Friday, September 27, 2013

TEMPAHAN T'SHIRT DAN KEMEJA KORPORAT KSKM NEGERI PAHANG DILANCARKAN

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Design T'Shirt KSKM Negeri Pahang

KSKM Negeri Pahang telah melancarkan promosi bagi tempahan t'shirt KSKM negeri pada 21 September 2013 semasa Mesyuarat AJK KSKM Negeri Pahang bersama Wakil-Wakil AJK Pelaksana Daerah-Daerah di SMK Abu Bakar, Temerloh. Pelancaran promosi tersebut telah dilakukan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad. 
Kejayaan penjualan baju korporat serta usul dari ahli KSKM ketika Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal di SMK Sri Tualang baru-baru ini telah mendorong AJK KSKM Negeri memikir dan bertindak dalam menyediakan satu imej tersendiri KSKM Negeri Pahang melalui pengenalan t'shirt KSKM Negeri.
KSKM menyediakan t'shirt dengan warna seakan-akan baju kemeja korporat kerana ianya akan terus menjadi warna imej KSKM Negeri Pahang. T'shirt tersebut dikeluarkan dengan 2 bentuk iaitu t'shirt berlengan pendek dan berlengan panjang. Logo serta perkataan "KSKM PAHANG" adalah dengan sulaman @ embroidery. Design adalah rekaan KSKM Negeri Pahang yang tersendiri (custom made). Kain dari jenis 20 TC PK. Saiz bermula dari  S - 4XL (jika terdapat saiz yang lebih besar,tempahan boleh dibuat mengikut ukuran saiz badan - harga tertakluk kepada terma dan syarat).
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i.  T'shirt berlengan pendek - RM 26.00
ii. T'shirt berlengan panjang - RM 27.00
Harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan atas dasar material kain dan t'shirt custom made. Untuk perhatian dan makluman ahli, tiada pengecualian bayaran dikenakan kepada semua AJK KSKM Negeri (sebagaimana tempahan baju korporat yang lalu).

Design Kemeja Korporat untuk tempahan Fasa ke-4

Atas permintaan yang berterusan daripada seluruh ahli maka AJK KSKM Negeri Pahang telah bersetuju untuk mempromosikan kembali tempahan baju korporat sepertimana yang telah dilancarkan pada tahun 2012. Sebagai makluman, tempahan baju korporat kini telah memasuki fasa yang ke-4. KSKM Negeri Pahang masih mengekalkan design dan bentuk serta gaya potongan baju tersebut. Saiz baju boleh diperolehi dari rakan-rakan yang telah memiliki dari tempahan yang terdahulu. Saiz yang ditawarkan adalah bermula dari saiz S - 5XL. KSKM masih mengekalkan harga tempahan sepertimana fasa 1-3 dahulu iaitu RM60.00. 
Baju Koprat Muslimah juga turut dipromosikan dimana harga yang ditawarkan adalah rm70.00.

Tempahan boleh dibuat sekarang dengan menghubungi Wakil KSKM Daerah masing-masing beserta dengan duit tempahan mengikut jenis baju dan kuantiti yang diingini.
Berikut disenaraikan Wakil-Wakil Daerah untuk dihubungi;
Kuantan     - Pn, Rosidah bte Adam Ahmad (SMK Tanah Puteh) - 0139337353.
Pekan        - En. Hamirul Nizam Abd Hamid (SHAH,Pekan) - 0199058673
Rompin     - En. Kamaruzaman Ab Manaf (SMK Tg.Gemok) - 0129528255
Maran       - Pn. Rogayah Othman (Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang) - 013-9355323
Temerloh  - Pn. Hazita Mokhtar (SMK Hwa Lian,Mentakab) - 0179828831
Bera         - Pn. Norhana Haron (SMK Mengkarak) - 0199938024
Jerantut    - En.Ahmad Khatimi Bahaudin (SMK Pdg Piol) - 0199210684
K.Lipis      - En.Lukman Baharuddin (SMK Setia Wangsa) - 0199829722
Cameron   - Pn.Rossila Hassan (SMK Ringlet) - 0175284922
Raub        - En. Hermi Zakaria (SEMESTA) - 0199613449 @ 1079996383
Bentong    - En. Sallehudin Abdul Talib (Kolej Teknik TAA,Bentong) - 0145301951
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan tempahan, Tuan/Puan boleh menghubungi secara terus kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad di talian :
0199161514(cel) @ 0179394951(mxs).

~ADMIN~ menyeru dan mengharapkan sekelian ahli agar dapat bersama-sama  menjayakan kedua-dua tempahan tersebut bagi memperkasakan dan menonjolkan imej korporat KSKM Negeri Pahang yang tersendiri serta sedikit keuntungan daripada penjualan t'shirt dan baju korporat tersebut akan disalurkan terus ke tabungan KSKM Negeri Pahang. Semoga sedikit usaha sebegini akan dapat memberikan manafaat dan impak yang besar kepada seluruh ahli KSKM Negeri Pahang serta akan menjadi satu usaha yang berterusan di pihak AJK KSKM Negeri dalam menjalankan amanah yang telah diberi oleh seluruh ahli KSKM Negeri Pahang.

Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment