Wednesday, September 11, 2013

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERDANA WARGA PENDIDIK DAERAH KUANTAN 2013



KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Kuantan

Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan dengan kerjasama guru-guru serta kakitangan sokongan pendidik daerah Kuantan telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan sepertimana ketetapan di bawah:
Tarikh     : 8 September 2013
Masa       : 10 pagi - 1.00 petang
Tempat    : PPD Kuantan

~ADMIN~ dimaklumkan bahawa KSKM Daerah Kuantan telah menjemput AJK KSKM Negeri Pahang untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut. Makluman juga dari barisan AJK bahawa kekangan masa dan jarak menyebabkan AJK Negeri tidak dapat menghadirkan diri ke program tersebut namun surat jemputan yang diedarkan melalui KSKM Daerah Kuantan kepada AJK Negeri Pahang sangat-sangat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
~ADMIN~ mengambil kesempatan untuk berkongsi kegembiraan wargakerja makmal daerah Kuantan ketika program tersebut berlangsung. Dari info-info yang dapat ~ADMIN~ kutip dari Facebook sahabat-sahabat di Kuantan ,KSKM Kuantan telah disediakan satu gerai dimana juadah yang disediakan adalah tapai dan lain-lain lagi.

Sekali lagi ~ADMIN~ mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh AJK Pelaksana KSKM Daerah Kuantan bersama Wakil KSKM Daerah; Pn.Rosidah Adam Ahmad kerana telah berjaya menjalinkan hubungan yang baik bersama Pejabat Pendidikan Daerah dalam menggerakkan aktiviti KSKM di peringkat daerah. semoga usaha yang sebegini akan dapat dilaksanakan dan menjadi ikutan untuk KSKM di daerah-daerah yang lain.

~ADMIN~ memberikan kredit kepada Facebook KSKM Kuantan dan En.Ahmad Rashidi kerana gambar-gambar yang ditampal di Laman Blog ini adalah di'copy and paste' dari dua facebook tersebut.
Selamat Maju Jaya kepada KSKM Daerah Kuantan...
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment