Tuesday, January 7, 2014

BENGKEL EKSPERIMEN SAINS BERUNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI(KBAT),LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN DAN PEMBUGARAN MINDA







KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
Persatuan Sekerja Kakitangan Makmal Daerah Lipis dengan jalinan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Lipis di bawah seliaan Unit Sains dan Matematik telah mendepani masa dan telah berjaya menganjurkan satu bengkel bagi mendedahkan semua ahli KSKM Daerah Lipis kepada satu ilmu baru yang berkait rapat dengan situasi kerja di makmal sains disamping pembentangan aktiviti tahunan serta pembugaran minda. 
Program tersebut adalah  mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh      : 12 Nov 2013 (Selasa)
Masa       : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat    : Bilik Kuliah SMK Kuala Lanar dan Kolej Vokasional
Objekti spesifik bengkel kali ini adalah untuk mendedahkan kepada semua kakitangan makmal terhadap kecekapan penggunaan akal di dalam proses pemikiran (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi ketika melaksanakan tugas samada pengurusan di makmal atau lain-lain tugas yang berkaitan dan mendedahkan penggunaan microsoft power point di dalam pelaporan serta meningkatkan kemahiran pengucapan awam dikhalayak ramai.


Justifikasi bengkel yang dianjurkan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada eksperimen sains berunsurkan KBAT yang sebelum ini aplikasinya tertumpu kepada guru-guru sains. Disamping itu juga program ini dapat membantu peserta dalam melaksanakan tugasan menyediakan 'slide show' menggunakan program Power Point serta kemahiran pengucapan awam.

Di sebelah petangnya pula,peserta bengkel berkampung di Kolej Vokasional Kuala Lipis untuk melaksanakan slot terakhir iaitu pembugaran minda di mana slot ini dipenuhi dengan pertandingan woodball.
~ADMIN~ mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh wargakerja makmal daerah Lipis terutama penglibatan langsung Pegawai Sains dan Matematik PPD Lipis; :En.Hassan Basri dan Wakil KSKM Daerah Lipis; En.Lukman Baharuddin serta barisan AJK Persatuan Sekerja Kakitangan Makmal daerah yang telah bersama-sama menjayakan bengkel pada kali ini. Semoga kalendar tahun 2014 ini akan menghasilkan pelbagai lagi program terutama kepada semua ahli KSKM daerah Lipis.
Tidak dilupakan,~ADMIN~ ingin mengucapkan terima kasih kepada Viosshe Na dan Norazita Abdul Rahman kerana ~ADMIN~ telah 'copy n paste' gambar-gambar yang dimuatnaik di Facebook masing-masing.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment