KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG

Laman KSKM Negeri Pahang

Friday, April 19, 2013

RENCAH BERITA SEKITAR LETUPAN BAHAN KIMIA SMK DATOK LOKMAN


KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Seramai 19 orang pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan di sini hari ini dilapor mengalami sesak nafas serta muntah akibat terhidu asap beracun ekoran kebakaran tong bahan sisa kimia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata kesemua mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.

Beliau berkata para pelajar dan guru berkenaan mengalami sesak nafas dan muntah-muntah dipercayai kesan ammonia yang merupakan salah satu komponen kimia yang terbakar itu.

Selain ammonia, antara bahan kimia lain yang didapati turut berada dalam tong tersebut ialah magnesium, sodium dan zink, katanya.

Ketika kejadian pada pukul 11.30 pagi tadi itu, lapan buah tong berisi 229 jenis sisa bahan kimia sedang dipindahkan ke dalam sebuah lori khas untuk dibawa ke loji pelupusan di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Proses itu berlaku berhampiran makmal sekolah tersebut, kata Azizan kepada pemberita di tempat kejadian.

"Kebakaran berlaku di bahagian dalam lori berkenaan apabila salah satu daripada enam tong yang telah dimasukkan ke dalam lori, tiba-tiba meletup dan terbakar," tambahnya.

Namun dua pekerja yang menguruskan bahan kimia berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Azizan berkata kebakaran dipercayai berlaku apabila terdapat tindak balas kimia di dalam salah satu tong berkenaan dan bukannya akibat kecuaian mana-mana pihak.

"Mungkin terdapat botol-botol yang pecah apabila diletakkan di dalam tong tersebut. Lebih-lebih lagi ada antara bahan kimia tersebut berusia lebih 25 tahun," katanya.

Beliau berkata tindakan pantas bomba memadamkan kebakaran dengan serbuk kering berjaya mengekang api daripada terkena tong-tong yang lain termasuk dua tong yang berada di luar lori tersebut.

Azizan berkata sebaik berlaku kebakaran, para pelajar sekolah berkenaan telah diarah meninggalkan kelas masing-masing, bagaimanapun 19 pelajar terbabit telah terhidu asap beracun yang dihasilkan daripada kebakaran tersebut.

Pihak bomba mengambil masa empat jam untuk memastikan asap beracun di kawasan sekolah tersebut betul-betul hilang sebelum menamatkan operasi lebih kurang pada pukul 4 petang ini, katanya.

Beliau berkata sekolah tersebut turut ditutup Rabu bagi membolehkan pihak bomba membersihkan sekolah daripada bahan kimia tersebut.

Seorang pelajar Tingkatan Lima, Erimahsuri Lamijan berkata dia terdengar bunyi letupan kuat sebanyak dua kali sebelum arahan keluar dari kelas diberikan pihak sekolah.

"Masa letupan pertama bunyi tak kuat sangat, tetapi letupan kedua agak kuat. Masa letupan kedua guru suruh keluar dan berkumpul di padang sekolah," katanya.

Sementara itu Kualiti Alam Sdn Bhd berkata mereka dilantik pihak sekolah itu sebagai pengangkut untuk membawa bahan kimia yang sudah lupus tarikh itu ke tempat pembuangan untuk dilupuskan.

"Kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak diberi kontrak untuk mengurus pembungkusan, pengendalian dan pemuatan bahan kimia tersebut ke dalam trak kami," katanya dalam satu kenyataan.

Atas permintaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kualiti Alam akan menjalankan kerja-kerja pembersihan sekolah itu serta merta.

-- BERNAMA

Tumpahan Bahan Kimia Berbahaya

Dikemaskini pada hari Rabu
17 April 2103 jam 1133 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Lokman Kampung Pandan Kuala Lumpur telah berlaku tumpahan sisa bahan kimia . Sebanyak 229 jenis bahan kimia yang akan dihantar untuk pelupusan oleh Kualiti Alam Sekitar. Malangnya salah satu tong telah mengalami kebocoran dan terbakar. Akibat dari itu seramai 21 orang murid sekolah termasuk 2 orang guru dikejarkan ke hospital kerana muntah dan pening kerana terhidu bahan tersebut. Pasukan HAZMAT JBPM KL telah diarah ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan dan turut hadir Timbalan Pengarah JBPM KL serta PPON. Turut membantu PDRM, PBSM, dan JAS. Sekolah terpaksa ditutup untuk sessi pagi dan petang.

info : Unitsumber Bomba KL
Suka · Komen
11
Suka · Komen
Suka · Komen
Suka · Komen
Suka · Komen
21
Suka · Komen
8
Suka · Komen
Suka · Komen
19
Suka · Komen
Suka · Komen
4
Suka · Komen
Suka · Komen
Suka · Komen
Suka · Komen
Suka · Komen
1
Suka · Komen
2
Suka · Komen
Suka · Komen
1
Suka · Komen
1

Unit Sumber Bomba KL
Sekian terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~
Posted by AdminKSKMPahang at 3:23 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, April 18, 2013

BENGKEL IT DAN KOMUNIKASI - KSKM DAERAH LIPIS



Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mewakili Pengerusi dan barisan AJK KSKM Negeri Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada Wakil KSKM Daerah Lipis; En.Lokman bin Baharuddin serta barisan AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah Lipis kerana telah berjaya menganjurkan satu bengkel IT dan Komunikasi kepada semua AHLI-AHLI KSKM Daerah Lipis bertempat di Intitut Perguruan Kuala Lipis.
Bengkel tersebut telah dianjurkan oleh KSKM daerah Lipis dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama IPG Kuala Lipis.
Sesungguhnya,usaha yang sebegini di peringkat daerah sangat-sangat dihargai bagi manafaat semua AHLI yang terlibat.Usaha yang sedemikian juga seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua Wakil KSKM Daerah yang lain bagi tujuan yang satu...'BERMANAFAAT KEPADA AHLI'
~`ADMIN~merakamkan jutaan terima kasih kepada 'VIOSSHE NA' kerana gambar dan info dipetik dan diperolehi dari Facebook beliau untuk perkongsian kita bersama bagi semua pelayar-pelayar Blog KSKM Negeri Pahang ini.
~ADMIN~mengalu-alukan perkongsian gambar-gambar menarik sepanjang program tersebut seandainya terdapat AHLI KSKM daerah Lipis yang mempunyainya dan ingin dikongsikan bersama di Laman Blog ini.
Untuk makluma,Pihak KSKM Negeri tidak dapat bersama-sama mengikuti program tersebut namun sesungguhnya difahamkan bahawa program tersebut telah berjaya menepati sasaran dan amat berjaya.Tahniah KSKM Lipis...
~ADMINKSKMPahang~

Posted by AdminKSKMPahang at 3:56 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KURSUS ASAS ELEKTRIK - KSKM DAERAH TEMERLOH

 












Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Negeri Pahang merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada KSKM Daerah Temerloh dibawah kepimpinan Wakil KSKM Daerah Temerloh; En.Ahalluddin bin Mohd Arshad(JC) kerana telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada semua AHLI-AHLI KSKM daerah Temerloh.
KSKM Daerah Temerloh dan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh telah mengadakan usahasama dengan Kolej Komuniti Bentong bagi mengadakan " Kursus Asas Elektrik ,Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat(Makmal) daerah Temerloh2013".
Tarikh      : 17 April 2013
Masa       : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat    : Kolej Komuniti Bentong

Sebahagian AHLI KSKM Negeri Pahang yang mengikuti kursus

'Tumpuan kepada ucapan'sebahagian peserta kursus

En.Ahalluddin-Wakil KSKM Daerah Temerloh

Pengerusi KSKM Negeri Pahang turut hadir memberikan taklimat tentang KSKM Negeri Pahang
Seramai 54 orang peserta kursus telah hadir ke kursus tersebut dimana semua AHLI KSKM yang telah berdaftar dengan KSKM sahaja yang dipanggil untuk mengikuti kursus tersebut.
Semua peserta kursus telah berkumpul di PPD Temerloh untuk mendengar taklimat ringkas dari pihak PPD sebelum semua peserta dibawa ke Kolej Komuniti Bentong dengan menaiki bas.
~ADMIN~dapat menyajikan kepada semua pelayar-pelayar Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus tersebut.
Semoga usaha yang sedemikian ini akan memberikan satu kesan yang positif kepada semua AHLI=AHLI KSKM serta dapat menggalakkan lagi penyertaan dari semua Pembantu Makmal yang masih belum menyertai KSKM.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


Posted by AdminKSKMPahang at 11:05 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 27, 2013

TERKINI DARI MEJA KSKM PUSAT

Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ingin memanjangkan kepada semua Pembantu Makmal(AHLI @ Bukan Ahli KSKM) bahawa Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM) telah berjaya sekali lagi di dalam tuntutan bagi memberikan satu anjakan kepada profesion Pembantu Makmal iaitu penambahan nom perjawatan Pembantu Makmal baru bagi merealisasikan tuntutan terdahulu yang diluluskan iaitu 1 MAKMAL 1 PEMBANTU MAKMAL menjelang tahun 2014 nanti.
Marilah kita warga Pembantu Makmal yang masih belum menjadi AHLI KSKM agar dapat bersama-sama berjuang melalui KSKM bagi memartabatkan jawatan yang kita sandang ketika ini.
Jangan jadikan diri anda(PM Yang bukan Ahli)hanya sebagai PARASIT dimana segala usaha,keringat dan pengorbanan dari semua AHLI KSKM dikecapi dan ditumpangi tanpa pengorbanan dan merasakan kesalahan diri sendiri.
Di sini ~ADMIN~ "copy and paste'kan status Facebook yang telah di'up-date' oleh KSKM Pusat bagi tujuan perkongsian kita warga Pembantu Makmal sekelian.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Kskm Pusat
pada 21hb Mac pukul 4.59 ptg · 
  • Pengumuman: Nom penjawatan baru pembantu makmal telah diluluskan. Jumlah pembantu makmal sehingga akhir 2014 adalah seramai 12,600 orang. Semoga pertambahan penjawatan PM akan menampung kekurangan yang sedang dialami oleh kebanyakan sekolah.
    1Suka ·  · Kongsi
    • Suri D'Laman, Holijah Jamaluddin, SN Harmizah dan 35 yang lain menyukainya.
    • Mohd Tajuddin Bakar di SMK Ibrahim ,Sg Petani Kedah. Hanya terdapat 5 orang untuk 12 buah makmal....bila di agihkan..banyak yg tak kena nya..
      pada 21hb Mac pukul 5.14 ptg · Suka · 1
    • Kini Emas utamakan sekolah bdr yg byk buat xperimen..nie sekolah luar bdr xperimen xbyk ..pm rmai....
      pada 21hb Mac pukul 5.16 ptg · Suka · 1
    • Mohd Tajuddin Bakar memang entah kenapa.. jadi begitu.....sekolah kampung tuuu 6 buah makmal, 6 orang PM...bukan aliran sains,.........KENAPA...BEGITU..
      pada 21hb Mac pukul 5.19 ptg · Suka · 1
    • Kskm Pusat Kami sedang mengumpul maklumat-maklumat penempatan melalui borang permohonan kad eksklusif. Bantulah kami untuk kami membantu anda.
      pada 21hb Mac pukul 7.54 ptg · Suka · 1
    • Zah Pata Senok Betul ckp Kini Emas....klau blh biarlh pnmpatan tu ikut keadaan sek ...mcm sek sya ...sek kluster ..aliran sains ...9 mkml tpi pm hnya 5 org ...
      pada 21hb Mac pukul 9.39 ptg melalui mudah alih · Suka · 1
    • Sarimah Hashim Salam. Tlg antar sek saya SMK,Tinggi Klang masih kurang 3 org lagi,Saya pernah jaga 3 makmal kimia.bio dan fizik tg 4 dan 5 tk menang tgn dibuatnya masa amali
      pada 21hb Mac pukul 10.14 ptg · Suka
    • Mohd Tajuddin Bakar boleh tak KSKM pusat antar borang kaji-selidik kepada sekolah -sekolah yg kekurangan staff...alamat saya : Pengetua, SMK.Ibrahim Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman. u.p : En.Mohd Tajuddin bin Bakar .
      pada 22hb Mac pukul 12.37 pagi · Suka · 1
    • Mohd Tajuddin Bakar ok...kami sokong anda sentiasa.. selamat semuanya..
      pada 22hb Mac pukul 12.38 pagi · Suka
    • Murahkan Rezeki Zaleha Ssssp
      pada 22hb Mac pukul 7.30 pagi melalui mudah alih · Suka
    • Kskm Pusat sila bagi no fax.
      pada 22hb Mac pukul 9.11 pagi · Suka
    • Fazitah Abdullah Bagaimana dgn PM gred C22 hakiki xde penambahan jawatan ke.
      pada 22hb Mac pukul 11.17 pagi · Suka
    • Kskm Pusat Buat masa ini tiada..
      pada 22hb Mac pukul 11.19 pagi · Suka
    • SN Harmizah Smk raja perempuan, jalan batu bungkal, 30250 ipoh..sekolah kluster sains xcukup staff makmal lagi seorg/dua org..bulan 4 sorg pencen, bulan 11 sorg lg pencen..kikiki....
      pada 22hb Mac pukul 11.38 pagi melalui mudah alih · Suka
    • Norliah Abu Bakar penambahan hanya di sek sj ke..bagaimana kami di matrikulasi
      pada 22hb Mac pukul 12.14 ptg · Suka
    • Kak Lang sekolah kami kurang 1 pembantu makmal..
      pada 22hb Mac pukul 12.47 ptg · Suka
    • Kskm Pusat isi borang pemohonan dah hantar kepada kami.
      pada 22hb Mac pukul 12.57 ptg · Suka · 1
    • SN Harmizah borang permohonan nk dapat dr mane ye?
      pada 22hb Mac pukul 12.58 ptg · Suka
    • Kskm Pusat sila bagi alamat email. PM ya.
      pada 22hb Mac pukul 1.00 ptg · Suka · 1
    • Pija Jenal harap sangat penempatan pm2 yg baru ke sekolah2 lebih telus...kasihan pada rakan2 pm yg ada handle 2@3 lab seorang diri...saya percaya mereka mmberikn komitmen yg tinggi ketika bertugas...harap pihak kmenterian berlaku adil...
      pada 22hb Mac pukul 5.53 ptg · Suka · 1
    • Roharimah Bt Karim Sgt setuju dgn kenyataan Pija Jenal, sekolah sy 11 makmal, PM hanya ade 3 org, ade F6 lg, surat telah dihantar ke PPD dan JPS, setakat nie masih belum dpt pengganti PM yg telah bertukar sbb naik C22 hakiki dan yg dh pencen. Harap pengagihan PM lebih telus.
      pada 23hb Mac pukul 9.05 pagi · Suka
    • Mohd Firdaus Hj Zakaria cuba tgk waran sekolah brape bilagan @ kuota pembantu makmal yg tertulis...kdang-kadang yg 10 thun lepas tak update lg......tu la yg menjadi masalah...masih pakai waran lama....
      pada 23hb Mac pukul 9.09 pagi · Suka
    • Nor Ima Sham Kskm Pusat...lagi satu perkara, sekiranya trdapat maklumat, ada pm yg d tempatkn d pejabat dgn alasan d makmal dh xde keje...sila tarik je pm trsebut ke sekolah lain yg memerlukan khidmat pm d makmal...utk apa kita nk menyenangkn pejabat sekolah, jika rakan2 pm d skolah lain x ckup tgn mengendalikan eksperimen...
      pada 23hb Mac pukul 4.29 ptg · Suka · 1
Posted by AdminKSKMPahang at 8:26 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Facebook KSKM Pahang

Kskm Negeri Pahang

Reka Lencana Anda

Followers

counter


widget

Blog Archive

  • ▼  2015 (7)
    • ▼  February (1)
      • SENARAI AHLI KSKM NEGERI PAHANG SEHINGGA DIS 2014
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (22)
    • ►  October (3)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (11)
    • ►  March (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2013 (72)
    • ►  November (3)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (3)
    • ►  July (6)
    • ►  June (8)
    • ►  May (7)
    • ►  April (4)
    • ►  March (9)
    • ►  February (1)
    • ►  January (12)
  • ►  2012 (98)
    • ►  November (13)
    • ►  October (21)
    • ►  September (9)
    • ►  August (5)
    • ►  July (8)
    • ►  June (10)
    • ►  May (13)
    • ►  April (17)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2011 (14)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (3)

Tentang Blog KSKM

My photo
AdminKSKMPahang
Kewujudan Blog KSKM Negeri Pahang ini berobjektifkan perkongsian maklumat,hebahan dan aktiviti semasa KSKM Pahang dan KSKM Pusat.Pihak Admin juga akan berusaha mengemaskinikan maklumat-maklumat terkini dari Cuepacs.Langkah ini diharap dapat dimanafaatkan oleh seluruh ahli-ahli KSKM Pahang mahupun ahli-ahli KSKM di Malaysia.Diharapkan,usaha ini akan memberi satu impak yang maksimum kepada ahli-ahli dan seterusnya akan dapat menjana kearah memperkasakan martabat Pembantu Makmal diseluruh Malaysia...InsyAllah!!!
View my complete profile

Search This Blog

Laman Blog Untuk semua. Watermark theme. Theme images by RBFried. Powered by Blogger.