Wednesday, January 30, 2013
STICKER/PELEKAT KERETA KSKM NEGERI PAHANG MASIH MENERIMA TEMPAHAN DAN DIJUAL
Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ingin menarik perhatian kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri yang ingin membuat tempahan atau membeli secara terus sticker/pelekat kereta KSKM Negeri Pahang,bolehlah menempah melalui semua wakil KSKM di daerah masing-masing.Harga sekeping sticker tersebut adalah RM5.00.
~ADMIN~difahamkan bahawa penjualan sticker fasa pertama telah hampir habis terjual manakala tempahan seterusnya bagi fasa ke 2 akan dibuat jika mendapat sambutan terus daripada semua AHLI-AHLI KSKM yang masih belum mendapatkannya.
~ADMIN~ menyeru kepada AHLI-AHLI yang sukar mendapatkan sticker tersebut dengan cara tempahan melalui wakil-wakil KSKM daerah,Tuan/Puan boleh juga mendapatkannya dengan cara menghubungi secara terus atau melalui SMS kepada urusetia tempahan sticker iaitu Pengerusi KSKM Negeri Pahang sendiri; En.Khairul A'zli Hj Ahmad di talian 019-9161514(cel) atau 017-9394951(mxs).Tempahan secara pukal adalah sangat-sangat digalakkan bagi tujuan penjimatan kos penghantaran.
~ADMIN~juga mengambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa sticker kereta(edaran kali pertama yang ditarik semula pengedarannya akibat tidak menepati piawaian kualiti)yang banyak dijual terutama kepada AHLI KSKM daerah Bentong,Tuan/Puan boleh mendapatkan gantian dengan cara memulangkan kembali sticker yang lama sebagai bukti bagi mendapatkan sticker yang berkualiti.Semua AHLI yang terlibat boleh mendapatkan sticker tersebut daripada wakil KSKM daerah Bentong; Puan.Rogayah bte Abdul Aziz(SMK Bentong) melalui talian 016-9381897.
~ADMIN~ mengharapkan agar sedikit usaha sebegini akan dapat memberikan manafaat kepada semua AHLI KSKM Negeri Pahang.Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~
Monday, January 28, 2013
EDARAN UNTUK MAKLUMAN PEMBANTU MAKMAL(AHLI @ BUKAN AHLI KSKM) NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Salam Kesatuan kepada semua Pembantu Makmal di Negeri Pahang semoga Tuan/Puan akan dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya.
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya maka KSKM Negeri Pahang dengan inisiatif Pengerusi Negeri;En.Khairul A'zli Hj Ahmad maka satu edaran sebagai makluman kepada semua Pembantu Makmal samada AHLI KSKM mahupun PM yang masih belum diberikan kesempatan untuk menjadi AHLI KSKM sedang diedarkan ke semua sekolah menengah melalui Wakil KSKM Daerah.
Kaedah ini merupakan satu langkah untuk memberikan maklumat dan infomasi tentang aktiviti KSKM Negeri Pahang memandangkan ramai AHLI mahupun bukan ahli KSKM yang jarang mendapat maklumat melalui akses secara terus di internet.Semoga alternatif sebegini yang diambil oleh KSKM Negeri Pahang,akan dapat membantu semua Pembantu Makmal mengetahui dan menyedari betapa pentingnya menjadi ahli KSKM.
Edaran tersebut akan diedarkan melalui 'pigeon-hole' sekolah masing-masing di Pejabat Pelajaran Daerah.Tuan/Puan dijemput untuk mendapatkannya di sana.
Jika terdapat sekolah yang gagal memperolehinya,Tuan/Puan bolehlah 'print out' melalui Laman Blog ini.
Sekian,semoga sedikit usaha dari KSKM Negeri ini akan dapat memberikan maklumat kepada semua.
~ADMINKSKMPahang~
KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN
MAKMAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
NO. PENDAFTARAN 369 (Bergabung Dengan CUEAPACS)
Cawangan
Pahang,
D/A Pengerusi KSKM Pahang No. Tel: 019-9161
D/A Pengerusi KSKM Pahang No. Tel: 019-9161
Tarikh: 23 Jan 2013
Tuan,
EDARAN UNTUK MAKLUMAN AHLI KSKM
AJK KSKM Negeri(sesi 2011-2013) telah melaksanakan program-program
sepanjang 2011 hingga 2012 dan akan terus merancang program bagi menjamin
kebaikan semua AHLI-AHLI KSKM pada tahun ini sehingga tempoh kepimpinan AJK
KSKM Negeri Pahang sesi ini tamat.
2. Sepanjang 2012,sebanyak 16 kursus telah
dianjurkan termasuk bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang(JPNP),Pejabat
Pelajaran Daerah,Giat Mara Malaysia dan Kolej Komuniti.Insyallah 2013 ini akan
diteruskan lagi program seumpamanya bagi manafaat bersama semua ahli KSKM.Dalam
penganjuran kursus ini,HANYA AHLI KSKM sahaja yang akan dipanggil untuk
menyertainya.
3. AJK KSKM telah mengadakan
lawatan ke JPNPahang serta mengadakan perbincangan tentang permasalahan yang
dilaporkan kepada KSKM oleh AHLI KSKM.
4. KSKM Negeri diberikan
ruang dan kapisiti untuk mengemukakan permasalahan AHLI ketika Mesyuarat Majlis
Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.Mesyuarat
tersebut diadakan 4 kali dalam setahun.KSKM diwakili oleh Pengerusi KSKM Negeri
Pahang.
5. AJK KSKM Negeri mengadakan
mesyuarat AJK secara berkala untuk
memastikan segala program yang dirancang dapat dilaksanakan.
6. Mengadakan mesyuarat AJK
bersama Wakil KSKM Daerah bagi membincangkan program yang perlu dijalankan
serta maklumat-maklumat penting untuk dibawa ke peringkat daerah.
7. ”Program Turun Padang”yang
melibatkan AJK KSKM Negeri ke sekolah dan Kolej Matrikulasi yang terpilih
adalah berobjektif untuk merapatkan hubungan KSKM bersama ahli namun AJK tidak
dapat bergerak kesemua sekolah di negeri Pahang atas beberapa kekangan
antaranya jarak,ruang masa,keluasan dan sebagainya.
8. KSKM Pahang telah
melancarkan ’Baju Korporat’ bagi semua ahli yang berminat.Sambutan kepada
produk ini amat membanggakan daripada semua ahli mahupun yang masih belum
menjadi ahli.
9. KSKM Pahang telah
memperkenalkan ’sticker’ atau pelekat kereta berlogokan KSKM Negeri Pahang kepada ahli.Sambutannya
juga amat menggalakkan.
10. Kempen ”MOH JADI AHLI
KSKM” akan terus digerakkan demi mencapai penyertaan yang maksimum dari
Pembantu Makmal di seluruh Pahang.
11. KSKM Pahang mengorak
langkah di dalam penyampaian maklumat dan infomasi kepada semua ahli berkaitan
aktiviti KSKM Negeri dengan medium internet iaitu melalui capaian di:
i. Facebook;Kskm Negeri
Pahang.
ii. Laman Blog;
kskmpahang.blogspot.com.
Mohon semua ahli agar dapat
mencapai semua maklumat melaluinya.
12. Pada Mac 2013,’Annual
Dinner’telah dirancang khusus kepada semua ahli.Setiap ahli yang berminat akan
dikenakan sedikit bayaran.
13. Tahun 2013 ini merupakan
tahun bagi KSKM Negeri mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan pemilihan AJK
baru bagi sesi 2013-2015.Sehubungan dengan itu,mohon semua ahli yang berminat
untuk memimpin KSKM Negeri agar bersedia menawarkan diri untuk sebarang jawatan
yang akan dipertandingkan nanti.
14. Saya ingin menyarankan
kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang agar dapat menyalurkan sebarang pertanyaan
dan permasalahan dengan menghubungi
Pengerusi KSKM Negeri Pahang melalui talian atau SMS di nombor: 019-9161514(cel)
atau 017-9394951(mxs).
Segala sumbangan,sokongan,dokongan
dan perhatian dari semua AHLI KSKM Pahang selama ini,AJK KSKM Pahang(sesi
2011-2013) mengucapkan jutaan terima kasih.
“ KERJASAMA KUKUH MAJU”
Saya yang menurut perintah,
..………………………………………
(KHAIRUL
A’ZLI HJ AHMAD)
Pengerusi.
KSKM Cawangan Pahang.
Friday, January 25, 2013
MESYUARAT AJK KSKM NEGERI KALI KE 6 BERSAMA WAKIL KSKM DAERAH
Assalamualaikum wbt...
KSKM Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat AJK KSKM Negeri kali ke 6 pada 24 Jan 2013,bertempat di Dewan Seri Intan,SMK Kerdau,Temerloh.Mesyuarat kali ini turut menjemput semua wakil-wakil KSKM daerah untuk membincangkan segala perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2013 disamping membentangkan laporan segala program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012.
Sepanjang mesyuarat berlangsung beberapa perkara berbangkit dibincangkan antaranya adalah:
i.KSKM daearah yang masih tidak menjalankan kursus kepada ahli-ahli KSKM daerah masing-masing adalah daerah Maran,Rompin,Pekan dan Cameron highlands.Pengerusi memohon kepada wakil KSKM daerah yang terlibat agar dapat mengadakan sebarang kursus sebelum Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang yang dijangka akan berlaku antara bulan April - Jun 2013.
ii.Sambutan Pembantu Makmal untuk menjadi ahli KSKM sangat-sangat menggalakkan di negeri Pahang.Ini terbukti dimana Pahang adalah negeri yang paling ramai telah menyertai KSKM iaitu melebihi 100 ahli.Tahniah kepada semua ahli-ahli baru.
iii.KSKM Negeri masih lagi tidak menerima senarai NO AHLI daripada KSKM Pusat bagi ahli yang telah diluluskan permohonan dan telah dipotong gaji sebelum disember 2012.
iv.KSKM Negeri masih belum menghantar sekurang-kurangnya 2 orang pelatih untuk mendapatkan kemahiran dalam pengendalian mikroskop bagi melahirkan pakar pengendalian mikroskop di negeri Pahang kerana tiada kursus pengendalian mikroskop dalam jangka masa yang terdekat.Ini bertujuan agar pelatih yang dihantar akan dapat menjadi tenaga pengajar kepada semua ahli-ahli di negeri Pahang.
v.KSKM Negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada Wakil KSKM daerah Lipis kerana telah selesai mengadakan Mesyuarat Akhir Tahun dan perlantikan AJK Pelaksana KSKM Daerah Lipis bagi sesi 2013-2014.
vi.Tempahan baju korporat telah ditutup namun jika terdapat lagi sambutan daripada ahli maka tempahan seterusnya harus melebihi 20 helai.
vii.Mesyuarat dimaklumkan bahawa pada tahun ini,KSKM Negeri wajib mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan dan perlantikan AJK KSKM Negeri bagi sesi 2013-2015 antara bulan april-jun 2013.Sehubungan dengan itu,Pengerusi KSKM menyarankan agar setiap wakil daerah mengenalpasti ahli-ahli yang berwibawa dan berkebolehan tinggi untuk dicalonkan di dalam pemilihan itu nanti.Semoga demokrasi di dalam KSKM Negeri Pahang akan subur.
viii.Ketua Biro Unit Latihan;Pn.Siti Hafizah telah membincangkan berkaitan program"Annual Dinner"KSKM Negeri yang dijangka akan dijalankan pada 27 Mac 2013 di De'Rhu Beach Resort Kuantan.Beliau juga telah membekalkan kepada semua wakil KSKM daerah senarai ahli yang ingin menyertainya.Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada setiap peserta.Semoga usaha ini akan mendapat sambutan daripada semua ahli.
ix.Pengerusi Negeri telah mengedarkan 'Edaran Untuk Makluman Kepada Ahli KSKM dan Bukan Ahli' kepada semua wakil KSKM daerah untuk diedarkan kesemua sekolah di negeri Pahang melalui 'pigeon hole'di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.Ini merupakan maklumat berkaitan semua aktiviti dan perancangan bagi KSKM Negeri sesi 2011-2013.Mohon agar semua Pembantu Makmal untuk mendapatkannya.
Dalam agenda hal-hal lain,wakil KSKM daerah Lipis telah memaklumkan bahawa ahli KSKM;En.Abu Hassan bin Rejab,No Ahli 4532 dalam keadaan yang masih uzur dan masih mendapat rawatan secara berulang-alik ke Hospital Tengku Ampuan Hajjah Afzan,Kuantan.Sehubungan denga n itu,KSKM Negeri memohon kepada semua ahli yang prihatin agar dapat menghulurkan sedikit bantuan atau datang menziarahi beliau di K.Lipis.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada mantan Wakil KSKM daerah Lipis iaitu Puan Haszlina bte Omar kerana sepanjang penglibatan beliau sebagai wakil KSKM daerah Lipis,banyak perkara dan aktiviti yang baik untuk semua ahli KSKM daerah telah dijalankan.
Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada wakil KSKM daerah Rompin atas sambutan yang sangat baik semasa kunjungan AJK KSKM Negeri ke daerah Rompin pada tahun lalu.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengahari.
Sekian,terima kasih...

Tuesday, January 22, 2013
TEMPAHAN BAJU KORPORAT FASA KE 3 TELAH SIAP
| Tempahan Baju Korporat Fasa ke-3 |
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kerahmatanNya dan keizinanNya maka tempahan baju korporat bagi fasa ke 3 telah selesai dan kini berada ditangan Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad.Tempahan kali ini adalah bagi fasa ke 3 setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.
Yempahan fasa ke 3 ini merupakan tempahan bagi daerah-daerah yang terlewat untuk membuat tempahan semasa fasa pertama dan kedua.Daerah yang terlibat di dalam fasa ini adalah Lipis, Jerantut, Bera, Maran(Jengka),Raub dan Temerloh.
~ADMIN~dimaklumkan bahawa semua tempahan baju korporat itu akan di serahkan kepada semua Wakil KSKM Daerah masing-masing semasa mesyuarat AJK KSKM Negeri yang dijadualkan pada 24 Jan 2013 nanti.~ADMIN~memohon kepada semua AHLI yang membuat tempahan agar dapat menghubungi Wakil KSKM Daerah masing-masing.

| Tersedia untuk diedarkan melalui Wakil KSKM Daerah masing2 |
KSKM Negeri Pahang merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri yang telah memberikan sokongan dan dokongan sepanjang promosi baju korporat KSKM Negeri dilancarkan sehingga tempahan terpaksa dibuat sebanyak tiga fasa.Terima kasih juga diucapkan kepada semua AHLI KSKM Negeri yang terus memberikan perhatian dan pandangan yang positif kepada peneraju KSKM Negeri Pahang.Semoga KSKM Negeri Pahang akan bertambah KUKUH,MAJU dan lebih berKERJASAMA.Wallahuallam...
~ADMINKSKMPahang~
Friday, January 18, 2013
SENARAI AHLI YANG TELAH BERHENTI MENJADI AHLI KSKM - CAWANGAN NEGERI PAHANG
![]() |
| KSKM NEGERI PAHANG |
Berikut diistiharkan secara rasmi bahawa senarai yang dipaparkan dibawah ini adalah ahli yang telah secara sukarela menarik diri dari terus menjadi ahli KSKM Cawangan Pahang.Penarikan diri oleh ahli-ahli tersebut kerana beberapa alasan yang tidak perlu di'up-date' oleh ~ADMIN~ di dalam blog KSKM ini.~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah banyak menyumbang dan memberikan sokongan yang padu kepada KSKM Negeri Pahang.Wallahuallam...
| SENARAI AHLI YANG TELAH BERHENTI MENJADI AHLI KSKM NEGERI PAHANG | ||||
| BIL | NAMA | NO | ALAMAT TEMPAT BERTUGAS | TARIKH AKHIR |
| AHLI | POTONGAN | |||
| 1 | NOOR AZIZAH BTE MOHAMED ALI | 3795 | SMK MAT KILAU,25150,KUANTAN | Nov-12 |
| 740623-06-5534 | ||||
| 2 | SUHAIMAH BTE ABD HAMID | 1385 | SK.JAYA GADING,25150.KUANTAN | Nov-12 |
| 620424-06-5336 | ||||
| 3 | ADISAH BTE SARIMI | 5260 | SK.JAYA GADING,25150.KUANTAN | Nov-12 |
| 601007-06-5258 | ||||
| 4 | MARIAH BTE MAT SAFAR MAT SALLEH | 4880 | SMK TUANKU AZIZAH,BANDAR INDERA | Nov-12 |
| 700114-02-5036 | MAHKOTA,25200,KUANTAN | |||
Wednesday, January 16, 2013
JAWAPAN KEPADA SMS YANG DITUJUKAN KEPADA PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG
| Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad |
~ADMIN~telah diamanahkan oleh Pengerusi KSKM Cawangan Pahang untuk memuat naik jawapan kepada satu SMS yang dikirimkan oleh seorang Pembantu Makmal C22(KUP) yang tidak memperkenalkan nama dan tempat beliau berkhidmat walaupun pihak Pengerusi telah memohon agar pengirim SMS tersebut dapat memperkenalkan diri bagi tujuan makluman kepada AJK KSKM Negeri Pahang.Atas sikap kebertanggungjawapan terhadap persoalan yang diajukan maka di sini~ADMIN~akan memuat-naik kembali soalan yang dikirimkan dan Insyallah akan menjawabnya sebagaimana yang dberikan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang kepada~ADMIN~
"Salam nk tnye...tahun ni dh masuk 23 thun sy sbgai pm...dan dah dpt C22 KUP....ape yg sy thu sampai skrg sy masih menyapu makmal,mengecat,membasuh dsbgnya..rs mcm clenar bkn PM...ms taklimat lantikan baru PM,siap ckp Pm x yah nyapu dah bl ade pekerja swasta...tp walau ada berpuluh pkrja swastapun sy yg dh C22 walau kup ttp kene menyapu,takn irtupun KSKM x leh perjuangkn..mcmane kita nk tarik ramai ahli kalu mende kecik gtu x leh buat ape2...sy dh penat main debu,lebih teruk dr tkng sapu,skrg ni tukg sapu pun bl dah ade pekerja swasta ade segelintir x yah nyapu dah...jd ape beze pkerja am dgn PM yang sama taraf dgn PT,PT,PA xkenal btg penyapu...PM seme pulun...tlglh perjuangkan hal ini...mungkin ramai nk jd ahli KSKM".
Petikan SMS di atas tidak diedit walaupun sedikit cuma penambahan " dan " pada mula dan akhir ayat sahaja untuk menjelaskan lagi permulaan dan pengakhiran SMS.
- Respon;"....tahun ni dh masuk 23 thun sy sbgai pm...dan dah dpt C22 KUP"
Tuan/Puan,kenaikan pangkat C22 KUP bukanlah sepertimana kenaikan pangkat C22 Hakiki.Kenaikan pangkat secara Hakiki merupakan kenaikan pangkat yang dinilai dari prestasi,kemahiran,komitmen kerja dan penilaian yang diberikan oleh pihak pentadbir manakala KUP pula merupakan kenaikan pangkat secara anugerah kepada penjawat awam secara automatik selepas berkhidmat selama atau melebihi 15 tahun dengan terma dan syarat yang perlu dilepasi.KUP tidak boleh menjadi Pegawai Penilai Pertama kepada SKT Pembantu Makmal C17 dan PAP N1 & 4 manakala Hakiki layak untuk menjalankan tugas sebagai PPP kepada SKT.
Jika C22 KUP berpindah tempat bekerja maka kekosongan tersebut hanya perlu diisi oleh Pembantu Makmal C17 sahaja.Berbeza dengan C22 Hakiki,kekosongan tersebut wajib diisi oleh C22 Hakiki kembali.
Rumusannya adalah C22 KUP dan Hakiki adalah sama dari segi gaji dan kelayakan cuti tahunan tetapi kuasa yang ada pada C22 Hakiki adalah lebih.
- Respon;"...ape yg sy thu sampai skrg sy masih menyapu makmal,mengecat,membasuh dsbgnya..rs mcm clenar bkn PM..."
Insyallah,Pengerusi KSKM Negeri Pahang dan pengerusi-pengerusi cawangan lain telah memaklumkan kepada Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung yang dipengerusikan oleh Presiden KSKM Pusat agar membawa isu ini kepada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia.Doakan semoga usaha ini akan berjaya.
- Respon; "ms taklimat lantikan baru PM,siap ckp Pm x yah nyapu dah bl ade pekerja swasta..."
- Respon; "takn irtupun KSKM x leh perjuangkn..."
- Respon; "..mcmane kita nk tarik ramai ahli kalu mende kecik gtu x leh buat ape2...".
Tuan/Puan yang dirahmati Allah...Berkaitan dengan sambutan keahlian bagi KSKM Negeri Pahang,Alhamdulillah sehingga penghujung tahun 2012 yang lepas,sambutan yang diterima oleh KSKM Negeri Pahang dari Pembantu Makmal untuk menyertai keahlian KSKM amat-amat membanggakan.Seramai lebih 120 permohonan untuk menjadi ahli KSKM telah dihantar kepada KSKM Pusat dan telah diluluskan.Alhamdulillah,KSKM Negeri Pahang telah mencatat sejarah dimana sambutan daripada Pembantu Makmal untuk menjadi ahli KSKM adalah yang paling ramai diantara KSKM cawangan -cawangan di Malaysia.Program dan aktiviti yang dirancang sepeti kempen"MOH JADI AHLI KSKM"oleh AJK KSKM Negeri juga merupakan pemangkin kepada sambutan hangat untuk menjadi ahli KSKM.
- Respon; "....sy dh penat main debu,lebih teruk dr tkng sapu,skrg ni tukg sapu pun bl dah ade pekerja swasta ade segelintir x yah nyapu dah...jd ape beze pkerja am dgn PM yang sama taraf dgn PT,PT,PA xkenal btg penyapu...PM seme pulun...tlglh perjuangkan hal ini..."
Tuan/Puan yang dimuliakan...merujuk kepada ayat diatas,saya tidak perlu untuk memberikan jawapan kerana apa yang dipersoalkan telah dijawab dibahagian atas.Insyallah...KSKM Negeri Pahang dan KSKM Pusat sentiasa mendengar dan cakna terhadap permasalahan yang dibangkitkan oleh semua AHLI-AHLI KSKM.Perjuangan kearah memartabatkan profesion selaku Pembantu Makmal akan sentiasa diangkat sebagai hala tuju utama perjuangan KSKM.Sedikit pengorbanan dan sokongan yang padu daripada semua AHLI-AHLI KSKM sangat-sangat dituntut untuk merealisasikan matlamat tersebut.
~ADMIN~ingin mengucapkan terima kasih kepada penghantar SMS dan kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang atas kecaknaan beliau untuk memberi respon dan jawapan kepada persoalan melalui SMS yang dihantar. Wallahualam...
~ADMINKSKMPahang~.
Tuesday, January 15, 2013
SEMAK NO KEAHLIAN ANDA BAGI AHLI BARU KSKM CAWANGAN PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Berikut disenaraikan No Keahlian Bagi AHLI_AHLI Baru KSKM Negeri Pahang bermula potongan gaji melalui Biro Angkasa pada bulan Disember 2012.
Setakat ini hanya senarai dibawah sahaja yang dibekalkan oleh KSKM Pusat kepada Setiausaha KSKM Negeri.Oleh yang demikian,bagi no keahlian bagi ahli yang telah menghantar borang permohonan pada awal dan pertengahan tahun 2012 serta telah dipotong RM5.00 dari gaji bulanannya kebanyakkannya adalah Pembantu Makmal dari daerah Lipis,Raub,Pekan dan Temerloh.Insyallah,~ADMIN~akan berusaha menghubungi Setiausaha KSKM Negeri agar berusaha untuk mendapatkan no keahlian ahli baru KSKM Negeri Pahang daripada KSKM Pusat dengan kadar segera.
Berikut senarai No Keahlian Ahli KSKM Baru Negeri Pahang:
~ADMIN~mewakili seluruh AJK KSKM Negeri Pahang sesi 2011-2013 ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada Tuan/Puan diatas sokongan dan dokongan dengan menjadi ahli KSKM.Semoga perjuangan yang dibawa oleh KSKM akan mendapat keredhaan dari ALLAH SWT...Amin Yaa Rabbal Aalaminn...
~ADMINKSKMPahang~
Berikut disenaraikan No Keahlian Bagi AHLI_AHLI Baru KSKM Negeri Pahang bermula potongan gaji melalui Biro Angkasa pada bulan Disember 2012.
Setakat ini hanya senarai dibawah sahaja yang dibekalkan oleh KSKM Pusat kepada Setiausaha KSKM Negeri.Oleh yang demikian,bagi no keahlian bagi ahli yang telah menghantar borang permohonan pada awal dan pertengahan tahun 2012 serta telah dipotong RM5.00 dari gaji bulanannya kebanyakkannya adalah Pembantu Makmal dari daerah Lipis,Raub,Pekan dan Temerloh.Insyallah,~ADMIN~akan berusaha menghubungi Setiausaha KSKM Negeri agar berusaha untuk mendapatkan no keahlian ahli baru KSKM Negeri Pahang daripada KSKM Pusat dengan kadar segera.
Berikut senarai No Keahlian Ahli KSKM Baru Negeri Pahang:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
~ADMINKSKMPahang~
Subscribe to:
Posts (Atom)