Tuesday, January 20, 2015

PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA DI KEM BINA NEGARA MARAN (FASA KE-2) 2014

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Alhamdulillah, KSKM Negeri Pahang sekali lagi telah diberikan peluang untuk berkerjasama dengan Biro Tatanegara Cawangan Pahang bagi menganjurkan Program Transformasi Negara. Program ini masih dilaksanakan di Kem Bina Negara, Maran tetapi peserta-peserta kursus kesemuanya adalah hanya ahli-ahli KSKM Negeri Pahang. Kursus kali ini telah melibatkan seramai 79 ornag peserta.
Kursus tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 1 - 3 Mei 2014
Tempat : Kem Bina Negara, Maran
Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut telah banyak memberi ilmu kepada peserta di mana nilai-nilai murni kecintaan kepada negara sangat-sangat di titik beratkan.
Antara nostalgia sepanjang kursus tersebut dilaksanakan...

Malam Pengenalan 'Program Transformasi Negara'

Sebahagian peserta yang terlibat di dalam program tersebut

Aktiviti merentas sungai juga termasuk di dalam slot program

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan masakan tengahari

Kerjasama berkumpulan sangat dititik-beratkan 



Pintu masuk ke Kem Bina Negara, Maran

Aktiviti 'berendam' antara aktiviti bebas selepas kekenyangan








Semoga program yang sedemikian akan dapat diadakan lagi bagi membuka ruang kepada ahli-ahli yang tidak berpeluang mengikutinya untuk kali ini.
Bagi ahli KSKM yang terlibat, ~ADMIN~ mengucapkan Tahniah dan Syabas seterusnya jutaan terima kasih kerana dapat bersama-sama menjayakan program tersebut. Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang kursus, dapat di bawa pulang untuk diaplikasikan kembali di lapangan kerjaya masing-masing.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA DI KEM BINA NEGARA MARAN

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sekali lagi telah berkolaborasi dalam menyediakan kursus kepada ahli-ahli KSKM Negeri.
Kali ini, KSKM telah menganjurkan Program Transformasi Negara (PTN) Pendidikan Tahun 2014 bersama Biro Tatanegara Negeri Pahang (BTN) di Kem Bina Negara, Maran.
Kursus ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 40 orang Pembantu Makmal dan 40 orang Pembantu Pengurusan Murid seluruh negeri Pahang.
Program tersebut berlangsung sepertimana ketetapan di bawah:
Tarikh : 11 - 13 April 2014
Tempat : Kem Bina Negara, Maran


~ADMIN~ mengharapkan agar ilmu yang dipelajari selama 3 hari di kem ini akan dapat dijadikan pedoman dalam menghadapi cabaran ketika berkhidmat,
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~






Monday, January 19, 2015

KURSUS ICT KAKITANGAN MAKMAL DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN RAUB 2014

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan..
AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub telah menganjurkan satu kursus dengan kerjasama Kolej Komuniti Cawangan Raub. Kursus dianjurkan adalah bagi mendedahkan ahli KSKM Daerah dalam penguasaan komputer (ICT) terutama Microsoft Excel. Kursus tersebut mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh : 27 Mac 2014
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Kolej komuniti Cawangan Raub

Panorama sekitar kursus tersebut.





Semoga kursus ini akan dapat menberikan input yang berguna terutama di dalam penguasaan ilmu Excel kepada semua peserta.
Sekian, terima ksih!
~ADMINKSKMPahnag~



Friday, October 10, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA CUEPACS BAHAGIAN PAHANG BIL 4/2013 - 2016

KSKM NEGERI PAHANG 

 Assalamualaikum wbt...
 KSKM Negeri Pahang telah menghantar wakil bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa CUEPACS Bahagian Pahang Bil 4/2013-2016. Mesyuarat telah dihadiri oleh AJK KSKM Negeri; Puan. Siti Hafizah Abdul Karim, Puan Norhana Haron dan Puan Maslina Amriem.
Mesyuarat tersebut telah berlangsung sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh :   13 Febuari 2014 ( Khamis)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Ismail Nihat, Pejabat NUTP Cawangan Pahang,
               B-4 Tingkat 2, Jalan Darat Makbar, 25100, Kuantan.
                                        

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Akaun dan Kewangan
5. Perkara yang perlu dimaklumkan
6. Hal-hal Lain



Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, October 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN STOK DAN KEUNGGULAN KESATUAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH TEMERLOH 2014

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...


Kursus tersebutadalah anjuran KSKM Daerah Temerloh dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.
Kursus tersebut adalah mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 25 Mac 2014
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, SMK Abu Bakar, Temerloh



Di dalam slot 1 dan 2 : Pengisisan kursus tersebut telah diisi dengan ceramah 'Pengurusan Stok'. Peserta kursus sangat bertuah kerana ceramah tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Agung KSKM Pusat; En. Ashaari Maarof. ~ADMIN~ difahamkan bahawa SUA mempunyai jadual yang terlalu padat namun beliau telah dapat memenuhi undangan dan jemputan daripada KSKM Daerah Temerloh.
                                         

Slot ke 3 : Bersama KSKM Negeri Pahang.
Pengerusi KSKM Negeri; En. Khairul A'zli Hj Ahmad telah memberikan penerangan dan isu-isu semasa berkaitan hala tuju KSKM.
Selesai sesi penerangan tersebut, KSKM daerah Temerloh telah mengadakan Mesyuarat dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Temerloh.
                                         
Kursus ini telah ditutup secara rasmi oleh Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh.
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh

Barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Temerloh
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

PROGRAM KETERLIBATAN LANGSUNG PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...

Perjalanan program tersebut adalah mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh         : 24 Mac 2014 (Isnin)
Masa           : 8.00 pagi
Tempat        : Dewan Perdana, SBPI Kuantan
Pakaian       : Baju Koprat KSKM Negeri Pahang
Pendaftaran : RM10.00


                                     

                                    


Program tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang. Seramai 300 lebih peserta telah hadir.
Slot 1 : 'Slot Bersama CUEPACS Bahagian Pahang". Slot ini dikendalikan oleh Pengerusi CUEPACS Pahang; En. Kamarozaman bin Abd Razak.
Slot 2 : 'Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)'. Ceramah disampaikan oleh Puan Norliza binti Bahari (Penolong Kanan Penguasa Kastam Negeri Pahang).
Slot 3 : Slot bersama KSKM Negeri Pahang.
Program telah diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup oleh Penolong Pegawai Unit Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; En. Muslim bin Rosli.
~ADMIN~ mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AHLI KSKM Pahang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga segala input yang diperolehi sepanjang program tersebut akan dapat dimanafaatkan oleh setiap peserta.
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, June 26, 2014

MESYUARAT AJK KSKM CAWANGAN PAHANG KALI KETIGA SESI 2013-2016

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
KSKM Negeri Pahang terus mengorak langkah bagi menunaikan amanah seluruh AHLI KSKM Negeri dalam melaksanakan kewajipan atau rutin wajib bagi barisan AJK Negeri untuk mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KSKM Kali ke-3 sesi 2013-2016 sepertimana ketetapan di bawah:
Tarikh    : 1 Mac 2014
Masa      : 9.00 pagi
Tempat   : Bilik Bacaan Asrama SMK Abu Bakar, Temerloh


Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang.
Agenda Mesyuarat;
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat AJK Kali ke-2
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan Setiausaha
5. Laporan Bendahari
6. Laporan Biro-Biro
7. Hal-Hal Lain
8. Penangguhan







Sekian, terima kasih...
~ADMINKASKMPahang~