Tuesday, March 20, 2012

SEPETANG BERSAMA PENGERUSI DAERAH RAUB DAN PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG

Satu inisiatif yang baik telah dilakukan oleh Pengerusi daerah Raub dimana satu program bagi membincangkan segala aktiviti sepanjang tahun di daerah Raub telah diadakan bertempat di SM Sains Tengku Abdullah,Raub.
Dalam program santai tersebut,daerah Raub telah menjemput Pengerusi KSKM Negeri Pahang iaitu En.Khairul A'zli Hj Ahmad untuk menerangkan perancangan dan hala tuju KSKM Negeri kepada setiap Pembantu Makmal yang hadir.Alhamdulillah,kehadiran PM seluruh daerah Raub hampir mencapai 100%hadir.Ini merupakan satu titik permulaan yang baik bagi daerah Raub bagi menjana aktiviti sepanjang tahun 2012 ini.Mudah-mudahan,segala perancangan yang diatur oleh daerah ini akan dapat dilaksanakan dan akan beroleh kejayaan yang gemilang...Insyallah...


Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad

Monday, February 27, 2012

MESYUARAT AJK KSKM CAWANGAN NEGERI PAHANG KALI KE-3 BERSAMA WAKIL-WAKIL KSKM DAERAH NEGERI PAHANG


Tarikh    : 18 Febuari 2012(Sabtu)
Masa     :  10.00 pagi
Tempat  :  Bilik Mesyuarat SMK Temerloh

Alhamdulillah,satu mesyuarat AJK KSKM Caw Pahang kali ke-3 telah diadakan di SMK Temerloh pada 18hb Feb 2012 .Mesyuarat kali ini lebih meriah dan lebih bermakna lagi kerana semua Wakil KSKM Daerah di dalam negeri Pahang telah diundang bersama untuk berkongsi2 maklumat,idea dan perancangan yang lebih jitu demi meningkatkan keberkesanan KSKM Cawangan Pahang kepada setiap ahli2 KSKM.
Semua daerah diwakili oleh wakil masing-masing dan daerah yang tidak menghantar wakil adalah daerah Maran dan Pekan manakala  Temerloh diwakili oleh AJK KSKM Cawangan Pahang dan daerah Kuala Lipis menghantar wakil iaitu Timbalan Wakil KSKM daerah.Tahniah diucapkan kepada semua yang hadir kerana komitmen yang baik untuk KSKM Negeri.
Antara perkara yang dibincangkan bersama:
i.Megadakan proses penerangan kepada setiap Pembantu Makmal(PM)di daerah masing2 tentang peri pentingnya untuk menjadi ahli KSKM.
ii.Setiap Wakil KSKM daerah yang telah dilantik dimestikan menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah agar segala perancangan dan aktiviti KSKM peringkat negeri dapat dilaksanakan di dalam kumpulan yang lebih kecil.
iii.Wakil KSKM daerah seharusnya mempunyai perhubungan yang baik dengan Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) untuk mendapatkan ruang dan peluang untuk menjalankan aktiviti diperingkat daerah.
iv.KSKM Negeri sedang dan akan mengadakan perjumpaan ramah mesra bersama Pengarah Pelajaran Negeri Pahang untuk memperkenalkan KSKM diperingkat JPNPahang.

Pengerusi KSKM Cawangan Pahang sedang memberi ucapan alu-aluan kepada semua hadirin


         Barisan Kepimpinan KSKM Cawangan Pahang serta Barisan Kepimpinan Peringkat Daerah
                 Wakil KSKM Daerah Raub(berdiri dari kanan dan berbaju merah), En.Hermi bin Zakaria
                                           Wakil KSKM Daerah Jerantut, En.Hamizi bin Ahmad
                                      Wakil KSKM Daerah Kuantan,Pn.Rosidah bte Adam Ahmad
               Wakil KSKM Daerah Bera merangkap AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Norhana binti Harun
                                      Wakil KSKM Daerah Rompin, En.Kamaruzaman bin Ab Manaf
                            Timbalan.Wakil KSKM Daerah Kuala Lipis, En.Hadri bin Abd Samad
                              Setiausaha KSKM Cawangan Pahang,En.Mohd Lotfan bin Abdul Aziz
                                       Bendahari KSKM Caw Pahang, Pn Rogayah binti Othman
                                         AJK KSKM Caw Pahang,Pn Maslina bte Amriem
AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Norfaizura bte Ismail
                                      AJK KSKM Caw Pahang, Pn.Siti Hafizah bte Abd Karim
                                          AJK KSKM Caw Pahang, En.Ahmad bin Rahim
                             
                                   Pemeriksa Kira-Kira sesi 2011-2013,En.Muhd Nazri bin Ibrahim
                               Mesyuarat ditangguhkan oleh Pengerusi majlis pada jam 1.15tengahari.

Semoga apa yang dibincangkan bersama semua Wakil KSKM Daerah akan dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2012-2013 nanti...Insyallah!

Wednesday, December 28, 2011

KEPUTUSAN UNDI PEMILIHAN PEGAWAI KANAN KSKM PUSAT SESI 2011-2013

Keputusan Pertandingan Jawatan Pegawai Kanan KSKM sempena Persidangan

Perwakilan Kali ke-11 2011 di Hotel Carlton Holiday Hotel, Shah Alam.


a) Presiden: Hamran Ahmad (1,025) dan Anita Nor (90), undi rosak 5

b) Timb Presiden: Fahmi Khamis (581), Anita Nor (290), Zaki Hussain Che Kadir (234), Chan Baba (76), Undi rosak 5

c) Setiausaha: Ashaari Maarof (1032), Azahani Salleh (79) undi rosak 3

d) Penolong SU: Zainal Abu Hasan (785), Anita Nor (340), undi rosak 3

e) Bendahari: Wan Nasir Wan Khalid (899), Sueb Tulus (221), undi rosak 7

PERSIDANGAN DWI TAHUNAN KSKM PUSAT KALI KE 11 @ HOTEL CARLTON HOLIDAYS, SHAH ALAM 16 - 18 DISEMBER 2011





Gambar Ehsan : Hasrin Zakaria


SBPA: " TUNGGU SEHINGGA KAMI JUMPA PM"

Utusan Malaysia
18/12/2011

SHAH ALAM 17 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.
"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.
"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.
SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.
Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.
"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.
"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.
Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.
"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.

Wednesday, November 30, 2011

KEMPEN KEAHLIAN KSKM

237 views 
   
Loading...
Alert icon

Friday, July 29, 2011

RENUNG PERANAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17

Utusan Malaysia
4/1/2011




Saudara pengarang,
SAYA mewakili Pembantu Makmal Gred C17 yang bertugas di sekolah menengah ingin meluahkan rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.
Kami menyahut seruan Perdana Menteri untuk tampil ke hadapan menyuarakan rasa dan memberikan pendapat supaya dapat memantap serta memperkasakan pendidikan terutamanya Sains di kalangan pelajar.
Pertama - mengenai masa bertugas. Pada waktu persekolahan kami bermula dari pukul 7 pagi sehingga 4 petang bagi satu sesi.
Setelah selesai pelajar dan guru menggunakan makmal, kami terpaksa pula membersihkan makmal dan selepas itu baru kami boleh rehat sejam untuk makan.
Cadangan - mengapa kami tidak boleh seperti jururawat yang boleh rehat waktu makan dan terus pulang ke rumah? Oleh itu, biarlah kami bertugas dari pukul 7 pagi hingga 3 petang selama lapan jam bertugas dan waktu makan selama sejam iaitu dari pukul 3 petang hingga 4 petang bagi sekolah satu sesi persekolahan.
Kedua - kami bertugas di makmal yang pada kebiasaannya terletak di belakang blok sekolah, jauh dari pejabat sekolah. Kami mendapat arahan daripada guru yang mengajar mata pelajaran Sains Teras dan Elektif.
Selain itu, kami juga menerima arahan Ketua Bidang Sains. Adalah janggal dan tidak adil prestasi kami dinilai oleh Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 atau penolong-penolong kanan yang tidak pernah menjenguk kami bekerja dalam serba kekurangan dan persekitaran yang tidak kondusif, bahaya dengan bahan kimia dan peralatan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Markah prestasi kami sering rendah berbanding pembantu tadbir yang bertugas dalam keadaan selesa, kondusif, ada pendingin hawa dan serba lengkap.
Cadangan - mengapa kami tidak dinilai oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains yang lebih memahami bidang tugas kami? Selain itu, pembantu pengurusan murid boleh menyuarakan masalah mereka kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas sedangkan masalah kami tiada siapa yang mahu mendengarnya.
Ketiga - bidang tugas yang berlainan memerlukan persefahaman semua pihak. Pada waktu cuti sekolah, kami dibebani dengan tugas perkeranian.
Pembantu tadbir kadang-kadang sengaja tidak membuat kerja mereka kerana tahu kerja tersebut akan dibuat oleh guru sandaran, guru baru, pembantu makmal dan pembantu pengurusan murid. Kerja hakiki kami sering terabai dan kerap ditegur oleh Ketua Bidang Sains apabila tugasan tidak siap.
Cadangan - kami perlu menghabiskan kerja hakiki dan tugasan di pejabat yang dilakukan oleh mereka yang dilantik menjalankan tugas di pejabat seperti ketua pembantu tadbir, pembantu tadbir dan pembantu am pejabat.
Keempat - bidang tugas kami berdepan risiko. Kami terpaksa mengurus selia perkakasan yang merbahaya dan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan. Malah, kami terpaksa membayar lebih untuk membeli premium insurans kerana dalam Kumpulan Sokongan 2. Risiko kami lebih tinggi daripada guru dan pembantu tadbir.
Cadangan - Mengapa kami tidak dibayar elaun seperti pembantu tadbir kewangan, pembantu pengurusan murid, warden asrama dan juruteknik komputer. Oleh itu, perlu difikirkan untuk elaun risiko atau elaun kritikal.
Kelima - Pada masa ini kenaikan pangkat C17 ke C22 hanya diberikan kepada sekolah yang ada tingkatan enam aliran sains sahaja. Oleh itu, kami yang bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk memperkasakan pendidikan tidak mendapat habuan yang sewajarnya.
Jika prestasi pekerja Gred C17 boleh dinilai oleh ketua pembantu tadbir N22, mengapa jawatan pembantu makmal kanan C22 tidak boleh menilai N17? Mengapa kami C17 tidak boleh dinaikkan pangkat dan bertugas di pejabat sekolah dan mengarahkan pembantu tadbir membuat tugasan lain?
Cadangan - Bukalah peluang kenaikan pangkat seluas-luasnya kepada semua pembantu makmal Gred C17 di sekolah yang ada makmal sains supaya kami boleh naik pangkat sama seperti yang dinikmati oleh pembantu tadbir hingga ke N27.
Saya berharap luahan rasa ini mendapat perhatian semua pihak terutama Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Walaupun kami tidak mengajar, namun tanpa kami yang menyiapkan bahan, amali sains tidak dapat dijalankan dan akhirnya matlamat untuk mencapai status negara maju akan terhalang.
Terima kasih
PEMBANTU MAKMAL JOHOR TERSEPIT