Friday, June 10, 2011

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN MAKMAL BAGI PEMBANTU MAKMAL SIRI 1/2011 JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

TARIKH     :       06 - 08HB JUN 2011
TEMPAT    :       MAKMAL SPBI KUANTAN?BTPN PAHANG
ANJURAN :       UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF
                                JABATAN PELAJARAN PAHANG

Objektif Unit Latihan dan Kemajuan Staf,Jabatan Pelajaran Pahangi:
i.  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai perkhidmatan pendidikan dan juga Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) dalam menjayakan Sistem Pendidikan Negara:
ii. Memastikan proses perancangan,pelaksanaan dan pemurnian latihan diuruskan dengan berkesan:
iii.Ke arah membantu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan AKS dalam usaha meningkatkan taraf akademik dan iktisas:
iv.Menyediakan anggota yang berkelayakan,berkebolehan dan mempunyai kompetensi bersesuaian: dan
v. Menyediakan hala tuju dan kemajuan kerjaya.

Objektif Kursus Diadakan:
Memberikan pendedahan awal kepada Pembantu Makmal agar dapat menjalankan tugasan dan seterusnya memberikan perkhidmatan efisyen dalam membantu guru mata pelajaran berkaitan dalam kerja-kerja penyediaan peralatan,radas dan bahan kimia bagi menjalankan eksperimen dengan lebih teratur dan selamat.

Jadual sepanjang kursus tersebut amat padat dengan pengisian slot yang telah disusun rapi sejajar dengan matlamat untuk memaksimumkan ruang waktu kursus.
06 Jun 2011:
2.30 - 4.30petang        -Pendaftaran peserta kursus.
8.30 - 10.30malam      -Taklimat Urusetia (Cik Nazuha bintiYusof- JPN)

07 Jun 2011:
8.00 - 10.00pagi          -Pengendalian Makmal :Fizik
                                        (Tn.Shaikh Mohd Zefri bin Shaikh Lila-SMK Mat Kilau)
10.00-12.00pagi          -Pengendalian Makmal :Kimia
                                        (Pn.Badariah binti Ali - SMK Pandan)

2.30 - 4.30petang        -Membentuk Salur Kaca
                                        (Tn.Hj Md Yusof bin Kadir - Mantan Pengerusi
                                         KSKM Pahang)

8.30 - 10.30malam      -Bina Insan:Bekerja Sebagai Suatu Ibadah
                                 (Tn Hj Ishak bin Othman-Pen.Pengarah Sektor

                                  Pendidikan Islam JPNP)

08 Jun 2011:
8.00 - 10.00pagi          -Pengendalian Makmal : Biologi
                                         (Pn.Mispuah binti Hassan - SMK Cenderawasih)
                                         (Pn.Faridah binti Sa'ad - SMK Abdul Rahman Talib

10.30 - 11.30pagi       -Perasmian Penutup Oleh Ketua Sektor Khidmat
                                      Pengurusan Pembangunan.
                                        (En. Badaruddin bin Ahmad)
   
11.30 - 12.00pagi   -Taklimat Ringkas Kesatuan Sekerja Kakitangan
                                   Makmal
                                      (En.Khairul A'zli Hj Ahmad - Pengerusi KSKM Negeri
                                       Pahang)
                   
2.30petang                  -Perjalanan balik peserta kursus

Secara keseluruhannya,semua peserta kursus berpuas hati dengan penganjuran kursus yang sedemikan kerana  kursus ini banyak memberi input-input baru kepada Pembantu Makmal terutama kakitangan yang baru berkhidmat untuk mengendalikan makmal-makmal sains apabila kembali semula ke sekolah masing-masing.

KSKM Negeri Pahang mengucapkan sekalung penghargaan kepada seluruh wargakerja yang terlibat dalam penganjuran kursus ini terutama kepada :
YH.Dato'Hj Mazlan bin Mohamad
Pengarah Pelajaran Pahang

En.Yahya bin Zainal Abidin
Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang

Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
En.Badaruddin bin Ahmad

Tn.Hj Awang Zaid bin Mat Zain
Pengetua SBPI Kuantan

Pn.Siti Nurizah binti Kamsin
Ketua Bidang Sains SBPI Kuantan

En.Nordan bin Abu Bakar
Ketua Unit Latihan dan Kemajuan Staf

 PENCERAMAH UNDANGAN

URUS SETIA
Cik Nazuha binti Yusof
Cik Maziah binti Ahmad










Thursday, June 9, 2011

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KSKM CAWANGAN PAHANG 2011-2013

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang telah di adakan pada 23 April 2011 bertempat di SMK Vokasional Puteri Temerloh.Alhamdulillah, segala perancangan dan persiapan yang dilakukan oleh AJK KSKM Cawangan Pahang telah berjalan dengan lancar dan teratur.
Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh rombongan dari KSKM Pusat diketuai oleh Presiden, En.Hamran bin Hj Ahmad, Setiausaha Agung En.Ashaari bin Ma'arof(PPW) dan Penolong Setiausaha Agung En.Zainal bin Abu Hassan(PPC).
Majlis pada pagi tersebut telah dipengerusikan oleh Pn.Maslina binti Amriem.Bagi memberkati majlis,doa dibaca oleh En.Ahalluddin bin Mohd Arshad.







Majlis mempersilakan Pengerusi KSKM Cawangan Pahang Tn Hj Mohd Yusof bin Kadir menyampaikan ucapan beliau.Antara lain,beliau mengalu-alukan kehadiran rombongan dari KSKM Pusat dan berterima kasih atas kesudian rombongan tersebut menghadiri mesyuarat itu.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK KSKM Pahang yang telah bersama-sama beliau sepanjang penglibatan beliau menjadi pengerusi KSKM cawangan Pahang.Beliau juga menyeru kepada ahli-ahli KSKM agar dapat menyampaikan mesej menjadi ahli KSKM kepada pembantu makmal yang masih belum menganggotai kesatuan.Akhir ucapan,beliau memohon kemaafan kepada seluruh ahli kerana beliau akan menamatkan perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam Malaysia pada 26hb.Mei.2011.


Majlis seterusnya mempersilakan En.Hamran bin Haji Ahmad Presiden KSKM Pusat memberikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang kali ke 8 .Di dalam  ucaptama tersebut, beliau menjelaskan arahtuju perjuangan KSKM yang bernaung di bawah CUEPACS. Intipati ucapan beliau antara lain menekakan perkara-perkara yang telah diperjuangkan,sedang diperjuangkan dan akan terus diperjuangkan oleh KSKM. Beliau juga menyeru kepada setiap pembantu makmal agar bersama-sama menjadi ahli KSKM kerana apabila ahli ramai,KSKM akan bertambah kuat dan kukuh.
Perjuangan KSKM telah membuahkan hasil dengan persetujuan kerajaan menaik pangkatkan pembantu makmal C17 kepada C22.Pahang juga terlibat dalam proses kenaikan pangkat tersebut.Tahniah kepada ahli-ahli yang terlibat.Kepada pembantu makmal yang masih tidak menjadi ahli KSKM,namun mendapat kenaikan pangkat juga,fikir-fikirkanlah.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pengerusi KSKM Cawangan Pahang kerana telah mengendalikan kesatuan dengan baik dan beliau mengucapkan 'Selamat Bersara' kepada Tn Hj Mohd Yusof.Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang kali ke-8.
KSKM Cawangan Pahang menyediakan sedikit cenderahati kepada Presiden bagi menghargai ucapan dan perasmian mesyuarat kali ini.Pengerusi Cawangan Pahang,Tn.Hj Mohd Yusof bin Kadir menyampaikan cenderahati tersebut kepada Presiden KSKM Pusat.

Mesyuarat KSKM Cawangan Pahang dimulakan mengikut agenda yang disediakan seperti berikut:
1.Ucapan pengerusi mesyuarat.
2.Melantik pencatat minit.
3.Melantik 5 orang pengira undi sulit.
4.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Dwi tahunan kali ke7.
5.Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2009-2011.
6.Membentang dan menerima laporan kewangan sesi2009-2011.
7.Meluluskan anggaran penerimaan dan perbelanjaan sessi 2011-2013.
8.Membahaskan usul.
9.Mengumumkan keputusan pemilihan pegawai-pegawai cawangan sesi 2011-2013.
10.Mengumumkan nama wakil ke persidangan.
11.Melantik 2 orang juruaudit dalaman.
12.Melantik pengerusi-pengerusi daerah.
13.Penangguhan.

Berikut disenaraikan Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang sesi 2011-2013:
Pengerusi Cawangan          -   Khairul A'zli bin Hj Ahmad


Setiausaha Cawangan        -   Mohd Lotfan bin Abdul Aziz

Bendahari Cawangan         -   Rogayah binti Othman

Ahli Jawatankuasa             -   Ahmad bin Rahim

                                              Norhana binti Haron

                                              Maslina binti Amriem

                                              Siti Hafizah binti Abdul Karim

                                           

Mesyuarat Agung kali ini ada menyediakan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang 'Bertuah'.Sekurang-kurangnya,adalah ole-ole yang di bawa pulang untuk keluarga.Tahniah diucapkan kepada ahli yang bertuah tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK kerana menyediakan 'hamper' yang besar-besar. "Terima kasih daun keladi,dua tahun lagi buat le lagi".






                                        Ini antara mereka-mereka yang amat-amat "BERTUAH".
Mesyuarat Agung kali ini terpaksa ditangguhkan agak lewat kerana banyak isu-isu KSKM Cawangan dan isu-isu KSKM Pusat diperbahaskan oleh ahli-ahli dan wakil-wakil KSKM.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan semua tetamu serta ahli-ahli dijemput untuk menjamu selera di dewan makan SMK Vokasional Puteri Temerloh.
Majlis bersurai.



   

Monday, May 16, 2011

KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG

KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG

PENGGANTI PTK DIJANGKA LEBIH BAIK : CUEPACS

Bernama
10/5/2011



PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dijangka lebih baik, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Cadangan Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam di sini pada Selasa, beliau berkata terdapat perubahan yang akan dilaksanakan dalam sistem baru itu seperti yang diharapkan oleh kesatuan dan nama sistem itu juga akan berubah.

Bagaimanapun, katanya, hasil mesyuarat pada Selasa perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah sebelum pengumuman rasmi dibuat.

"Kita berpuas hati kerana mesyuarat hari ini berjalan dengan baik. Cadangan Cuepacs dan cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat digabungkan dan berjaya mencapai satu kata sepakat yang baik.

"Jika perkara ini dapat persetujuan daripada pihak atasan, daripada apa yang dibincangkan hari ini, ia merupakan satu sistem yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan PTK berkuat kuasa Julai ini.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

-- BERNAMA

Wednesday, May 4, 2011

KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG


PERBINCANGAN ALTERNATIF PTK DI ANTARA JPA DAN CUEPACS

Media Cuepacs
3/2/2011


Putrajaya: Satu perbincangan mengenai Alternatif PTK telah deiadakan diantara JPA dengan Majlis Tertinggi CUEPACS di Pusat Konvensyen Putra Jaya (PICC). Perbincangan ini di Ketuai Oleh Dato' Dr. Mohd. Azhar Bin Hj. Yahaya, Dato' Basarudin Sadli , Dato' Mat Aron dan Pegawai Tertinggi JPA, Wakil KKM, KSM dan lain- lain.

Bagi CUEPACS di ketuai oleh Dato' Haji Omar Osman Presiden, Sdra Azih Muda Tim. Presiden I, Sdri Lok Yim Peng Setiausaha Agung, Sdra Adnan Mat Tim. Setiausaha Agung I, Sdra Abdul Rahman Mohd Nordin Tim. Setiausaha Agung III, Sdra Ja'afar Mansor Setiausaha Kewangan, Sdra Mohd Razali Singah Tim. Setiausaha Kewangan dan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS.

Pembentangan dimulakan oleh Timbalam Presiden Cuepacs. dan kemudian pihak JPA. perbincangan masih lagi belu ada kata putus kerana CUEPACS dan JPA akan mencari keputusan yang terbaik.



KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG

KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG


SISTEM GANTI PTK BERMULA 1 JULAI

Utusan Malaysia
1/5/2011



KUALA LUMPUR 30 April – Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa Julai ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sistem itu akan menilai tahap kompetensi golongan itu berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka dalam pekerjaan.

“Pada 2 Mei ini, Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan CUEPACS akan membuat persidangan bagi membentangkan beberapa cadangan terhadap penambahbaikan sistem penilaian baru itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

Menurut Omar, sistem penilaian baru itu akan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini.

Thursday, April 28, 2011

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE-8 2011-2013


Doa pembuka majlis dari En Ahalluddin MohdArshad
Ucapan Pengerusi KSKM Caw Pahang,Tn Hj Mohd Yusof bin Kadir
En.Hamran Hj Ahmad memberikan ucapan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali ke-8 KSKM Negeri Pahang
Tn Hj Pengerusi KSKM Pahang menerima hadiah yang
disampaikan oleh Presiden KSKM Pusat

Diantara peserta-peserta ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang menerima hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh AJK