Tuesday, April 15, 2014

RESPON~ADMIN~KEPADA MASALAH YANG DIBANGKITKAN DI DINDING FACEBOOK KSKM SELANGOR

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Coretan kali ini merupakan respon ~ADMIN~ kepada masalah yang telahpun dikemukakan di dinding muka buku KSKM Selangor dimana ianya merupakan pandangan secara jujur ~ADMIN~ bagi memberi panduan dan pandangan yang mungkin sedikit sebanyak akan dapat membuka minda bersama kerana setiap permasalahan yang dihadapi oleh ahli KSKM walaupun dimana penempatan ianya berada maka KSKM mestilah bertanggungjawab sekadar merintis jalan keluar kepada permasalahan tersebut. Ianya bukan bermakna KSKM Cawangan mana-mana negeri untuk melangkaui bidangkuasa yang ada tetapi cukup sekadar berkongsi dalam memberikan pencerahan kepada semua ahli KSKM.
~ADMIN~ akan 'copy n paste' di Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini, respon yang telah ~ADMIN~ utarakan bagi tujuan simpanan fakta dan mungkin akan menjadi bahan akademik suatu masa nanti. Bukti perjuangan KSKM yang relevan pada masa ini juga menjadi faktor mengapa ~ADMIN~ meng'up-load' respon tersebut di Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini.

Berikut permasalahan yang ditimbulkan di dinding Facebook tersebut:


Salam saya sgt berharap sesiapa dlm kskm ni bolh bantu saya menyelesaikan masalh penindasan ke atas pmbntu mkml ni ..ni surat khas utk kami sek men keb lembah subang...


Kskm Negeri Pahang ~ADMIN~ ingin respon kepada persoalan asas dari Pn.SyuHadah SyUe Ali.~ADMIN~memohon kemaafan seandainya catatan ini melangkaui bidangkuasa KSKM Negeri Pahang di dinding FB KSKM Selangor.
~ADMIN~ 'copy n paste' dari jawapan ~ADMIN~ kepada persoalan Kak 
Elly Elyzdalam FB Team Pembantu Makmal Malaysia...
Kskm Negeri Pahang Assalamualaikum wbt...~ADMINKSKMPahang~ ingin respon kepada masalah yang dikemukan oleh Kak Elly Elyz untuk perkongsian bersama.
Masalah PM yang ditempatkan di perpustakaan ini adalah merupakan masalah yang besar dan perlu serta wajib ditanggani bersama agar sikap pihak pentadbir dalam menggunakan kuasa yang ada tidak disalah gunakan.
Masalah yang ditimbulkan ini pernah berlaku kepada PM di Negeri Pahang dimana terdapat 2 kes iaitu; i. PM diarahkan menjaga perpustakaan pada waktu petang sepertimana kes yang dibicarakan ini. ii. PAP (makmal) yang dipindahkankan secara terus ke perpustakaan (kes 2012 dimana ratio 1 makmal : 1 PM belum dilaksanakan lagi. Kedua2 kes tersebut telah selesai diperingkat JPN...Alhamdulillah!
Menjawab kepada persoalan sahabat Kak Elly Elyz iaitu "so cmne ye,patut ke kami kena buat kerja camtu? " Jawapan ~ADMIN~ adalah TIDAK PATUT!
Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana dengan klause di dalam SKT iaitu 'melakukan dan melaksanakan arahan pentadbir dari masa ke semasa'. Perlu diberiperhatian bahawa klause tersebut bukan perlu dilaksanakan secara rutin atau berkala mahupun berjadual. Apatah lagi apabila sahabat PM tersebut telah diberkan surat arahan secara hitam/putih. Ini sangat menarik kerana bukti kukuh telah diperolehi.
~Admin~ ingin kongsikan pengalaman Pahang dalam isu ini dan kepada PM yang terlibat,~ADMIN~ berharap agar dapat melakukan perkongsi pandangan atau langkah2 yang seharusnya PM tersebut ambil secara serius sepertimana yang telah dilakukan diperingkat KSKM Negeri Pahang kerana tugas KSKM adalah untuk memperjuangkan dan membantu ahli2 KSKM sekelian.
Langkah-langkah yang perlu diambil:
1. Semua PM yang terlibat SEHARUSNYA mempunyai keberanian untuk menyelesaikan masalah ini. Selagi PM tidak ada kekuatan diri maka selagi itulah masalah ini tidak akan selesai dan akan berulang-ulang penyalahgunaan kuasa di peringkat pentadbiran.
2. PM mesti melaporkan isu ini kepada KSKM Negeri yang terlibat beserta bukti2 kes untuk diangkat bersama.
3. KSKM Negeri seharusnya membuat perincian dan mengumpul segala bukti2 tersebut untuk dikepilkan bersama surat rasmi KSKM kepada pihak JPN.
4. Jika tiada penyelesaian terhadap kes dalam tempoh yang tertentu, KSKM Negeri WAJIB mengemukan usul di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) agar setiap hujahan terhadap kes dapat diminitkan serta mendapat tindakan segera di pihak JPN.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak boleh membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh sahabat2 PM yang di dalam permasalahan. Ingatlah bahawa apa juga tindakan kita dengan penuh keberanian maka kita telah menyelamatkan sahabat2 yang lain dalam perkhidmatan (PM) dari dijadikan mangsa kepada keadaan kesan dari penyalahgunaankuasa oleh pihak pentadbir.
~ADMIN~ bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang telah di catatkan serta dengan penuh sedar ketika mencatat diruangan ini.
Sekian, terima kasih...Wallahualam...
~ADMINKSKMPahang~
pada 30hb Mac pukul 11.40 ptg · Suka · 17


Pak NgAh Khalid Syahdan..rasanya dlm soal ini ahli atau bukan ahli bukan persoalanNya..yg penting jawatan sbgai PM tidak boleh di aniaya oleh mne2 pihak..
-pendapat sy..mohon kemaafan klau slah.

Khalid Syahdan Betul Pak NgAh......sememang itu yang sepatutnya....tetapi utk kesatuan bertindak mengambil kira ahli atau tidak sbb kalau x silap ada dalamperlembagaan kesatuan.....dan melibatkan undang2.....maaf jika saya salah.....saya pun baru belajar

Pak NgAh benar ke..mohon pencerahan..?
ada baca dlm plembagaan mne..Khalid Syahdan..huhuu...saya pon jgak..huhuu..

Kskm Negeri Pahang Respon kepada persoalan Tuan Khalid Syahdan...
Merujuk kepada buku'PERATURAN-PERATURAN KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN, SEMENANJUNG MALAYSIA NO PENDAFTARAN: 369'
Peraturan 2. Tujuan.

1. Adapun tujuan-tujuan kesatuan ini ialah untuk:-
a. Mengadakan sebuah pertubuhan yang lengkap bagi semua pekerja-pekerja seperti yang ditentukan di bawah Peraturan 3(1) untuk memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam hal perusahan, kemasyarakatan dan pengetahuan.
b. Memperoleh dan mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja, masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan juga memberi nasihat dan bantuan tentang hal-hal yang tersebut.
c. Mengatur perhubungan di antara majikan dengan pekerja, di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja, dan berikftiar untuk menyelesaikan sebarang perselisihan di antara mereka itu dengan cara aman damai dan bermuafakat.
d. Menolong jayakan, dengan wang atau lain-lainnya, kerja atau hasrat sesuatu pertubuhan atau badan yang sah di segi undang-undang yang mempunyai tujuan untuk memajukan kepentingan-kepentingan pekerja, kesatuan sekerja dan ahli-ahli kesatuan sekerja, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Seksyen 50 Akta Kesatuan Sekerja 1959.
e. Memajukan kebajikan ahli-ahlinya dari segi kebendaan, kemasyarakatan dan pelajaran dengan cara yang sah di segi undantg-undang yang difikirkan munasabah oleh persidangan perwakilan atau Majlis Jawatankuasa Agung.
f. Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berkenaan dengan pekerjaan mereka itu jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Agung.
g. Mengadakan bantuan-bantuan, jika dipersetuj oleh Majlis Jawatankuasa Agung, seperti bayaran di masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.
h. Menganjurkan undang-undang untuk kebajikan ahli-ahli kesatuan ini khasnya dan ahli-ahlikesatuan sekerja amnya.
i. Menyelenggarakan, jika dipersetujui oleh persidangan perwakilan, pekejaan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang surat khabar, majalah, kertas berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk faedah ahli-ahlinya.
j. Mengadakan kumpulan wang kebajikan, jika dipersetujui oleh persidangan perwakilan, dan mengubalkan peraturan-peraturan untuk mengawali kumpulan wang itu. Peraturan-peraturan itu tidak boleh dijalankan sebelum didaftarkan oleh Pendaftar Kesatuan Sekerja.
k. Amnya untuk membuat sebarang pekerjaan yang halal dibuat oleh sesebuah kesatuan sekerja di sisi undang-undang.
2. Tujuan-tujuan ini hendaklah dilaksanakan menurut peraturan-peraturan ini dan peraturan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Semoga apa yang ~ADMIN~ catatkan ini akan memberi pencerahan kepada persoalan pokok yang Tuan angkatkan kepada ~ADMIN~ serta menjawab permintaan Tuan Pak Ngah yang inginkan pencerahan berkaitan perlembagaan kesatuan. 
Kesimpulannya, jika diteliti kepada peraturan tersebut maka FAKTANYA adalah hanya kepada AHLI KSKM sahaja...Wallahualam...
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

Hasrin Zakaria Terima kasih Kskm Negeri Pahang, penjelasan tuan ... di mana2 jua apabila ahli kesatuan ditindas, pihak kesatuan akan bertindak menerusi peruntukan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262), namun undang2 ini tidak meliputi kepada mereka yg bukan merupakan ahli..

Abied Ziela bg pndpat sya la kan...dlm soal ni perlu ke pihak berwajib ambil kira ahli or bukan ahli???sebab yg mnjdi mngsa adlah pembantu makmal...jdi bg sya xplu utk tggu mngsa jdi ahli baru nak bertindak cz akn mnmpkkan pilih ksih distu....n lgi satu dlm.mslah ...Lihat Lagi

Hasrin Zakaria Abied Ziela, kesatuan x boleh main masuk jer.. sebab kita tertakluk kepada undang2..soal ahli dan bukan sudah jelas... ini bukannya masa memilih kasih tetapi undang2 tetap undang2, parlimen yg tetapkan..
23 jam yang lalu · Suka · 3

Abied Ziela tu btul mmg undang2 tpi adkh hendak biarkn trus mslh ini berlaku?ape pun mnjjskn jgk nma pmbntu mkml kn...ibarat dlm kita bg ksih syng pda ank...soal ahli or tdk biarkn dlu..pjuangkn hak pmbntu mkml dlu...adkh pihk jbatan or kmntrian akn tye bpe no ahli sipulan bin sipulan yg mnglmi mslh ni???

Ruzlan Hj Ramli Itulah pasainya.........Bila menjawat jawatan Pembantu Makmal, jadilah ahli kesatuan dahulu, usah ditangguh-tangguh, Bila dah berlaku penindasan cam tu baru nak cari KSKM, cari Cuepacs dan cari pelbagai. Alhamdulillah dah 20 tahun jadi ahli.

Semoga apa yang dicatatkan di Laman Blog ini akan menjadi panduan kepada kita bersama. ~ADMIN~ ingin menyeru dan merayu kepada semua Pembantu Makmal di negeri Pahang (khususnya) dan di Semenanjung (amnya) yang masih selesa berada di luar dari KSKM agar turut sama berjuang dan bersegera untuk bersama-sama menganggotai KSKM kerana inilah satu-satunya platform untuk kita warga makmal dalam memartabatkan profesion Pembantu Makmal.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~ 

No comments:

Post a Comment