Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Temerloh
Alhamdulillah,satu mesyuarat AJK KSKM Caw Pahang kali ke-3 telah diadakan di SMK Temerloh pada 18hb Feb 2012 .Mesyuarat kali ini lebih meriah dan lebih bermakna lagi kerana semua Wakil KSKM Daerah di dalam negeri Pahang telah diundang bersama untuk berkongsi2 maklumat,idea dan perancangan yang lebih jitu demi meningkatkan keberkesanan KSKM Cawangan Pahang kepada setiap ahli2 KSKM.
Semua daerah diwakili oleh wakil masing-masing dan daerah yang tidak menghantar wakil adalah daerah Maran dan Pekan manakala Temerloh diwakili oleh AJK KSKM Cawangan Pahang dan daerah Kuala Lipis menghantar wakil iaitu Timbalan Wakil KSKM daerah.Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir kerana komitmen yang baik untuk KSKM Negeri.
Antara perkara yang dibincangkan bersama:
i.Megadakan proses penerangan kepada setiap Pembantu Makmal(PM)di daerah masing2 tentang peri pentingnya untuk menjadi ahli KSKM.
ii.Setiap Wakil KSKM daerah yang telah dilantik dimestikan menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah agar segala perancangan dan aktiviti KSKM peringkat negeri dapat dilaksanakan di dalam kumpulan yang lebih kecil.
iii.Wakil KSKM daerah seharusnya mempunyai perhubungan yang baik dengan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) untuk mendapatkan ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti diperingkat daerah.
iv.KSKM Negeri sedang dan akan mengadakan perjumpaan ramah mesra bersama Pengarah Pelajaran Negeri Pahang untuk memperkenalkan KSKM diperingkat JPNPahang.
Pengerusi KSKM Cawangan Pahang sedang memberi ucapan alu-aluan kepada semua hadirin |
Wakil KSKM Daerah Jerantut, En.Hamizi bin Ahmad
Wakil KSKM Daerah Kuantan,Pn.Rosidah bte Adam Ahmad
Wakil KSKM Daerah Bera merangkap AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Norhana binti Harun
Wakil KSKM Daerah Rompin, En.Kamaruzaman bin Ab Manaf
Timbalan.Wakil KSKM Daerah Kuala Lipis, En.Hadri bin Abd Samad
Setiausaha KSKM Cawangan Pahang,En.Mohd Lotfan bin Abdul Aziz
Bendahari KSKM Caw Pahang, Pn Rogayah binti Othman
AJK KSKM Caw Pahang,Pn Maslina bte Amriem
AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Norfaizura bte Ismail
AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Siti Hafizah bte Abd KarimAJK KSKM Caw Pahang, En.Ahmad bin Rahim
Pemeriksa Kira-Kira sesi 2011-2013,En.Muhd Nazri bin Ibrahim
Mesyuarat ditangguhkan oleh Pengerusi majlis pada jam 1.15tengahari.
Semoga apa yang dibincangkan bersama semua Wakil KSKM Daerah akan dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2012-2013 nanti...Insyallah!