Monday, September 30, 2013

KURSUS "PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA" USAHASAMA KSKM NEGERI PAHANG DAN BTN

KSKM NEGERI PAHANG
              


Assalamualaikum wbt...

Dalam menjalankan amanah yang disandarkan oleh seluruh ahli KSKM Negeri Pahang di dalam Konvensyen yang lalu maka sekali lagi melalui Unit Latihan dan Sumber Manusia KSKM Negeri Pahang di bawah seliaan Pn.Siti Hafizah Abdul Karim dan Pn.Maslina Amriem serta AJK KSKM Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan satu program khusus kepada ahli KSKM. Program kali ini merupakan hasil kerjasama KSKM Negeri Pahang dan AJK Pelaksana KSKM Daerah Temerloh dengan usahasama Biro Tatanegara Cawangan Pahang. "PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA" akan berlangsung seprtimana ketetapan di bawah:
Tarikh        : 8 - 10 Oktober 2013
Tempat      : Kem Bina Negara, Kuala Lipis
Bil Peserta  : 80 peserta
Difahamkan bahawa peserta kursus kali ini melibatkan jumlah ahli KSKM Daerah Temerloh yang teramai manakala ahli dari daerah-daerah lain, turut sama akan terlibat. Kelebihan ahli KSKM Daerah Temerloh disebabkan kursus tersebut telah diusahakan oleh AJK Pelaksana KSKM Daerah Temerloh untuk mendapatkannya dan bagi memenuhi koata yang ditetapkan oleh pihak BTN iaitu bagi satu-satu kursus yang dianjurkan, jumlah peserta mestilah seramai 80 orang. Surat panggilan kursus tersebut akan dikeluarkan oleh pihak Biro Tatanegara dan akan diserahkan kepada para peserta melalui sekolah masing-masing.
BNersama-sama ini, ~ADMIN~ kepilkan tentatif program tersebut bagi rujukan para pelawat Laman Blog ini.
JADUAL PROGRAM TRANSFORMASI
BERTEMPAT DI KEM BINA NEGARA
PAHANG

            MASA




TARIKH
5.30 – 6.45
7.00 – 8.00
8.30 – 10.30
10.30 – 11.00
11.00 – 1.00
1.00 – 2.15
2.15 – 4.15
4.15 – 5.00
5.00 – 6.30
6.30 – 7.15
7.30 – 8.55
9.15 – 11.15
11.15 – 11.30
11.30 – 5.30
Hari
Pertama
SOLAT SUBUH / CERAMAH
RIADAH / JASMANI / SARAPAN

PERJALANAN

MINUM PAGI

PERJALANAN

MAKAN TENGAHARI /SOLAT ZOHOR
PENDAFTARAN & TAKLIMAT
MINUM PETANG / SOLAT ASAR
RIADA / JASMANI
MAKAN MALAM
SOLAT MAGHRIB /
CERAMAH / SOLAT ISYAK

WACANA MINDA 1


MINUM MALAM
REHAT / TIDUR

Hari
Kedua

WACANA MINDA 2


PKPK
1
PKPK
2
PKPK
3
Hari
Ketiga

PKPK
4
PKPK
5
RUMUSAN & PENUTUP


·         Sebarang perubahan masa adalah tertakluk kepada pihak pengurusan kursus.

·         Sebarang masalah sila rujuk kepada Ketua Fasilitator. 


~ADMIN~ mengucapkan selamat berkursus dan selamat maju jaya kepada semua peserta yang terlibat.
Insyallah, ~ADMIN~ akan meng'up-date' program tersebut apabila ianya berlangsung kelak.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Friday, September 27, 2013

TEMPAHAN T'SHIRT DAN KEMEJA KORPORAT KSKM NEGERI PAHANG DILANCARKAN

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Design T'Shirt KSKM Negeri Pahang

KSKM Negeri Pahang telah melancarkan promosi bagi tempahan t'shirt KSKM negeri pada 21 September 2013 semasa Mesyuarat AJK KSKM Negeri Pahang bersama Wakil-Wakil AJK Pelaksana Daerah-Daerah di SMK Abu Bakar, Temerloh. Pelancaran promosi tersebut telah dilakukan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad. 
Kejayaan penjualan baju korporat serta usul dari ahli KSKM ketika Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal di SMK Sri Tualang baru-baru ini telah mendorong AJK KSKM Negeri memikir dan bertindak dalam menyediakan satu imej tersendiri KSKM Negeri Pahang melalui pengenalan t'shirt KSKM Negeri.
KSKM menyediakan t'shirt dengan warna seakan-akan baju kemeja korporat kerana ianya akan terus menjadi warna imej KSKM Negeri Pahang. T'shirt tersebut dikeluarkan dengan 2 bentuk iaitu t'shirt berlengan pendek dan berlengan panjang. Logo serta perkataan "KSKM PAHANG" adalah dengan sulaman @ embroidery. Design adalah rekaan KSKM Negeri Pahang yang tersendiri (custom made). Kain dari jenis 20 TC PK. Saiz bermula dari  S - 4XL (jika terdapat saiz yang lebih besar,tempahan boleh dibuat mengikut ukuran saiz badan - harga tertakluk kepada terma dan syarat).
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i.  T'shirt berlengan pendek - RM 26.00
ii. T'shirt berlengan panjang - RM 27.00
Harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan atas dasar material kain dan t'shirt custom made. Untuk perhatian dan makluman ahli, tiada pengecualian bayaran dikenakan kepada semua AJK KSKM Negeri (sebagaimana tempahan baju korporat yang lalu).

Design Kemeja Korporat untuk tempahan Fasa ke-4

Atas permintaan yang berterusan daripada seluruh ahli maka AJK KSKM Negeri Pahang telah bersetuju untuk mempromosikan kembali tempahan baju korporat sepertimana yang telah dilancarkan pada tahun 2012. Sebagai makluman, tempahan baju korporat kini telah memasuki fasa yang ke-4. KSKM Negeri Pahang masih mengekalkan design dan bentuk serta gaya potongan baju tersebut. Saiz baju boleh diperolehi dari rakan-rakan yang telah memiliki dari tempahan yang terdahulu. Saiz yang ditawarkan adalah bermula dari saiz S - 5XL. KSKM masih mengekalkan harga tempahan sepertimana fasa 1-3 dahulu iaitu RM60.00. 
Baju Koprat Muslimah juga turut dipromosikan dimana harga yang ditawarkan adalah rm70.00.

Tempahan boleh dibuat sekarang dengan menghubungi Wakil KSKM Daerah masing-masing beserta dengan duit tempahan mengikut jenis baju dan kuantiti yang diingini.
Berikut disenaraikan Wakil-Wakil Daerah untuk dihubungi;
Kuantan     - Pn, Rosidah bte Adam Ahmad (SMK Tanah Puteh) - 0139337353.
Pekan        - En. Hamirul Nizam Abd Hamid (SHAH,Pekan) - 0199058673
Rompin     - En. Kamaruzaman Ab Manaf (SMK Tg.Gemok) - 0129528255
Maran       - Pn. Rogayah Othman (Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang) - 013-9355323
Temerloh  - Pn. Hazita Mokhtar (SMK Hwa Lian,Mentakab) - 0179828831
Bera         - Pn. Norhana Haron (SMK Mengkarak) - 0199938024
Jerantut    - En.Ahmad Khatimi Bahaudin (SMK Pdg Piol) - 0199210684
K.Lipis      - En.Lukman Baharuddin (SMK Setia Wangsa) - 0199829722
Cameron   - Pn.Rossila Hassan (SMK Ringlet) - 0175284922
Raub        - En. Hermi Zakaria (SEMESTA) - 0199613449 @ 1079996383
Bentong    - En. Sallehudin Abdul Talib (Kolej Teknik TAA,Bentong) - 0145301951
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan tempahan, Tuan/Puan boleh menghubungi secara terus kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad di talian :
0199161514(cel) @ 0179394951(mxs).

~ADMIN~ menyeru dan mengharapkan sekelian ahli agar dapat bersama-sama  menjayakan kedua-dua tempahan tersebut bagi memperkasakan dan menonjolkan imej korporat KSKM Negeri Pahang yang tersendiri serta sedikit keuntungan daripada penjualan t'shirt dan baju korporat tersebut akan disalurkan terus ke tabungan KSKM Negeri Pahang. Semoga sedikit usaha sebegini akan dapat memberikan manafaat dan impak yang besar kepada seluruh ahli KSKM Negeri Pahang serta akan menjadi satu usaha yang berterusan di pihak AJK KSKM Negeri dalam menjalankan amanah yang telah diberi oleh seluruh ahli KSKM Negeri Pahang.

Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, September 26, 2013

DIALOG "MEMPERKASAKAN PROFESION PEMBANTU MAKMAL" BERSAMA PENOLONG PENGARAH (SAINS RENDAH) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Dialog Bersama Penolong Pengarah (Sains Rendah) JPNP
KSKM Cawangan Pahang telah melakar sejarah tersendiri apabila telah berkesempatan untuk menganjurkan dialog bersama Penolong Pengarah (Sains Rendah) di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Peristiwa tersebut telah berlangsung pada 21 September 2013 (sabtu), jam 12.30 tengahari dan bertempat di Bilik Gerakan SM Abu Bakar, Temerloh. Kesemua AJK KSKM Negeri dan semua AJK Perlaksana KSKM Daerah (AJK Tertinggi) telah bersama-sama menjayakan sesi dialog tersebut.
KSKM Negeri Pahang amat bertuah kerana keprihatinan dan sikap cakna Penolong Pengarah tersebut terhadap profesion pembantu makmal di sekolah-sekolah menengah di negeri Pahang ini.
Apa yang lebih membanggakan adalah susuk Penolong Pengarah ini merupakan mantan Pembantu Makmal sebelum beliau menyambung pengajian untuk ke tahap kini.
Penolong Pengarah yang dimaksudkan adalah En. Razali bin Abd Rani yang lebih dikenali sebagai 'Pak We' dikalangan rakan-rakan dan di JPNP sendiri. Beliau telah berkhidmat selama 9 tahun sebagai Pembantu Makmal. Semoga kejayaan beliau ini akan dapat menjadi satu inspirasi kepada semua Pembantu Makmal di negeri ini untuk terus berjaya dan bukan hanya di jawatan yang disandang kini.
Dialog pada hari tersebut merupakan sesi perkongsian untuk melaksana dan merealisasikan harapan beliau dan JPNP untuk memartabatkan profesion Pembantu Makmal di negeri Pahang (khasnya) dan di Malaysia (amnya).
Jawatan sebagai Pembantu Makmal sejak dahulu hingga sekarang ini dilihat hanya terfokus kepada kerja-kerja penyediaan bahan dan radas untuk eksperimen dan menyelia kepada pembersihan makmal. Pekerjaan di belakang dinding konkrik ini sering kali disalah tafsir oleh segelitir penjawat awam (selain Pembantu Makmal) sebagai satu profesion yang kurang memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Sering kita dengar bahawa Pembantu Makmal menjadi 'mangsa keadaan'. Isu ini diperakui sendiri oleh Penolong Pengarah berdasarkan pengalaman selama 9 tahun beliau sebagai Pembantu Makmal.
Di dalam sesi tersebut, Penolong Pengarah (Bidang Sains) mensasarkan agar jawatan Pembantu Makmal di sekolah-sekolah menengah di negeri Pahang ini haruslah diperkasakan. Bagi menjayakan sasaran tersebut, pihak JPNP akan berusaha mencapainya namun kebergantungan kepada kerjasama dengan pihak lain juga sangat-sangat diharapkan terutama dari pihak PPD, KSKM, Pentadbir di sekolah-sekolah dan yang utama sekali daripada Pembantu Makmal itu sendiri.
Pemerkasaan jawatan Pembantu Makmal juga boleh dilonjakkan lagi dengan adanya kecukupan latihan kepada semua Pembantu Makmal. KSKM diingatkan agar dapat menyediakan peluang latihan terutama kepada Pembantu Makmal lantikan baru.
Sekali lagi,beliau berharap agar KSKM memainkan peranan yang terpenting dalam memastikan  kewujudan dan keberadaan Pembantu Makmal di sekolah-sekolah, sangat-sangat dirasai. Kewujudan Pembantu Makmal di sekolah juga seharusnya merentasi sempadan kurikulum. Sebagai contoh; keterlibatan Pembantu Makmal di dalam aktiviti disekolah seperti jurulatih di dalam sukan, AJK sesuatu majlis rasmi sekolah, menyertai program inovasi sains dan sebagainya.
Beliau juga menyeru agar semua Pembantu Makmal bersedia untuk menghadapi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025  dimana keterlibatan Pembantu Makmal adalah secara langsung.
Kewujudan Pembantu Makmal di sekolah juga perlu kepada satu identiti yang positif kepada Pembantu Makmal itu sendiri di mata sekolah. Taman herba antaranya yang dapat melonjakkan profesion Pembantu Makmal di sekolah kerana semua warga di sekolah mengetahui bahawa taman herba merupakan inisiatif dari Pembantu Makmal. SMK Paya Pulai antara sekolah di negeri Pahang yang mempunyai taman herba yang jaya.

'Buku Pelawat' seharusnya diwujudkan di dalam setiap makmal sains agar setiap pegawai (kecuali guru matapelajaran) yang melawat ke makmal dapat menurunkan tandatangan bagi mengesahkan bahawa makmal tersebut pernah dilawati walaupun yang melawatnya adalah Pengetua di sekolah tersebut. Ini merupakan idea yang sangat bernas dan perlu di aplikasikan di setiap makmal di negeri ini.
Diakhir sesi tersebut, beliau berjanji dan bersolidariti akan membantu, bekerjasama, berkolaborasi bersama-sama KSKM Negeri Pahang untuk sebarang permasalahan di peringkat JPNP demi memartabatkan profesion Pembantu Makmal di negeri Pahang.
~ADMIN~ mewakili seluruh AJK dan ahli-ahli KSKM Negeri Pahang merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian Penolong Pengarah (Sains Rendah), Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Pahang kerana sudi memenuhi sesi perbincangan tersebut. Semoga apa yang diilhamkan dan di lontarkan di dalam sesi tersebut akan dapat diaplikasikan oleh seluruh Pembantu Makmal di negeri ini.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahnag~





Monday, September 23, 2013

MESYUARAT AJK KSKM PAHANG KALI KE-2 SESI 2013-2015 BERSAMA AJK PELAKSANA TERTINGGI DAERAH-DAERAH NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...

KSKM Cawangan Negeri Pahang sekali lagi telah menunaikan amanah untuk menjalankan aktiviti wajib kepada semua AJK Negeri iaitu 'Mesyuarat AJK KSKM Cawangan Negeri Pahang kali ke-2 sesi 2013-2015'. Pada mesyuarat kali ini,KSKM Negeri telah menjemput semua AJK Pelaksana Tertinggi diperingkat daerah-daerah untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat tersebut. Kelainan yang dicatatkan didalam mesyuarat kali ini adalah lokasi bagi perjumpaan tersebut berlaku di SMK Abu Bakar, Temerloh di mana Puan Maslina Amriem telah bertindak sebagai tuan rumah.
Mesyuarat tersebut berlangsung mengikut ketetapan sepertimana:
Tarikh :    21 September 2013
Masa :      9.00 pagi
Tempat :  Bilik Gerakan, SMK Abu Bakar, Temerloh
Kehadiran : Semua AJK KSKM Negeri Pahang dan AJK Pelaksana Tertinggi Daerah-Daerah.

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
i. Ucapan Pengerusi
ii.Pengesahan Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama
iii.Perkara Berbangkit
iv.Laporan Setiausaha
v. Laporan Bendahari
vi.Laporan Wakil-Wakil Daerah
vii.Hal-Hal Lain
viii.Penangguhan

Perkongsian yang dapat ~ADMIN~ paparkan kepada semua pelayar Laman Blog ini terutama ahli-ahli KSKM Negeri Pahang adalah;
1. KSKM negeri mensasarkan jumlah pertambahan ahli sepanjang sesi 2013-2015 ini adalah seramai 500 ahli. Setakat ini (September 2013) ahli KSKM Pahang adalah seramai 434 ahli. Pengerusi mengharapkan agar semua Wakil KSKM Daerah dapat bekerjasama dalam merealisasikan KPI tersebut.
2. "Anugerah KSKM Daerah Cemerlang" akan diteruskan di sesi ini dimana kriteria keahlian baru teramai, keaktifan aktiviti dan kerjasama yang baik bersama KSKM Negeri.
3. 'Kursus Kepimpinan' anjuran KSKM Negeri dan KSKM Daerah Temerloh dengan kerjasama Biro Tatanegara akan diadakan di Kem Biro Tatanegara Cawangan Lipis pada 8,9 dan 10 Oktober 2013. Seramai 80 ahli KSKM akan terlibat.
4. Satu kursus akan diadakan di daerah Rompin iaitu pada tarikh 3 Oktober 2013. Kursus tersebut adalah anjuran KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rompin.
5. KSKM Negeri juga turut bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Maran untuk menganjurkan satu kursus bertarikh 22 dan 23 Oktober 2013. Kursus dijadualkan berlangsung di PPD Maran.
6. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa satu kursus akan diadakan di daerah Cameron Highlands dan dijangka berlangsung pada 30 September 2013 ini.
7. Mesyuarat juga membincangkan satu kursus yang dirancang dimana KSKM Negeri bersama KSKM Daerah Kuantan akan mengadakan 'Kursus Pengendalian Mikroskop'. Kursus ini mensasarkan setiap ahli KSKM di daerah-daerah akan menghantar 2-3 orang peserta bagi menjadi Jurulatih Utama(JU) di daerah masing-masing.

8. Pembentangan Laporan oleh Wakil-Wakil KSKM Daerah;
i. Bentong - Mengucapkan terima kasih atas kenaikan peruntukan kursus di daerah dari RM200 ke RM300.
   - Keahlian baru bertambah seramai 15 orang.
   - Merancang untuk menganjurkan 'Kursus Kepimpinan' dan mensasarkan kepada AJK Pelaksana Daerah.
   - Memohon agar KSKM Negeri mendesak KSKM Pusat untuk menyelesaikan masalah pembersihan di        makmal.
ii. Raub - Telah mengadakan Mesyuarat Agung di peringkat daerah.
   - Mesyuarat AJK Pelaksana KSKM Daerah juga turut diadakan  bagi membincangkan aktiviti yang akan        dilaksanakan.
   - Raub telah menganjurkan 'Kursus ICT' dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub.
iii. Kuala Lipis - Memohon maaf kerana ketidakhadiran S/U dan Bendahari.
   - Mesyuarat AJK pada 4 Jan 2013. - Mesyuarat semua ahli pada 8 Mac 2013.
   - Bengkel IT dan Komunikasi di Institut Perguruan Guru Lipis pada 10 Apr 2013.
   - 20 Jun 2013 - Karnival Sains di SMK Kuala Lanar.
   - Bertempat di PPD Lipis - PISA pada 29 Jul 2013.
   - Mesyuarat kali ke-2 serta Jamuan Hari Raya KSKM Daerah Lipis pada 2 Sept 2013.
   - 6 Sept 2013 KSKM Daerah Lipis terlibat secara langsung dengan Jamuan Hari Raya PPD Lipis.
   - 12 Sept 2013 - 'Lawatan Penanda Aras KSKM Lipis ke SM Alam Shah, Putra Jaya.
iv. Kuantan - Mesyuarat AJK Pelaksana KSKM Daerah Kuantan telah diadakan pada 28 Mac 2013.
   - 27 Mei 2013 - 'Kursus Pengurusan Asas Sains siri 1 & 2' telah dijalankan. Semua ahli terlibat.
   - Sambutan hari Hari Perdana anjuran PPD Kunatan - KSKM Daerah Kuantan terlibat secara langsung.

v. Jerantut - KSKM Daerah telah mengadakan Mesyuarat AJK pada 14 Feb 2013.
   - S/U menyatakan bahawa kertaskerja telah diangkat ke peringkat PPD namun tiada maklumbalas yang diterima.
   - 13 Sept 2013 - KSKM Jerantut telah bersama-sama PPD Jerantut dalam penganjuran Jamuan Merdeka Raya'.
vi. Temerloh - Pn.Hanita tidak dapat melaporkan kerana beliau dalam keadaan demam namun kelibat beliau di dalam mesyuarat tersebut sangat-sangat dihargai.
   - Pn.Maslina menerangkan bahawa 'Kursus Kepimpinan' dengan usahasama KSKM Daerah Temerloh akan diadakan pada 8 hingga 10 Okt ini bertempat di Kem Biro Tatanegara Kuala Lipis. Penglibatan ahli dari daerah Temerloh adalah teramai iaitu 34 orang.
vii. Maran - masih tiada AJK Pelaksana namun akan membuat perlantikan semasa kursus yang dijadualkan pada 22 dan 23 Okt 2013 ini nanti.
viii. Bera - Wakil KSKM Daerah Bera sedang merancang untuk mengerakkan aktiviti diperingkat daerah.
   - Keahlian KSKM Daerah juga telah meningkat dengan mendadak hasil daripada penganjuran 'Kursus Pengurusan Stok' yang dianjurkan pada bulan Disember 2012 lalu.
ix. Cameron Highlands - Tiada wakil (tidak hadir bersebab).
x. Rompin - Tiada wakil (tidak hadir bersebab).
xi. Pekan - Tiada Wakil (tidak hadir bersebab).
KSKM Negeri Pahang sekali lagi mengorak langkah yang positif apabila Pengerusi Negeri telah melancarkan promosi T'shirt' KSKM Negeri. Promosi tersebut akan di'up-date' di dalam posting yang akan datang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~




Wednesday, September 18, 2013

PELUPUSAN BAHAN KIMIA USANG - DAERAH LIPIS

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
Wargakerja SMK Sg.Koyan dan staf Kualiti Alam
Alhamdulillah,~ADMIN~ mendapat berita berkaitan 'Pelupusan Bahan Kimia' daripada Facebook Viosshe Na dimana proses pelupusan tersebut telah dilakukan di SMK Sungai Koyan dimana Viosshe Na bertugas. Kredit harus diberi kepada beliau di atas infomasi yang baik untuk dikongsikan bersama di ruang Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini. Pelupusan tersebut  telah dilakukan oleh Syarikat Kualiti Alam dibawah seliaan pegawainya En.Omar.

Sebagai makluman kepada para pelayar Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini,KSKM Negeri Pahang sentiasa memberikan perhatian terhadap permasalahan berkaitan pelupusan bahan kimia usang yang berada di sekolah-sekolah di negeri Pahang. Permasalahan ini telah diangkat dan dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad di dalam Mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan' yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pahang di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
~ADMIN~ ingin 'highlight'kan kembali suara-suara KSKM (suara kita sebagai ahli) di dalam mesyuarat tersebut melalui wakil yang kesemua ahli negeri Pahang lantik untuk memikul amanah tersebut.

Rujukan: Minit Mesyuarat; Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bil 1/2012  pada 30 Mac 2012(Jumaat) bertempat di Bilik Gerakan,JPNP.
Kerja-kerja mengangkut bahan kimia usang untuk pelupusan
Di dalam agenda hal-hal lain, Perkara 4.3 Wakil Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal;
4.3.3 Pelupusan Bahan Kimia.
Kesatuan memaklumkan bahawa terdapat bahan kimia yang sudah usang dan tidak dapat dilupuskan begitu sahaja. Proses pelupusan adalah sukar kerana ia melibatkan Jabatan Kimia dan Jabatan Alam Sekitar. Kesatuan mencadangkan agar JPN membuat pelupusan secara berpusat diperingkat daerah kerana ia lebih menjimatkan.

Pengerusi mesyuarat menjelaskan bahawa pada tahun lepas (2011) telah dilantik satu syarikat untuk membuat pelupusan secara berpusat. Bagi tahun ini perlantikan lain akan dibuat.
Tindakan : Makluman.

Isu pelupusan ini terus dibawa ketika program 'Kunjungan Mesra KSKM Negeri Pahang ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 4 April 2012 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. 
Rujukan : Kertas Cadangan Perbincangan Antara KSKM dan JPNP.
Bil 10 Momohon kerjasama untuk menjalankan proses pelupusan bahan kimia dan radioaktif secara sistematik dan menjimatkan kos.

Pelupusan bahan kimia terus menjadi agenda penting Pengerusi KSKM Negeri Pahang ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan 2/2012 pada 27 Jun 2012 di Bilik Gerakan JPNPahang. 
Rujukan : Agenda Minit Berbangkit. Perkara 3.7; Pelupusan Bahan Kimia di Makmal Sekolah.
3.7.1; Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memaklumkan bahawa Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) KPM. BPPA akan melantik sebuah kontraktor secara berpusat bagi menguruskan pelupusan bahan kimia makmal sekolah bagi seluruh negara. Pihak BPPA dalam proses membincangkan garis panduan berkenaan tatacara pelupusan bahan kimia untuk edaran semua pihak berkaitan. Keputusan mengenai perkara tersebut masih dalam tindakan BPPA.
Tindakan : Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.
3.7.2; Pengerusi mengarahkan PPD untuk bersedia mengambil tindakan dalam pelupusan yang akan dijalankan. Pihak PPD juga diarah untuk mengumpul maklumat lengkap mengenai senarai sekolah-sekolah yang ingin membuat pelupusan serta kuantiti bahan yang terlibat untuk diselaraskan oleh pihak Sektor Pengurusan dan Pembangunan.
Tindakan ; Makluman.

Di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan(MBJ) Bil 1 Tahun 2013 pada 13 Mei 2013 bertempat di Bilik Gerakan JPNP.
Rujukan : Maklumbalas Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bil 2/2012 Jabatan Pelajran Pahang.
Agenda 3.7; Pelupusan Bahan Kimia di Makmal Sekolah.
Perkara 3.7.1; Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memaklumkan bahawa isu pelupusan tersebut telah dibincangkan di dalam mesyuarat bersama Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)KPM. BPPA akan melantik sebuah kontraktor secara berpusat bagi menguruskan pelupusan bahan kimia makmal sekolah bagi seluruh negara. BPPA dalam proses membincangkan garis panduan berkenaan tatacara pelupusan bahan kimia untuk edaran semua pihak berkaitan. Keputusan mengenai perkara tersebut masih dalam tindakan BPPA.
Maklumbalas; Unit Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) telah memaklumkan bahawa Syarikat Kualiti Alam telah dipertanggungjawabkan menguruskan proses pelupusan bahan kimia. Jabatan telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan pelupusan bahan kimia tahun 2013 pada 22/4/2013 supaya mengemukakan permohonan pelupusan bahan kimia yang telah tamat tempo.h. Permohonan pelupusan bahan kimia hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang KEW.PS 19 mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2009.
Tindakan : Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.

Akhir kalam daripada ~ADMIN~,marilah kita bersama-sama menyokong dan mendokong perjuangan kita di dalam KSKM dengan bersama-sama menjadi ahli KSKM (bagi Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli) kerana apa yang kita hajati dan inginkan dalam menyelesaikan permasalahan tugasan harian kita akan dapat dibawa dan disalurkan melalui platform yang betul serta akan dianbil tindakan oleh pihak pengurusan. Tanpa sokongan yang padu daripada semua ahli-ahli KSKM yang teramai maka "SUARA KITA,SUARA KERAMAT" tidak akan kemana-mana.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, September 17, 2013

MESYUARAT KHAS 'MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG KSKM KEBANGSAAN'

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
KSKM Pusat telah menganjurkan satu mesyuarat khas 'Majlis Jawatankuasa Agung KSKM Kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur sepertimana ketetapan di bawah:
Barisan Pegawai Tertinggi KSKM Pusat dan Negeri


Tarikh      : 07.September 2013
Masa        : 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat     : KL International Hotel, Kuala Lumpur
Topik       : Mesyuarat Khas Majlis             Jawatankuasa Agung KSKM Kebangsaan.
Kehadiran : Semua Pegawai Tertinggi KSKM Pusat dan Pegawai Tertinggi Negeri.
Pahang diwakili oleh Pengerusi; En.Khairul A'zli Hj Ahmad, Setiausaha; En.Mohd Lotfan Abd Aziz dan Bendahari; Pn.Rogayah Othman.

Pegawai Tertinggi KSKM Kebangsaan

Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Presiden KSKM Pusat dan berlangsung berdasarkan agenda yang telah disediakan.
Didalam blog ini ~ADMIN~ ingin berkongsi beberapa maklumat yang penting untuk pengetahuan semua ahli-ahli KSKM Negeri Pahang(khasnya) dan semua ahli-ahli KSKM yang lain (umumnya).
Mesyuarat Khas kali ini tertumpu kepada persiapan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KSKM Kali ke-12. Mesyuarat membincangkan segala persiapan dan perkara-perkara asas yang wajib dilaksanakan oleh KSKM Peringkat Pusat mahupun KSKM diperingkat Negeri.
Persidangan Perwakilan tersebut dijadualkan pada 18, 19 dan 20 November 2013 (Isnin-Rabu). Insyallah,tempat persidangan kali ini adalah di KL International Hotel, Kuala Lumpur. Penganjur Persidangan tersebut akan menjemput Presiden Cuepacs iaitu Yang Berusaha Dato' Hj.Omar bin Osman selaku perasmi kepada Persidangan Perwakilan kali ini.

Antara barisan AJK Tertinggi KSKM Negeri yang hadir

Di dalam Hal-hal Lain, Pahang diwakili oleh Pengerusi; En.Khairul A'zli telah mengemukakan beberapa perkara untuk diperbincangkan di peringkat kebangsaan. Antara perkara tersebut adalah:
1. Pahang mendesak Majlis Jawatankuasa Agung agar memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat mengeluarkan satu pekeliling 'KHUSUS' bagi perlaksanaan 'tugas pembersihan makmal dilakukan oleh kontraktor pembersihan' sebagaimana termaktub di dalam buku Huraian Tugas Pembantu Makmal.
2. Pahang memohon status tuntutan khairat kematian ahli KSKM Pahang; En.Abu Hassan bin Rejab pada 7.2.2013.
3. Jawatan Tukar Lantik N1 @ N4 kepada C17 bagi PAP Makmal. Adakah harapan bagi PAP yang ketinggalan untuk memohon ke jawatan tersebut.
4. Pahang merakamkan TAHNIAH kepada KSKM Pusat kerana telah menjemput bersama Pengerusi dan Bendahari Negeri-Negeri hadir bersama di dalam Mesyuarat Khas Majlis Jawatankuasa Agung kali ini. Segala maklumat dan hasil perbincangan serta permasalahan di peringkat negeri sedikit sebanyak akan dapat diselesaikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada tarikh dan masa yang akan ditentukan nanti.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


Friday, September 13, 2013

SENARAI NAMA AHLI BARU KSKM NEGERI PAHANG SEHINGGA JULAI 2013

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
Berikut merupakan senarai nama ahli baru bagi KSKM Negeri Pahang sebagaimana yang ~ADMIN~ terima dari Pengerusi KSKM Negeri:
  1. Radziah bte Salehuddin               580610-08-6360    SMK Kerambit,K.Lipis     6871 (No Ahli)
  2. Nur Aisyah bte Mohd Sharif      920526-06-5768    SMK Purun, Bera              6872
  3. Zalizawati bte Kamarzaman       790707-06-5086    SMK Purun, Bera               6873
  4. Siti Suhaila bte Sulaiman             750711-06-5242    SMK Purun, Bera               6874
  5. Nur Hafidzah bte Ahmad            861202-30-5370    SMAP Bentong                 6875
  6. Rasidatul bte Mohamed              870222-06-5766    SMAP Bentong                  6876
  7. Siti Norhasniza Muhd Hashimi   890913-06-5018   SMAP Bentong                  6877
  8. Jothi a/p Vellu                             741110-06-5648    SMK Bentong                    6878
  9. Che Ummi Kelthum bte Che Ali 791116-03-5664    SMK Bentong                   6879
  10. Selamat bin Abdul Kasim            790408-06-5561    SMK Chemomoi                6880
  11. Mohd Fariz bin Che Wil              820826-03-5909    SMART Kuantan             7000
  12. Zu Ainul Bashirah bte Abd Kadir   840622-06-5506   SMK Cenderawasih        7001
  13. Norsharmimi bte Mat Lazim       801218-06-5190    SMKSg.Isap Murni           7002
  14. Siti Hajar bte Mahayedin             900105-03-6274    SMKSg.Isap Murni           7003
  15. Naemah bte Mohamad                 810917-06-5186    SMK Sg.Isap Murni          7004
  16. Mohd Faizal Kamal bin Zainudin 820705-06-5511    SMK Pandan, Kuantan     7005
  17. Elizatulzana bte Abdul Najib       860125-06-5044     SMK Pandan,Kuantan      7006
  18. Zaleha bte Jaafar                          671103-05-5352     SMK Sultanah.Hjh Kalsom 7007
  19. Zaleha bte Ahmad@Mohamed    710321-08-5444     SMK Jerantut                    7008
  20. Nurul Azhani bte Abd Aziz        860721-33-5370     SMK Sri Jaya, Maran        7135
  21. Norazian bte Abdul Kudus         790709-06-5012     SMK Kota Gelanggi, 2,'tut     7136
  22. Zurairah bte Harun                      810606-06-5680     SMK Kota Gelanggi 2,J'tut     7137
  23. Mohd Asraf bin Md Sani            820219-06-5073     SMK Kota Gelanggi 2,J'tut     7138
  24. Nor Shahrizan bte Samsuddin     820107-10-5130     SMK Telok Chempedak     7139
  25. Mohd Hafiz bin Mohd Zulbli@Zulkifli 891005-06-6079 SMKTeluk Chempedak 7140
  26. Rosfadzilah bte Ahmad              800924-06-5628     SMK Bandar Kerayong       7142
  27. Hazimah bte Hashim                  850525-01-6074     SMK (LKTP)Chemomoi     7143
  28. Norriayani bte Mustapa             870721-06-5218     SMK (LKTP)Chemomoi     7144
  29. Fakhrul Hayat bin Abd Rahman 860329-33-5149     SMK Bkt Tinggi,Bentong    7145
  30. Farah Najwa bte Mat Nayan      860503-33-5348     SMK Bkt Tinggi,Bentong    7146
  31. Nor Amirul Hayat bin Mohd Zaini 870907-06-6067 SMK Bkt Tinggi,Bentong   7147
  32. Mohd Rizan bin Othman           810416-08-5875     SMK Bkt Tinggi,Bentong     7148
  33. Nor Mahafizah bte Mohd Rathi 850506-01-5316    SMK Perantau Damai           7149
  34. Nurul Aini bte Mohd Bain         871122-06-5130     SMK Perantau Damai           7150
  35. Siti Zubaidah bte Muda             820624-06-5288     SMK Perantau Damai            7151
  36. Mohd Azrulnizam bin Abdul Aziz 810913-06-5007 SMK Perantau Damai          7152
  37. Nor Rahidayah bte Rahim         841020-06-5650     SMK Perantau Damai             7153
  38. Semek bin Mustafar                  600625-06-5234     SMK Bkt Goh,Kuantan          7154
  39. Norliana bte Hopbi                   910402-06-5388     SMK(LKTP)Chemomoi         7155
  40. Norazita bte Abd Rahman        791027-06-5044     SMK Seri Lipis,K.Lipis          7156
  41. Muhammad Hamdan bin Dollah 820128-06-5203  SMK Kg.Awah,Temerloh        7157
  42. Surinam bte Razali                   661201-06-5504     SMK Mat Kilau,Kuantan         7158
  43. Nurul Huda bte Ghazali           801021-14-6122     SMK Sg.Isap,Kuantan              7159
  44. Maria bte Rostam                    850503-10-5252     SMK Tg Afzan,Kuantan          7160
  45. Suhadayanti bte Abdul Jani     840310-06-5216     SMK Sultanah Hjh Kalsom      7189
  46. Nor Hasyimahbte Mat Ali      830201-06-5250     SMK Sg.Isap Murni,Kuantan   7190
  47. Noraiza bte Mat Junoh           751128-11-5120     SEMSAS                                    7191
  48. Fatimah@Suzita bte Ali          730330-11-5156     SEMSAS                                    7192
  49. Khairiah bte Mahmod              770614-06-5556     SMK Indera Mahkota 2            7193
  50. Noor Afizah bte Mohd Ali      830218-06-5150     SMK Indera Mahkota 2            7194
  51. Hamizah bte Jamaludin            800313-06-5258     SMK Beserah,Kuantan             7195
  52. Syed Mohd Danieal S.Mahmud 881231-05-5395  SMK Teluk Chempedak            7196
  53. Noranita bte Ismail                  810120-03-5596     SMK Beserah,Kuantan              7197
  54. Rafidah bte Abdul Rahim        840101-06-6108     SMK Chedung Jaya,Maran        7198
  55. Hasnida bte Abdul Karim       860530-33-5618     SMK Dato'Shahbandar Hussain  7199
  56. Sunita bte Mohd Ghazali       780206-06-5580     SMK Alor Akar,Kuantan             7200
  57. Nor Juliani bte Abd Razak     781028-11-5286     SMK Pelindung,Kuantan             7201
  58. Mazilah bte Botok                 810406-11-5372     SMK Pelindung,Kuantan             7202
  59. Muji bte Mat Daud               840809-06-5274     SMK Pelindung,Kuantan              7203
  60. Zuraidah bte Pakso                710427-06-5388     SMK Pelindung,Kuantan              7204
  61. Zainun bte Jusoh                   700813-11-5188     SMK Ketari,Bentong                    7205
  62. Aziz bin Ismail                      700502-06-5275     SMK Kg Sertik,Bentong               7206
Senarai nama ahli baru ini berkuatkuasa mulai pemotongan gaji melalui Biro Pemotongan Angkasa(BPA) bermula Julai 2013.
Tahniah kepada semua ahli baru KSKM Negeri Pahang,semoga segala sokongan dan dokongan yang Tuan/Puan berikan kepada KSKM NMegeri Pahang akan lebih meningkatkan lagi motivasi dan komitmen semua AJK KSKM Negeri dalam mengangkat dan memartabatkan lagi profesion Pembantu Makmal di Negeri Pahang(khususnya) dan di Malaysia(amnya).
Kepada rakan-rakan Pembantu Makmal yang masih selesa berada di luar perjuangan KSKM,~ADMIN~ merayu dan menyeru rakan-rakan sekelian agar kita bersama-sama dapat bersatu dan berpadu untuk membawa suara kita dalam menegakkan dan menjayakan perjuangan hak-hak kita selaku Pembantu Makmal. Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~