Sunday, September 30, 2012

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN PEMBANTU MAKMAL NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG
        • Alhamdulillah...borang telah selamat sampai kpd Puan dan diharap Puan akan lebih bersemangat untuk bersama-sama KSKM.
          ~ADMIN~ingin respon berkenaan PM lama yang tidak berminat untuk bersama-sama menyertai KSKM.~ADMIN~mahupun KSKM Negeri dan Pusat tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan setiap PM untuk menyertai KSKM namun apa yang KSKM lakukan khususnya bersama-sama CUEPACS dalam membela nasib setiap penjawat awam termasuklah PM itu sendiri samada memperjuangkan bonus,kenaikan gaji,kenaikan elaun,masalah2 yg timbul kpd penjawat awam dan sebagainya meliputi semua PM samada yang menjadi ahli KSKM mahupun yang tidak menjadi ahli.~ADMIN~telah postkan satu artikel di Blog KSKM di dlm kolum DARI MINDA~ADMIN~dimana PM yang tidak menjadi ahli KSKM ini bolehlah diibaratkan sebagai "PARASIT" yang hanya menumpang tuah atas pengorbanan orang lain.Bagi KSKM itu sendiri,baik diperingkat Pusat mahupun Negeri Pahang ini,permasalahan yang dialami oleh setiap PM akan cuba dibantu dan ditanggani oleh AJK yang dilantik.Bagi~ADMIN~AJK KSKM Pahang bagi sesi 2011/2013 ini telah banyak melakukan pelbagai perkara yang dianggap positif kepada setiap ahli KSKM Negeri.Banyak kursus telah dijalankan samada bersama JPN-Kursus Keselamatan Makmal siri1 dan 2.Kursus anjuran KSKM Negeri Pahang bersama Giat Mara Malaysia-Kursus Asas Kemahiran Elektrik dilangsungkan di 5 Giat Mara iaitu Giat Mara Raub,Jerantut,Maran,Rompin dan Pekan.Kursus usahasama KSKM dengan Kolej Komuniti dimana daerah Raub telah menjalankan Kursus Pertolongan Cemas.Bagi daerah Temerloh pula Kursus IT juga telah dijalankan.Untuk pengetahuan Puan,KSKM Negeri Pahang sedang merangka beberapa lagi kursus usahasama KSKM dengan Kolej Komuniti dimana pada bulan 10 nanti,daerah Bentong akan terlibat.Begitu juga denga daerah Jerantut,Pekan,Rompin,Bera,Maran dan Cameron Highlands.Bagi daerah Lipis pula,AJK Pelaksana Peringkat Daerah Lipis amat2 aktif menggerakkan segala program yang telah,sedang dan akan dijalankan.
          Puan,banyak lagi kelebihan jika ~ADMIN~itaip disini tentang KSKM.Berkaitan kebajikan ahli pula,Pengerusi Negeri Pahang iaitu En.Khairul A'zli Ahmad sentiasa membawa permasalahan Pm ketika menghadiri Mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan' yang dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.Antara perkara yang diangkat ketika pertemuan tersebut adalah berkenaan PM yang sentiasa diarah untuk menggantikan guru ketika P&P berjalan(relief),PAP(Makmal)ditarik keluar dari makmal,PM yang baru ditempatkan bukan di makmal sains,Memohon dibekalkan 'Lab Coat' kpd semua PM(sedang dlm proses kelulusan),memohon peruntukan kasut kpd PM,Memperjuangkan masakerja yang tetap kepada PM,program pelupusan bahan kimia secara bersepadu dan lain-lain lagi.Disamping itu juga,Pengerusi dan AJK KSKM Negeri sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan ahli-ahli KSKM.AJK Negeri telah beberapa kali turun padang ke sekolah-sekolah di dalam Pahang untuk bertanya khabar dan bertanya permasalahan yang dialami oleh ahli-ahli mahupun yang masih bukan menjadi ahli.
          Puan,sebenarnya,sahabat2 PM lama ini kurang mendapat maklumat yang benar dari KSKM.Memang tidak dinafikan bahawa pada sesi2 yang lalu sebelum sesi2011/2013 ini KSKM Negeri(khususnya)sangat2 kurang aktif dengan pelbagai aktiviti.Tidak dinafikan bahawa ketika itu,ramai PM yang menjadi ahli telah keluar dari KSKM.Secara jujur,~ADMIN~juga terlintas untuk bertindak sebagaimana segelintir PM tersebut.Ini disebabkan KSKM kelihatan begitu lesu dan layu.Alhamdulillah,kini KSKM Pahang telah mengorak langkah yang drastik dengan membuat satu anjakan paradikma dan satu transformasi yang dilakukan oleh seluruh AJK sesi ini.Tahniah dan syabas semoga Allah SWT akan terus memberikan kekuatan dan kudrat kepada seluruh AJK KSKM Negeri Pahang untuk terus menyumbangkan tenaga,idea dan kewangan demi menjaga dan memartabatkan profesion Pembantu Makmal di dalam Malaysia.
          Puan,~ADMIN~menyusun kemaafan seandainya apa yang~ADMIN~tulis ada yang mengakibatkan terasa sakit hati dan ~ADMIN~memohon keampunan dari Allah SWT jika tulisan~ADMIN~ada yang merasakan diri barisan AJK KSKM Negeri berasa bongkak dan takabbur..Nauzubillah.
          Akhir kata,semoga Puan akan bersemangat dan akan terus memberikan sokongan kepada KSKM Negeri Pahang.Sampaikan salan seluruh AJK KSKM Negeri Pahang kepada Pembantu Makmal lama yang masih selesa berada di luar dari KSKM. Sekian,terima kasih.
          ~ADMINKSKMPahang~








Friday, September 28, 2012

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM) KUMPULAN 2

Tajuk       : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia(KISSM)
                  Modul Umum/Khusus
                  Kumpulan II Bil.23/2012
Tarikh      : 12 - 14 September 2012
Tempar    : Impiana Resort, Cherating, Pahang.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu kursus wajib bagi setiap penjawat awam di Malaysia iaitu Kursus Induksi. Penjawat awam yang baru dilantik telah dipanggil untuk menjalani kursus tersebut.~ADMIN~difahamkan bahawa majoriti peserta kursus induksi ini terdiri daripada Pembantu Makmal lantikan baru iaitu pengambilan pada bulan Mei 2012.
~ADMIN~mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh Pembantu Makmal yang telah mengikuti kursus tersebut.Semoga sepanjang kursus yang diikuti tersebut akan  menjadi motivasi bagi setiap penjawat awam untuk terus bekerja dengan telus,ikhlas dan berintegriti.
~ADMIN~mengambil kesempatan untuk mengucapka terima kasih kepada En.Zul(SMK Dong) kerana sudi berkongsi gambar peserta kursus induksi tersebut
Salam Kesatuan dari:
~ADMINKSKMPahang~.




Thursday, September 27, 2012

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA(KISSM) KUMPULAN II BIL 22/2012

Tajuk    : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)
               Modul Umum/Khusus kumpulan II 22/2012
Tarikh   : 10 - 12 September 2012
Tempat : Impiana Resort, Cherating, Pahang.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu kursus wajib bagi setiap penjawat awam di Malaysia iaitu Kursus Induksi.Seramai 116 penjawat awam yang baru dilantik telah dipanggil untuk menjalani kursus tersebut.~ADMIN~difahamkan bahawa 114 peserta kursus induksi ini terdiri daripada Pembantu Makmal lantikan baru iaitu pengambilan pada bulan Mei 2012.
~ADMIN~mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh Pembantu Makmal yang telah mengikuti kursus tersebut.Semoga sepanjang kursus yang diikuti tersebut akan  menjadi motivasi bagi setiap penjawat awam untuk terus bekerja dengan telus,ikhlas dan berintegriti.
~ADMIN~mengambil kesempatan untuk mengucapka terima kasih kepada En.Ismanizam bin Mat Din (SEMESTA) kerana sudi berkongsi gambar peserta kursus induksi tersebut.
Salam Kesatuan dari:
~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, September 25, 2012

PERJUMPAAN KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL(KSKM) DAERAH RAUB DAN JAMUAN HARI RAYA



Bertempat di SM Sains Tengku Abdullah(SEMESTA),KSKM daerah Raub sekali lagi telah menggerakkan program mereka dengan mengadakan satu perjumpaan ahli KSKM Daerah dan Jamuan Raya.Program ini digerakkan oleh Wakil KSKM Daerah Raub,En.Hermi bin Zakaria selaku pengerusi penganjur dan dibantu oleh AJK Penyelaras KSKM Daerah. Pn.Roslilawati binti Mohd Ghazali(Bendahari) adalah antara yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program KSKM di peringkat daerah Raub.Turut serta  berperanan penting dalam penganjuran program tersebut adalah semua Pembantu Makmal dari SEMESTA selaku tuan rumah.
Program ini diadakan untuk meraikan semua ahli KSKM daerah sempena sambutan hari raya walaupun pada tarikh tersebut Syawal telah berlalu namun pengisian Syawal dan meraikan ahli sempena Syawal tidak merencatkan kemeriahan sambutan tersebut.
~ADMIN~difahamkan oleh penganjur bahawa KSKM Daerah Raub telah turut serta dalam sambutan Hari Raya peringkat Daerah Raub anjuran Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) yang lalu.Ini merupakan satu kejayaan yang seharusnya menjadi pendorong kepada setiap KSKM daerah di Negeri Pahang untuk menggerakkan sebarang program untuk kebaikan dan kebajikan ahli di daerah masing-masing.
Di dalam program itu,Pengerusi KSKM Daerah Raub,En.Hermi Zakaria menyampaikan ucapan alu-aluan  dan selamat datang kepada wakil tuan rumah,Pengetua SEMESTA serta semua ahli KSKM daerah.
Pengerusi KSKM Negeri Pahang turut terlibat di dalam program tersebut serta turut sama menyampaikan ucapan dan melancarkan satu tabung derma kepada ahli KSKM Negeri Pahang,Puan Norazna binti Abu Bakar yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya sehari sebelum Aidil Fitri.
Untuk semua pelawat Blog KSKM Negeri Pahang,~ADMIN~paparkan perjumpaan dan sambutan hari raya ahli-ahli KSKM daerah Raub 2012.
~ADMINKSKMPahang~

KPT SEMESTA menjadi tetamu khas di jamuan tersebu

Selamat Hari Raya `Maaf Zahir dan Batin~

En.Khairul A'zli Hj Ahmad menyampaikan taklimat ringkas berkaitan KSKM Negeri Pahang




Wednesday, September 12, 2012

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG KE SMK CLIFFORD KUALA LIPIS

Perjalanan "Program Turun Padang Pengerusi KSKM Negeri Pahang"diteruskan lagi dimana kali ini destinasi yang dituju adalah daerah Kuala Lipis yang merupakan daerah yang banyak menyimpan bahan-bahan sejarah perjuangan.Daerah ini dahulunya merupakan ibu negeri Pahang sebelum berpindah ke daerah Kuantan.Kuala Lipis juga mempunyai lapangan terbang pada ketika itu namun ketika ini segalanya telah menjadi sejarah daerah untuk bahan ilmiah generasi akan datang.
Disamping itu,SMK Clifford juga amat terkenal dari dahulu sehingga kini kerana banyak melahirkan tokoh-tokoh besar di negara ini.Terkini,Dato' Siti Norhaliza merupakan bekas pelajar di sekolah ini.
Pengerusi KSKM Negeri,En.Khairul A'zli Ahmad telah memilih SMK Clifford sebagai tumpuan utama kerana disitu Wakil KSKM Daerah K.Lipis iaitu Puan.Haszlina bertugas.
Sesi turun padang pada kali ini tidak dapat untuk melawat ke dalam makmal di SMK Clifford kerana kebetulan pada hari tersebut,pihak sekolah mengadakan sambutan aktiviti sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.
Pengerusi KSKM Negeri sempat bertemu dengan Wakil KSKM Lipis di tepi padang bola sekolah dalam keadaan yang santai.Disamping bertujuan untuk mengedarkan sample saiz baju koprat KSKM Negeri Pahang untuk mendapatkan ukuran sebenar kepada penempah,beberapa isu dan cadangan untuk KSKM Lipis gerakkan aktiviti diperingkat daerah turut dibincangkan di dalam pertemuan singkat tersebut.
~ADMIN~mengucapkan terima kasih kepada Puan Haszlina kerana sudi menerima kunjungan singkat Pengerusi KSKM Pahang dalam memenuhi agenda rasmi'Program Turun Padang Pengerusi KSKM Pahang'
~ADMIN~sempat merakamkan panorama indah semasa program tersebut berlangsung untuk dikongsikan bersama.
Mercu tanda bandar Kuala Lipis
                                       
Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad sedang berbincang sesuatu bersama Wakil KSKM Daerah Lipis,Puan.Haszlina.

Bangunan sekolah yang penuh bersejarah

         

Tuesday, September 11, 2012

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG KE SMK DONG RAUB

Perjalanan Program Turun Padang Pengerusi Negeri Pahang diteruskan lagi dimana pada 13hb.Ogos 2012,kira-kira jam hampir ke pukul 3.00 petang.rombongan tersebut berhenti di SMK Dong,Raub.Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang berada di dalam Kampung Dong.Kebanyakan pelajar yang bersekolah disini terdiri daripada masyarakat melayu yang mendiami dipersekitaran kawasan Dong.
Dalam program turun padang tersebut,Pengerusi KSKM Negeri,En.Khairul A'zli Hj Ahmad turut mengambil apa juga masalah,kesulitan dan kerumitan yang dialami oleh ahli-ahli KSKM di sekolah tersebut.
Kehadiran Wakil KSKM Daerah Raub,En.Hermi bin Zakaria,turut mendapat 'feed-back' yang baik dari ahli KSKM daerah.
Turut serta,urusetia tempahan baju koprat untuk ahli-ahli KSKM Negeri Pahang bagi mendapatkan saiz ukuran baju yang tepat bagi semua ahli-ahli yang membuat tempahan.Ini bagi mengelakkan berlakunya tempahan baju yang tidak dapat digunakan,baju yang sempit,baju yang sendat dan sebagainya yang menyebabkan kerugian kepada penempah.Urusetia berpegang kepada kata-kata lama"Biar Lambat Asalkan Selamat"

Makmal Sains SMK Dong yang baru dinaiktaraf...Cantik!












Monday, September 10, 2012

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG KE SMK BENTA KUALA LIPIS



Tarikh : 13.Ogos.2012
Bertempat di SMK Benta,Kuala Lipis, Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad ditemani Wakil KSKM Daerah Raub telah berkesempatan mengunjungi ahli-ahli KSKM di sekolah tersebut.Kehadiran pemimpin tersebut disambut mesra oleh ahli-ahli KSKM yang berkhidmat di sana.
Tujuan utama kunjungan Pengerusi KSKM Negeri adalah untuk melihat dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh ahli KSKM di sana.
Kunjungan ini juga merupakan Program Turun Padang Pengerusi KSKM Negeri ke daerah-daerah yang dilawati.
Disamping itu juga,urusetia tempahan baju koprat turut membawa contoh saiz baju kepada semua ahli yang membuat tempahan agar baju koprat yang ditempah nanti tidak akan menimbulkan masalah samada terlalu besar,kecil,sendat ataupun ketidakselesaan untuk pemakainya.

Semoga program ini akan dapat merapatkan KSKM Peringkat Negeri dengan ahli-ahli yang berada di sekolah-sekolah di seluruh negeri Pahang.
Beberapa gambar yang dapat dikutip sepanjang lawatan singkat Pengerusi KSKM Negeri ke SMK Benta,Kuala Lipis.
Pengerusi KSKM Negeri berehat sebentar sementara menunggu ketibaan PM di SMK Benta
Mencatat pemasalahan yang dihadapi oleh PM di SMK Benta
Sebahagian daripada staff makmal di SMK Benta


Wednesday, September 5, 2012

PROGRAM ZIARAH AHLI KSKM TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Lambaian kampung halaman dan gelak ketawa anak-anak tika Syawal hampir menjelma menjadi mimpi ngeri seorang ahli KSKM Negeri Pahang Puan Norazna binti Abu Bakat (5590)apabila perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga tercinta di Rompin,Pahang telah bertukar tragedi apabila kenderaan yang dinaiki oleh keluarga beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya antara Pekan-Rompin.
Perjalanan dari Temerloh ke Rompin bertujuan untuk bersama-sama keluarga mentua beliau menyambut hari lebaran pada 19.Ogos.2012 namun segalanya telah menjadi ketentuan Illahi kerana di dalam kemalangan tersebut,suami dan anak beliau telah dipanggil oleh Allah mengadapNya lebih awal dari kita semua.
Diberitakan bahawa Allahyarham suami Puan Norazna telah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian manakala anak beliau telah dipanggil Illahi ketika di hospital.Jenazah kedua-dua mangsa tersebut telah dikebumikan di tanah perkuburan Allahyarham suami beliau di Rompin.Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh keduanya.Al-Fatihah!.
Anak beliau yang pertama terselamat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuantan.dan difahamkan keadaannya stabil.Manakala Puan Norazna pula telah patah paha disebelah kanan dan kini terlantar di rumah beliau.Beliau masih tidak dapat bergerak dan memerlukan pertolongan dari keluarga.Namun apa yang sangat-sangat menarikjika dilihat sepanjang program ziarah tersebut adalah kecekalan,ketabahan dan kekuatan yang ada di dalam diri Puan Norazna sangat-sangat tinggi dan harus dicontohi oleh kita semua.Semoga Allah akan terus memberi keistimewaan tersebut kepada beliau dan kita semua.


Puan Norazna pernah berkhidmat di SMK Bandar Sultan Sulaiman,Pelabuhan Kelang,Selangor.Kemudian beliau bertukar ke SMK Purun,Pahang dan kini berkhidmat di SMK Hwa Lian,Temerloh Pahang.
KSKM Negeri Pahang telah menerima maklumat berkaitan perkara tersebut agak lewat dan dengan inisiatif semua AJK KSKM Negeri Pahang maka satu Program Ziarah Ahli KSKM telah dijalankan.Diketuai oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad,En.Mohd Lotfan Abd Aziz(Setiausaha),Puan Rogayah Othman(Bendahari),Puan Maslina Amriem(AJK),En.Muhammad Nazri Ibarahim(AJK) dan beberapa ahli-ahli KSKM daerah Temerloh.
Sehubungan dengan itu,~ADMIN~mewakili Pengerusi KSKM Negeri Pahang telah melancarkan satu tabung derma ikhlas kepada Puan Norazna  binti Abu Bakar.Kepada seluruh wargakerja makmal dan sesiapa juga rakan-rakan yang membaca blog KSKM ini,dimohon agar dapat menghulurkan derma seikhlas mungkin kepada beliau agar sekurang-kurangnya sumbangan kita itu akan dapat meringankan beban dan tanggungan beliau sekeluarga.Bagi semua dermawan di luar sana yang ingin menghulurkan derma,Tuan/Puan bolehlah menyalurkan derma Tuan/Puan melalui akaun bank BSN i-Giro: 1010441000018874.
Semoga sumbangan anda akan dapat meringankan beban Puan Azna dan mendapat balasan dari Allah SWT.Amin!
~ADMIN~sempat mengumpul gambar-gambar yang sempat diambil ketika program ziarah tersebut(dengan keizinan Puan Norazna) untuk dimuatkan di dalam blog ini.








PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG KE SMK SUNGAI RUAN,RAUB

Tarikh : 13.Ogos.2012
Bertempat di SMK Sungai Ruan,Raub Pensi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj hAhmad ditemani Wakil KSKM Daerah Raub telah berkesempatan mengunjungi ahli-ahli KSKM di sekolah tersebut.Kehadiran pemimpin tersebut disambut mesra oleh ahli-ahli KSKM yang berkhidmat di sana.
Tujuan utama kunjungan Pengerusi KSKM Negeri adalah untuk melihat dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh ahli KSKM di sana.
Kunjungan ini juga merupakan Program Turun Padang Pengerusi KSKM Negeri ke daerah-daerah yang dilawati.
Antara wargakerja makmal di SMK Sungai Ruan


Disamping itu juga,urusetia tempahan baju koprat turut membawa contoh saiz baju kepada semua ahli yang membuat tempahan agar baju koprat yang ditempah nanti tidak akan menimbulkan masalah samada terlalu besar,kecil,sendat ataupun ketidakselesaan untuk pemakainya.
Semoga program ini akan dapat merapatkan KSKM Peringkat Negeri dengan ahli-ahli yang berada di sekolah-sekolah di seluruh negeri Pahang.