Friday, April 4, 2014

MESYUARAT PENGURUSAN KAKITANGAN MAKMAL DAERAH RAUB SESI 2013-2014

KSKM NEGERI PAHANG 

Ahli Mesyuarat KSKM Daerah Raub
Assalamualaikum wbt...
KSKM Daerah Raub dengan kerjasama sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah Raub telah melaksanakan Mesyuarat Pengurusan bagi Kakitangan Makmal Daerah sesi 2013-2014.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Halimi bin Haji Harun- Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Raub. Di dalam ucapan beliau, terdapat beberapa maklumat semasa berkaitan dengan PPD Raub serta isu berkaitan dengan pengurusan makmal di sekolah-sekolah.
Antara intipati yang dapat dikongsikan bersama di Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini adalah;

Maklumat PPD Raub.
i. PPD Raub telah menerima Pegawai Pendidikan Daerah yang baru iaitu En.Adnan bin Abd Kadir yang bertukar dari PPD Jerantut ke Raub manakala Timbalan PPD pula adalah En. Ahmad Sanusi bin  Mohd Said.

ii. PPD sedang menjalankan program 'Guru Bantu Guru'. SIP -  Pengetua bantu pengetua, guru besar bantu guru besar.
iii. Tuan Haji Halimi juga menyarankan agar perjumpaan antara PPD dan semua Pembantu Makmal daerah diadakan 1 kali atau 2 kali setahun.
Sebahagian daripada ahli mesyuarat KSKM Daerah Raub

iv. Setiap makmal mesti ditulis "UTAMAKAN KESELAMATAN" dengan menggunakan warna merah dan berukuran 2M x 1/2M (standard size).
v. Pemadam Api (Fire Estinguisher) harus diselia sentiasa agar tidak didalam keadaan kosong.
vi. Label-label bahan dan radas di makmal dan stor mestilah disediakan dan dikemaskini.
vii. Stok bahan dan radas perlu sentiasa dikemaskini.
viii. Jadual penggunaan makmal mestilah disediakan.
Wakil KSKM Daerah Raub mempengerusikan mesyuarat
ix.Penggunaan langsir adalah digalakkan di makmal fizik.
x. Peti Keselamatan (First Aids Kit) mesti diseliakan agar dapat digunakan apabila berlaku kecemasan.

Inilah antara perkara-perkara yang disentuh oleh Tuan Haji Halimi di dalam ucapan perasmian beliau.
Selepas ucapan perasmian tersebut, semua peserta memulakan mesyuarat bagi membincangkan perancangan yang akan dilakukan pada tahun hadapan. Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan barisan AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub tahun 2013 bagi meneruskan khidmat selaku AJK Pelaksana KSKM pada tahun 2014 nanti.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Raub. Terima kasih kepada pihak PPD Raub.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment