Sunday, April 6, 2014

RESPON~ADMIN~KEPADA PERMASALAHAN YANG DILONTARKAN DI FACEBOOK

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Ruangan Laman Blog KSKM Negeri Pahang kali ini, ~ADMIN~ ingin tampalkan 'copy n paste' catatan pandangan ~ADMIN~ terhadap permasalahan sahabat PM yang disiarkan di dinding facebook TEAM PEMBANTU MAKMAL MALAYSIA. Semoga catatan tersebut akan dapat sedikit sebanyak membantu PM yang tertindas itu untuk bertindak dan catatan tersebut akan menjadi arkib di dalam simpanan KSKM Negeri Pahang serta akan menjadi sebahagian fakta sejarah perjuangan KSKM Negeri Pahang.

Berikut catatan yang dinyatakan:

nak mengadu ngan sape ni...:
masalah pm (bkn sek k elly) : "saya ditugaskan untuk buat kerja di library pada waktu petang..so cmne ye,patut ke kami kena buat kerja camtu? sedangkan sek dah ada pustakawan"....(ada surat itamputih dari Pengetua)...
>>mgkn ada pandangan dari rakan TPMM..<<

Respon ~ADMIN~ terhadap permasalahan yang ditimbulkan:
Kskm Negeri Pahang Assalamualaikum wbt...~ADMINKSKMPahang~ ingin respon kepada masalah yang dikemukan oleh Kak Elly Elyz untuk perkongsian bersama.
Masalah PM yang ditempatkan di perpustakaan ini adalah merupakan masalah yang besar dan perlu serta wajib ditanggani bersama agar sikap pihak pentadbir dalam menggunakan kuasa yang ada tidak disalah gunakan.
Masalah yang ditimbulkan ini pernah berlaku kepada PM di Negeri Pahang dimana terdapat 2 kes iaitu; i. PM diarahkan menjaga perpustakaan pada waktu petang sepertimana kes yang dibicarakan ini. ii. PAP (makmal) yang dipindahkankan secara terus ke perpustakaan (kes 2012 dimana ratio 1 makmal : 1 PM belum dilaksanakan lagi. Kedua2 kes tersebut telah selesai diperingkat JPN...Alhamdulillah!
Menjawab kepada persoalan sahabat Kak Elly Elyz iaitu "so cmne ye,patut ke kami kena buat kerja camtu? " Jawapan ~ADMIN~ adalah TIDAK PATUT!
Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana dengan klause di dalam SKT iaitu 'melakukan dan melaksanakan arahan pentadbir dari masa ke semasa'. Perlu diberiperhatian bahawa klause tersebut bukan perlu dilaksanakan secara rutin atau berkala mahupun berjadual. Apatah lagi apabila sahabat PM tersebut telah diberkan surat arahan secara hitam/putih. Ini sangat menarik kerana bukti kukuh telah diperolehi.
~Admin~ ingin kongsikan pengalaman Pahang dalam isu ini dan kepada PM yang terlibat,~ADMIN~ berharap agar dapat melakukan perkongsi pandangan atau langkah2 yang seharusnya PM tersebut ambil secara serius sepertimana yang telah dilakukan diperingkat KSKM Negeri Pahang kerana tugas KSKM adalah untuk memperjuangkan dan membantu ahli2 KSKM sekelian.
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1. Semua PM yang terlibat SEHARUSNYA mempunyai keberanian untuk menyelesaikan masalah ini. Selagi PM tidak ada kekuatan diri maka selagi itulah masalah ini tidak akan selesai dan akan berulang-ulang penyalahgunaan kuasa di peringkat pentadbiran.
2. PM mesti melaporkan isu ini kepada KSKM Negeri yang terlibat beserta bukti2 kes untuk diangkat bersama.
3. KSKM Negeri seharusnya membuat perincian dan mengumpul segala bukti2 tersebut untuk dikepilkan bersama surat rasmi KSKM kepada pihak JPN.
4. Jika tiada penyelesaian terhadap kes dalam tempoh yang tertentu, KSKM Negeri WAJIB mengemukan usul di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) agar setiap hujahan terhadap kes dapat diminitkan serta mendapat tindakan segera di pihak JPN.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh sahabat2 PM yang di dalam permasalahan. Ingatlah bahawa apa juga tindakan kita dengan penuh keberanian maka kita telah menyelamatkan sahabat2 yang lain dalam perkhidmatan (PM) dari dijadikan mangsa kepada keadaan kesan dari penyalahgunaankuasa oleh pihak pentadbir.
~ADMIN~ bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang telah di catatkan serta dengan penuh sedar ketika mencatat diruangan ini.
Sekian, terima kasih...Wallahualam...
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment