Saturday, March 22, 2014

MAJLIS KONVENSYEN KEKELUARGAAN KAKITANGAN MAKMAL DAERAH BENTONG

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
KSKM Daerah Bentong telah melakar sejarah yang tersendiri apabila barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah telah berjaya menganjurkan  Konvensyen Kekeluargaan Kakitangan Makmal Daerah Bentong seperti ketetapan di bawah:
Tarikh     : 30 Nov 2013
Masa       : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat   : Berjaya Hill, Bukit Tinggi

Konvensyen kekeluargaan telah berlangsung dengan suasana yang ceria dimana seluruh AHLI KSKM daerah telah berkumpul bersama keluarga di Berjaya Hill Bowl. Satu kejohanan bowling telah dilangsungkan oleh penganjur. Sambutan dari seluruh keluarga sangat-sangat menggalakkan dan sudah pasti pelbagai gelagat dan telatah para peserta yang dapat ditonton bersama. Banyak bakat-bakat baru dalam permainan bowling dapat dicungkil untuk diketengahkan mungkin di kejohanan bowling antara KSKM daerah-daerah di Negeri Pahang nanti...Insyallah!
 Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung dan para pemenang telah menerima hadiah masing-masing. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi KSKM daerah Bentong; En Sallehudin Abdul Talib, AJK KSKM Negeri; En Ahmad bin Rahim dan Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad yang turut serta memeriahkan lagi konvensyen tersebut.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang diadakan di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Lentang, Bentong. Para peserta menikmati hidangan disamping dapat menghirup udara segar dan aliran air sungai yang menenangkan fikiran.

Tahniah dan Syabas ~ADMIN~ ucapkan kepada AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong di atas penganjuran Konvensyen Kekeluargaan Kakitangan Makmal Daerah Bentong. Semoga program yang sebegini rupa akan dapat menyatu-padukan ukhwah sesama ahli KSKM di daerah.

~ADMIN~ sisipkan panorama sepanjang program tersebut berlangsung.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang


Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli menyampaikan hadiah


AJK KSKM Negeri; En.Ahmad Rahim menyampaikan hadiah


Wakil KSKM Daerah Bentong merangkap AJK KSKM Negeri


Sebahagian keluarga yang turut memeriahkan majlis


Urusetia yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar


Sebahagian para peserta Konvensyen



Sekian, Terima Kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment