Tuesday, April 8, 2014

MAJLIS ANULAE CAWANGAN KUANTAN BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

KSKM NEGERI PAHANG
                                                          
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan.


KSKM Negeri Pahang telah diberi pengiktirafan oleh CUEPACS Negeri Pahang untuk menghantar wakil ke Majlis Anulae Cawangan Kuantan Bersama Presiden Cuepacs; En.Aziz bin Muda.
KSKM Negeri Pahang telah menghantar seramai 5 orang wakil ke majlis tersebut.
Ini merupakan program julung-julung kalinya kesatuan di bawah Cuepacs di Negeri Pahang dapat bersama Presiden Cuepacs yang baru selepas mantan Presiden yang terdahulu; Dato' Hj.Omar bin Osman bersara.

En.Azih bin Muda; Presiden Cuepacs 
Majlis tersebut mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh    : 13 Januari 2014
Masa      : 2.00 petang
Tempat   : Dewan Utama Wisma Belia, Kuantan

Intipati ucapan beliau adalah berlegar kepada hala tuju perjuangan Cuepacs dalam memartabatkan penjawat awam.
Catatan yang sempat dikumpulkan untuk perkongsian bersama:
- Harapan yang sangat tinggi oleh seluruh penjawat awam terhadap Cuepacs sangat-sangat dihargai.
- En.Azih Muda berterima kasih kepada perwakilan Cuepacs negeri Pahang kerana telah memberikan sokongan yang padu kepada beliau untuk diamanahkan memimpin Cuepacs Malaysia sebagai Presiden.
- Cuepacs telah memulakan langkah menuntut agar kerajaan menerima kertaskerja gaji minimum kepada penjawat awam iaitu sebanyak RM1,200.00.
- 81 skim penambahbaikan penjawat awam telah selesai. 168 lagi jawatan yang akan hanya menunggu pengumannya nanti.
- 1 Julai 2013, kerajaan telah memberi 1 kenaikan gaji tahunan (KGT) kepada semua penjawat awam.
- Cuepacs menasihati penjawat awam agar mendahulukan Kenaikan Untuk Pangkat (KUP) sebelum menerima tawaran Tukar Lantik (jika berlaku).
- Presiden Cuepacs menyeru seluruh penjawat awam agar menjadi ahli kesatuan masing-masing untuk menguatkan suara gabungan di dalam Cuepacs."Zaman orang membuat kerja untuk kita telah berlalu dan zaman BIARLAH, telah berlalu"
- Setiap penjawat awam harus melakukan transformasi berikutan gaji semakin mengecil di mana harga barangan semakin naik, harga rumah turut meningkat.
- Fokus utama Cuepacs sekarang adalah untuk menyelesaikan masalah gaji. Apabila telah selesai perkara tersebut, fokus kepada elaun akan digerakkan.
- Pinjaman Perumahan: Cuepacs menentang cadangan kerajaan agar pinjaman perumahan kerajaan diserahkan kepada pihak bank.
- Cuepacs menuntut agar kadar faedah pinjaman perumahan diturunkan dari 4% kepada 1%.
- Kelayakan kelulusan pinjaman perumahan diubah.
- Cuepacs mencadangkan agar diwujudkan Tabung Perumahan Penjawat Awam.
- Cuepacs juga memohon agar kuota haji diperuntukan kepada penjawat awam.
- Ganjaran Persaraan disarankan agar 20% dikeluarkan untuk menunaikan haji dan kesihatan.
- Formula ganjaran pencen dicadangkan untuk ditukar dari 7.5% kepada 10.5%.
- Cuti dibawa ke pencen ditambah dari 150 hari kepada 180 hari dan boleh dibayar dalam bentuk wang tunai.
- Peningkatan Secara Lantik (PSL) diperkenalkan bagi mengantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).
Sebahagian daripada 5 delegasi KSKM Negeri Pahang

Diakahir ceramah, beliau mengandaikan perjuangan di dalam kesatuan ini umpama menanam pokok durian diusia 57 tahun. Hasil durian tersebut adalah untuk disediakan kepada anak dan cucu kita nanti. Semoga sedikit sebanyak catatan ~ADMIN~ ini akan dapat memberikan pencerahan dan semangat baru kepada penjawat awam terutama rakan-rakan Pembantu Makmal sekelian yang masih selesa berada diluar KSKM agar dapat bersama-sama kita berjuang kearah memartabatkan khususnya profesion kita selaku Pembantu Makmal.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment