Thursday, February 28, 2013

TEMPAHAN BAJU KOPRAT FASA KE-3

Assalamualaikum wbt...
KSKM Negeri Pahang merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang di atas sokongan yang padu kepada pihak urusetia tempahan baju koprat.
Atas sokongan dan dokongan semua AHLI maka KSKM Negeri Pahang telah berjaya menambahkan dana di dalam tabungan KSKM Negeri bagi menjalankan aktiviti yang bermanafaat kepada semua AHLI.
Memandangkan sambutan yang berterusan kepada baju koprat ini,maka pihak urusetia telah bercadang untuk membuka kembali tempahan fasa ke-3 bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.
Sehubungan dengan itu,pihak urusetia telah menetapkan beberapa syarat:
1.Semua tempahan fasa ke-3 ini mestilah melebihi 20 helai tempahan.Pihak urusetia berhak untuk tidak memenuhi permintaan dari AHLI-AHLI sekiranya tempahan kurang daripada 20 helai keseluruhannya.
2.Harga bagi sehelai baju koprat adalah RM60.00 + RM10.00(belanja pos) = RM70.00.Jika terdapat tempahan yang boleh diedarkan atau dipunggut secara terus terus dari pihak urusetia,maka kos baju tersebut hendaklah ditolak dengan perbelanjaan pos.
3.Setiap tempahan diwajibkan untuk membuat pembayaran sepenuhnya selepas tempahan dibuat.Setiap pembayaran hendaklah di'bank-in' ke dalam akaun pihak urusetia.
4.Ukuran saiz sebenar setiap tempahan bolehlah menggunapakai saiz baju koprat dari AHLI-AHLI yang telah menerima tempahan pada fasa pertama dan kedua.
5.Tempahan juga dibuka kepada AHLI-AHLI KSKM dari NEGERI-NEGERI LAIN.
Kepada sesiapa yang berminat membuat tempahan,sila menghubungi pihak urusetia iaitu Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad melalui talian 019-9161514(Clcm) atau 017-9394951(Mxs).
Semoga sedikit usaha dari KSKM Negeri Pahang ini akan dapat memperkasakan lagi aktiviti KSKM Negeri Pahang.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~