Thursday, November 21, 2013

KURSUS PENGURUSAN STRESS PEMBANTU MAKMAL DAERAH JERANTUT



Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mewakili seluruh jentera AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut  terutama kepada Wakil KSKM Daerah; En.Ahmad Khatimi Bahaudin kerana telah berjaya menganjurkan satu kursus yang sangat sihat dan baik kepada semua Pembantu Makmal di daerah Jerantut. Peluang yang disediakan kepada semua Pembantu Makmal daerah tersebut diharap akan dapat memberikan impak yang besar kepada seluruh AHLI KSKM mahupun kepada yang masih belum menjadi AHLI KSKM.
Kursus tersebut adalah mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh     : 31 Oktober 2013
Tempat   : Seketeriat Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut (PPD Lama)
Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tajuk     : Kursus Pengurusan Stress Pembantu Makmal Daerah Jerantut

Kesemua Ahli Jawatan Kuasa KSKM Negeri Pahang telah hadir mengikuti kursus tersebut.

Pendaftaran peserta kursus telah dijalankan bermula jam 8.00 pagi.
Slot yang pertama 8.30 pagi di mulakan dengan ceramah 'Pengurusan Stress'. Di dalam slot ini, peserta kursus di dedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan di samping peserta juga dilibatkan dengan permainan yang berkaitan serta tayangan video agar setiap peserta akan dapat menerima input dan kaedah yang berkesan dalam menghadapi stress. 
Bagi slot disebelah petang pula, KSKM Negeri Pahang telah di beri peluang untuk menjalankan serta menyampaikan taklimat berkaitan maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan program dan kegiatan yang dirancang di peringkat negeri. Saudara Mohd Lotfan Abdul Aziz selaku Setiausaha KSKM Negeri Pahang telah menyampaikan taklimat serta mempromosikan penjualan t'shirt serta baju koprat KSKM Negeri Pahang kepada para peserta.
Majlis juga telah mengadakan mesyuarat pemilihan AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut bagi penggal 2013-2014. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Sallehuddin iaitu AJK KSKM Negeri Pahang. Di dalam pemilihan kali ini, kebanyakan AJK yang terdahulu masih dikekalkan oleh semua ahli KSKM daerah.

Majlis penutupan kursus kali ini telah disempurnakan oleh wakil Pengawai Pendidikan Daerah Jerantut.
~ADMIN~ sekali lagi mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut kerana telah berusaha dan berjaya menganjurkan kursus yang dianggap sangat bermanafaat serta diharapkan memberi satu impak yang maksimum kepada semua peserta yang terlibat.

Kredit kepada En.Ahmad Khatimi Bahaudin kerana telah berkongsi panorama yang menarik sepanjang kursus tersebut berlangsung.

~ADMIN~ ingin menyeru kepada seluruh Pembantu Makmal yang di daerah Jerantut yang masih lagi tidak menjadi AHLI KSKM agar bersegera untuk menganggotai KSKM demi memberi sokongan dan dokongan yang padu kepada AJK Pelaksana peringkat daerah serta kepada KSKM Negeri Pahang khususnya.
Sekian, terima kasih.
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment