Thursday, November 21, 2013

PROGRAM TRADE UNION TRAINING ON LEADERSHIP AND RECONTUER (TUTELAR)

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang telah diberi peluang untuk menghadiri satu program anjuran Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja iaitu Program Trade Union Training on Leadership and Recontuer (TUTELAR).
Program tersebut berlangsung mengikut ketetapan berikut:


Tarikh     : 13 hingga 15 November 2013
Masa      : Mengikut aturan program
Tempat   : Hotel Zenith, Kuantan
Perasmi   : YB Dato' Haji Ismail bin Haji Abdul Mutalib
                 Timbalan Menteri Sumber Manusia

Agenda utama program tersebut adalah bertujuan untuk melengkapkan pemimpin kesatuan sekerja dengan kemahiran kepimpinan dan berkomunikasi serta pengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan ahli kesatuan di samping membantu transformasi ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

Berikut adalah senarai nama pemimpin KSKM Negeri Pahang yang mengikuti program tersebut:
1. Khairul A'zli Hj Ahmad - SM Sains Tg Abdullah, Raub (Pengerusi)
2. Mohd Lotfan Abdul Aziz - SMK Kerdau, Temerloh (Setiausaha)
3. Rogayah Othman - Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang (Bendahari)
4 Norhana Haron - SMK Mengkarak, Bera (AJK)
5 Maslina Amriem - SMK Abu Bakar, Temerloh (AJK)
6 Siti Hafizah Abdul Karim - SMK Mahmud, Raub (AJK)
7 Ahmad Rahim - SMK Temerloh, Temerloh (AJK)
8 Sallehuddin Abu Talib - Kolej Vokesional Bentong, Bentong (AJK)
9 Abdul Azam Muhamad - SMK Mentakab, Temerloh (Pemeriksa Kira-kira)
10Muhammad Nazri Ibrahim - SMK Bkt Cermin,Temerloh (Pemeriksa Kira-kira)

~ADMIN~mengucapkan tahniah kepada seluruh AJK KSKM Negeri Pahang kerana telah dipilih oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Pahang untuk bersama-sama mengikuti program yang sebaik ini. Semoga segala ilmu yang ditimba dan dipelajari sepanjang 3 hari di Hotel Zenith itu akan dapat diaplikasikan diperingkat lapangan nanti. Pengorbanan dan komitmen semua AJK yang hadir untuk program tersebut sangat-sangat dihargai.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


KURSUS PROFESIONALISME PEMBANTU MAKMAL DAERAH LIPIS





KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mewakili AJK KSKM Negeri Pahang merakamkan ucapan Tahniah kepada AJK Pelaksana KSKM Daerah Lipis dan Unit Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Lipis kerana telah berjaya menganjurkan satu kursus khusus kepada semua ahli KSKM.

En.Hasan Basri Shamsudin

Tahniah dan Syabas kepada Pegawai Unit Sains dan Matematik PPD Kuala Lipis; En. Hasan Basri Shamsudin dan Wakil KSKM Daerah Lipis; En.Lukman Baharuddin sehingga sempurnanya program tersebut.
Kursus yang berlangsung itu mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh      : 1 Nov 2013
Masa       : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat    : SMK Kuala Lanar, Kuala Lipis
Tajuk       : Kursus Profesionalisme
~ADMIN~ difahamkan bahawa kursus yang dianjurkan kali ini hanya khusus kepada semua Pembantu Makmal di daerah Lipis dan tidak termasuk PAP. Insyalah, pada kursus yang akan datang, semua ahli PSKM akan dijemput.
Kredit kepada Puan Viosshe Na kerana banyak perkongsian panorama yang di poskan di wall Facebook KSKM Negeri Pahang.
Antara rangkuman panorama yang dapat di arkibkan di Laman Blog ini untuk perkongsian bersama.
Sekian,terima kasih...



En. Lukman Baharuddin

KURSUS PENGURUSAN STRESS PEMBANTU MAKMAL DAERAH JERANTUT



Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mewakili seluruh jentera AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut  terutama kepada Wakil KSKM Daerah; En.Ahmad Khatimi Bahaudin kerana telah berjaya menganjurkan satu kursus yang sangat sihat dan baik kepada semua Pembantu Makmal di daerah Jerantut. Peluang yang disediakan kepada semua Pembantu Makmal daerah tersebut diharap akan dapat memberikan impak yang besar kepada seluruh AHLI KSKM mahupun kepada yang masih belum menjadi AHLI KSKM.
Kursus tersebut adalah mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh     : 31 Oktober 2013
Tempat   : Seketeriat Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut (PPD Lama)
Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tajuk     : Kursus Pengurusan Stress Pembantu Makmal Daerah Jerantut

Kesemua Ahli Jawatan Kuasa KSKM Negeri Pahang telah hadir mengikuti kursus tersebut.

Pendaftaran peserta kursus telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi.
Slot yang pertama 8.30 pagi di mulakan dengan ceramah 'Pengurusan Stress'. Di dalam slot ini, peserta kursus di dedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan di samping peserta juga dilibatkan dengan permainan yang berkaitan serta tayangan video agar setiap peserta akan dapat menerima input dan kaedah yang berkesan dalam menghadapi stress. 
Bagi slot disebelah petang pula, KSKM Negeri Pahang telah di beri peluang untuk menjalankan serta menyampaikan taklimat berkaitan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan program dan kegiatan yang dirancang di peringkat negeri. Saudara Mohd Lotfan Abdul Aziz selaku Setiausaha KSKM Negeri Pahang telah menyampaikan taklimat serta mempromosikan penjualan t'shirt serta baju koprat KSKM Negeri Pahang kepada para peserta.
Majlis juga telah mengadakan mesyuarat pemilihan AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut bagi penggal 2013-2014. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Sallehuddin iaitu AJK KSKM Negeri Pahang. Di dalam pemilihan kali ini, kebanyakan AJK yang terdahulu masih dikekalkan oleh semua ahli KSKM daerah.

Majlis penutupan kursus kali ini telah disempurnakan oleh wakil Pengawai Pendidikan Daerah Jerantut.
~ADMIN~ sekali lagi mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut kerana telah berusaha dan berjaya menganjurkan kursus yang dianggap sangat bermanafaat serta diharapkan memberi satu impak yang maksimum kepada semua peserta yang terlibat.

Kredit kepada En.Ahmad Khatimi Bahaudin kerana telah berkongsi panorama yang menarik sepanjang kursus tersebut berlangsung.

~ADMIN~ ingin menyeru kepada seluruh Pembantu Makmal yang di daerah Jerantut yang masih lagi tidak menjadi AHLI KSKM agar bersegera untuk menganggotai KSKM demi memberi sokongan dan dokongan yang padu kepada AJK Pelaksana peringkat daerah serta kepada KSKM Negeri Pahang khususnya.
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~