Saturday, March 22, 2014

MAJLIS KONVENSYEN KEKELUARGAAN KAKITANGAN MAKMAL DAERAH BENTONG

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
KSKM Daerah Bentong telah melakar sejarah yang tersendiri apabila barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah telah berjaya menganjurkan  Konvensyen Kekeluargaan Kakitangan Makmal Daerah Bentong seperti ketetapan di bawah:
Tarikh     : 30 Nov 2013
Masa       : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat   : Berjaya Hill, Bukit Tinggi

Konvensyen kekeluargaan telah berlangsung dengan suasana yang ceria dimana seluruh AHLI KSKM daerah telah berkumpul bersama keluarga di Berjaya Hill Bowl. Satu kejohanan bowling telah dilangsungkan oleh penganjur. Sambutan dari seluruh keluarga sangat-sangat menggalakkan dan sudah pasti pelbagai gelagat dan telatah para peserta yang dapat ditonton bersama. Banyak bakat-bakat baru dalam permainan bowling dapat dicungkil untuk diketengahkan mungkin di kejohanan bowling antara KSKM daerah-daerah di Negeri Pahang nanti...Insyallah!
 Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung dan para pemenang telah menerima hadiah masing-masing. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi KSKM daerah Bentong; En Sallehudin Abdul Talib, AJK KSKM Negeri; En Ahmad bin Rahim dan Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad yang turut serta memeriahkan lagi konvensyen tersebut.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang diadakan di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Lentang, Bentong. Para peserta menikmati hidangan disamping dapat menghirup udara segar dan aliran air sungai yang menenangkan fikiran.

Tahniah dan Syabas ~ADMIN~ ucapkan kepada AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong di atas penganjuran Konvensyen Kekeluargaan Kakitangan Makmal Daerah Bentong. Semoga program yang sebegini rupa akan dapat menyatu-padukan ukhwah sesama ahli KSKM di daerah.

~ADMIN~ sisipkan panorama sepanjang program tersebut berlangsung.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang


Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli menyampaikan hadiah


AJK KSKM Negeri; En.Ahmad Rahim menyampaikan hadiah


Wakil KSKM Daerah Bentong merangkap AJK KSKM Negeri


Sebahagian keluarga yang turut memeriahkan majlis


Urusetia yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar


Sebahagian para peserta Konvensyen



Sekian, Terima Kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, March 20, 2014

KURSUS BERSKALA BESAR CUEPACS BAHAGIAN PAHANG 2013

KSKM NEGERI PAHANG 

Assalamualaikum wbt...
KSKM Negeri Pahang telah diberikan kesempatan  oleh pihak CUEPACS Bahagian Pahang untuk menghantar delegasi seramai 10 orang ke Kursus Berskala Besar CUEPACS Pahang. Perjalanan kursus tersebut boleh difahami melalui ketetapan berikut:
Tarikh       : 22 dan 23 November 2013
Tempat     : Hotel Seri Manja, Bandar Indera Mahkota
Lapor Diri : 22 November 2013
Tajuk        : Kursus Berskala Besar CUEPACS Bahagaian Pahang

Senarai nama delegasi KSKM Negeri Pahang;
1. En.Khairul A'zli Hj Ahmad
2. En.Ahmad Rahim
3. En.Muhammad Nazri Ibrahim
4. En.Sallehudin Abdul Talib
5. Pn.Maslina Amriem
6. Pn.Norhana Haron
7. Pn.Hazita Mokhtar
8. Pn.Rosfarizan Abdul Razak
9. Pn.Julia Abd Aziz
10.Cik.Syahida Mamat@Daud

Pengisian kursus berskala besar anjuran CUEPACS kali ini yang berlangsung selama 2 hari telah dipenuhi dengan 3 slot utama.

Slot 1 : Taklimat GST. (4.45 petang - 6.45 petang)
Taklimat berkaitan GST ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kastam di Raja Malaysia Negeri Pahang. Taklimat ini berkisar kepada menerangkan peri-perlunya kerajaan Malaysia meneruskan polisi mengenakan cukai barangan kepada pengguna yang akan dilaksanakan menjelang 1 April 2015 nanti. Sebelum GST dilaksanakan kepada rakyat, pemahaman terhadap perlaksanaan tersebut seharusnya difahami dengan mendalam oleh setiap rakyat.

Slot 2 : Pengurusan Masa Mengikut Perspktif Al-Quran. (8.30 malam - 11.30 malam)
Penceramah : Dr. Danial Zainal Abidin.

Dr. Danial Zainal Abidin

Peserta kursus dibawa berfikir tentang kejadian alam semesta berpaksikan Al-Quran dan ilmu sains serta hubung-kaitnya dengan ayat-ayat di dalam Al-Quran. Pemikiran yang kritikal terhadap sesuatu hukum yang di turunkan melalui Al-Quran seharusnya ada bagi setiap individu muslim. Penceramah juga mengupas berkenaan surah Al-Asr.

Slot 3 : Kenali Diri Melalui Kaedah CVT (8.30 pagi - 12.30 tgh)
Penceramah : Prof. Dato' Seri Dr.Norhisham bin Wahab.
Slot ini menerangkan kepada semua peserta kaedah rawatan alternatif selain perubatan moden. Kaedah 'Colour Vibration Therapy' -CVT adalah satu kaedah rawatan berasaskan warna dan getaran. Dalam slot ini, setiap peserta diizinkan untuk menentukan warna kekuatan dan warna kelemahan setiap individu tersebut dengan rawatan yang dijalankan.

Majlis penutupan Kursus Berskala Besar CUEPACS Bahagian Pahang telah disempurnakan oleh Presiden CUEPACS Malaysia; En.Azih bin Muda dan penyampaian sijil kepada peserta.

Sekian , terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, March 19, 2014

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KSKM KALI KE-12



KSKM NEGERI PAHANG 

Assalamualaikum wbt...
Setelah sekian lama ~ADMIN~ tidak meng'up-date' Laman Blog ini, Insyallah dan syukrurillah kerana telah diberi kesempatan olehNya untuk ~ADMIN~meneruskan perkongsian maklumat terutama berkaitan perjuangan KSKM Negeri Pahang kepada semua pelayar setia Laman Blog ini.
KSKM Negeri Pahang telah menyertai satu program yang besar di peringkat pusat dimana "Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke-12" telah diadakan sepertimana ketetapan:
Tarikh     : 18 - 20 Nov 2014
Tempat   : Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur
Perasmian : Yang Berbahagia Datuk Hj Omar Osman, DBNS PPN, ANS. Presiden Cuepacs
KSKM Negeri Pahang telah menghantar 9 orang perwakilan dan seorang pemerhati yang telah dipilih sewaktu Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Negeri Pahang di Temerloh.

Perwakilan KSKM Negeri Pahang
PERWAKILAN PERSIDANGAN:
1. En.Khairul A'zli Hj Ahmad
2. En.Mohd Lotfan Abd Aziz
3. Pn.Rogayah Othman
4. En.Ahmad Rahim
5. Pn.Norhana Haron
6. Pn.Siti Hafizah Abdul Karim
7. Pn.Maslina Amriem
8.En.Muhammad Nazri Ibrahim

PEMERHATI PERSIDANGAN:
1. En. Sallehudin Abdul Talib

Majlis perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-12 ini telah dilaksanakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Omar bin Osman, D.B.N.S, P.P.N, A.N.S. Presiden CUEPACS.

Perasmian oleh Datuk Haji Omar bin Osman; Presiden CUEPACS

Persidangan  Perwakilan Kali ke-12 ini mengikut agenda mesyuarat yang ditetapkan seperti di bawah:
AGENDA MESYUARAT:
1. Pesanan Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 5 orang Pengira Undi Sulit
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Perwakilan Kali ke-11 bertarikhj 17 Dis 2011
4. Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan Kesatuan bagi tempoh 2011-2013
5. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Beraudit bagi tahun berakhir pada 31 Mac 2012 dan 31 Mac 2013
Sebahagian Perwakilan dari Negeri2 yang hadir
6. Membentang dan Meluluskan Anggaran Perbelanjaan Mengurus sesi 2013-2015
7. Melantik 2 orang Juruaudit Dalam
8. Melantik Juruaudit Luar
9. Melantik Pemegang Amanah
10. Melantik Majlis Penimbangtara
11. Membentang Pindaan Undang=Undang Kecil (jika ada)
12. Membahaskan usul
13. Pengumuman Keputusan Pemilihan Pemimpin Kesatuan Bagi Sesi 2013-2015 oleh Ketua Pengira Undi Sulit
14. Ucapan Penangguhan

PINDAAN PERATURAN YANG DITERIMA OLEH PERWAKILAN:
Peraturan 9 ; Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan dipinda kepada Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan.

KEPUTUSAN PEMILIHAN PEMIMPIN KESATUAN SESI 2013-2016.
Presiden                       : Tn Hj. Hamran bin Haji Ahmad, PPN.
Tim.Presiden                : En. Zainal Abu Hassan, PPC.
Setiausaha Agung        : En. Ashaari Maarof, PPW.
Tim Setiausaha Agung : En. Shukor Kassim.
Bendahari Agung         : En. Zainor Hasrin Zakaria.

UCAPAN PENANGGUHAN KSKM NEGERI PAHANG
Ucapan penangguhan KSKM Cawangan Pahang telah di bawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En. Khairul A'zli Hj Ahmad. Antara intipati ucapan tersebut yang boleh dikongsikan bersama adalah:
1. Ucapan tahniah kepada KSKM Wilayah Persekutuan kerana telah menjayakan Persidangan Perwakilan pada kali ini. Tahniah juga kepada barisan kepimpinan Majlis Jawatankuasa Agung KSKM Pusat dan seluruh perwakilan serta pemerhati.
2. Tahniah kepada calon yang menang dalam pertandingan kali ini. Bagi pemenang,ini merupakan amanah yang wajib dilaksanakan manakala kepada yang tewas, ini bukanlah merupakan titik noktah di dalam perjuangan.
3. Tahniah kepada KSKM Pusat yang berjaya menganjurkan persidangan dan menyuburkan demokrasi di dalam KSKM.


4. Pahang inginmerakamkan tahniah kepada pengira undi sulit dan difahamkan hampir 6 jam dalam melaksanakan tugas. Pahang ingin mencadangkan agar KSKM Pusat memberikan sedikit ganjaran dan penghargaan kepada barisan terhebat ini.
En.Khairul A'zli Hj Ahmad
5. Pahang mengharapkan agar KSKM Pusat lebih teliti dan proaktif dalam menyediakan dan menapis usul dari negeri-negeri agar kejadian sepertimana yang berlaku tidak akan berulang di dalam persidangan yang akan datang.
6. Pahang ingin mencadangkan agar KSKM Pusat dapat memperjuangkan pengagihan 'lab coat' dan kasut keselamatan di seluruh Malaysia secara menyeluruh. Keadaan sekarang masih tidak selaras di mana terdapat negeri yang menerima peruntukan tersebut dan banyak negeri yang masih tidak menerimanya.
7. Pahang ingin menyarankan kepada KSKM Pusat agar dapat berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam proses pengagihan dan penempatan Pembantu Makmal lantikan baru. Ini dapat dibuktikan bahawa penempatan Pembantu Makmal baru pada 3 Oktober 2013 baru-baru ini, tidak ada seorangpun Pembantu Makmal yang baru ditempatkan di negeri Pahang sedangkan laporan yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang menunjukkan bahawa ada memohon seramai 96 Pembantu Makmal yang baru.
8. Akhirnya, Pahang ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan Persidangan Perwakilan Kali Ke-12 ini.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, March 18, 2014

SENARAI NAMA PEMBANTU MAKMAL BARU (NEGERI PAHANG) BAGI PENGAMBILAN PADA 17 MAC 2014 DI PUTRAJAYA


KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana segala penat lelah dan daya usaha yang berterusan dari pihak KSKM maka terlantiklah sudah Pembantu Makmal baru (Tukar Lantik N1 dan N4 ke Jawatan C17).
Sebagamana yang diketahui umum bahawa perlantikan ini merupakan salah satu inisiatif KSKM yang diterajui oleh barisan AJK Tertinggi KSKM Pusat dalam memperjuangkan nasib PAP samada N1 atau N4 untuk diserapkan ke jawatan Pembantu Makmal C17. Pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapi bagi melaksanakan dan merealisasikan usaha ini, akhirnya telah berjaya. ~ADMIN~ mewakili AJK KSKM Negerui Pahang merakamkan ucapan Tahniah dan Syabas kepada senarai lantikan PM baru dari Negeri Pahang.
Penempatan Lantikan Baru ini akan diketahui apabila proses lapor diri di JPN Pahang nanti.
~ADMIN~ ingin mempersila dan menjemput seluruh PM lantikan ini khususnya di negeri Pahang untuk bersama-sama memberikan tanda terima kasih yang tidak terhingga dengan bersama-sama menyertai dan mendaftar sebagai AHLI KSKM. Penyertaan tuan/puan kedalam kesatuan sangat-sangat diharapkan kerana perlantikan tuan/puan merupakan hasil usaha dari perjuangan sahabat-sahabat dan rakan-rakan AHLI KSKM.  Tanpa sokongan dan dokongan daripada seluruh AHLI KSKM maka jawatan tuan/puan kini tidak akan wajud. Inilah uniknya hasil perjuangan yang digerakkan oleh KSKM.
Terima kasih yang tidak terhingga ~ADMIN~ ingin rakamkan kepada PM lantikan baru yang telah menyertai perjuangan KSKM. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Tuan/Puan sebagai AHLI KSKM seharusnya mendapat kepuasan terhadap apa yang dikecapi pada hari ini adalah hasil daripada sumbangan yang besar Tuan/Puan kepada KSKM.
~ADMIN~ juga ingin merakamkan keampunan dan kemaafan daripada seluruh AHLI KSKM yang berjawatan PAP yang tidak dapat menikmati hasil kejayaan ini. Insyallah, mudah-mudahan ruang dan peluang akan meyusul kembali untuk mungkin rezeki yang lebih besar lagi. Amin...
Kepada senarai lantikan baru yang masih tidak menganggotai KSKM, ~ADMIN~ sekali lagi menjemput Tuan/Puan untuk bersama-sama berjuang untuk profesion in agar suara kita, suara Pembantu Makmal akan lebih utuh dan ampuh dalam memperjuangkan sesuatu isu. Ingatlah! hanya kita Pembantu Makmal yang boleh mengubah nasib profesion ini melalui flatform yang telah disediakan oleh pejuang-pejuang yang terdahulu. Kita sebagai pewaris kepada perjuangan ini dan kita juga akan mewariskan perjuang ini kepada generasi yang akan datang...Wallahualam!

Berikut,~ADMIN~ tampalkan Senarai Nama Pembantu Makmal Baru Bagi Pengambilan Pada 17 Mac 2014 di Putrajaya.
*Kredit kepada KSKM Pusat yang telah mengemailkan senarai tersebut kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang.


SENARAI NAMA PEMBANTU MAKMAL BARU BAGI PENGAMBILAN PADA 17 MAC 2014 DI PUTRAJAYA
BIL. NO. K.P  NAMA NO. TELEFON CADANGAN CATATAN
1 911109065914 SITI AISHAH BINTI MOHD ZAWAWI 014-5179026 JPN PAHANG HADIR
2 910301065127 SYAIRUL EZREE BIN SAWAL 014-5125064 JPN PAHANG HADIR
3 890211146040 INAS BINTI HAJI IDRIS 013-2948065 SEK.SUKAN PAHANG HADIR
4 920122065630 NUR AYUNIANIS BINTI MUSTAPHA 011-19491439 JPN PAHANG HADIR
5 930506065110 NURUL ATIKAH BINTI MOHD SALIM 019-9537328 JPN PAHANG HADIR
6 890326065830 HUSNA SHAKIRA BINTI MOHAMAD NOR 019-9476296 SMV TEMERLOH TH
7 931026065351 MUHAMAD FADZLAN BIN ABDUL RASHID 014-2922150 JPN PAHANG HADIR
8 900803115279 MARHAFFIZWA SOLLEHAN BIN MAMAT 017-9153345 JPN PAHANG HADIR
9 950226015707 ABDUL RAZAK BIN AHMAD RIZAL 019-9239607 SEK.SUKAN PAHANG HADIR
10 840919115308 SUHAILA BINTI ABD RAHMAN 013-9501909 JPN PAHANG HADIR
11 841225035578 NUR HAZRINA BINTI MAT HUSSIN 013-9529066 JPN KELANTAN HADIR
12 850124105084 SITI SABARIAH BINTI JOHARI 013-9890934 SMAP BENTONG HADIR
13 900920115374 SITI NOR KAIRUNI BINTI AZHARI 013-9513959 JPN PAHANG HADIR
14 950225065112 NORIZAH BINTI AHMAD 012-29219655 JPN PAHANG HADIR
15 941124015381 MUHAMAD FAKRO RAZI  BIN AB LLAHM MUHAMAD  011-19314842 SMA.AL-HASANAH HADIR
16 850605016285 MUHAMMAD KAMAL BIN RASID 017-9131406 JPN PAHANG HADIR
17 870427065970 NORFASILAHWATI BINTI MUSTAFFA 019-3981153 JPN PAHANG HADIR
18 891007065694 NUR AIN NABILA BINTI ABDUL KHALIL 017-9650545 & 09-5341050 JPN PAHANG HADIR
19 900709065084 NURUL SYAFINA BINTI MOHD AZAMI 014-9163537 SMAP BENTONG HADIR
20 890306115458 RAJA NOREMANINA SAIDATUL NADIA BINTI RAJA MUDA 013-3568946 JPN PAHANG HADIR
21 910919065217 MUHAMMAD FAIZ BIN A. AZIZ 012-9666093 SEK.SAINS SUL.HJ
AHMAD SHAH
TH
22 910423065010 NOR' AIN BINTI MOHD ZOL KAPRI 017-9448965 JPN PAHANG HADIR
23 901022115051 WAN MOHD SYAMSUL AZUHA BIN WAN MOHD YAZID 012-5842199 JPN PAHANG HADIR
24 910811065151 MOHAMAD HARITH FARHAN BIN ZULKEFLI 012-9558697 & 011-16500213 SMAP BENTONG HADIR
25 860830465414 NURUL AKMA BINTI GHAZALI 013-9105275 JPN PAHANG HADIR
26 871005065836 NORSUHAIDA BINTI NORDIN 019-9160776 SEK.SUKAN PAHANG HADIR
27 810324065666 VIJAYANTHY MALA A/P NAGENDRAM 013-9350799 JPN PAHANG HADIR
28 760901065058 NOR ZAILAH BINTI JAMALUDDIN 013-6491833 JPN PAHANG HADIR
29 710106065619 AZRI BIN RAZALI 017-9389028 JPN PAHANG HADIR
30 720406065249 MUHAMAD SUKERI BIN TALIB 012-9894745 JPN PAHANG HADIR
31 810606065197 MOHAMAD SYAHIDAN BIN ABDUL RAHMAN 09-5478889 JPN PAHANG HADIR
32 780402065246 SALIZA BINTI ALIAS 012-9535141 JPN PAHANG HADIR
33 850110085692 SITI ASLIZA BINTI SHUHADA 019-5458745 JPN PAHANG HADIR
34 661201065504 SURINAM BINTI RAZALI  012-9835504 JPN PAHANG HADIR
35 820904065485 SHARULAZHAR BIN RAHAMAD 017-9179585 JPN PAHANG HADIR
36 720331065008 ROZAIMAH BINTI A RAHMAN 0111-7843172 JPN PAHANG HADIR
37 780311065443 SUFIAN BIN ABD GHANI 013-9866719 JPN PAHANG HADIR
38 710130065192 FAUZIAH BINTI SAPIAN 013-9509666 JPN PAHANG HADIR
39 840907065374 AMEERINA BINTI RIPIN 019-9585029 JPN PAHANG HADIR
40 771118106069 AZHAR BIN MAT DAUD 014-2968191 JPN PAHANG HADIR
41 840425065814 NORHAFIZAH BINTI ABDULLAH 019-9288118 JPN PAHANG HADIR
42 710509115369 MUHAMMAD YUSOFF BIN MAT ZIN 019-9640615 JPN PAHANG HADIR
43 770411115293 MD. ROSDI BIN JUSOH    019-9988087 JPN PAHANG HADIR
 Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~