Wednesday, April 2, 2014

PROGRAM TEAM BUILDING UNTUK KAKITANGAN MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH CAMERON HIGHLANDS

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
Wakil KSKM Daerah Cameron; Puan Rossila Hassan
Alhamdulillah...Syukur di panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta Inayah nya maka KSKM Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan Program Team Building untuk Kakitangan Makmal Sekolah-Sekolah Daerah Cameron Highlands.

Setelah sekian lama perancangan dan usaha keras telah disusun dan diatur untuk melaksanakan program di Cameron Highlands terkandas disebabkan beberapa kekangan serta halangan maka akhirnya barisan AJK KSKM Negeri Pahang telah berpeluang untuk bertemu dengan semua kakitangan makmal di daerah itu.
Ketetapan program tersebut adalah sepertimana di bawah:
Tarikh     : 16 Disember 2013
Masa       : 8.00 pagi
Tempat    : Bilik Gerakan, SMK Ahmad Shah, Tanah Rata


Sebahagian kakitangan Makmal Daerah Cameron Highlands
Diatas rasa tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang, Unit Latihan KSKM Negeri telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk merangka serta melaksanakan program tersebut. Untuk makluman pelayar Laman Blog ini, daerah Cameron Highlands hanya mempunyai 3 buah sekolah menengah dan hanya 8 orang Pembantu Makmal yang berkhidmat di sana. PAP yang berkhidmat dimakmal adalah seramai 4 orang. Walaupun hanya melibatkan 12 kakitangan makmal namun jumlah yang sedikit ini tidak seharusnya dipinggirkan dari mendapat maklumat berkaitan dengan arah tuju dan perjuangan yang dilakukan oleh KSKM.

Kakitangan Makmal Daerah Cameron Highlands
Rasa kebertanggungjawapan terhadap seluruh kakitangan makmal di negeri Pahang maka barisan AJK Negeri telah menepis segala rasa berputus asa dan halangan jarak yang jauh serta beberapa kekangan yang lain demi menjemput dan mempersilakan semua kakitangan makmal di Cameron Highlands bersuaikenal dan memahami betapa pentingnya untuk menganggotai KSKM.


Sambutan yang diterima dari kakitangan makmal sangat menggalakkan.



Pengisian program team building tersebut dimulakan dengan slot yang pertama dipimpin oleh Ustaz Dzulkarnain bin Suboh (Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Raub). Beliau telah membentangkan slot yang bertajuk 'Bina Insan'.
Slot yang kedua telah diteruskan lagi oleh Ustaz Dzulkarnain dengan membawa semua kakitangan makmal berbicara tentang 'Etika Kerja'
Al-Fadhil Ustaz Dzulkarnain bin Suboh
Taklimat dan Penerangan berkaitan KSKM
Seterusnya, program team building telah disambung dengan slot Bersama KSKM Pahang. Di dalam slot ini, Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En Khairul A'zli Hj Ahmad telah memberikan taklimat dan penerangan secara terperinci berkaitan kelebihan menganggotai KSKM oleh seluruh kakitangan makmal. Setiap kakitangan makmal seharusnya mengambil kesempatan untuk menyumbangkan sokongan dan dokongan melalui platform kesatuan kerana saluran ini sahajalah yang dapat memberikan keupayaan kita untuk menyuarakan segala tuntutan dan permasalahan kita untuk memartabatkan profesion Pembantu Makmal.
Alhamdulillah, respon dari setiap kakitangan makmal di Cameron Highlands sangat positif terhadap KSKM. Mudah-mudahan keanggotaan KSKM di Cameron Highlands ini akan dapat memecahkan rekod 100% keahlian di Negeri Pahang.
Diakhir program tersebut, perlantikan AJK Pelaksana KSKM Daerah Cameron Highlands telah dijalankan.


Akhir kata, ~ADMIN~ ingin merakamkan setinggi tahniah dan syabas serta terima kasih yang tidak terhingga kepada Wakil KSKM Daerah Cameron Hinghlands;Puan Rossila Hassan (SMK Ringlet) dan barisan AJK Kerja KSKM Daerah yang telah bekerjasama dengan Unit Latihan KSKM Negeri Pahang dan pihak tuan rumah SMK Sultan Ahmad Shah yang sudi berkolaborasi bersama KSKM Negeri dalam merealisasikan program Team Building di daerah Cameron Highlands.
Barisan AJK KSKM Negeri Pahang

Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment