Thursday, October 9, 2014

KURSUS PENGURUSAN STOK DAN KEUNGGULAN KESATUAN SEKOLAH SEKOLAH DAERAH TEMERLOH 2014

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...


Kursus tersebutadalah anjuran KSKM Daerah Temerloh dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh.
Kursus tersebut adalah mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 25 Mac 2014
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, SMK Abu Bakar, Temerloh



Di dalam slot 1 dan 2 : Pengisisan kursus tersebut telah diisi dengan ceramah 'Pengurusan Stok'. Peserta kursus sangat bertuah kerana ceramah tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Agung KSKM Pusat; En. Ashaari Maarof. ~ADMIN~ difahamkan bahawa SUA mempunyai jadual yang terlalu padat namun beliau telah dapat memenuhi undangan dan jemputan daripada KSKM Daerah Temerloh.
                                         

Slot ke 3 : Bersama KSKM Negeri Pahang.
Pengerusi KSKM Negeri; En. Khairul A'zli Hj Ahmad telah memberikan penerangan dan isu-isu semasa berkaitan hala tuju KSKM.
Selesai sesi penerangan tersebut, KSKM daerah Temerloh telah mengadakan Mesyuarat dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Temerloh.
                                         
Kursus ini telah ditutup secara rasmi oleh Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh.
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh

Barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Temerloh
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment