Thursday, October 9, 2014

PROGRAM KETERLIBATAN LANGSUNG PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...

Perjalanan program tersebut adalah mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh         : 24 Mac 2014 (Isnin)
Masa           : 8.00 pagi
Tempat        : Dewan Perdana, SBPI Kuantan
Pakaian       : Baju Koprat KSKM Negeri Pahang
Pendaftaran : RM10.00


                                     

                                    


Program tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang. Seramai 300 lebih peserta telah hadir.
Slot 1 : 'Slot Bersama CUEPACS Bahagian Pahang". Slot ini dikendalikan oleh Pengerusi CUEPACS Pahang; En. Kamarozaman bin Abd Razak.
Slot 2 : 'Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)'. Ceramah disampaikan oleh Puan Norliza binti Bahari (Penolong Kanan Penguasa Kastam Negeri Pahang).
Slot 3 : Slot bersama KSKM Negeri Pahang.
Program telah diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup oleh Penolong Pegawai Unit Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang; En. Muslim bin Rosli.
~ADMIN~ mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AHLI KSKM Pahang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga segala input yang diperolehi sepanjang program tersebut akan dapat dimanafaatkan oleh setiap peserta.
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment