Thursday, June 9, 2011

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KSKM CAWANGAN PAHANG 2011-2013

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang telah di adakan pada 23 April 2011 bertempat di SMK Vokasional Puteri Temerloh.Alhamdulillah, segala perancangan dan persiapan yang dilakukan oleh AJK KSKM Cawangan Pahang telah berjalan dengan lancar dan teratur.
Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh rombongan dari KSKM Pusat diketuai oleh Presiden, En.Hamran bin Hj Ahmad, Setiausaha Agung En.Ashaari bin Ma'arof(PPW) dan Penolong Setiausaha Agung En.Zainal bin Abu Hassan(PPC).
Majlis pada pagi tersebut telah dipengerusikan oleh Pn.Maslina binti Amriem.Bagi memberkati majlis,doa dibaca oleh En.Ahalluddin bin Mohd Arshad.







Majlis mempersilakan Pengerusi KSKM Cawangan Pahang Tn Hj Mohd Yusof bin Kadir menyampaikan ucapan beliau.Antara lain,beliau mengalu-alukan kehadiran rombongan dari KSKM Pusat dan berterima kasih atas kesudian rombongan tersebut menghadiri mesyuarat itu.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK KSKM Pahang yang telah bersama-sama beliau sepanjang penglibatan beliau menjadi pengerusi KSKM cawangan Pahang.Beliau juga menyeru kepada ahli-ahli KSKM agar dapat menyampaikan mesej menjadi ahli KSKM kepada pembantu makmal yang masih belum menganggotai kesatuan.Akhir ucapan,beliau memohon kemaafan kepada seluruh ahli kerana beliau akan menamatkan perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam Malaysia pada 26hb.Mei.2011.


Majlis seterusnya mempersilakan En.Hamran bin Haji Ahmad Presiden KSKM Pusat memberikan ucaptama dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang kali ke 8 .Di dalam  ucaptama tersebut, beliau menjelaskan arahtuju perjuangan KSKM yang bernaung di bawah CUEPACS. Intipati ucapan beliau antara lain menekakan perkara-perkara yang telah diperjuangkan,sedang diperjuangkan dan akan terus diperjuangkan oleh KSKM. Beliau juga menyeru kepada setiap pembantu makmal agar bersama-sama menjadi ahli KSKM kerana apabila ahli ramai,KSKM akan bertambah kuat dan kukuh.
Perjuangan KSKM telah membuahkan hasil dengan persetujuan kerajaan menaik pangkatkan pembantu makmal C17 kepada C22.Pahang juga terlibat dalam proses kenaikan pangkat tersebut.Tahniah kepada ahli-ahli yang terlibat.Kepada pembantu makmal yang masih tidak menjadi ahli KSKM,namun mendapat kenaikan pangkat juga,fikir-fikirkanlah.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pengerusi KSKM Cawangan Pahang kerana telah mengendalikan kesatuan dengan baik dan beliau mengucapkan 'Selamat Bersara' kepada Tn Hj Mohd Yusof.Seterusnya beliau merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang kali ke-8.
KSKM Cawangan Pahang menyediakan sedikit cenderahati kepada Presiden bagi menghargai ucapan dan perasmian mesyuarat kali ini.Pengerusi Cawangan Pahang,Tn.Hj Mohd Yusof bin Kadir menyampaikan cenderahati tersebut kepada Presiden KSKM Pusat.

Mesyuarat KSKM Cawangan Pahang dimulakan mengikut agenda yang disediakan seperti berikut:
1.Ucapan pengerusi mesyuarat.
2.Melantik pencatat minit.
3.Melantik 5 orang pengira undi sulit.
4.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Dwi tahunan kali ke7.
5.Membentang dan mengesahkan laporan tahunan sesi 2009-2011.
6.Membentang dan menerima laporan kewangan sesi2009-2011.
7.Meluluskan anggaran penerimaan dan perbelanjaan sessi 2011-2013.
8.Membahaskan usul.
9.Mengumumkan keputusan pemilihan pegawai-pegawai cawangan sesi 2011-2013.
10.Mengumumkan nama wakil ke persidangan.
11.Melantik 2 orang juruaudit dalaman.
12.Melantik pengerusi-pengerusi daerah.
13.Penangguhan.

Berikut disenaraikan Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang sesi 2011-2013:
Pengerusi Cawangan          -   Khairul A'zli bin Hj Ahmad


Setiausaha Cawangan        -   Mohd Lotfan bin Abdul Aziz

Bendahari Cawangan         -   Rogayah binti Othman

Ahli Jawatankuasa             -   Ahmad bin Rahim

                                              Norhana binti Haron

                                              Maslina binti Amriem

                                              Siti Hafizah binti Abdul Karim

                                           

Mesyuarat Agung kali ini ada menyediakan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang 'Bertuah'.Sekurang-kurangnya,adalah ole-ole yang di bawa pulang untuk keluarga.Tahniah diucapkan kepada ahli yang bertuah tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK kerana menyediakan 'hamper' yang besar-besar. "Terima kasih daun keladi,dua tahun lagi buat le lagi".






                                        Ini antara mereka-mereka yang amat-amat "BERTUAH".
Mesyuarat Agung kali ini terpaksa ditangguhkan agak lewat kerana banyak isu-isu KSKM Cawangan dan isu-isu KSKM Pusat diperbahaskan oleh ahli-ahli dan wakil-wakil KSKM.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan semua tetamu serta ahli-ahli dijemput untuk menjamu selera di dewan makan SMK Vokasional Puteri Temerloh.
Majlis bersurai.



   

No comments:

Post a Comment