Wednesday, September 18, 2013

PELUPUSAN BAHAN KIMIA USANG - DAERAH LIPIS

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
Wargakerja SMK Sg.Koyan dan staf Kualiti Alam
Alhamdulillah,~ADMIN~ mendapat berita berkaitan 'Pelupusan Bahan Kimia' daripada Facebook Viosshe Na dimana proses pelupusan tersebut telah dilakukan di SMK Sungai Koyan dimana Viosshe Na bertugas. Kredit harus diberi kepada beliau di atas infomasi yang baik untuk dikongsikan bersama di ruang Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini. Pelupusan tersebut  telah dilakukan oleh Syarikat Kualiti Alam dibawah seliaan pegawainya En.Omar.

Sebagai makluman kepada para pelayar Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini,KSKM Negeri Pahang sentiasa memberikan perhatian terhadap permasalahan berkaitan pelupusan bahan kimia usang yang berada di sekolah-sekolah di negeri Pahang. Permasalahan ini telah diangkat dan dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad di dalam Mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan' yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pahang di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
~ADMIN~ ingin 'highlight'kan kembali suara-suara KSKM (suara kita sebagai ahli) di dalam mesyuarat tersebut melalui wakil yang kesemua ahli negeri Pahang lantik untuk memikul amanah tersebut.

Rujukan: Minit Mesyuarat; Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bil 1/2012  pada 30 Mac 2012(Jumaat) bertempat di Bilik Gerakan,JPNP.
Kerja-kerja mengangkut bahan kimia usang untuk pelupusan
Di dalam agenda hal-hal lain, Perkara 4.3 Wakil Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal;
4.3.3 Pelupusan Bahan Kimia.
Kesatuan memaklumkan bahawa terdapat bahan kimia yang sudah usang dan tidak dapat dilupuskan begitu sahaja. Proses pelupusan adalah sukar kerana ia melibatkan Jabatan Kimia dan Jabatan Alam Sekitar. Kesatuan mencadangkan agar JPN membuat pelupusan secara berpusat diperingkat daerah kerana ia lebih menjimatkan.

Pengerusi mesyuarat menjelaskan bahawa pada tahun lepas (2011) telah dilantik satu syarikat untuk membuat pelupusan secara berpusat. Bagi tahun ini perlantikan lain akan dibuat.
Tindakan : Makluman.

Isu pelupusan ini terus dibawa ketika program 'Kunjungan Mesra KSKM Negeri Pahang ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 4 April 2012 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. 
Rujukan : Kertas Cadangan Perbincangan Antara KSKM dan JPNP.
Bil 10 Momohon kerjasama untuk menjalankan proses pelupusan bahan kimia dan radioaktif secara sistematik dan menjimatkan kos.

Pelupusan bahan kimia terus menjadi agenda penting Pengerusi KSKM Negeri Pahang ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan 2/2012 pada 27 Jun 2012 di Bilik Gerakan JPNPahang. 
Rujukan : Agenda Minit Berbangkit. Perkara 3.7; Pelupusan Bahan Kimia di Makmal Sekolah.
3.7.1; Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memaklumkan bahawa Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) KPM. BPPA akan melantik sebuah kontraktor secara berpusat bagi menguruskan pelupusan bahan kimia makmal sekolah bagi seluruh negara. Pihak BPPA dalam proses membincangkan garis panduan berkenaan tatacara pelupusan bahan kimia untuk edaran semua pihak berkaitan. Keputusan mengenai perkara tersebut masih dalam tindakan BPPA.
Tindakan : Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.
3.7.2; Pengerusi mengarahkan PPD untuk bersedia mengambil tindakan dalam pelupusan yang akan dijalankan. Pihak PPD juga diarah untuk mengumpul maklumat lengkap mengenai senarai sekolah-sekolah yang ingin membuat pelupusan serta kuantiti bahan yang terlibat untuk diselaraskan oleh pihak Sektor Pengurusan dan Pembangunan.
Tindakan ; Makluman.

Di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan(MBJ) Bil 1 Tahun 2013 pada 13 Mei 2013 bertempat di Bilik Gerakan JPNP.
Rujukan : Maklumbalas Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bil 2/2012 Jabatan Pelajran Pahang.
Agenda 3.7; Pelupusan Bahan Kimia di Makmal Sekolah.
Perkara 3.7.1; Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memaklumkan bahawa isu pelupusan tersebut telah dibincangkan di dalam mesyuarat bersama Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA)KPM. BPPA akan melantik sebuah kontraktor secara berpusat bagi menguruskan pelupusan bahan kimia makmal sekolah bagi seluruh negara. BPPA dalam proses membincangkan garis panduan berkenaan tatacara pelupusan bahan kimia untuk edaran semua pihak berkaitan. Keputusan mengenai perkara tersebut masih dalam tindakan BPPA.
Maklumbalas; Unit Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) telah memaklumkan bahawa Syarikat Kualiti Alam telah dipertanggungjawabkan menguruskan proses pelupusan bahan kimia. Jabatan telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan pelupusan bahan kimia tahun 2013 pada 22/4/2013 supaya mengemukakan permohonan pelupusan bahan kimia yang telah tamat tempo.h. Permohonan pelupusan bahan kimia hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang KEW.PS 19 mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2009.
Tindakan : Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.

Akhir kalam daripada ~ADMIN~,marilah kita bersama-sama menyokong dan mendokong perjuangan kita di dalam KSKM dengan bersama-sama menjadi ahli KSKM (bagi Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli) kerana apa yang kita hajati dan inginkan dalam menyelesaikan permasalahan tugasan harian kita akan dapat dibawa dan disalurkan melalui platform yang betul serta akan dianbil tindakan oleh pihak pengurusan. Tanpa sokongan yang padu daripada semua ahli-ahli KSKM yang teramai maka "SUARA KITA,SUARA KERAMAT" tidak akan kemana-mana.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment