Monday, August 26, 2013

JAWAPAN PENGERUSI NEGERI PAHANG KEPADA PERSOALAN AHLI BERKAITAN "BUKU HURAIAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL"

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera dan Salam Kesatuan...
Di Laman Blog kali ini,~ADMIN~ ingin berkongsi persoalan yang diluahkan oleh ahli KSKM terhadap 'Buku Huraian Tugas Pembantu Makmal' yang direspon oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di dalam Facebook KSKM Pahang.

*nak share sesuatu sebab panas hati sgt....*
semua staff makmal kn panggil hari ni....
kes nyer...............
mulai hari ini semua kerja2 pembersihan akan d buat oleh staff makmal
tak boleh soh pekerja pembersihan lg..... tunjuk skop kerja pm yg br dpt...
kat sini sy bos...jgan ikut surat ni.....
Suka ·  · Unfollow Post ·  · pada 22hb Ogos pukul 2.38 ptg
 
 Lapor pd pgerusi Kskm Negeri Pahang

 Tuan pengerusi tlg jwp.

Khairul A'zli Hj Ahmad As'slm...Untuk makluman semua Ahli KSKM dan bukan ahli KSKM Pembantu Makmal di Negeri Pahang...KSKM Negeri Pahang telah mengangkat isu "BUKU HURAIAN TUGAS PEMBANTU MAKMAL" yang dikeluarkan oleh Setiausaha Bahagian Sumber Manusia,Kementerian Pendidikan Malaysia kepada JPNPahang pada mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan' di JPNPahang pada 13 Mei yang lalu...rentetan dari itu,JPNPahang telah mengedarkan buku tersebut kepada pihak pentadbir sekolah dan kebanyakkan sekolah telahpun mengedarkan buku tersebut kepada semua Pembantu Makmal di sekolah masing-masing. Terdapat juga aduan dari ahli KSKM Negeri kepada saya berkaitan tentang ketidakdapatan buku tersebut dan beberapa tindakan telah diambil oleh saya sendiri selaku Pengerusi KSKM Negeri untuk menyelesaikan masalah kerana isu ini menjadi tanggungjawab saya selaku Pengerusi Negeri dan Alhamdulillah,beberapa masalah tersebut telah dapat diatasi.
Masalah yang timbul adalah hampir kesemua pihak pentadbir tidak membaca dan meneliti isikandungan buku tersebut dan perkara asas yang masih belum berjalan dan menjadi tanggungjawab kita selaku Pembantu Makmal adalah proses pembersihan. Inilah isu utama yang ditekankan ketika mesyuarat MBJ di JPNP. Isu ini adalah isu yang diperjuangkan oleh KSKM sejak lama dahulu dan Alhamdulillah,kesannya telah hampir kita kecapi bersama samada kita selaku AHLI KSKM mahupun yang masih BUKAN AHLI.
Isu ini telah diperbincangkan di dalam Mesyuarat AJK KSKM Negeri Pahang kali pertama sebelum Ramadhan Al-Mubarak lalu dimana mesyuarat telah bersetuju bahawa isu ini harus diselesaikan melalui 4 peringkat iaitu:
i. Peringkat sekolah-antara PM dan Pentadbir.
ii.Peringkat Daerah-antara PPD dan Pentadbir.
iii.Peringkat JPNP-antara JPNP dan pentadbir.
iv.Peringkat KPM-antara KPM dan Pentadbir.
Peringkat i seharusnya semua PM membawa perkara ini kepada pentadbir tidak kira samada di terima ataupun tidak kerana kita mesti menyedarkan pihak pentadbir bahawa tugas pembersihan sewajibnya dilakukan oleh kontraktor pembersihan. Langkah Puan... adalah tepat dan kena pada masanya dan pihak pentadbir sedar akan kedudukan perkara tersebut dan jika pihak pentadbir engkar maka itu adalah isu lain dan langkah seterusnya harus diambil oleh pihak KSKM Negeri mahupun KSKM Pusat. Dalam situasi ini,kita perlu sedikit bersabar kerana kejayaan kita telah hampir berjaya dan kejayaannya juga telah nampak dimana kita telah ada bukti kukuh bahawa aa yang kita suarakan bukan cakap2 kosong. Simpanlah buku huraian tersebut sebagai bukti utama kepada isu ini.
Diperimgkat daerah juga,setiap Wakil2 KSKM daerah boleh memainkan peranan untuk mengadakan kunjungan ke PPD masing-masing untuk menyatakan dan membincangkan isu ini. Untuk makluman semua Wakil2 KSKM Daerah bahawa isu ini telah menjadi makluman kepada setiap Tuan PPD masing2 kerana ketika saya membawa isu ini di dalam mesyuarat MBJ, semua Tuan PPD ada bersama di dalam mesyuarat tersebut.
Diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri pula,ketika mesyuarat MBJ kali ke 2 tahun ini di awal Ramadhan yang lalu,saya sekali lagi mengangkat isu ini untuk terus diperjuangkan di peringkat Negeri Pahang. Apa yang saya usulkan adalah memohon pihak JPNP agar mengeluarkan satu surat pekeliling atau surat siaran atau surat arahan kepada semua pihak pentadbir di sekolah2 untuk melaksanakan perkara pembersihan tersebut. Saya juga menuntut agar pelaksanaannya dilakukan dengan kadar segera kerana jika dirujuk kepada buku huraian itu,tarikh kuatkuasa semua yang termaktub di dalam buku tersebut adalah pada 2 mei 2013. Saya juga perlu memgingatkan sekelian Pembantu Makmal di Negeri Pahang ini bahawa isu ini melibatkan 3 pihak iaitu pihak JPNP,pihak kita dan pihak kontraktor pembersihan. Apabila melibatkan pihak swasta inilah yang akan mengambil sedikit masa untuk dilaksanakan. Setakat ini,kita masih lagi belum mendapat apa2 makluman dari pihak JPNP berkaitan perkara ini. Saya berjanji,jika sebelum mesyuarat MBJ yang akan datang,kita masih belum menerima apa2 maklumbalas berkaitan isu ini, saya akan sekali lagi mengangkat perkara ini untuk menarik kembali perhatian pihak JPNP untuk menyegerakan pelaksanaanya selagi mana ianya masih di bawah bidangkuasa saya selaku Pengerusi KSKM Negeri.
Di peringkat terakhir, KSKM Negeri Pahang telah membawa usul untuk dibahaskan di dalam Persidangan Perwakilan KSKM Pusat yang dijangkadiadakan dalam bulan september ini dimana KSKM Pahang mengusulkan agar KSKM Pusatmembawa isu ini ke Kementerian untuk pihak KPM mengeluarkan pekeliling untuk melaksanakan proses pembersihan ini di bawah kontraktor pembersihan. Insyallah,diharap usul ini akan dibahaskan nanti dan jika usul ini dipinggirkan ketika Persidangan tersebut, saya selaku Pengerusi KSKM Negeri akan membawa usul tergempar untuk dibahaskan. Doakan kejayaan kita(KSKM Pahang) di dalam perbahasan itu nanti.
Semoga jawapan ini dapat sedikit sebanyak membantu semua ahli2 KSKMNegeri dalam menghadapi delima ini dan saya mengharapkan agar Puan Rosilla dapat menerima jawapan saya ini. Insyallah,kejayaan telah kita kecapi dan hanya tinggal sedikit masa untuk pelaksanaannya pula...Wallahualam..
Sekian terima kasih...

~ADMINKSKMPahang~

Monday, August 5, 2013

UCAPAN SALAM AIDIL FITRI 1434 - DARI PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG 



Assalamualaikum wbt...

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..Walillahilhamd...

Takbir dan tahmid bergema lagi menandakan berlabuhnya Ramadhan Al-Mubaraq yang penuh dengan kenikmatan,keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Semoga segala amalan dan ibadah kita selama sebulan ini akan diterima olehNya bagi bekalan kita ketika bertemuNya jua nanti...Amin Yaa Rabbala'alamin...

Ketika ini seluruh dunia sedang mengalunkan takbir dan tahmid bagi mengEsakan Allah Azzawajalla. Laungan tersebut juga membuktikan bahawa seluruh muslimin dan muslimat telah berjaya di dalam menempuh segala dugaan dan cabaran menentang hawa nafsu selama sebulan. Madrasah Ramadhan telah meninggalkan kita, semoga tarbiah sepanjang Ramadhan yang lalu akan dapat kita aplikasikan bersama membentuk jati diri kita dalam beribadah dengan lebih khusuk dan tawaduk kepadaNya.
Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Walillahilhamd...
Alhamdulillah, kita sekali lagi telah diberi ruang dan peluang oleh Allah SWT untuk bersama-sama menyambut 1 Syawal 1434 hijri ini. Syukur juga kepada Allah SWT kerana ketika kita bergembira menyambut hari raya dalam keadaan yang aman dan damai tanpa ada berlakunya segala bentuk kemusnahan, peperangan dan perbalahan sepertimana di segelintir negara-negara Islam yang lain. Marilah kita bersama-sama mengekalkan situasi ini dengan saling bersatu dan bekerjasama untuk keamanan.



Saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang menyeru seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang agar memanjatkan kesyukuran dengan lafaz Alhamdulillah kerana kita dapat lagi meneruskan agenda besar KSKM Negeri Pahang untuk memartabatkan profesion Pembantu Makmal di kalangan Penjawat Awam. Azam dan usahasama dari semua AHLI sangat-sangat ditagih dalam menjayakan misi dan visi tersebut.
Selepas kita mendapat Tarbiah di bulan Ramadhan dan kini kita bersama-sama bergembira di Syawal ini, kita seharusnya bersedia dan bersiapsiaga untuk meneruskan segala program-program yang tertunda sepanjang Ramadhan yang lalu. Segala program yang lalu telah menjadi sejarah perjuangan KSKM Negeri dan tidak salah untuk dibuka kembali untuk menjadi inspirasi dan jatidiri setiap ahli untuk terus menabur bakti dalam perjuangan. 
Pelbagai program telah dilaksanakan hanya tertumpu dan terfokus kepada AHLI KSKM sahaja. KSKM Negeri mengucapkan terima kasih kepada AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah kerana telah berkoliborasi bersama Negeri bagi menderaskan program sampai ke peringkat akar umbi. Keterbatasan ruang dan dana bagi penganjuaran program semega Konvensyen yang lalu tidak akan dapat menyelesaikan masalah ahli yang tidak diberikan peluang untuk menimba ilmu dalam peningkatan kerjaya masing-masing. Saya memohon kepada semua Wakil-Wakil KSKM Daerah yang telah dilantik agar terus memacu sebarang program untuk manafaat setiap ahli di peringkat daerah. Sebagai seorang Wakil KSKM Daerah,kita merupakan pemegang amanah yang diserahkan oleh setiap ahli diperingkat daerah untuk kita laksanakan disamping bantuan dan sumbangan idea-idea bernas dari barisan AJK Pelaksana KSKM Peringkat Daerah. Marilah kita jadikan Tarbiah Ramadhan iaitu bersungguh-sungguh di dalam melakukan ibadah untuk kita 'apply' di dalam gerak kerja kita diperingkat daerah.




Bagi barisan AJK KSKM Negeri Pahang sesi 2013-2015 ini, Insyallah,kita akan memulakan program diperingkat negeri seawal minggu kedua Syawal dengan menghantar delegat terdiri daripada saya sendiri, Setiausaha dan Bendahari menghadiri satu program anjuran KSKM Pusat di Kuala Terengganu. Insyallah, saya pasti~ADMINKSKMPahang~ akan meng'up-date' perkembangan tersebut di dalam Laman Blog dan FB KSKM Pahang.  Saya sangat-sangat mengimpikan agar seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang merupakan ahli KSKM yang penuh dengan maklumat berkaitan KSKM melalui Laman Blog dan saya juga mengimpikan setiap ahli mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan segala maklumat dan aktiviti yang perlu disertai oleh ahli dapat diakses melalui talian internet. Saya berdoa dan mengajak seluruh ahli KSKM Negeri Pahang berdoa agar Allah memberikan daya dan usaha serta kesihatan yang baik kepada semua AJK KSKM Negeri dan seluruh ahli KSKM untuk kita sama-sama menjayakan segala bentuk program itu nanti.

Bersenmpena Syawal ini, saya menyeru kepada seluruh PEMBANTU MAKMAL samada diperingkat C17, C17(Tukar Lantik N1-C17) C22(hakiki), C22(kup) dan C26 yang masih selesa dan tidak terbuka untuk menyertai perjuangan bersama-sama KSKM, marilah kita bersama menyucikan hati dan minda. Buangkan segala noda dan dosa di dalam diri. Marilah kita bermuhasabah dan membaiki diri. Jangan menyalahkan orang lain sebelum kita berdiri dihadapan cermin diri untuk mencari salah kita terdahulu. Buangkan perasaan ego, tinggi diri dan prasangka buruk yang selama ini bersawang terhadap KSKM. Tarbiah Ramadhan yang melarang kita berburuk sangka dan mengeji sesama kita sangat baik untuk kita bersegera menjadi ahli KSKM. Janganlah nanti kita menjadi ahli selepas kita telah mendapatkan apa yang kita ingini. Marilah kita bersama-sama mencipta sejarah perubahan sebelum  sejarah tersebut dicipta tanpa kita berada bersama-sama. Amatlah rugi bagi kita yang hanya menjadi PENUMPANG dalam rakan-rakan yang  lain menjadi sebahagian daripada sejarah tersebut.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Walillahilhamd...
Saya Pengerusi KSKM Negeri Pahang mewakili AJK KSKM Negeri Pahang sesi 2013-2015 ini memohon keampunan dan kemaafan kepada seluruh kakitangan makmal negeri Pahang (khususnya) dan kakitangan makmal seluruh Malaysia (amnya) seandainya selama barisan ini mengemudikan bahtera KSKM Negeri, terdapat kecacatan dan kecelaan di mata para ahli KSKM sekelian, dimohon agar segalanya dapat dimaafi. Kepada semua yang bergerak menggunakan kenderaan untuk tujuan ziarah, saya mendoakan agar perjalanan tersebut akan memdapat keselamatan dan perlindungan dari Allah SWT. Berhati-hati di jalan raya. 


Akhir kalam dari saya; "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"
Wabillahittaufiqwalhidayah Wassalamualaikum wbt...
Ikhlas dan Salam Lebaran dari;
KHAIRUL A'ZLI HJ AHMAD
Pengerusi,
KSKM Negeri Pahang

Thursday, August 1, 2013

TEKS UCAPAN PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG DI "KONVENSYEN PROFESIONALISME KAKITANGAN MAKMAL NEGERI PAHANG 2013"

KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Berikut,~ADMIN~ memuat-naikkan teks ucapan Pengerusi KSKM Negeri Pahang: En.Khairul A'zli Hj Ahmad sempena "Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang 2013" di Dewan SMK Sri Tualang,Temerloh.

Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Terima kasih pengantara majlis,
Yang Berbahagi; Tuan Haji Karim bin Man - Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Yang dihormati dan dikasihi; Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM) Pusat - En.Hamran bin Ahmad.
Yang dihormati wakil Pengetua SMK Sri Tualang; Al-Fadhil Ustaz Ridzuan bin Mokhti
Setiausaha Agung KSKM Pusat - En.Ashaari bin Maarof PPW.
Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang.
Wakil-wakil KSKM Daerah dan barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah.
Ahli Jawatankuasa Kerja Konvensyen.
Pembantu Makmal Kanan C26 dan C22.
Rakan-rakan Pembantu Makmal C17.
Pembantu Am Pejabat dan seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekelian.

Ucapan oleh En.Khairul A'zli Hj Ahmad
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat berhimpun di dalam Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang di Dewan SMK Sri Tualang pada pagi ini.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Pahang kerana kesudian beliau hadir ke majlis konvensyen pada pagi ini.



Ucapan terima kasih juga ingin disampaikan kepada Presiden dan Setiausaha Agung KSKM Pusat kerana sudi hadir di dalam majlis ini.



Hadirin dan Hadirat yang dikasihi Allah sekelian...

Pada hari ini,KSKM Cawangan Pahang telah melakar sejarah apabila barisan Ahli Jawatan Kuasa KSKM Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan satu Konvensyen Profesionalisme kepada semua wargakerja makmal negeri Pahang. Ini merupakan program kemuncak KSKM Negeri Pahang selepas beberapa kursus yang telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Kami barisan AJK Negeri berharap agar pada hari ini, kita semua akan berjaya mencapai matlamat penganjuran konvensyen di mana apa juga keputusan hasil dari permuafakatan antara kita akan dapat memperkasakan lagi profesion kita sebagai wargakerja makmal.
Alhamdulillah, kejayaan yang dicatatkan ini merupakan hasil sokongan dan dokongan dari semua ahli KSKM Negeri Pahang.



Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian...

Sepanjang sesi 2011-2013 yang lalu, KSKM Negeri Pahang telah menjadi antara KSKM negeri-negeri yang aktif dalam menjalankan aktiviti terutama memenuhi aspirasi setiap ahli. Ahli Jawatan kuasa yang dilantik merupakan pemegang amanah yang disandarkan oleh setiap ahli. AJK sentiasa memikirkan apakah kehendak dan kemahuan yang diingini diperingkat akar umbi. Respon dari setiap ahli sangat-sangat dihargai dan wajib ditanggani, maka permasalahan yang membelenggu kebanyakkan ahli adalah kurangnya bagi setiap wargakerja makmal untuk mengikuti kursus bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran di dalam sesuatu bidang. Justeru itu, AJK KSKM Negeri Pahang telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kunjungan mesra ke Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Natijah dari kunjungan tersebut maka terlaksanalah beberapa kursus yang dianjurkan KSKM Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Kursus secara usahasama juga telah dijalankan dimana KSKM Negeri telah bekerjasama dengan Giat Mara Malaysia.

KSKM Negeri turut berbangga dan berterima kasih kepada Wakil-Wakil KSKM Daerah dan AJK Pelaksana KSKM daerah kerana telah berkolaborasi dan bersolidariti bersama KSKM Negeri dalam merealisasikan kursus kepada setiap ahli. AJK Pelaksana KSKM daerah telah menganjurkan kursus dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing dan terdapat juga kursus yang dianjurkan dengan usahasama Kolej komuniti, Institut Pendidikan Guru Jabatan-Jabatan Kerajaan selain jabatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui konvensyen yang diadakan ini, KSKM memohon jasa baik dari Tuan Haji Karim agar pihak JPN dan PPD dapat menyediakan tuntutan perjalanan bagi setiap program yang dianjurkan oleh KSKM.
Insyallah,kami di pihak KSKM akan terus menganjur dan menyediakan pelbagai program untuk semua ahli.


Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekelian...


KSKM merupakan kesatuan yang diiktiraf dan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEIKS). Oleh yang demikian,suara kita diiktiraf di peringkat Kementerian dan Jabatan Pendidikandi negeri-negeri. Suara kita boleh dibawa ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pahang. Antara kejayaan yang dicapai melalui suara KSKM diperingkat negeri adalah 'Pelupusan Bahan Kimia secara Berkelompok Mengikut Daerah' yang telah dan sedang dijalankan. Begitu juga tuntutan KSKM kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk membekalakan pakaian keselamatan 'Labcoat' juga telah mendapat kelulusan dan InsyallahTuan2 dan Puan2 akan dibekalkan dengan perkara tersebut dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi. Tuntutan yang baru diangkat ketika mesyuarat 'MBJ' pada 13 Mei 2013 yang lalu adalah seperti berikut:
1. Pembersihan dimakmal dilakukan oleh kontraktor pembersihan kecuali bahan dan radas sepertimana termaktub di dalam buku'Penghuraian Tugas Pembantu Makmal' yang berkuatkuasa pada 2 Mei 2013.

2. Bagi penilaian SKT setiap wargakerja makmal, KSKM memohon agar Pegawai Penilai Pertama disediakan oleh GPK Pentadbiran/GPK HEM/Ketua Bidang dan bukannya oleh Pembantu Tadbir Kanan sebagaimana terdapat laporan dari ahli.
3. KSKM memohon agar Jabatan Pendidikan Negeri dapat menanggani keadaan Pembantu Makmal di SMK Chung Hwa, Kuala Lipis yang tidak mempunyai stor bahan kimia dimana pembantu makmal disekolah tersebut berada bersama-sama bahan kimia di bilik persediaan.
Inilah antara perjuangan dan suara yang kita boleh kongsikan bersama pihak JPN dan kita bersama-sama berdoa agar permasalahan yang dibawa ini akan dapat diselesaikan dengan kadar segera.


Sidang hadirin yang dihormati sekelian...

Dalam kita berkesatuan, suara yang ingin disampaikan haruslah ampoh dan padu dengan penyertaan dari setiap wargakerja makmal. "KEKUATAN KITA ADALAH SUARA". Kekuatan suara KSKM bersandarkan kepada penyertaan dan sokongan dari semua wargakerja makmal. KSKM Negeri Pahang sangat-sangat sedar akan hakikat ini. Bagi menanggani permasalahan kekurangan penyertaan sebagai ahli maka KSKM Negeri telah merancang program=program khusus bagi meningkatkan penyertaan wargakerja makmal di dalam kesatuan. Antara program tersebut adalah seperti menghadkan hanya ahli KSKM sahaja yang diberikan peluang untuk menghadiri kursus anjuran KSKM, 'Program Turun Padang' ke setiap daerah-daerah di negeri Pahang bagi menyampaikan maklumat kepada wargakerja makmal. Program turun padang ke sekolah-sekolah juga turut dijalankan malah satu bentuk inisiatif telah ditawarkan bagi daerah yang mempunyai keahlian baru teramai antara 2011-2013.
Alhamdulillah, dengan keizinan Allah maka negeri Pahang telah mencactatkan sehingga Mac 2013 yang lalu seramai 373 ahli berbanding 268 ahli pada tahun 2011 iaitu peningkatan seramai 105 ahli baru. Ini merupakan kejayaan kita bersama. Terima kasih kepada Tuan2 dan Puan2 sekelian.


Hadirin dan rakan wargakerja makmal yang dihormati sekelian...

Dalam kita melayari bahtera perjuangan bersama KSKM, kewangan yang kukuh merupakan satu elemen yang sangat penting untuk terus menggerakkan sesuatu kesatuan. KSKM Negeri sangat sedar akan hakikat tersebut justeru kami selaku pemegang amanah telah melancarkan kempen 'Belanja Berhemah'. Antara perkara yang ditekankan dalam merealisasikan apa yang telah disepakati adalah mengurangkan perbelanjaan yang dianggap sebagai kehendak dan mengutamakan hanya kepada keperluan sahaja. Untuk makluman Tuan2 dan Puan2 sekelian, kebanyakkan pergerakkan AJK Negeri ke daerah-daerah yang menganjurkan kursus yang perlu dihadiri adalah dengan perbelanjaan sendiri. Elaun kehadiran mesyuarat AJK juga tidak menimbulkan masalah kerana terdapat AJK yang memulangkan kembali elaun tersebut kepada pihak KSKM. Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh AJK KSKM Negeri.
Disamping itu, KSKM juga memikirkan bagaimana untuk meningkatkan dana selain caruman bulanan dari semua ahli sebanyak RM5 dimana RM3 akan disumbangkan kepada KSKM Pusat dan RM2 akan menjadi dana kepada KSKM Negeri. Tempahan 'Baju Korporat' dan Pelancaran 'Sticker Kereta' telah dilancarkan pada Mac 2012 sebagai salah satu inisiatif KSKM Negeri kearah meningkatkan dana. Alahamdulillah, sambutan yang diberikan oleh ahli-ahli dan bukan ahli KSKM sangat-sangat menggalakkan dan sedikit keuntungan dari hasil jualan tersebut telah sedikit sebanyak dapat disunmbangkan kembali kepada setiap ahli dengan penganjuran program-program yang telah dilaksanakan, Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kempen tersebut.

Sebahagian peserta-peserta Konvensyen
Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah...
Dalam era pasca moden kini, kebergantungan manusia kepada maklumat yang cepat dan tepat sangat-sangat dituntut di dalam kehidupan manusia. Melalui maklumat inilah maka setiap ahli mengetahui perkara-perkara yang telah, sedang dan akan berlaku kepada kesatuan yang dianggotainya. KSKM Negeri turut terlibat di dalam menyampaikan dan menyebarkan maklumat kepada setiap ahli. Melalui Unit Multimedia KSKM Negeri maka Laman Blog KSKM Negeri Pahang dan Facebook KSKM Pahang telah dilancarkan. Dengan sedikit usaha sebegini, natijah yang dapat diperolehi adalah sangat tinggi. Ahli dapat memperolehi setiap maklumat hanya dihujung jari bahkan terdapat juga permasalahan ahli yang berjaya ditanggani. Dikesempatan ini, saya menyeru kepada seluruh ahli KSKM agar bersikap proaktif di dalam mendapatkan maklumat tentang KSKM Negeri Pahang.


Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekelian...

Sayamenyeru kepada seluruh wargakerja makmal di negeri ini agar kita bersatu samada diperingkat sekolah, diperingkat daerah dan diperingkat negeri agar kerjasama yang kita pupuk akan terjalin kekukuhannya diperingkat yang optimum. Marilah kita berganding bahu agar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 3013-2025 dapat kita jayakan bersama walaupun kedudukan kita hanya di belakang tabir.


Saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang mewakili seluruh ahli KSKM Negeri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Karim bin Man, Ketua Sektor Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Pahangkerana sudi hadir dan seterusnya merasmikan konvensyen kita pada hari ini. Semoga kehadiran beliau akan dapat memberikan impak yang baik  seterusnya hubungan yang lebih erat akan terjalin diantara KSKM Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.



Terima kasih juga diucapkan kepada Pengetua SMK Sri Tualang kerana telah membenarkan pihak KSKM Negeri mengadakan konvensyen di dewan yang serba lengkap ini.



Terima kasih juga kepada Presiden dan Setiausaha Agung KSKM Pusat kerana sudi hadir pada hari ini walaupun terpaksa bergerak seawal pagi dari Kuala Lumpur namun Alhamdulillah, kehadiran dua susuk ini, Insyallah  akan memberikan inspirasi baru kepada KSKM Negeri.



Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih  kepada AJK KSKM Negeri, Wakil-Wakil KSKM Daerah dan AJK Pelaksana KSKM daerah-daerah, AJK Kerja Konvensyen, dan seterusnya kepada seluruh ahli-ahli serta para pemerhati sekelian kerana turut hadir dalam menjayakan Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang pada tahun 2013 ini.



Wabillahitaufiqwalhidayah Wassalamualaikum wbt... 
~ADMINKSKMPahang~