Friday, March 22, 2013

MESYUARAT KAKITANGAN MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH RAUB 2013

AJK PELAKSANA KSKM DAERAH RAUB

Assalamualaikum wbt...
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua AHLI-AHLI KSKM daerah Raub kerana telah berjaya menganjurkan satu mesyuarat tahunan bagi tahun 2013.
Dalam mesyuarat kali ini,perlantikan AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah Raub telah dijalankan.Mesyuarat juga telah membincangkan beberapa usul yang akan dikemukakan di dalam Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang yang akan dijangka dijalankan pada bualan April-Jun 2013 dan usul bagi Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan kali ke-12.
Mesyuarata telah sebulat suara bersetuju dan melantik barisan AJK Pelaksana KSKM bagi sesi 2013-2015 di mana secara automatik pengerusi yang dilantik akan bertindak selaku WAKIL KSKM DAERAH.
Berikut senarai AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub sesi 2013-2015:

Wakil KSKM Daerah Raub;En.Hermi Zakaria

Pengerusi:         En.Hermi bin Zakaria
Tim.Pengerusi:  Pn.Halimah binti Osman
Setiausaha:       En.Ismanizam bin Mat Din
Pen.Setiausaha:Pn.Rafidah binti Hussain
Bendahari:        Cik Masitah
AJK:PELAKSANA
1.SMK Mahmud - En.Nauwi bin Mat
2.SMK Dato'Shahbandar Hussain - Cik.Hasnida bte Abd Karim
3.SMK Seri Raub - Pn.Roslilawati bte Mohd Ghazali
4.SMK (P) Methodist - Pn.Norhayati bte Abd Rauf
5.SMK Sains Tg Abdullah - Pn.Suriani bte Malek
6.SMK Tg Kudin - Pn.Noor Emalina bte Nazar
7.SMK Sungai Ruan - Pn.Nurul Hazila bte Mat Noh
8.SMK Dong - En.Muhamad Azizul Anuar bin Razali
9.SMK Chung Ching - Pn.Norsamsi bte Abdul Latif
10.SMK Gali - En.Abdul Roshid bin Razman
11.SMK Tersang - En.Mohd Murad bin Ismail
Sebahagian Kakitangan Makmal Daerah Raub

Pengerusi KSKM Negeri Pahang turut serta di dalam mesyuarat tersebut
Semoga barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub sesi ini akan lebih mantap dan padu dalam merencana dan melaksanakan satu transformasi bagi memberi khidmat kepada seluruh kakitangan makmal daerah Raub.
Sekian,terima kasih...

~ADMINKSKMPahang~

Thursday, March 21, 2013

CARTA ALIRAN KERJA PEMBANTU MAKMAL

Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ menyediakan satu carta aliran kerja Pembantu Makmal yang boleh diaplikasikan bagi membantu sistem kerja yang lebih bersistematik kepada semua Pembantu Makmal.
Sumber di"copy and paste" dari Facebook Tuan -Shuklyn Shuk- untuk rujukan semua Pembantu Makmal di Malaysia.
Terima kasih...

~ADMINKSKMPahang~

JADUAL GAJI BARU PEMBANTU MAKMAL


Assalamualaikum wbt...
Di sini ~ADMIN~paparkan jadual gaji baru Pembantu Makmal Sains Bil 2 2013 (Jadual Gaji Satu lapis) bagi rujukan semua pelayar-pelayar Blog KSKM Negeri Pahang.Semoga sedikit usaha ini dapat membantu AHLI-AHLI KSKM.
Sumber di petik daripada Facebook Tn.-Shuklyn Shuk-
~ADMINKSKMPahang~
Tuan/Puan boleh melayari pautan dibawah bagi  melihat secara keseluruhan 'PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013' di bawah tajuk 'PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MAKSIMUM-MINIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA'
Tuan/Puan dijemput melayari melalui pautan di bawah:

pp022013 gaji minimum maksimum.pdf


~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, March 12, 2013

BORANG KENAIKAN UNTUK PANGKAT (KUP) C17 KE C22 TAHUN 2013

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Untuk peringatan dan panduan kepada semua Pembantu Makmal C17 samada AHLI KSKM mahupun yang
masih belum bergelar ahli dimana telah berkhidmat sebagai Pembantu Makmal genap selama 15 tahun
(lantikan 1998).
Tuan/Puan semestinya cakna terhadap proses kenaikan pangkat secara KUP dari C17 kepada C22.
Tuan /Puan mesti memastikan bahawa pihak pentadbiran telah mengisi segala dokumen yang diperlukan untuk
kenaikan pangkat tersebut.
Di dalam Blog ini,~ADMIN~ ada bekalkan contoh borang yang perlu dipenuhi oleh Pembantu Makmal yang
berkelayakan.
Semoga usaha melalui pemberitahuan seperti ini akan dapat menggelakkan berlakunya keciciran dalam proses
kenaikan pangkat secara KUP ini serta tiada lagi AHLI KSKM yang akan menyalahkan pihak AJK KSKM
kerana tiada pemberitahuan sebelum ini.
Sekian,terima kasih...

CONTOH BORANG PERMOHONAN KUP.

BUTIR-BUTIR CALON UNTUK TAPISAN KEUTUHAN
PERINGATAN
Semua ruangan hendaklah dipenuhkan . Jika tidak berkenaan tulis
 TIDAK BERKENAAN ' jika tiada , tulis ' TIADA '
A 1 NAMA
     
2 NO.KAD PENGENALAN
2.1. ( BARU )


3 TARIKH / TEMPAT LAHIR

     
4 JAWATAN / PEKERJAAN
     
5 GAJI HAKIKI SEBULAN :         
6 ALAMAT PEJABAT :  


     
7 ALAMAT RUMAH : 


       

     
           
8 JAWATAN / PEKERJAAN TERDAHULU ( SENARAIKAN )
BIL GELARAN JAWATAN
1 GSTT
     
     
     
     
     
     
9 JAWATAN YANG DIPEGANG DALAM PERTUBUHAN / LAIN-LAIN
   TIADA 
   
   
   
   
   
   
10 REKOD AKADEMIK
BIL SIJIL / IJAZAH

1


2


       
       
B 1 NAMA ISTERI / SUAMI  :

     
           
2 JAWATAN / PEKERJAAN ISTERI / SUAMI

         
           
           
3 ALAMAT PEJABAT ISTERI / SUAMI

       

       


KENYATAAN OLEH KETUA JABATAN  
   
Nama Pemohon : Encik / Puan      :
 
No.Kad Pengenalan : Lama / Baru       :
 
   
1 Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan ( LNPT )  
   
(a) Tahun 2009 :  
(b) Tahun 2010 :  
(c) Tahun 2011 :  
   
2 Kenyataan Tatatertib  
   
  Adalah disahkan bahawa pegawai di atas :  
   
    BEBAS dari kes Tatatertib / SPRM / Surcaj / Mahkamah  
   
  Atau  
   
    SEDANG dalam tindakan tatatertib / SPRM / Surcaj / Mahkamah
  (Nyatakan status kes/tindakan ) :-  
   
  i) Laporan telah dikemukakan kepada Urusetia Lembaga  
  Tatatertib Kementarian  
   
  ii) Telah dikeluarkan surat pertuduhan  
  Atau  
   
  TELAH dikenakan hukuman tatatertib / SPRM / Surcaj / Mahkamah seperti
  berikut :-  
   
  Jenis Kesalahan :  
   
  Jenis Hukuman :  
   
  Tarikh Hukuman :  
   
   
3 Kenyataan Mengenai Perisytiharaan Harta   
  Adalah disahkan bahawa pegawai di atas :  
   
  a) √ TELAH mengisytiharkan harta mengikut peraturan yang sedang
  berkuatkuasa dan diluluskan melalui surat bil:  
   Bertarikh :   
  ( sila sertakan surat kelulusan )  
   
  b)   BELUM mengisytiharkan harta kepada pihak berkuasa tatatertib
           
             
                     
       
   
   
4 Kenyataan Mengenai Tempoh Percubaan Berdenda / Cuti Tanpa Gaji / Bersara    
  Pilihan / Pelepasan Jawatan Dengan Izin / Perletakan Jawatan  
   
  Adalah disahkan bahawa pegawai di atas :
 
  a) Pernah / Tidak Pernah dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda mulai/  
  pada hingga  
  b) Telah diluluskan cuti tanpa gaji mulai / pada hingga  
  c) Telah memohon cuti tanpa gaji mulai / pada hingga  
  d) Telah memohon bersara pilihan / pelepasan jawatan dengan izin / perletakan  
  jawatan pada  
   
   
   
   
   
   
   
   
   
Tarikh :  
  Tandatangan Ketua Jabatan & Cop Jabatan  
   
   
   
   
Catatan :  
   
( Tandakan  √ dalam petak yang sesuai dan * potong mana yang tidak berkenaan )  
       
SURAT AKUAN
PINJAMAN PENDIDIKAN INSTITUSI / TABUNG PENDIDIKAN
Saya
No.KP :
mengesahkan bahawa
√ Saya tidak ada mengambil pinjaman pendidikan daripada mana-mana institusi
tabung pendidikan ;
  Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada ……………………………
  mulai tarikh…………… hingga ……….. sebanyak RM …………….
dan mulai tarikh……….. hingga ……….. sebanyak RM…………….
Saya mengesahkan masih belum membuat bayaran ;
  Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada 
  mulai  hingga sebanyak RM
dan pada masa ini sedang membuat pembayaran secara bulanan
melalui pembayaran tunai /potongan gaji mulai
  Saya ada mengambil pinjaman pendidikan daripada …………………..
  mulai tarikh ………… hingga ……….. sebanyak RM ……………….
dan saya telahpun menyelesaikan sepenuhnya pinjaman pada …………………
PERAKUAN
Saya mengaku bahawa pengisytiharaan yang dinyatakan di atas adalah benar . Sekiranya
tidak benar, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4 (f) dan Peraturan 4(g)
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993.
       
Tandatangan Pegawai    :
Nama :
Jawatan :
Alamat Pejabat              :
Tarikh :
PENGESAHAN
       
Tandatangan Ketua Jabatan
Nama :
Jawatan :
Alamat Pejabat :
Tarikh
:
~ADMINKSKMPahang~



SST - SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN DIUMUM


PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).
Pelaksanaan SST, kata beliau, adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Antara perubahan di bawah SST, kata Perdana Menteri ialah persetujuan kerajaan semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Perdana Menteri berkata, hal yang demikian diputuskan kerana sebanyak 182,434 penjawat awam berada di paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.
Kerajaan juga, kata Perdana Menteri, bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini.
"Ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya ketika berucap sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd. Ali; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta menteri-menteri Kabinet.
MPPA XIII yang bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020' dihadiri hampir 8,700 penjawat awam dari pelbagai sektor dan agensi.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga bersetuju menyambung kontrak 50,000 pegawai kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini setahun lagi, sementara kajian menyeluruh dilaksanakan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan seramai 166,541 kakitangan dalam gred gaji 1 hingga 10 akan dinaik taraf ke gred setaraf kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Menurut beliau, perubahan itu akan memberi manfaat dari segi laluan kerjaya dan peningkatan sewajarnya dalam gred gaji kumpulan berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kenaikan pangkat kumpulan pelaksana pula akan dipendekkan berdasarkan tempoh perkhidmatan daripada 15 tahun kepada 13 tahun yang akan memberi manfaat kepada 17,000 penjawat yang layak.
"Kerajaan juga secara prinsip bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
"Kesemuanya ini dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang," katanya.
Menurut Najib, sebanyak 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirunding semula iaitu bagi skim perkhidmatan bakat, juruteknik, pegawai atau penolong pegawai dan pembantu galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri mahu penjawat awam menguasai teknologi agar mereka kekal relevan dengan peredaran semasa kerana kemahiran komunikasi baru perlu menjadi teras kepada tugas berhadapan dengan rakyat secara langsung.
"Kehidupan hari ini dipacu oleh kepantasan, ketepatan, ketelusan dan keluasan maklumat yang diterima.
"Justeru penjawat awam perlu bersifat proaktif melakukan penyebaran maklumat bersandarkan ketetapan tanpa melanggar peraturan agar sistem pentadbiran tidak dikompromi keabsahannya," katanya.
Perdana Menteri turut mengingatkan penjawat awam supaya memelihara integriti bagi memastikan ketirisan wang atau maklumat yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan awam tidak berlaku.
Katanya, setiap tindakan dan keputusan penjawat awam hari ini diperhatikan, diperhalusi, diperiksa dan dianalisis serta dikritik.
~ADMINKSKMPahanG~

Monday, March 11, 2013

MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-13 (MAPPA XIII)




MAPPA XIII


Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013 (Isnin) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  MAPPA XIII akan membawakan tema:
 
 “Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020”.

Sedia maklum, MAPPA merupakan acara tahunan di mana YAB Perdana Menteri akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam dari pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan – government linked companies (GLC).  MAPPA XIII kali ini dijangka akan melibatkan kehadiran seramai 10,000 anggota perkhidmatan awam dari seluruh Malaysia berhimpun bagi mendengar amanat YAB Perdana Menteri.  Amanat YAB Perdana Menteri akan turut disiarkan secara langsung menerusi RTM saluran 1. Semua gabungan CUEPACS dijemput hadir..
Doakan sesuatu yang positif akan terhasil...
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, March 6, 2013

JADUAL GAJI PEMBANTU MAKMAL C22


SIFIR GAJI PEMBANTU MAKMAL C22

Assalamualaikum wbt...
Tahniah kepada pembantu makmal c17 yang telah dilantik ke jawatan pembantu makmal c22 KUP.  Kini anda boleh lah semak-semak kedudukan gaji baru anda
 Panduannya: Lihat tanggagaji c22 yang paling hampir dihadapan gaji anda sekarang.
SIFIR GAJI PEMBANTU MAKMAL C22

~ADMINKSKMPahang~mengucapkan terima kasih kepada Puan Bunga Yasti-Rakan FB KSKM Pahang diatas info tentang gaji C22 KUP.Jutaan terima kasih juga kepada Blog c-Labs Batu Pahat dimana sumber ini ~ADMIN~copy and paste ke Blog KSKM Negeri Pahang untuk manafaat kita bersama.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~