Tuesday, September 25, 2012

PERJUMPAAN KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL(KSKM) DAERAH RAUB DAN JAMUAN HARI RAYA



Bertempat di SM Sains Tengku Abdullah(SEMESTA),KSKM daerah Raub sekali lagi telah menggerakkan program mereka dengan mengadakan satu perjumpaan ahli KSKM Daerah dan Jamuan Raya.Program ini digerakkan oleh Wakil KSKM Daerah Raub,En.Hermi bin Zakaria selaku pengerusi penganjur dan dibantu oleh AJK Penyelaras KSKM Daerah. Pn.Roslilawati binti Mohd Ghazali(Bendahari) adalah antara yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program KSKM di peringkat daerah Raub.Turut serta  berperanan penting dalam penganjuran program tersebut adalah semua Pembantu Makmal dari SEMESTA selaku tuan rumah.
Program ini diadakan untuk meraikan semua ahli KSKM daerah sempena sambutan hari raya walaupun pada tarikh tersebut Syawal telah berlalu namun pengisian Syawal dan meraikan ahli sempena Syawal tidak merencatkan kemeriahan sambutan tersebut.
~ADMIN~difahamkan oleh penganjur bahawa KSKM Daerah Raub telah turut serta dalam sambutan Hari Raya peringkat Daerah Raub anjuran Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) yang lalu.Ini merupakan satu kejayaan yang seharusnya menjadi pendorong kepada setiap KSKM daerah di Negeri Pahang untuk menggerakkan sebarang program untuk kebaikan dan kebajikan ahli di daerah masing-masing.
Di dalam program itu,Pengerusi KSKM Daerah Raub,En.Hermi Zakaria menyampaikan ucapan alu-aluan  dan selamat datang kepada wakil tuan rumah,Pengetua SEMESTA serta semua ahli KSKM daerah.
Pengerusi KSKM Negeri Pahang turut terlibat di dalam program tersebut serta turut sama menyampaikan ucapan dan melancarkan satu tabung derma kepada ahli KSKM Negeri Pahang,Puan Norazna binti Abu Bakar yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya sehari sebelum Aidil Fitri.
Untuk semua pelawat Blog KSKM Negeri Pahang,~ADMIN~paparkan perjumpaan dan sambutan hari raya ahli-ahli KSKM daerah Raub 2012.
~ADMINKSKMPahang~

KPT SEMESTA menjadi tetamu khas di jamuan tersebu

Selamat Hari Raya `Maaf Zahir dan Batin~

En.Khairul A'zli Hj Ahmad menyampaikan taklimat ringkas berkaitan KSKM Negeri Pahang




No comments:

Post a Comment