Wednesday, April 9, 2014

KURSUS PEMBANTU MAKMAL DAERAH PEKAN 2014

KSKM NEGERI PAHANG 

                                   
Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...


Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya maka KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama AJK KSKM Pelaksana Daerah Pekan serta Pejabat Pendidikan Daerah PPD) Pekan maka telah terlaksananya program yang beberapa kali tertangguh disebabkan pelbagai kekangan dan halangan di beberapa peringkat.
Program kali ini merupakan kali kedua KSKM Negeri Pahang berada di daerah Pekan setelah pertama kalinya Kursus Asas Elektrik anjuran bersama Giat Mara Malaysia berjaya dianjurkan pada tahun 2012 dengan jumlah penglibatan seramai 20 orang peserta sahaja.
Program ini telah berjaya dan mencapai objektif penganjurannya apabila KSKM Negeri Pahang mendapat kerjasama yang sangat baik di peringkat PPD di bawah seliaan Tn Hj Rujhan bin Zakaria, Unit Akademik PPD Pekan dan komitmen yang tinggi terhadap amanah yang dipikul oleh Wakil KSKM Daerah Pekan; En Hamirul Nizam serta barisan AJK Kerja KSKM Daerah Pekan.
Berikut ketetapan kursus yang telah dilaksanakan:
Tarikh     : 20 Febuari 2014 (Khamis)
Masa       : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat    : Dewan Seminar PDD Pekan
Sebahagian daripada peserta kursus yang hadir
Kursus bermula dengan pendaftaran para peserta.
Slot pertama telah diisi dengan pencerahan tentang Pengurusan Aset. Slot ini telah dilaksanakan oleh Tuan Haji Ramli bin Harmid (Pengelola Cemerlang Pembangunan & Bekalan) PPD Pekan. Peserta kursus didedahkan berkaitan kaedah-kaedah yang sebenar dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian berkaitan pengurusan aset di makmal.




En. Rozali bin Abd Rani menerima cenderahati dari wakil PPD Pekan
Slot kedua pula, peserta kursus dibentangkan dengan tajuk Pengurusan Makmal. Di dalam slot ini, para peserta sangat bertuah kerana telah dihidangkan dengan penceramah yang sangat berpengalaman berkaitan makmal. En. Rozali bin Abd Rani berjawatan sebagai Penolong Pengarah Sains Rendah di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang atau lebih dikenali sebagai 'Pak We' merupakan mantan Pembantu Makmal sebelum beliau menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan menjawat jawatan sekarang di JPN Pahang.
Pengalaman 'Pak We' sebagai pembantu makmal banyak membantu penolong pengarah ini menjiwai diri seorang penjawat awam bernama Pembantu Makmal. Pengalaman beliau juga mendekatkan diri beliau kepada profeasion ini serta maklum akan situasi kerjaya samada waktu bekerja, permasalahan, persekitaran dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan. Penyampaian slot Pengurusan Makmal kepada peserta menyebabkan beliau diingati dan disenangi oleh peserta kursus.
Ceramah beliau dijalinkan tentang kepentingan seorang Pembantu Makmal untuk menyertai kesatuan. KSKM adalah platform terbaik yang disediakan untuk semua ahli menyuarakan segala permasalahan yang dihadapi di dalam tugasan seharian. Kekuatan dan kelantangan suara KSKM bergantung kepada sokongan dan dokongan ahli kesatuan yang teramai.



Barisan AJK KSKM Negeri Pahang yang turut serta
Di sebelah petang pula, slot bersama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Pahang mengambil bahagian. Taklimat berkaitan perjuangan dan hala tuju KSKM terutama KSKM Negeri telah dibentangkan oleh Pengerusi KSKM Negeri; En. Khairul A'zli Hj Ahmad dan dibantu oleh AJK KSKM Negeri yang turut hadir bersama.
Usai taklimat tersebut, satu mesyuarat perlantikan Ahli Jawatankuiasa Pelaksana KSKM Daerah Pekan telah dijalankan. Barisan AJK ini akan bertindak untuk membantu KSKM Negeri dalam menggerakkan, merencana serta memikirkan program yang perlu dilaksanakan di peringkat daerah.

AJK Pelaksana KSKM Daerah Pekan 2014
Berikut adalah barisan AJK Pelaksana KSKM
Daerah Pekan 2014:
Wakil KSKM Daerah Pekan :
En.Hamirul Nizam (SHAH Pekan)
Timbalan : Puan Nurul Huda (SMK Pekan)
Setiausaha : Puan Zuhaila (SMK Ahmad)
Bendahari : Puan Zalina (SMK Nenasi)
Ahli Jawatankuasa:
1. En. Khairuman (SMK Chini)
2. Pn. Fazlina (SMK Mahmud Mat)
3. Pn. Nurul Bahiyah (SBPI Pekan)
4. En. Hamidi (SMK Ubai)
5. Pn. Shahidatul
Semoga barisan kepimpinan yang telah dipilih akan dapat menjalankan amanah yang telah diberi oleh seluruh ahli KSKM  Daerah Pekan.
Sekalung TAHNIAH, SYABAS dan terima kasih yang tidak terhingga ~ADMIN~ mewakili barisan AJK KSKM Negeri Pahang ucapkan kepada Tuan Haji Rujhan bin Zakaria, En. Hamirul Nizam, barisan AJK Pelaksana yang baru dilantik serta sahabat-sahabat Pembantu Makmal dan PAP(makmal) sekelian kerana telah menjayakan kursus pada kali ini. Sesungguhnya kursus di daerah Pekan ini merupakan salah satu Key Performance Indicator(KPI) barisan AJK Negeri Pahang dalam pelaksanaan kursus kepada ahli di seluruh Negeri Pahang.
Sebelum AJK KSKM Negeri meninggalkan bumi Pekan Bandar Di Raja, Tn.Haji Rujhan telah menjamukan AJK Negeri dengan 'Murtabak Makasar' di sebelah Sekolah SHAH Pekan. Terima kasih Tuan Haji, semoga Allah SWT juga yang akan membalas budi baik Tuan Haji...Insyallah!
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment