Tuesday, September 17, 2013

MESYUARAT KHAS 'MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG KSKM KEBANGSAAN'

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
KSKM Pusat telah menganjurkan satu mesyuarat khas 'Majlis Jawatankuasa Agung KSKM Kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur sepertimana ketetapan di bawah:
Barisan Pegawai Tertinggi KSKM Pusat dan Negeri


Tarikh      : 07.September 2013
Masa        : 10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat     : KL International Hotel, Kuala Lumpur
Topik       : Mesyuarat Khas Majlis             Jawatankuasa Agung KSKM Kebangsaan.
Kehadiran : Semua Pegawai Tertinggi KSKM Pusat dan Pegawai Tertinggi Negeri.
Pahang diwakili oleh Pengerusi; En.Khairul A'zli Hj Ahmad, Setiausaha; En.Mohd Lotfan Abd Aziz dan Bendahari; Pn.Rogayah Othman.

Pegawai Tertinggi KSKM Kebangsaan

Mesyuarat dipengerusikan oleh Saudara Presiden KSKM Pusat dan berlangsung berdasarkan agenda yang telah disediakan.
Didalam blog ini ~ADMIN~ ingin berkongsi beberapa maklumat yang penting untuk pengetahuan semua ahli-ahli KSKM Negeri Pahang(khasnya) dan semua ahli-ahli KSKM yang lain (umumnya).
Mesyuarat Khas kali ini tertumpu kepada persiapan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KSKM Kali ke-12. Mesyuarat membincangkan segala persiapan dan perkara-perkara asas yang wajib dilaksanakan oleh KSKM Peringkat Pusat mahupun KSKM diperingkat Negeri.
Persidangan Perwakilan tersebut dijadualkan pada 18, 19 dan 20 November 2013 (Isnin-Rabu). Insyallah,tempat persidangan kali ini adalah di KL International Hotel, Kuala Lumpur. Penganjur Persidangan tersebut akan menjemput Presiden Cuepacs iaitu Yang Berusaha Dato' Hj.Omar bin Osman selaku perasmi kepada Persidangan Perwakilan kali ini.

Antara barisan AJK Tertinggi KSKM Negeri yang hadir

Di dalam Hal-hal Lain, Pahang diwakili oleh Pengerusi; En.Khairul A'zli telah mengemukakan beberapa perkara untuk diperbincangkan di peringkat kebangsaan. Antara perkara tersebut adalah:
1. Pahang mendesak Majlis Jawatankuasa Agung agar memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat mengeluarkan satu pekeliling 'KHUSUS' bagi perlaksanaan 'tugas pembersihan makmal dilakukan oleh kontraktor pembersihan' sebagaimana termaktub di dalam buku Huraian Tugas Pembantu Makmal.
2. Pahang memohon status tuntutan khairat kematian ahli KSKM Pahang; En.Abu Hassan bin Rejab pada 7.2.2013.
3. Jawatan Tukar Lantik N1 @ N4 kepada C17 bagi PAP Makmal. Adakah harapan bagi PAP yang ketinggalan untuk memohon ke jawatan tersebut.
4. Pahang merakamkan TAHNIAH kepada KSKM Pusat kerana telah menjemput bersama Pengerusi dan Bendahari Negeri-Negeri hadir bersama di dalam Mesyuarat Khas Majlis Jawatankuasa Agung kali ini. Segala maklumat dan hasil perbincangan serta permasalahan di peringkat negeri sedikit sebanyak akan dapat diselesaikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada tarikh dan masa yang akan ditentukan nanti.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment