Monday, August 5, 2013

UCAPAN SALAM AIDIL FITRI 1434 - DARI PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG 



Assalamualaikum wbt...

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..Walillahilhamd...

Takbir dan tahmid bergema lagi menandakan berlabuhnya Ramadhan Al-Mubaraq yang penuh dengan kenikmatan,keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga segala amalan dan ibadah kita selama sebulan ini akan diterima olehNya bagi bekalan kita ketika bertemuNya jua nanti...Amin Yaa Rabbala'alamin...

Ketika ini seluruh dunia sedang mengalunkan takbir dan tahmid bagi mengEsakan Allah Azzawajalla. Laungan tersebut juga membuktikan bahawa seluruh muslimin dan muslimat telah berjaya di dalam menempuh segala dugaan dan cabaran menentang hawa nafsu selama sebulan. Madrasah Ramadhan telah meninggalkan kita, semoga tarbiah sepanjang Ramadhan yang lalu akan dapat kita aplikasikan bersama membentuk jati diri kita dalam beribadah dengan lebih khusuk dan tawaduk kepadaNya.
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Walillahilhamd...
Alhamdulillah, kita sekali lagi telah diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk bersama-sama menyambut 1 Syawal 1434 hijri ini. Syukur juga kepada Allah SWT kerana ketika kita bergembira menyambut hari raya dalam keadaan yang aman dan damai tanpa ada berlakunya segala bentuk kemusnahan, peperangan dan perbalahan sepertimana di segelintir negara-negara Islam yang lain. Marilah kita bersama-sama mengekalkan situasi ini dengan saling bersatu dan bekerjasama untuk keamanan.



Saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang menyeru seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang agar memanjatkan kesyukuran dengan lafaz Alhamdulillah kerana kita dapat lagi meneruskan agenda besar KSKM Negeri Pahang untuk memartabatkan profesion Pembantu Makmal di kalangan Penjawat Awam. Azam dan usahasama dari semua AHLI sangat-sangat ditagih dalam menjayakan misi dan visi tersebut.
Selepas kita mendapat Tarbiah di bulan Ramadhan dan kini kita bersama-sama bergembira di Syawal ini, kita seharusnya bersedia dan bersiapsiaga untuk meneruskan segala program-program yang tertunda sepanjang Ramadhan yang lalu. Segala program yang lalu telah menjadi sejarah perjuangan KSKM Negeri dan tidak salah untuk dibuka kembali untuk menjadi inspirasi dan jatidiri setiap ahli untuk terus menabur bakti dalam perjuangan. 
Pelbagai program telah dilaksanakan hanya tertumpu dan terfokus kepada AHLI KSKM sahaja. KSKM Negeri mengucapkan terima kasih kepada AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah kerana telah berkoliborasi bersama Negeri bagi menderaskan program sampai ke peringkat akar umbi. Keterbatasan ruang dan dana bagi penganjuaran program semega Konvensyen yang lalu tidak akan dapat menyelesaikan masalah ahli yang tidak diberikan peluang untuk menimba ilmu dalam peningkatan kerjaya masing-masing. Saya memohon kepada semua Wakil-Wakil KSKM Daerah yang telah dilantik agar terus memacu sebarang program untuk manafaat setiap ahli di peringkat daerah. Sebagai seorang Wakil KSKM Daerah,kita merupakan pemegang amanah yang diserahkan oleh setiap ahli diperingkat daerah untuk kita laksanakan disamping bantuan dan sumbangan idea-idea bernas dari barisan AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah. Marilah kita jadikan Tarbiah Ramadhan iaitu bersungguh-sungguh di dalam melakukan ibadah untuk kita 'apply' di dalam gerak kerja kita diperingkat daerah.




Bagi barisan AJK KSKM Negeri Pahang sesi 2013-2015 ini, Insyallah,kita akan memulakan program diperingkat negeri seawal minggu kedua Syawal dengan menghantar delegat terdiri daripada saya sendiri, Setiausaha dan Bendahari menghadiri satu program anjuran KSKM Pusat di Kuala Terengganu. Insyallah, saya pasti~ADMINKSKMPahang~ akan meng'up-date' perkembangan tersebut di dalam Laman Blog dan FB KSKM Pahang.  Saya sangat-sangat mengimpikan agar seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang merupakan ahli KSKM yang penuh dengan maklumat berkaitan KSKM melalui Laman Blog dan saya juga mengimpikan setiap ahli mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan segala maklumat dan aktiviti yang perlu disertai oleh ahli dapat diakses melalui talian internet. Saya berdoa dan mengajak seluruh ahli KSKM Negeri Pahang berdoa agar Allah memberikan daya dan usaha serta kesihatan yang baik kepada semua AJK KSKM Negeri dan seluruh ahli KSKM untuk kita sama-sama menjayakan segala bentuk program itu nanti.

Bersenmpena Syawal ini, saya menyeru kepada seluruh PEMBANTU MAKMAL samada diperingkat C17, C17(Tukar Lantik N1-C17) C22(hakiki), C22(kup) dan C26 yang masih selesa dan tidak terbuka untuk menyertai perjuangan bersama-sama KSKM, marilah kita bersama menyucikan hati dan minda. Buangkan segala noda dan dosa di dalam diri. Marilah kita bermuhasabah dan membaiki diri. Jangan menyalahkan orang lain sebelum kita berdiri dihadapan cermin diri untuk mencari salah kita terdahulu. Buangkan perasaan ego, tinggi diri dan prasangka buruk yang selama ini bersawang terhadap KSKM. Tarbiah Ramadhan yang melarang kita berburuk sangka dan mengeji sesama kita sangat baik untuk kita bersegera menjadi ahli KSKM. Janganlah nanti kita menjadi ahli selepas kita telah mendapatkan apa yang kita ingini. Marilah kita bersama-sama mencipta sejarah perubahan sebelum  sejarah tersebut dicipta tanpa kita berada bersama-sama. Amatlah rugi bagi kita yang hanya menjadi PENUMPANG dalam rakan-rakan yang  lain menjadi sebahagian daripada sejarah tersebut.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Walillahilhamd...
Saya Pengerusi KSKM Negeri Pahang mewakili AJK KSKM Negeri Pahang sesi 2013-2015 ini memohon keampunan dan kemaafan kepada seluruh kakitangan makmal negeri Pahang (khususnya) dan kakitangan makmal seluruh Malaysia (amnya) seandainya selama barisan ini mengemudikan bahtera KSKM Negeri, terdapat kecacatan dan kecelaan di mata para ahli KSKM sekelian, dimohon agar segalanya dapat dimaafi. Kepada semua yang bergerak menggunakan kenderaan untuk tujuan ziarah, saya mendoakan agar perjalanan tersebut akan memdapat keselamatan dan perlindungan dari Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. 


Akhir kalam dari saya; "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Wabillahittaufiqwalhidayah Wassalamualaikum wbt...
Ikhlas dan Salam Lebaran dari;
KHAIRUL A'ZLI HJ AHMAD
Pengerusi,
KSKM Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment