Thursday, April 18, 2013

BENGKEL IT DAN KOMUNIKASI - KSKM DAERAH LIPIS



Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mewakili Pengerusi dan barisan AJK KSKM Negeri Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada Wakil KSKM Daerah Lipis; En.Lokman bin Baharuddin serta barisan AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah Lipis kerana telah berjaya menganjurkan satu bengkel IT dan Komunikasi kepada semua AHLI-AHLI KSKM Daerah Lipis bertempat di Intitut Perguruan Kuala Lipis.
Bengkel tersebut telah dianjurkan oleh KSKM daerah Lipis dan Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama IPG Kuala Lipis.
Sesungguhnya,usaha yang sebegini di peringkat daerah sangat-sangat dihargai bagi manafaat semua AHLI yang terlibat.Usaha yang sedemikian juga seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua Wakil KSKM Daerah yang lain bagi tujuan yang satu...'BERMANAFAAT KEPADA AHLI'
~`ADMIN~merakamkan jutaan terima kasih kepada 'VIOSSHE NA' kerana gambar dan info dipetik dan diperolehi dari Facebook beliau untuk perkongsian kita bersama bagi semua pelayar-pelayar Blog KSKM Negeri Pahang ini.
~ADMIN~mengalu-alukan perkongsian gambar-gambar menarik sepanjang program tersebut seandainya terdapat AHLI KSKM daerah Lipis yang mempunyainya dan ingin dikongsikan bersama di Laman Blog ini.
Untuk makluma,Pihak KSKM Negeri tidak dapat bersama-sama mengikuti program tersebut namun sesungguhnya difahamkan bahawa program tersebut telah berjaya menepati sasaran dan amat berjaya.Tahniah KSKM Lipis...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment