Wednesday, September 5, 2012

PROGRAM ZIARAH AHLI KSKM TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Lambaian kampung halaman dan gelak ketawa anak-anak tika Syawal hampir menjelma menjadi mimpi ngeri seorang ahli KSKM Negeri Pahang Puan Norazna binti Abu Bakat (5590)apabila perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga tercinta di Rompin,Pahang telah bertukar tragedi apabila kenderaan yang dinaiki oleh keluarga beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya antara Pekan-Rompin.
Perjalanan dari Temerloh ke Rompin bertujuan untuk bersama-sama keluarga mentua beliau menyambut hari lebaran pada 19.Ogos.2012 namun segalanya telah menjadi ketentuan Illahi kerana di dalam kemalangan tersebut,suami dan anak beliau telah dipanggil oleh Allah mengadapNya lebih awal dari kita semua.
Diberitakan bahawa Allahyarham suami Puan Norazna telah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian manakala anak beliau telah dipanggil Illahi ketika di hospital.Jenazah kedua-dua mangsa tersebut telah dikebumikan di tanah perkuburan Allahyarham suami beliau di Rompin.Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh keduanya.Al-Fatihah!.
Anak beliau yang pertama terselamat dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuantan.dan difahamkan keadaannya stabil.Manakala Puan Norazna pula telah patah paha disebelah kanan dan kini terlantar di rumah beliau.Beliau masih tidak dapat bergerak dan memerlukan pertolongan dari keluarga.Namun apa yang sangat-sangat menarikjika dilihat sepanjang program ziarah tersebut adalah kecekalan,ketabahan dan kekuatan yang ada di dalam diri Puan Norazna sangat-sangat tinggi dan harus dicontohi oleh kita semua.Semoga Allah akan terus memberi keistimewaan tersebut kepada beliau dan kita semua.


Puan Norazna pernah berkhidmat di SMK Bandar Sultan Sulaiman,Pelabuhan Kelang,Selangor.Kemudian beliau bertukar ke SMK Purun,Pahang dan kini berkhidmat di SMK Hwa Lian,Temerloh Pahang.
KSKM Negeri Pahang telah menerima maklumat berkaitan perkara tersebut agak lewat dan dengan inisiatif semua AJK KSKM Negeri Pahang maka satu Program Ziarah Ahli KSKM telah dijalankan.Diketuai oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad,En.Mohd Lotfan Abd Aziz(Setiausaha),Puan Rogayah Othman(Bendahari),Puan Maslina Amriem(AJK),En.Muhammad Nazri Ibarahim(AJK) dan beberapa ahli-ahli KSKM daerah Temerloh.
Sehubungan dengan itu,~ADMIN~mewakili Pengerusi KSKM Negeri Pahang telah melancarkan satu tabung derma ikhlas kepada Puan Norazna  binti Abu Bakar.Kepada seluruh wargakerja makmal dan sesiapa juga rakan-rakan yang membaca blog KSKM ini,dimohon agar dapat menghulurkan derma seikhlas mungkin kepada beliau agar sekurang-kurangnya sumbangan kita itu akan dapat meringankan beban dan tanggungan beliau sekeluarga.Bagi semua dermawan di luar sana yang ingin menghulurkan derma,Tuan/Puan bolehlah menyalurkan derma Tuan/Puan melalui akaun bank BSN i-Giro: 1010441000018874.
Semoga sumbangan anda akan dapat meringankan beban Puan Azna dan mendapat balasan dari Allah SWT.Amin!
~ADMIN~sempat mengumpul gambar-gambar yang sempat diambil ketika program ziarah tersebut(dengan keizinan Puan Norazna) untuk dimuatkan di dalam blog ini.








No comments:

Post a Comment