Thursday, April 18, 2013

KURSUS ASAS ELEKTRIK - KSKM DAERAH TEMERLOH

 












Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Negeri Pahang merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS kepada KSKM Daerah Temerloh dibawah kepimpinan Wakil KSKM Daerah Temerloh; En.Ahalluddin bin Mohd Arshad(JC) kerana telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada semua AHLI-AHLI KSKM daerah Temerloh.
KSKM Daerah Temerloh dan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh telah mengadakan usahasama dengan Kolej Komuniti Bentong bagi mengadakan " Kursus Asas Elektrik ,Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat(Makmal) daerah Temerloh2013".
Tarikh      : 17 April 2013
Masa       : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat    : Kolej Komuniti Bentong

Sebahagian AHLI KSKM Negeri Pahang yang mengikuti kursus

'Tumpuan kepada ucapan'sebahagian peserta kursus

En.Ahalluddin-Wakil KSKM Daerah Temerloh

Pengerusi KSKM Negeri Pahang turut hadir memberikan taklimat tentang KSKM Negeri Pahang
Seramai 54 orang peserta kursus telah hadir ke kursus tersebut dimana semua AHLI KSKM yang telah berdaftar dengan KSKM sahaja yang dipanggil untuk mengikuti kursus tersebut.
Semua peserta kursus telah berkumpul di PPD Temerloh untuk mendengar taklimat ringkas dari pihak PPD sebelum semua peserta dibawa ke Kolej Komuniti Bentong dengan menaiki bas.
~ADMIN~dapat menyajikan kepada semua pelayar-pelayar Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian dan Penutupan Kursus tersebut.
Semoga usaha yang sedemikian ini akan memberikan satu kesan yang positif kepada semua AHLI=AHLI KSKM serta dapat menggalakkan lagi penyertaan dari semua Pembantu Makmal yang masih belum menyertai KSKM.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment