Friday, March 1, 2013

TAHNIAH DAN SYABAS!


KSKM Negeri Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Puan.Rogayah binti Othman (Bendahari KSKM Negeri Pahang) kerana telah dinaikkan pangkat daripada C22 kepada C26.Perlantikan beliau ke jawatan yang baru ini akan berkuatkuasa pada 01.Mac.2013 bersamaan hari Jumaat(pada hari ini).Beliau akan memulakan perkhidmatan sebagai Pembantu Makmal Kanan C26 di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang,Bandar Pusat Jengka,Pahang.
Inilah antara kejayaan yang diperjuangkan oleh KSKM selama ini.Tanpa perjuangan dan sokongan dari semua AHLI-AHLI KSKM maka profesion kita sebagai Pembantu Makmal ini tidak akan ke mana-mana.
Walaupun post bagi Pembantu Makmal Kanan samada C22 mahupun C26 terlalu kecil skalanya berbanding dengan post bagi jawatan-jawatan yang lain namun dengan suara yang di bawa oleh KSKM selama ini memperjuangkan nasib Pembantu Makmal di Malaysia ini sekurang-kurangnya inilah antara hasilnya yang tidak boleh dinafikan oleh setiap Pembantu Makmal terutama yang masih belum menjadi ahli KSKM.
Jika tiada KSKM yang berjuang untuk kepentingan AHLI mahupun bukan ahli(kebiasaannya akan mengambil kesempatan)maka siapa yang akan membawa suara kita sebagai Pembantu Makmal.
Persoalan yang ingin ~ADMIN~ timbulkan adalah;
i.Siapakah yang akan memperjuangkan dan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada JPA?
ii.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada SPP?
iii.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada KPM?
iv.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada JPN?
v.Siapakah yang akan membawa permasalahan Pembantu Makmal kepada PPD?
Dan persoalan yang terakhirnya ~ADMIN~ tujukan kepada Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli; adakah suara kita yang berseorangan akan dapat menuntut apa yang kita hajati bersama?
Cuba Tuan/Puan merenung sejenak dan berfikir dengan berlapang dada,dimanakah kedudukkan Tuan/Puan sekarang?
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment