Thursday, September 12, 2013

TAHNIAH! MESYUARAT AJK PELAKSANA KSKM DAERAH LIPIS KALI KE 3 DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013






KSKM NEGERI PAHANG


Assalamualaikum wbt...

~ADMIN~ merakamkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas kepada seluruh ahli PSKM Daerah Lipis terutama barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Lipis yang diketuai oleh En. Lukman Baharuddin kerana telah berjaya menganjurkan satu Mesyuarat  AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah Lipis berserta dengan jamuan hari raya Aidilfitri sepertimana ketetapan di bawah:
Suasana Mesyuarat yang berlangsung di bilik mesyuarat SMK Kuala Lanar
Tarikh      : 2 September 2013
Masa        : 2.00 - 5.00 petang
Tempat     : SMK Kuala Lanar, Kuala Lipis
Kehadiran : Sermua Ahli PSKM Daerah Lipis

~ADMIN~ difahamkan oleh Pengerusi dan Setiausaha KSKM Negeri bahawa Pengerusi PSKM Lipis ada menghubungi mereka untuk menjemput dengan segala hormatnya ke kedua-dua majlis tersebut namun disebabkan  beberapa halangan dan kekangan yang tidak dapat dielakkan serta masalah pelepasan di peringkat sekolah masing-masing maka AJK KSKM Negeri Pahang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut.~ADMIN~ mewakili AJK KSKM Negeri Pahang sekali lagi mengambil kesempatan di Laman Blog ini untuk memohon kemaafan kepada seluruh ahli KSKM Daerah Lipis kerana ketidakhadiran mereka di majlis tersebut.

Peneraju utama KSKM Daerah Lipis
Majlis pada petang itu diteruskan bagi meraikan Aidilfitri 1434 hijrah. Apa yang~ADMIN~ faham dari cerita-cerita yang dikutip dari facebook rakan-rakan ahli KSKM di daerah Lipis adalah program tersebut berobjektif untuk merapatkan lagi ukhwah dan tali sillatulrahim antara sesama rakan sejawatan di dalam daerah, saling maaf-bermaafan serta dapat bertemu muka  dan bertukar-tukar pandangan berkaitan kerjaya masing-masing. 

Antara Ahli PSKM yang turut serta di dalam majlis pada hari tersebut

~ADMIN~ingin berkongsi perancangan dan aktiviti yang diperbincangkan di dalam Mesyuarat AJK tersebut untuk memberi pencerahan dan idea-idea segar kepada semua rakan-rakan ahli KSKM di daerah-daerah lain untuk sama-sama memikirkan agenda untuk memperkasakan program diperingkat daerah masing-masing.
Antara rangkuman perkara-perkara yang diperbincangkan adalah:
-  Ucapan pengerusi kepada semua ahli KSKM Lipis kerana kejayaan menjadi KSKM Cemerlang di peringkat Negeri Pahang dan meminta Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli agar bersegera bertindak memohon keahlian KSKM.
- Timbalan Pengerusi memperincikan program penanda aras pada 17 september 2013 ke SMK Alam Shah, Selangor.
- Laporan bendahari berkaitan kewangan.
- Ucapan Pegawai Matematik dan Sains PPD Lipis; mengingatkan agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan norma kerja pembantu makmal.

 ~ADMIN~ingin merakamkan penghargaan kepada rakan facebook terutama Viosshe Na kerana dapatlah ~ADMIN~ meng'up-date' program diperingkat daerah. Kerjasama sebegini mudah-mudahan akan terus terjalin dalam memartabatkan profesion kita selaku Pembantu Makmal.
~ADMIN~ juga merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Setiausaha PSKM Daerah Lipis atas perkongsian maklumat bersama KSKM Negeri Pahang.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~







No comments:

Post a Comment