Tuesday, September 10, 2013

TAHNIAH! MESYUARAT AJK PELAKSANA KSKM DAERAH BENTONG KALI PERTAMA 2013





KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...



Barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong
Mesyuarat AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong telah diadakan baru-baru ini sepertimana ketetapan di bawah:

Tarikh     : 05 Julai 2013
Masa       : 3.00 petang
Tempat   : Bilik Gerakan SMK Karak Setia
Kehadiran : Semua AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong.

~ADMIN~ memohon kemaafan kerana program ini terlewat untuk di'up-date' di dalam Laman Blog ini  kerana beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan namun ~ADMIN~ mewakili seluruh Kepimpinan AJK KSKM Negeri mengucapkan Tahniah dan Syabas diatas inisiatif dan komitmen terutama Wakil KSKM Daerah Bentong; En.Salehuddin Abdul Talib serta barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong.
~ADMIN~ sertakan beberapa perbincangan di dalam mesyuarat tersebut mudah-mudahan ianya dapat memberikan suatu perkongsian kepada wakil-wakil KSKM daerah yang lain untuk menggerakkan aktiviti KSKM di peringkat masing-masing.

Wakil KSKM & Timbalan Wakil KSKM Daerah Bentong
1. Ucapan Pengerusi; En.Sallehuddin Abdul Talib.
Mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan mengharapkan kerjasama semua pembantu makmal demi kepentingan kesatuan.
2. T'shirt KSKM Bentong.
Cadangan membuat dan menjual t'shirt untuk semua pembantu makmal daerah.Keuntungan dari hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung KSKM daerah.
3. Yuran Keahlian.
Yuran ahli sebanyak RM30.00 setahun mesti di bayar sebelum bulan september tahun ini.
4. Jamuan Akhir Tahun.
Bertujuan untuk menjalinkan silatulrahim antara ahli. Setiap sekolah dapat menyediakan 2 buah hamper untuk hari keluarga. Mesyuarat membuat ketetapan untuk mengadakan hari keluarga di Bukit Tinggi Resort. Tarikh cadangan adalah pada 24 Oktober 2013.
5. Hal-hal Lain.
Isu pembersihan makmal yang perlu dilakukan oleh kontraktor pembersihan. Cadangan agar pekeliling tersebut ditampal di dalam Fail Meja Pembantu Makmal.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang.
Semoga segala usaha dan perbincangan yang diadakan tersebut akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong

~ADMIN~ mendoakan semoga selamat maju jaya kepada KSKM Daerah Bentong.
Terima kasih kepada Pn.Rozni bte Othman (setiausaha) atas perkongsian minit mesyuarat dan terima kasih juga kepada Facebook Bentong KSKM kerana ~ADMIN~ 'copy and paste' gambar-gambar sekitar mesyuarat tersebut berlangsung.
~ADMINKSKMPahang~



No comments:

Post a Comment