Wednesday, December 28, 2011

KEPUTUSAN UNDI PEMILIHAN PEGAWAI KANAN KSKM PUSAT SESI 2011-2013

Keputusan Pertandingan Jawatan Pegawai Kanan KSKM sempena Persidangan

Perwakilan Kali ke-11 2011 di Hotel Carlton Holiday Hotel, Shah Alam.


a) Presiden: Hamran Ahmad (1,025) dan Anita Nor (90), undi rosak 5

b) Timb Presiden: Fahmi Khamis (581), Anita Nor (290), Zaki Hussain Che Kadir (234), Chan Baba (76), Undi rosak 5

c) Setiausaha: Ashaari Maarof (1032), Azahani Salleh (79) undi rosak 3

d) Penolong SU: Zainal Abu Hasan (785), Anita Nor (340), undi rosak 3

e) Bendahari: Wan Nasir Wan Khalid (899), Sueb Tulus (221), undi rosak 7

PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM PUSAT KALI KE 11 @ HOTEL CARLTON HOLIDAYS, SHAH ALAM 16 - 18 DISEMBER 2011





Gambar Ehsan : Hasrin Zakaria


SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"

Utusan Malaysia
18/12/2011

SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.
"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.
"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.
Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.
"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.
"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.
Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.
"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.

Wednesday, November 30, 2011

KEMPEN KEAHLIAN KSKM

237 views 
   
Loading...
Alert icon

Friday, July 29, 2011

RENUNG PERANAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17

Utusan Malaysia
4/1/2011




Saudara pengarang,
SAYA mewakili Pembantu Makmal Gred C17 yang bertugas di sekolah menengah ingin meluahkan rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.
Kami menyahut seruan Perdana Menteri untuk tampil ke hadapan menyuarakan rasa dan memberikan pendapat supaya dapat memantap serta memperkasakan pendidikan terutamanya Sains di kalangan pelajar.
Pertama - mengenai masa bertugas. Pada waktu persekolahan kami bermula dari pukul 7 pagi sehingga 4 petang bagi satu sesi.
Setelah selesai pelajar dan guru menggunakan makmal, kami terpaksa pula membersihkan makmal dan selepas itu baru kami boleh rehat sejam untuk makan.
Cadangan - mengapa kami tidak boleh seperti jururawat yang boleh rehat waktu makan dan terus pulang ke rumah? Oleh itu, biarlah kami bertugas dari pukul 7 pagi hingga 3 petang selama lapan jam bertugas dan waktu makan selama sejam iaitu dari pukul 3 petang hingga 4 petang bagi sekolah satu sesi persekolahan.
Kedua - kami bertugas di makmal yang pada kebiasaannya terletak di belakang blok sekolah, jauh dari pejabat sekolah. Kami mendapat arahan daripada guru yang mengajar mata pelajaran Sains Teras dan Elektif.
Selain itu, kami juga menerima arahan Ketua Bidang Sains. Adalah janggal dan tidak adil prestasi kami dinilai oleh Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 atau penolong-penolong kanan yang tidak pernah menjenguk kami bekerja dalam serba kekurangan dan persekitaran yang tidak kondusif, bahaya dengan bahan kimia dan peralatan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Markah prestasi kami sering rendah berbanding pembantu tadbir yang bertugas dalam keadaan selesa, kondusif, ada pendingin hawa dan serba lengkap.
Cadangan - mengapa kami tidak dinilai oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains yang lebih memahami bidang tugas kami? Selain itu, pembantu pengurusan murid boleh menyuarakan masalah mereka kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas sedangkan masalah kami tiada siapa yang mahu mendengarnya.
Ketiga - bidang tugas yang berlainan memerlukan persefahaman semua pihak. Pada waktu cuti sekolah, kami dibebani dengan tugas perkeranian.
Pembantu tadbir kadang-kadang sengaja tidak membuat kerja mereka kerana tahu kerja tersebut akan dibuat oleh guru sandaran, guru baru, pembantu makmal dan pembantu pengurusan murid. Kerja hakiki kami sering terabai dan kerap ditegur oleh Ketua Bidang Sains apabila tugasan tidak siap.
Cadangan - kami perlu menghabiskan kerja hakiki dan tugasan di pejabat yang dilakukan oleh mereka yang dilantik menjalankan tugas di pejabat seperti ketua pembantu tadbir, pembantu tadbir dan pembantu am pejabat.
Keempat - bidang tugas kami berdepan risiko. Kami terpaksa mengurus selia perkakasan yang merbahaya dan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Malah, kami terpaksa membayar lebih untuk membeli premium insurans kerana dalam Kumpulan Sokongan 2. Risiko kami lebih tinggi daripada guru dan pembantu tadbir.
Cadangan - Mengapa kami tidak dibayar elaun seperti pembantu tadbir kewangan, pembantu pengurusan murid, warden asrama dan juruteknik komputer. Oleh itu, perlu difikirkan untuk elaun risiko atau elaun kritikal.
Kelima - Pada masa ini kenaikan pangkat C17 ke C22 hanya diberikan kepada sekolah yang ada tingkatan enam aliran sains sahaja. Oleh itu, kami yang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk memperkasakan pendidikan tidak mendapat habuan yang sewajarnya.
Jika prestasi pekerja Gred C17 boleh dinilai oleh ketua pembantu tadbir N22, mengapa jawatan pembantu makmal kanan C22 tidak boleh menilai N17? Mengapa kami C17 tidak boleh dinaikkan pangkat dan bertugas di pejabat sekolah dan mengarahkan pembantu tadbir membuat tugasan lain?
Cadangan - Bukalah peluang kenaikan pangkat seluas-luasnya kepada semua pembantu makmal Gred C17 di sekolah yang ada makmal sains supaya kami boleh naik pangkat sama seperti yang dinikmati oleh pembantu tadbir hingga ke N27.
Saya berharap luahan rasa ini mendapat perhatian semua pihak terutama Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Walaupun kami tidak mengajar, namun tanpa kami yang menyiapkan bahan, amali sains tidak dapat dijalankan dan akhirnya matlamat untuk mencapai status negara maju akan terhalang.
Terima kasih
PEMBANTU MAKMAL JOHOR TERSEPIT

Monday, June 27, 2011

SENARAI TUGAS KAKITANGAN MAKMAL

4.4          Pembantu Makmal

                4.4.1       Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

a.              Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
b.              Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu 
daripada mata pelajaran sains.
c.              Lulus Bahasa Melayu.

4.4.2       Keperluan Latihan Pembantu Makmal

a.              Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan 
(kemolaran).
b.              Kemahiran menyediakan larutan piawai.
c.              Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya 
bahan toksik.
d.              Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan 
dengan mikroorganisma.
e.              Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat 
dan mudah teroksida.
f.                  Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti 
tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan 
seumpamanya.
g.              Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau 
bahan sains yang sistematik.
h.              Kemahiran mengendalikan komputer.
i.                   Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian 
dan sistem paip air.
j.                   Kemahiran menguruskan stok.
k.               Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang 
memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.
l.                   Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut 
prosedur.
m.         Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan 
sains.

4.4.3       Tugas-tugas Pembantu Makmal

                4.4.3.1    Tugas Harian

a.               Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan 
makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula 
dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran
 makmal berakhir.
b.              Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains 
agar sentiasa dalam keadaan bersih.
c.              Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d.              Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang 
dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas 
atau borang pesanan.
e.              Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi 
sebelum kerja amali dijalankan.
f.                  Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang 
diperlukan untuk kerja amali.
g.              Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam
 mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h.              Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang 
kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i.                   Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke 
tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j.                   Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, 
kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k.               Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains 
termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l.                   Membantu guru sains, mengawas dan membantu 
murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m.         Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali 
yang terakhir pada setiap hari :
                                                                         i.            Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah 
                                             digunakan
                                                                         ii.            Menutup bekalan gas, air dan elektrik

                                                                         iii.            Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan 
                                              pintu makmaj sains
                                                                        iv.            Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan 
                                             pengetua
n.              Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan                
segera sebarang 
kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua 
Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
o.              Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti 
mengemaskini stok dan sebagainya.
p.              Mencuci peralatan sains yang kotor.
q.              Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan 
serta radas daripada pihak pembekal.
r.                 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke 
semasa.

4.4.3.2    Tugas Semasa Cuti sekolah

a.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini 
rekod stok.
b.              Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang 
diperlukan untuk kerja amali.
c.              Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang 
berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.
d.              Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh 
digunakan di makmal sains.
e.              Menghasilkan air suling.
f.                  Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
g.              Mengecas dan discas akumulator.
h.              Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang 
dan sebagainya.
i.                   Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.
j.                   Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan 
mengikut peraturan yang ditetapkan.
k.               Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah 
kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.

l.                   Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu.
m.         Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah luput tarikh kepada 
guru sains untuk tindakan seterusnya.
n.              Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi 
peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
o.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan 
pelupusan.
p.              Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains.
q.              Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi 
disusun dengan teratur.
r.                 Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan 
elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan 
perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
s.              Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya 
disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
t.                  Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan.

4.4.3.3    Tugas-tugas Lain

a.              Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta 
sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
b.              Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah 
dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik / Ketua Panitia.
c.              Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan 
baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal.
d.              Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
e.              Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar
 lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
f.                  Membantu mengurus buku stok / inventori.
g.              Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta 
memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok.
h.              Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan.
i.                   Memasang klip buaya pada dawai.
j.                   Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan 
sebagainya.
k.               Menajamkan alat-alat  pemotong.
l.                   Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
m.         Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada
n.              Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o.              Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru.
p.              Membuat catatan dalam buku kerosakan  atau pecah, kemalangan, pinjaman 
dan lain-lain yang berkaitan.
q.              Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh 
guru sains apabila pertolongan diperlukan.

4.4.4       Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah
(diluluskan mulai tahun 2009)

Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Formula pengiraan kelayakan bagi :

a.              Pembantu Makmal Gred C17
Text Box: Bilangan Makmal   x   1
 




b.              Pembantu Makmal Gred C22

Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kelas 
Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal 
C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud perjawatan C22 di sekolah harian biasa. 
(Rujuk Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) 
bertarikh 14 Mei 2009.

Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut :
Text Box: Bilangan Makmal   x   1
 



                 

 c.              Pembantu Makmal Gred C26

Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan 
Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal 
gred C26
4.5               Cadangan

Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja               
di makmal sains sebelum penempatan dilakukan.

 
  
Lampiran 4.1

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)


1.      Merancang dan mengawal operasi makmal.

2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17) 

1.      Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

(a)   Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b)   Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal.
(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang 
mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d)   Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e)   Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan 
tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f)     Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi peraturan-
peraturan ketika berada di makmal.
(g)   Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal 
(dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal.


2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a)   Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.
(b)   Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. 
(Contohnya menyimpan di  tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan 
dengan baik dan berhati-hati.


3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a)   Mengklasifikasikan peralatan makmal.
(b)   Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya 
di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c)   Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna.
(d)   Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).
(e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan 
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f)     Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta pembesar, 
mikroskop)
(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a)   Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(b)   Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur keselamatan dan kebersihan dipatuhi.
(c)   Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik sebelum dan selepas digunakan.
(d)   Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas menggunakan air suling)
(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
(f)     Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.


5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a)   Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor mengikut prosedur.
(c)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(d)   Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(e)   Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan.


Lampiran 4.2

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).

 2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a)   Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b)   Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c)   Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b)   Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c)   Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d)   Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f)     Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.
(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.

  
5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e)   Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
(f)     Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g)   Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.

 Lampiran 4.3

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)


1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

2.      Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan.

3.      Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

4.      Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.


Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)


1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.
(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal / amali di makmal.
(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang digunakan.
(e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan luar makmal).


2.      Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b)   Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan urusan memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.


3.      Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b)   Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c)   Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f)     Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.
(g)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.


4.      Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.


5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d)   Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e)   Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.
(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.


6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
(f)     Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g)   Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan rasmi.

  
 
Bibliografi
 
1.    Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan  
               Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala 
               Lumpur
 
2.     Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 
        bertarikh 14 Mei 2009 
 
3.     Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6  
        Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008