Monday, April 14, 2014

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BILANGAN 1 TAHUN 2014 JABATAN PENDIDIKAN PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Alhamdulillah, di atas permintaan dari AHLI KSKM Negeri Pahang untuk mengetahui perkembangan dan infomasi berkaitan suara KSKM Negeri Pahang yang dibawa oleh Pengerusi negeri; En.Khairul A'zli Hj Ahmad maka ~ADMIN~ berbesar hati mengutamakan perkara yang utama untuk di'up-load' di Laman Blog ini. Terima kasih kepada AHLI KSKM yang mengangkat persoalan tersebut. 
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan telah dijadualkan berlangsung pada 27 Mac 2014 namun telah ditunda kepada tarikh 28 Mac 2014 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh En. Baharuddin bin Ahmad, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan merangkap setiausaha Pihak Pegawai Mesyuarat MBJ.
Mesyuarat telah dijalankan dengan ketetapan seperti berikut:
Tarikh     : 28 Mac 2014 (Jumaat)
Masa       : 8.45 pagi
Tempat    : Bilik Gerakan, Jabtan Pendidikan Negeri Pahang, Kuantan
Sebagai pencerahan kepada semua pelayar Laman Blog KSKM ini terhadap isu pembersihan makmal oleh kontraktor pembersihan,~ADMIN~ tampalkan Maklum Balas Minit Mesyuarat MBJ bertarikh 16 Julai 2013 dan diedar serta disiarkan pada Mesyuarat MBJ kali ke-3 bertarikh 21 Oktober 2013. 
Untuk makluman,maklum balas ini pernah diterbitkan di Laman Blog ini melalui pautan di bawah:
Merujuk minit mesyuarat MBJ bil 2 2013 pada 16 Julai 2013.
Para 4.10 : Fungsi dan Bidang Tugas Perkhidmatan Pembersihan.
4.10.2 : Mesyuarat memaklumkan bahawa pemantauan perkhidmatan pembersihan tersebut perlu dilakukan oleh pihak pentadbir dan Pembantu Makmal bagi memastikan pihak kontraktor memberikan perkhidmatan yang sewajarnya.
Tindakan : Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.
Maklum Balas ; Unit Perolehan dan Pengurusan Aset memaklumkan skop pembersihan kawasan adalah termasuk kawasan makmal. Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada Jabatan sekiranya kontraktor tidak melaksanakan perkhidmatan dengan sewajarnya. Perbincangan dari semasa ke semasa diantara Pengurusan Sekolah dan Kontraktor perlu diadakan bagi menyelaras perkhidmatan pembersihan kawasan sebagaimana terkandung di dalam kontrak perjanjian yang dibekalkan kepada setiap sekolah. 

Respon Pengarah Pendidikan Pahang : Beliau mengarahkan agar setiap Pengurusan Sekolah melaksanakan perkara tersebut sepertimana peraturan yang telah di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Respon Pengerusi KSKM Pahang ; Ketika ini, hampir keseluruhan pihak Pengurusan Sekolah Menengah di Negeri Pahng belum mengambil tindakan terhadap arahan tersebut.Beliau memohon agar pihak JPNP dapat mengeluarkan surat pekeliling khusus berkaitan para 1.1.1(f) merujuk kepada buku 'Huraian Tugas Pembantu Makmal'

Respon Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah-Sekolah Malaysia (PKPSM) : 
Beliau memaklumkan bahawa PKPSM telah maklum kepada perkara tersebut dan sedang membincangkannya untuk mengadakan jadual khusus kepada pembersihan makmal.

Rentetan daripada isu yang dikemukakan oleh KSKM masih belum mendapat respon yang baik dari keseluruhan pentadbir sekolah menengah di Negeri Pahang maka 'SUARA' AHLI KSKM Negeri sekali lagi telah diuatarakan melalui Pengerusi KSKM Negeri; En.Khairul A'zli Hj Ahmad pada Mesyuarat MBJ Kali Pertama Tahun 2014 yang lalu.

Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad


2

KSKM Negeri Pahang

Pembersihan makmal yang perlu dilakukan oleh kontraktor pembersihan di sekolah.


Dari semakan KSKM di seluruh negeri, kurang 10% sekolah yang telah mengamalkannya sedangkan ini merupakan pekeliling yang telah diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan perlu dikuatkuasakan pada 2 Mei 2013. 
KSKM mencadangkan agar pihak JPN Pahang dapat mengeluarkan surat siaran/pekeliling khusus berkaitan isu pembersihan makmal kepada seluruh sekolah di negeri Pahang


















Maklum balas segera di pihak MBJ adalah;
Jabatan akan mengeluarkan surat siaran berkaitan pembersihan makmal yang perlu dilakukan oleh kontraktor pembersihan di seluruh sekolah di negeri Pahang kepada semua kontraktor yang terlibat serta salinan kepada pihak pentadbir di sekolah.
~ADMIN~ mengharapkan agar perkara ini akan berlaku dan akan membuahkan hasil yang positif bagi manafaat semua pembantu makmal samada AHLI KSKM mahupun BUKAN AHLI yang masih selesa bergantung kepada KSKM tanpa menghulurkan sebarang sumbangan  kepada KSKM.

Sebagai melengkapkan catatan perjalanan Mesyuarat MBJ kali pertama 2014 ini, ~ADMIN~ akan meng'up-load' segala perbincangan dan usul yang dibawa oleh KSKM di mesyuarat tersebut.

Bil
Pihak/Nama Pegawai Yang Kemuka Usul
Usul
Rasional Usul

1

KSKM Negeri Pahang

Pembekalan Pakaian Seragam (Overcoat dan Kasut Kulit) Kepada Pembantu Makmal di Negeri Pahang

Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2011'Peraturan dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam'. Di bawah perkara Kemudahan Bekalan Pakaian Seragam ; Overcoat = RM100
dan Kemudahan Bekalan Kasut :
ii. (a) Kasut Kulit = RM150 sepasang. Bilangan kelayakan pegawai (pembantu makmal) adalah 2 pasang.
KSKM memohon agar pekeliling ini digunapakai setiap tahun dalam membekalkan pakaian seragam kepada pembantu makmal tanpa menunggu lebihan peruntukan. KSKM juga memohon agar peruntukan tersebut diagihkan juga kepada pembantu makmal di SBP,Kolej Vok/Tek dan Kolej Matrikulasi. Antara negeri-negeri yang mengagihkan pakaian seragam secara berkala (setiap tahun) kepada pembantu makmal adalah JPN Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Melaka. 
































Maklum balas dari Mesyuarat MBJ adalah;
Jabatan akan membekalkan 'lab-coat' dan kasut kepada semua Pembantu Makmal yang berkhidmat di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Pembekalan pakaian seragam tersebut tidak termasuk kepada Pembantu Makmal di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kolej Teknik dan Vokasional dan Kolej Matrikulasi.


3

KSKM Negeri Pahang

Persediaan makmal bagi menghadapi Peperiksaan amali sains bermula  pada tahun 2015.


Memandangkan amali tersebut berlangsung pada tahun hadapan, KSKM memohon agar pihak yang berkaitan dapat mengenalpasti sekolah-sekolah (terutama sekolah yang lama) telah benar-benar bersedia untuk melaksanakan peperiksaan tersebut. Sebagai contoh, terdapat sekolah yang tidak mempunyai kebuk wasap, kebuk wasap yang tidak berfungsi dan pelbagai lagi masalah.

Maklum balas daripada mesyuarat adalah:
Mesyuarat mengarahkan semua Pejabat Pendidikan Daerah memantau persediaan kearah peperiksaan amali sains di mana semua Pengetua sekolah diminta untuk mengambil perhatian di dalam isu yang dibawa oleh KSKM ini.

~ADMIN~ juga ingin mencatatkan maklum balas yang diperolehi daripada usul yang dibawa oleh KSKM Negeri ketika Mesyuarat MBJ kali ke-3 tahun 2013 yang lalu dimana maklum balas usul tersebut telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat pada Mesyuarat MBJ kali pertama 2014 yang lalu.
MUKA
SURAT
PARA
PERKARA
TINDAKAN
MAKLUM BALAS

7

3.3

3.3.1

Usul Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Caw. Pahang

Mesyuarat memaklumkan bahawa sekolah di Negeri Pahang tidak mempunyai cabinet  penyimpanan mikroskop elektrik yang baik. Mikriskop elektrik yang dibekalkan di sekolah-sekolah adalah mahal dari segi kos pembeliannya. Mikroskop pula merupakan peralatan sains yang sensitive terhadap udara persekitaran dan mudah dihinggapi @ dijangkiti oleh kulat @ fungal. Oleh yang demikian, KSKM mencadangkan agar JPNP dapat membekalkan cabinet khas kepada penyimpanan cabinet khas kepada penyimpanan mikroskop di setiap sekolah yang tiada tempat penyimpanan tersebut. KSKM juga mencadangkan agar cabinet di SMK Abu Bakar, Temerloh boleh dijadikan contoh cabinet yang terbaik untuk tujuan tersebut.
Pengerusi meminta pihak Kesatuan untuk dapatkan anggaran keperluan yang sepatutnya dan kemukakan ke Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.





Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Caw. Pahang




Setakat ini hanya 3 daerah iaitu Temerloh, Maran dan Bentong yang telah mengembalikan semula borang tersebut.
KSKM memohon agar diberikan lanjutan tempoh tarikh penghantaran anggaran keperluan item tersebut untuk mendapatkan maklumbalas dari daerah-daerah yang belum  diperolehi.

Mesyuarat bersetuju agar tindakan seterusnya perlu diambil oleh pihak PPD memandangkan KSKM tidak mampu untuk mendapatkan data dari setiap sekolah di seluruh Negeri Pahang.

Muka surat 8;  Para 3.3.2.
Mesyuarat juga dimaklumkan penyelenggaraan atau servis mikroskop perlu dilakukan demi menjaga hayart sesebuah mikroskop. Penyelenggaraan sebegini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar di peringkat Jabatan. KSKM Mencadangkan agar satu kursus berkaitan pengendalian mikroskop dapat diadakan untuk melatik wakil (2 @ 3orang) pembanytu makmaldari setiap daerah untuk dijadikan Jurulatih Utama (JU)bagi tujuan melatih semua pembantu makmal di daerah masing-masing. Kaedah ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan kos perbelanjaan kursus kerana untuk menghadiri kursus penyelenggaraan mikroskop kosnya adalah sangat tinggi. Pengerusi mesyuarat meminta Unit Latihan melihat keperluan bagi kursus berkenaan dan juga alatan-alatan makmal yang lain. Mesyuarat bersetuju untuk meneliti perkara tersebut dan melaporkannya dalam mesyuarat MBJ akan datang.

Maklum Balas Mesyuarat.
Unit Latihan boleh menyediakan peruntukan untuk pakej kursus Jurulatih Utama (3 hari 2 malam) dan pihak Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) mencari Fasilitator dikalangan ahli atau syarikat pembekal (mengikut keperluan) serta lokasi makmal yang sesuai dengan jarak dari tempat penginapan.

Inilah antara SUARA KERAMAT seluruh ahli KSKM Negeri Pahang yang telah dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ). ~ADMIN~ menyeru kepada semua Pembantu Makmal  di negeri ini yang masih selesa berada di luar KSKM supaya bersama-sama kita  menjadi AHLI KSKM kerana apa yang kita perjuangkan adalah untuk manafaat kita bersama. Apabila SUARA kita mewakili pihak yang teramai, maka SUARA kita adalah besar dan kuat. Walaupun isu ini telah dibawa kepengetahuan semua ahli MBJ sejak 2013 lagi namun apabila tiada kesan atau tindakan disebelah pihak yang bertanggungjawab maka isu atau usul ini akan tetap diperjuangkan lagi dan diangkat sebagai usul keseluruhan AHLI KSKM Negeri Pahang.
Ayuh!! jangan kita menoleh kebelakang lagi, lupakan sengketa dan sakit hati yang menjadi barah kepada diri sendiri. Zaman ini bukan lagi zaman untuk mengharapkan orang lain memperjuangkan nasib kita. Zaman ini bukan lagi zaman untuk orang lain membuat kerja-kerja kita. Marilah kita bersatu, demi memartabatkan profesion kita selaku Pembantu Makmal.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment