Monday, September 23, 2013

MESYUARAT AJK KSKM PAHANG KALI KE-2 SESI 2013-2015 BERSAMA AJK PELAKSANA TERTINGGI DAERAH-DAERAH NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...

KSKM Cawangan Negeri Pahang sekali lagi telah menunaikan amanah untuk menjalankan aktiviti wajib kepada semua AJK Negeri iaitu 'Mesyuarat AJK KSKM Cawangan Negeri Pahang kali ke-2 sesi 2013-2015'. Pada mesyuarat kali ini,KSKM Negeri telah menjemput semua AJK Pelaksana Tertinggi diperingkat daerah-daerah untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat tersebut. Kelainan yang dicatatkan didalam mesyuarat kali ini adalah lokasi bagi perjumpaan tersebut berlaku di SMK Abu Bakar, Temerloh di mana Puan Maslina Amriem telah bertindak sebagai tuan rumah.
Mesyuarat tersebut berlangsung mengikut ketetapan sepertimana:
Tarikh :    21 September 2013
Masa :      9.00 pagi
Tempat :  Bilik Gerakan, SMK Abu Bakar, Temerloh
Kehadiran : Semua AJK KSKM Negeri Pahang dan AJK Pelaksana Tertinggi Daerah-Daerah.

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
i. Ucapan Pengerusi
ii.Pengesahan Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama
iii.Perkara Berbangkit
iv.Laporan Setiausaha
v. Laporan Bendahari
vi.Laporan Wakil-Wakil Daerah
vii.Hal-Hal Lain
viii.Penangguhan

Perkongsian yang dapat ~ADMIN~ paparkan kepada semua pelayar Laman Blog ini terutama ahli-ahli KSKM Negeri Pahang adalah;
1. KSKM negeri mensasarkan jumlah pertambahan ahli sepanjang sesi 2013-2015 ini adalah seramai 500 ahli. Setakat ini (September 2013) ahli KSKM Pahang adalah seramai 434 ahli. Pengerusi mengharapkan agar semua Wakil KSKM Daerah dapat bekerjasama dalam merealisasikan KPI tersebut.
2. "Anugerah KSKM Daerah Cemerlang" akan diteruskan di sesi ini dimana kriteria keahlian baru teramai, keaktifan aktiviti dan kerjasama yang baik bersama KSKM Negeri.
3. 'Kursus Kepimpinan' anjuran KSKM Negeri dan KSKM Daerah Temerloh dengan kerjasama Biro Tatanegara akan diadakan di Kem Biro Tatanegara Cawangan Lipis pada 8,9 dan 10 Oktober 2013. Seramai 80 ahli KSKM akan terlibat.
4. Satu kursus akan diadakan di daerah Rompin iaitu pada tarikh 3 Oktober 2013. Kursus tersebut adalah anjuran KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rompin.
5. KSKM Negeri juga turut bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Maran untuk menganjurkan satu kursus bertarikh 22 dan 23 Oktober 2013. Kursus dijadualkan berlangsung di PPD Maran.
6. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa satu kursus akan diadakan di daerah Cameron Highlands dan dijangka berlangsung pada 30 September 2013 ini.
7. Mesyuarat juga membincangkan satu kursus yang dirancang dimana KSKM Negeri bersama KSKM Daerah Kuantan akan mengadakan 'Kursus Pengendalian Mikroskop'. Kursus ini mensasarkan setiap ahli KSKM di daerah-daerah akan menghantar 2-3 orang peserta bagi menjadi Jurulatih Utama(JU) di daerah masing-masing.

8. Pembentangan Laporan oleh Wakil-Wakil KSKM Daerah;
i. Bentong - Mengucapkan terima kasih atas kenaikan peruntukan kursus di daerah dari RM200 ke RM300.
   - Keahlian baru bertambah seramai 15 orang.
   - Merancang untuk menganjurkan 'Kursus Kepimpinan' dan mensasarkan kepada AJK Pelaksana Daerah.
   - Memohon agar KSKM Negeri mendesak KSKM Pusat untuk menyelesaikan masalah pembersihan di        makmal.
ii. Raub - Telah mengadakan Mesyuarat Agung di peringkat daerah.
   - Mesyuarat AJK Pelaksana KSKM Daerah juga turut diadakan  bagi membincangkan aktiviti yang akan        dilaksanakan.
   - Raub telah menganjurkan 'Kursus ICT' dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub.
iii. Kuala Lipis - Memohon maaf kerana ketidakhadiran S/U dan Bendahari.
   - Mesyuarat AJK pada 4 Jan 2013. - Mesyuarat semua ahli pada 8 Mac 2013.
   - Bengkel IT dan Komunikasi di Institut Perguruan Guru Lipis pada 10 Apr 2013.
   - 20 Jun 2013 - Karnival Sains di SMK Kuala Lanar.
   - Bertempat di PPD Lipis - PISA pada 29 Jul 2013.
   - Mesyuarat kali ke-2 serta Jamuan Hari Raya KSKM Daerah Lipis pada 2 Sept 2013.
   - 6 Sept 2013 KSKM Daerah Lipis terlibat secara langsung dengan Jamuan Hari Raya PPD Lipis.
   - 12 Sept 2013 - 'Lawatan Penanda Aras KSKM Lipis ke SM Alam Shah, Putra Jaya.
iv. Kuantan - Mesyuarat AJK Pelaksana KSKM Daerah Kuantan telah diadakan pada 28 Mac 2013.
   - 27 Mei 2013 - 'Kursus Pengurusan Asas Sains siri 1 & 2' telah dijalankan. Semua ahli terlibat.
   - Sambutan hari Hari Perdana anjuran PPD Kunatan - KSKM Daerah Kuantan terlibat secara langsung.

v. Jerantut - KSKM Daerah telah mengadakan Mesyuarat AJK pada 14 Feb 2013.
   - S/U menyatakan bahawa kertaskerja telah diangkat ke peringkat PPD namun tiada maklumbalas yang diterima.
   - 13 Sept 2013 - KSKM Jerantut telah bersama-sama PPD Jerantut dalam penganjuran Jamuan Merdeka Raya'.
vi. Temerloh - Pn.Hanita tidak dapat melaporkan kerana beliau dalam keadaan demam namun kelibat beliau di dalam mesyuarat tersebut sangat-sangat dihargai.
   - Pn.Maslina menerangkan bahawa 'Kursus Kepimpinan' dengan usahasama KSKM Daerah Temerloh akan diadakan pada 8 hingga 10 Okt ini bertempat di Kem Biro Tatanegara Kuala Lipis. Penglibatan ahli dari daerah Temerloh adalah teramai iaitu 34 orang.
vii. Maran - masih tiada AJK Pelaksana namun akan membuat perlantikan semasa kursus yang dijadualkan pada 22 dan 23 Okt 2013 ini nanti.
viii. Bera - Wakil KSKM Daerah Bera sedang merancang untuk mengerakkan aktiviti diperingkat daerah.
   - Keahlian KSKM Daerah juga telah meningkat dengan mendadak hasil daripada penganjuran 'Kursus Pengurusan Stok' yang dianjurkan pada bulan Disember 2012 lalu.
ix. Cameron Highlands - Tiada wakil (tidak hadir bersebab).
x. Rompin - Tiada wakil (tidak hadir bersebab).
xi. Pekan - Tiada Wakil (tidak hadir bersebab).
KSKM Negeri Pahang sekali lagi mengorak langkah yang positif apabila Pengerusi Negeri telah melancarkan promosi T'shirt' KSKM Negeri. Promosi tersebut akan di'up-date' di dalam posting yang akan datang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~




No comments:

Post a Comment