KSKM NEGERI PAHANG |
Di Laman Blog kali ini,~ADMIN~ ingin berkongsi persoalan yang diluahkan oleh ahli KSKM terhadap 'Buku Huraian Tugas Pembantu Makmal' yang direspon oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di dalam Facebook KSKM Pahang.
Khairul A'zli Hj Ahmad As'slm...Untuk makluman semua Ahli KSKM dan bukan ahli KSKM Pembantu Makmal di Negeri Pahang...KSKM Negeri Pahang telah mengangkat isu "BUKU HURAIAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL" yang dikeluarkan oleh Setiausaha Bahagian Sumber Manusia,Kementerian Pendidikan Malaysia kepada JPNPahang pada mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan' di JPNPahang pada 13 Mei yang lalu...rentetan dari itu,JPNPahang telah mengedarkan buku tersebut kepada pihak pentadbir sekolah dan kebanyakkan sekolah telahpun mengedarkan buku tersebut kepada semua Pembantu Makmal di sekolah masing-masing. Terdapat juga aduan dari ahli KSKM Negeri kepada saya berkaitan tentang ketidakdapatan buku tersebut dan beberapa tindakan telah diambil oleh saya sendiri selaku Pengerusi KSKM Negeri untuk menyelesaikan masalah kerana isu ini menjadi tanggungjawab saya selaku Pengerusi Negeri dan Alhamdulillah,beberapa masalah tersebut telah dapat diatasi.
Masalah yang timbul adalah hampir kesemua pihak pentadbir tidak membaca dan meneliti isikandungan buku tersebut dan perkara asas yang masih belum berjalan dan menjadi tanggungjawab kita selaku Pembantu Makmal adalah proses pembersihan. Inilah isu utama yang ditekankan ketika mesyuarat MBJ di JPNP. Isu ini adalah isu yang diperjuangkan oleh KSKM sejak lama dahulu dan Alhamdulillah,kesannya telah hampir kita kecapi bersama samada kita selaku AHLI KSKM mahupun yang masih BUKAN AHLI.
Isu ini telah diperbincangkan di dalam Mesyuarat AJK KSKM Negeri Pahang kali pertama sebelum Ramadhan Al-Mubarak lalu dimana mesyuarat telah bersetuju bahawa isu ini harus diselesaikan melalui 4 peringkat iaitu:
i. Peringkat sekolah-antara PM dan Pentadbir.
ii.Peringkat Daerah-antara PPD dan Pentadbir.
iii.Peringkat JPNP-antara JPNP dan pentadbir.
iv.Peringkat KPM-antara KPM dan Pentadbir.
Peringkat i seharusnya semua PM membawa perkara ini kepada pentadbir tidak kira samada di terima ataupun tidak kerana kita mesti menyedarkan pihak pentadbir bahawa tugas pembersihan sewajibnya dilakukan oleh kontraktor pembersihan. Langkah Puan... adalah tepat dan kena pada masanya dan pihak pentadbir sedar akan kedudukan perkara tersebut dan jika pihak pentadbir engkar maka itu adalah isu lain dan langkah seterusnya harus diambil oleh pihak KSKM Negeri mahupun KSKM Pusat. Dalam situasi ini,kita perlu sedikit bersabar kerana kejayaan kita telah hampir berjaya dan kejayaannya juga telah nampak dimana kita telah ada bukti kukuh bahawa aa yang kita suarakan bukan cakap2 kosong. Simpanlah buku huraian tersebut sebagai bukti utama kepada isu ini.
Diperimgkat daerah juga,setiap Wakil2 KSKM daerah boleh memainkan peranan untuk mengadakan kunjungan ke PPD masing-masing untuk menyatakan dan membincangkan isu ini. Untuk makluman semua Wakil2 KSKM Daerah bahawa isu ini telah menjadi makluman kepada setiap Tuan PPD masing2 kerana ketika saya membawa isu ini di dalam mesyuarat MBJ, semua Tuan PPD ada bersama di dalam mesyuarat tersebut.
Diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri pula,ketika mesyuarat MBJ kali ke 2 tahun ini di awal Ramadhan yang lalu,saya sekali lagi mengangkat isu ini untuk terus diperjuangkan di peringkat Negeri Pahang. Apa yang saya usulkan adalah memohon pihak JPNP agar mengeluarkan satu surat pekeliling atau surat siaran atau surat arahan kepada semua pihak pentadbir di sekolah2 untuk melaksanakan perkara pembersihan tersebut. Saya juga menuntut agar pelaksanaannya dilakukan dengan kadar segera kerana jika dirujuk kepada buku huraian itu,tarikh kuatkuasa semua yang termaktub di dalam buku tersebut adalah pada 2 mei 2013. Saya juga perlu memgingatkan sekelian Pembantu Makmal di Negeri Pahang ini bahawa isu ini melibatkan 3 pihak iaitu pihak JPNP,pihak kita dan pihak kontraktor pembersihan. Apabila melibatkan pihak swasta inilah yang akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan. Setakat ini,kita masih lagi belum mendapat apa2 makluman dari pihak JPNP berkaitan perkara ini. Saya berjanji,jika sebelum mesyuarat MBJ yang akan datang,kita masih belum menerima apa2 maklumbalas berkaitan isu ini, saya akan sekali lagi mengangkat perkara ini untuk menarik kembali perhatian pihak JPNP untuk menyegerakan pelaksanaanya selagi mana ianya masih di bawah bidangkuasa saya selaku Pengerusi KSKM Negeri.
Di peringkat terakhir, KSKM Negeri Pahang telah membawa usul untuk dibahaskan di dalam Persidangan Perwakilan KSKM Pusat yang dijangkadiadakan dalam bulan september ini dimana KSKM Pahang mengusulkan agar KSKM Pusatmembawa isu ini ke Kementerian untuk pihak KPM mengeluarkan pekeliling untuk melaksanakan proses pembersihan ini di bawah kontraktor pembersihan. Insyallah,diharap usul ini akan dibahaskan nanti dan jika usul ini dipinggirkan ketika Persidangan tersebut, saya selaku Pengerusi KSKM Negeri akan membawa usul tergempar untuk dibahaskan. Doakan kejayaan kita(KSKM Pahang) di dalam perbahasan itu nanti.
Semoga jawapan ini dapat sedikit sebanyak membantu semua ahli2 KSKMNegeri dalam menghadapi delima ini dan saya mengharapkan agar Puan Rosilla dapat menerima jawapan saya ini. Insyallah,kejayaan telah kita kecapi dan hanya tinggal sedikit masa untuk pelaksanaannya pula...Wallahualam..
Sekian terima kasih...

~ADMINKSKMPahang~
Assalamualaikum,pada saya baik pihak KSKM negeri dan pusat buat cadangan untuk menambah norma perjawatan C22, kalau dibandingkan dgn N22, dan seterusnya C26 yang hanya ada berapa saja jumlahnya di Pahang,saya rasa perkara ini lebih memberi kebaikan dan peluang kenaikan pangkat kepada ahli demi kecemerlangan akhiran perkhidmatan kita. Isu pembersihan ni saya rasa hanya sebahagian ahli/PM saja yang bersetuju
ReplyDelete