Saturday, January 11, 2014

KURSUS PEMBANTU MAKMAL DAERAH MARAN


:



KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Maran telah berjaya menganjurkan kursus untuk semua wargakerja makmal daerah Maran. Apa yang membanggakan kepada KSKM Negeri Pahang adalah dengan kerjasama yang baik dari PPD Maran maka kursus tersebut telah berlangsung selama 2 hari. Kursus kali ini juga telah menampilkan Setiausaha Agung KSKM Pusat; En.Ashaari Maarof selaku penceramah kursus. Program tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh      : 11 dan 12 November 2013
Masa       : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat    : Pejabat Pelajaran Daerah Maran
Gambar: peserta kursus dr daerah maran

Kursus dimulakan pada hari pertama dengan slot 1: Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Makmal. 
Kursus ini disempurnakan oleh En.Saraddin bin Kasinan - Pegawai Kaunseling PPD Maran.

Pada slot ke-2 pula, peserta kursus dihidangkan dengan slot Bina Insan. Ia dikendalikan oleh En.Kahlib bin Samah yang merupakan kaunselor di SMK Jengka.

Di sebelah petangnya pula, semua wargakerja daerah Maran  telah melaksanakan tugas untuk melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) Pelaksana KSKM Daerah Maran bertujuan untuk memudahkan segala perancangan yang akan dilakukan diperingkat daerah serta menjadi penghubung antara KSKM Negeri dan semua ahli di daerah Maran. Mesyuarat telah dipengerusi kan oleh pengerusi sementara yang dilantik iaitu En.Sallehuddin (AJK KSKM Negeri).

Berikut dilampirkan senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Maran bagi sesi 2013-2016:

Pengerusi merangkap Wakil KSKM Daerah : En.Mohd Rafie bin Ramli
Gambar: sebhgian barisan ajk baru jerantut
Barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Maran
Tim.Pengerusi : Pn. Rosnizan binti Yahya
Setiausaha      : Cik Nor Aida
Bendahari       : Pn. Rosmahwati binti Ismail
Ahli Jawatankuasa :
i.  En. Ridzuan bin Ramli
ii. Pn. Rosmahwati binti Said
iii.Pn.Saniah binti Sulaiman
iv.Pn.Maziah binti MNohamed
v. En.Abdullah Akmal

Kursus diteruskan pada 12 Nov 2013 dengan slot 'Pengurusan Stok' yang disampaikan oleh Setiausaha Agung KSKM Pusat; En.Ashaari bin Maarof. Di dalam slot ini, peserta kursus didedahkan dengan cara-cara menguruskan bahan dan radas ke dalam buku stok dengan kaedah yang betul serta mengikut tatacara yang ditetapkan oleh kementerian.Banyak persoalan yang dapat dirungkaikan ketika sesi penceramahan yang dijalankan oleh SUA tersebut.


Di sebelah petangnya pula,upacara penutup Kursus Pembantu Makmal daerah Maran dilangsungkan.
Wakil KSKM Daerah Maran yang baru dilantik En.Mohd Rafie bin Ramli telah memulakan majlis dengan ucapan. Antara kandungan ucapan, beliau menakrifkan bahawa kursus pada dua hari ini sangat berjaya dan memberangsangkan. Beliau mencadangkan agar kursus pengurusan aset dan lain-lain kursus harus dilaksanakan agar semua pembantu makmal di daerah Maran akan lebih berilmu dalam menjalankan kerja-kerja sebagai pembantu makmal. Beliau juga menjemput dan mempersilakan kepada semua pembantu makmal yang masih belum menjadi ahli KSKM agar bersegera untuk mendaftar sebagai ahli KSKM agar kesinambungan perjuangan yang di bawa oleh ahli yang sediada dapat menampung serta menggegakkan lagi suara KSKM dalam memperjuangkan nasib setiap ahli.
KSKM Negeri Pahang telah diwakili oleh saudara setiausaha negeri iaitu En. Mohd Lotfan Abdul Aziz. Dalam ucapan beliau, penghargaan yang tinggi dilontarkan kepada PPD Maran dan KSKM Negeri Pahang dalam menjayakan kursus kali ini.Beliau juga berharap agar AJK Pelaksana KSKM daerah yang telah dilantik akan bergerak dan dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama PPD Maran dalam melaksanakan apa juga program yang akan dirancang. Beliau memohon kemaafan bagi pihak KSKM Negeri Pahang seandainya sepanjang kursus yang dijalankan selama 2 hari ini terdapat kekurangan dan kesilapan di pihak KSKM.
Ucapan perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Penolong Pegawai PPD Maran iaitu En.Mohd Mosri bin Bahar. Beliau menegaskan agar ilmu yang diperolehi sepanjang kursus ini akan diaplikasikan ketika berada di sekolah masing-masing. Saranan agar semua pembantu makmal mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi di dalam diri agar apa yang kita lakukan akan beroleh kejayaan. serta mudah untuk menguruskan dalam sesuatu bidang. Pihak PPD akan berusaha untuk memberikan peruntukan kepada  KSKM untuk menjalankan kursus yang berkaitan makmal. Beliau juga menegaskan agar semua pembantu makmal dapat berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada pada diri masing-masing bersama rakan-rakan sekerja malah turut boleh berkongsi bersama sekolah.
Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutup.
~ADMIN~ mengharapkan agar AJK Pelaksana KSKM Daerah Maran akan terus bergerak aktif serta lebih bertenaga dengan barisan AJK yang baru.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment