-wakil KSKM daerah,Tuan/Puan boleh juga mendapatkannya dengan cara menghubungi secara terus atau melalui SMS kepada urusetia tempahan sticker iaitu Pengerusi KSKM Negeri Pahang sendiri; En.Khairul A'zli Hj Ahmad di talian 019-9161514(cel) atau 017-9394951(mxs).Tempahan secara pukal adalah sangat-sangat digalakkan bagi tujuan penjimatan kos penghantaran.
~ADMIN~juga mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa sticker kereta(edaran kali pertama yang ditarik semula pengedarannya akibat tidak menepati piawaian kualiti)yang banyak dijual terutama kepada AHLI KSKM daerah Bentong,Tuan/Puan boleh mendapatkan gantian dengan cara memulangkan kembali sticker yang lama sebagai bukti bagi mendapatkan sticker yang berkualiti.Semua AHLI yang terlibat boleh mendapatkan sticker tersebut daripada wakil KSKM daerah Bentong; Puan.Rogayah bte Abdul Aziz(SMK Bentong) melalui talian 016-9381897.
~ADMIN~ mengharapkan agar sedikit usaha sebegini akan dapat memberikan manafaat kepada semua AHLI KSKM Negeri Pahang.Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Monday, January 28, 2013

EDARAN UNTUK MAKLUMAN PEMBANTU MAKMAL(AHLI @ BUKAN AHLI KSKM) NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Salam Kesatuan kepada semua Pembantu Makmal di Negeri Pahang semoga Tuan/Puan akan dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka KSKM Negeri Pahang dengan inisiatif Pengerusi Negeri;En.Khairul A'zli Hj Ahmad maka satu edaran sebagai makluman kepada semua Pembantu Makmal samada AHLI KSKM mahupun PM yang masih belum diberikan kesempatan untuk menjadi AHLI KSKM sedang diedarkan ke semua sekolah menengah melalui Wakil KSKM Daerah.
Kaedah ini merupakan satu langkah untuk memberikan maklumat dan infomasi tentang aktiviti KSKM Negeri Pahang memandangkan ramai AHLI mahupun bukan ahli KSKM yang jarang mendapat maklumat  melalui akses secara terus di internet.Semoga alternatif sebegini yang diambil oleh KSKM Negeri Pahang,akan dapat membantu semua Pembantu Makmal mengetahui dan menyedari betapa pentingnya menjadi ahli KSKM.
Edaran tersebut akan diedarkan melalui 'pigeon-hole' sekolah masing-masing di Pejabat Pelajaran Daerah.Tuan/Puan dijemput untuk mendapatkannya di sana.
Jika terdapat sekolah yang gagal memperolehinya,Tuan/Puan bolehlah 'print out' melalui Laman Blog ini.
Sekian,semoga sedikit usaha dari KSKM Negeri ini akan dapat memberikan maklumat kepada semua.
~ADMINKSKMPahang~

C:\Users\ASHAARI\Desktop\LOGO KSKM.tifKESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEMENANJUNG MALAYSIA
NO. PENDAFTARAN 369 (Bergabung Dengan CUEAPACS)
Cawangan Pahang,
D/A Pengerusi KSKM Pahang                                 No. Tel: 019-9161


                                              
                                                                                      Tarikh:      23 Jan 2013
                      
                       Tuan,
         
                       EDARAN UNTUK MAKLUMAN AHLI KSKM
         
AJK KSKM Negeri(sesi 2011-2013) telah melaksanakan program-program sepanjang 2011 hingga 2012 dan akan terus merancang program bagi menjamin kebaikan semua AHLI-AHLI KSKM pada tahun ini sehingga tempoh kepimpinan AJK KSKM Negeri Pahang sesi ini tamat.

2.  Sepanjang 2012,sebanyak 16 kursus telah dianjurkan termasuk bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang(JPNP),Pejabat Pelajaran Daerah,Giat Mara Malaysia dan Kolej Komuniti.Insyallah 2013 ini akan diteruskan lagi program seumpamanya bagi manafaat bersama semua ahli KSKM.Dalam penganjuran kursus ini,HANYA AHLI KSKM sahaja yang akan dipanggil untuk menyertainya.

3. AJK KSKM telah mengadakan lawatan ke JPNPahang serta mengadakan perbincangan tentang permasalahan yang dilaporkan kepada KSKM oleh AHLI KSKM.

4. KSKM Negeri diberikan ruang dan kapisiti untuk mengemukakan permasalahan AHLI ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.Mesyuarat tersebut diadakan 4 kali dalam setahun.KSKM diwakili oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang.

5. AJK KSKM Negeri mengadakan mesyuarat AJK secara berkala untuk  memastikan segala program yang dirancang dapat dilaksanakan.

6. Mengadakan mesyuarat AJK bersama Wakil KSKM Daerah bagi membincangkan program yang perlu dijalankan serta maklumat-maklumat penting untuk dibawa ke peringkat daerah.

7. ”Program Turun Padang”yang melibatkan AJK KSKM Negeri ke sekolah dan Kolej Matrikulasi yang terpilih adalah berobjektif untuk merapatkan hubungan KSKM bersama ahli namun AJK tidak dapat bergerak kesemua sekolah di negeri Pahang atas beberapa kekangan antaranya jarak,ruang masa,keluasan dan sebagainya.
           
8. KSKM Pahang telah melancarkan ’Baju Korporat’ bagi semua ahli yang berminat.Sambutan kepada produk ini amat membanggakan daripada semua ahli mahupun yang masih belum menjadi ahli.

9. KSKM Pahang telah memperkenalkan ’sticker’ atau pelekat kereta berlogokan  KSKM Negeri Pahang kepada ahli.Sambutannya juga amat menggalakkan.

10. Kempen ”MOH JADI AHLI KSKM” akan terus digerakkan demi mencapai penyertaan yang maksimum dari Pembantu Makmal di seluruh Pahang.

11. KSKM Pahang mengorak langkah di dalam penyampaian maklumat dan infomasi kepada semua ahli berkaitan aktiviti KSKM Negeri dengan medium internet iaitu melalui capaian di:
i. Facebook;Kskm Negeri Pahang.
ii. Laman Blog; kskmpahang.blogspot.com.
Mohon semua ahli agar dapat mencapai semua maklumat melaluinya.

12. Pada Mac 2013,’Annual Dinner’telah dirancang khusus kepada semua ahli.Setiap ahli yang berminat akan dikenakan sedikit bayaran.

13. Tahun 2013 ini merupakan tahun bagi KSKM Negeri mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan pemilihan AJK baru bagi sesi 2013-2015.Sehubungan dengan itu,mohon semua ahli yang berminat untuk memimpin KSKM Negeri agar bersedia menawarkan diri untuk sebarang jawatan yang akan dipertandingkan nanti.

14. Saya ingin menyarankan kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang agar dapat menyalurkan sebarang pertanyaan dan permasalahan dengan  menghubungi Pengerusi KSKM Negeri Pahang melalui talian atau SMS di nombor: 019-9161514(cel) atau 017-9394951(mxs).

Segala sumbangan,sokongan,dokongan dan perhatian dari semua AHLI KSKM Pahang selama ini,AJK KSKM Pahang(sesi 2011-2013) mengucapkan jutaan terima kasih.


 “ KERJASAMA KUKUH MAJU”


Saya yang menurut perintah,


..………………………………………
            (KHAIRUL A’ZLI HJ AHMAD)
             Pengerusi.
             KSKM Cawangan Pahang.

Friday, January 25, 2013

MESYUARAT AJK KSKM NEGERI KALI KE 6 BERSAMA WAKIL KSKM DAERAH

SMK Kerdau telah menjadi tuan rumah mesyuarat KSKM kali ini
Assalamualaikum wbt...
KSKM Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat AJK KSKM Negeri kali ke 6 pada 24 Jan 2013,bertempat di Dewan Seri Intan,SMK Kerdau,Temerloh.Mesyuarat kali ini turut menjemput semua wakil-wakil KSKM daerah untuk membincangkan segala perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013 disamping membentangkan laporan segala program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012.


Sepanjang mesyuarat berlangsung beberapa perkara berbangkit dibincangkan antaranya adalah:
i.KSKM daearah yang masih tidak menjalankan kursus kepada ahli-ahli KSKM daerah masing-masing adalah daerah Maran,Rompin,Pekan dan Cameron highlands.Pengerusi memohon kepada wakil KSKM daerah yang terlibat agar  dapat mengadakan sebarang kursus sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang yang dijangka akan berlaku antara bulan April - Jun 2013.
ii.Sambutan Pembantu Makmal untuk menjadi ahli KSKM sangat-sangat menggalakkan di negeri Pahang.Ini terbukti dimana Pahang adalah negeri yang paling ramai telah menyertai KSKM iaitu melebihi 100 ahli.Tahniah kepada semua ahli-ahli baru.

iii.KSKM Negeri masih lagi tidak menerima senarai NO AHLI daripada KSKM Pusat bagi ahli yang telah diluluskan permohonan dan telah dipotong gaji sebelum disember 2012.
iv.KSKM Negeri masih belum menghantar sekurang-kurangnya 2 orang pelatih untuk mendapatkan kemahiran dalam pengendalian mikroskop bagi melahirkan pakar pengendalian mikroskop di negeri Pahang kerana tiada kursus pengendalian mikroskop dalam jangka masa yang terdekat.Ini bertujuan agar pelatih yang dihantar akan dapat menjadi tenaga pengajar kepada semua ahli-ahli di negeri Pahang.
v.KSKM Negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada Wakil KSKM daerah Lipis kerana telah selesai mengadakan Mesyuarat Akhir Tahun dan perlantikan AJK Pelaksana KSKM Daerah Lipis bagi sesi 2013-2014.
vi.Tempahan baju korporat telah ditutup namun jika terdapat lagi sambutan daripada ahli maka tempahan seterusnya harus melebihi 20 helai.
vii.Mesyuarat dimaklumkan bahawa pada tahun ini,KSKM Negeri wajib mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan perlantikan AJK KSKM Negeri bagi sesi 2013-2015 antara bulan april-jun 2013.Sehubungan dengan itu,Pengerusi KSKM menyarankan agar setiap wakil daerah mengenalpasti ahli-ahli yang berwibawa dan berkebolehan tinggi untuk dicalonkan di dalam pemilihan itu nanti.Semoga demokrasi di dalam KSKM Negeri Pahang akan subur.
viii.Ketua Biro Unit Latihan;Pn.Siti Hafizah telah membincangkan berkaitan program"Annual Dinner"KSKM Negeri yang dijangka akan dijalankan pada 27 Mac 2013 di De'Rhu Beach Resort Kuantan.Beliau juga telah membekalkan kepada semua wakil KSKM daerah senarai ahli yang ingin menyertainya.Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada setiap peserta.Semoga usaha ini akan mendapat sambutan daripada semua ahli.
ix.Pengerusi Negeri telah mengedarkan 'Edaran Untuk Makluman Kepada Ahli KSKM dan Bukan Ahli' kepada semua wakil KSKM daerah untuk diedarkan kesemua sekolah di negeri Pahang melalui 'pigeon hole'di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.Ini merupakan maklumat berkaitan semua aktiviti dan perancangan bagi KSKM Negeri sesi 2011-2013.Mohon agar semua Pembantu Makmal untuk mendapatkannya.


Dalam agenda hal-hal lain,wakil KSKM daerah Lipis telah memaklumkan bahawa ahli KSKM;En.Abu Hassan bin Rejab,No Ahli 4532 dalam keadaan yang masih uzur dan masih mendapat rawatan secara berulang-alik ke Hospital Tengku Ampuan Hajjah Afzan,Kuantan.Sehubungan denga n itu,KSKM Negeri memohon kepada semua ahli yang prihatin agar dapat menghulurkan sedikit bantuan atau datang menziarahi beliau di K.Lipis.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada mantan Wakil KSKM daerah Lipis iaitu Puan Haszlina bte Omar kerana sepanjang penglibatan beliau sebagai wakil KSKM daerah Lipis,banyak perkara dan aktiviti yang baik untuk semua ahli KSKM daerah telah dijalankan.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada wakil KSKM daerah Rompin atas sambutan yang sangat baik semasa kunjungan AJK KSKM Negeri ke daerah Rompin pada tahun lalu.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, January 22, 2013

TEMPAHAN BAJU KORPORAT FASA KE 3 TELAH SIAP

Tempahan Baju Korporat Fasa ke-3
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kerahmatanNya dan keizinanNya maka tempahan baju korporat bagi fasa ke 3 telah selesai dan kini berada ditangan Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad.Tempahan kali ini adalah bagi fasa ke 3 setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.
Yempahan fasa ke 3 ini merupakan tempahan bagi daerah-daerah yang terlewat untuk membuat tempahan semasa fasa pertama dan kedua.Daerah yang terlibat di dalam fasa ini adalah Lipis, Jerantut, Bera, Maran(Jengka),Raub dan Temerloh.
~ADMIN~dimaklumkan bahawa semua tempahan baju korporat itu akan di serahkan kepada semua Wakil KSKM Daerah masing-masing semasa mesyuarat AJK KSKM Negeri yang dijadualkan pada 24 Jan 2013 nanti.~ADMIN~memohon kepada semua AHLI yang membuat tempahan agar dapat menghubungi Wakil KSKM Daerah masing-masing.
Tersedia untuk diedarkan melalui Wakil KSKM Daerah masing2
KSKM Negeri Pahang merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri yang telah memberikan sokongan dan dokongan sepanjang promosi baju korporat KSKM Negeri dilancarkan sehingga tempahan terpaksa dibuat sebanyak tiga fasa.Terima kasih juga diucapkan kepada semua AHLI KSKM Negeri yang terus memberikan perhatian dan pandangan yang positif kepada peneraju KSKM Negeri Pahang.Semoga KSKM Negeri Pahang akan bertambah KUKUH,MAJU dan lebih berKERJASAMA.Wallahuallam...
~ADMINKSKMPahang~

Friday, January 18, 2013

SENARAI AHLI YANG TELAH BERHENTI MENJADI AHLI KSKM - CAWANGAN NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG

Berikut diistiharkan secara rasmi bahawa senarai yang dipaparkan dibawah ini adalah ahli yang telah secara sukarela menarik diri dari terus menjadi ahli KSKM Cawangan Pahang.Penarikan diri oleh ahli-ahli tersebut kerana beberapa alasan yang tidak perlu di'up-date' oleh ~ADMIN~ di dalam blog KSKM ini.~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah banyak menyumbang dan memberikan sokongan yang padu kepada KSKM Negeri Pahang.Wallahuallam...
SENARAI AHLI YANG TELAH BERHENTI MENJADI AHLI KSKM NEGERI PAHANG
BIL NAMA NO ALAMAT TEMPAT BERTUGAS TARIKH AKHIR
    AHLI   POTONGAN
1 NOOR AZIZAH BTE MOHAMED ALI 3795 SMK MAT KILAU,25150,KUANTAN Nov-12
  740623-06-5534      
         
2 SUHAIMAH BTE ABD HAMID 1385 SK.JAYA GADING,25150.KUANTAN Nov-12
  620424-06-5336      
         
3 ADISAH BTE SARIMI 5260 SK.JAYA GADING,25150.KUANTAN Nov-12
  601007-06-5258      
         
4 MARIAH BTE MAT SAFAR MAT SALLEH 4880 SMK TUANKU AZIZAH,BANDAR INDERA Nov-12
  700114-02-5036   MAHKOTA,25200,KUANTAN