Friday, October 10, 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA CUEPACS BAHAGIAN PAHANG BIL 4/2013 - 2016

KSKM NEGERI PAHANG 

 Assalamualaikum wbt...
 KSKM Negeri Pahang telah menghantar wakil bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa CUEPACS Bahagian Pahang Bil 4/2013-2016. Mesyuarat telah dihadiri oleh AJK KSKM Negeri; Puan. Siti Hafizah Abdul Karim, Puan Norhana Haron dan Puan Maslina Amriem.
Mesyuarat tersebut telah berlangsung sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh :   13 Febuari 2014 ( Khamis)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Ismail Nihat, Pejabat NUTP Cawangan Pahang,
               B-4 Tingkat 2, Jalan Darat Makbar, 25100, Kuantan.
                                        

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Akaun dan Kewangan
5. Perkara yang perlu dimaklumkan
6. Hal-hal Lain



Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, October 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN STOK DAN KEUNGGULAN KESATUAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH TEMERLOH 2014

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...


Kursus tersebutadalah anjuran KSKM Daerah Temerloh dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.
Kursus tersebut adalah mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 25 Mac 2014
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, SMK Abu Bakar, Temerloh



Di dalam slot 1 dan 2 : Pengisisan kursus tersebut telah diisi dengan ceramah 'Pengurusan Stok'. Peserta kursus sangat bertuah kerana ceramah tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Agung KSKM Pusat; En. Ashaari Maarof. ~ADMIN~ difahamkan bahawa SUA mempunyai jadual yang terlalu padat namun beliau telah dapat memenuhi undangan dan jemputan daripada KSKM Daerah Temerloh.
                                         

Slot ke 3 : Bersama KSKM Negeri Pahang.
Pengerusi KSKM Negeri; En. Khairul A'zli Hj Ahmad telah memberikan penerangan dan isu-isu semasa berkaitan hala tuju KSKM.
Selesai sesi penerangan tersebut, KSKM daerah Temerloh telah mengadakan Mesyuarat dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Temerloh.
                                         
Kursus ini telah ditutup secara rasmi oleh Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh.
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh

Barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Temerloh
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

PROGRAM KETERLIBATAN LANGSUNG PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...

Perjalanan program tersebut adalah mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh         : 24 Mac 2014 (Isnin)
Masa           : 8.00 pagi
Tempat        : Dewan Perdana, SBPI Kuantan
Pakaian       : Baju Koprat KSKM Negeri Pahang
Pendaftaran : RM10.00


                                     

                                    


Program tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang. Seramai 300 lebih peserta telah hadir.
Slot 1 : 'Slot Bersama CUEPACS Bahagian Pahang". Slot ini dikendalikan oleh Pengerusi CUEPACS Pahang; En. Kamarozaman bin Abd Razak.
Slot 2 : 'Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)'. Ceramah disampaikan oleh Puan Norliza binti Bahari (Penolong Kanan Penguasa Kastam Negeri Pahang).
Slot 3 : Slot bersama KSKM Negeri Pahang.
Program telah diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup oleh Penolong Pegawai Unit Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; En. Muslim bin Rosli.
~ADMIN~ mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AHLI KSKM Pahang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga segala input yang diperolehi sepanjang program tersebut akan dapat dimanafaatkan oleh setiap peserta.
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~